Ahad, Oktober 11, 2009

Kenangan lama..

(sdar 815 kat putrajaya bridge lepas sdara dinner 26/12/08)

(aku kat kanan coach, IQ and Kudo were both there, hiding somewhere!)

(aku kat sebelah kanan cikgu azizi sihab. amacam kecikkan aku?)

(aku ambik gambar lemari, aku bukak sikit laci tanpa sebab..)

(tangkap gambar baju dalam lemari...dah tak tahu apa nak tangkap!)

Pagi tadi masa aku tengah dok belek-belek blog, aku dapat satu message kat email dari member lama. Kami panggil dia Anje. Budak Kelantan, Taman Guru kot....(aku ni kalau Kelantan, memanjang Taman Guru!). Dia cakap dia nak "fly". Aku terkejut...dah besar-panjang ni nak "fly" apa lagi? Pergi ajelah kedai kat depan tu.."fly" ni sebenarnya jargon untuk panjat pagar tengah-tengah malam untuk keluar beli rokok. Dan dulu jugak, "pilot" akan bagitahu dalam pukul berapa nak "take off" dan pukul berapa "expected arrival". Jadi penyamun-penyamun semua akan kumpul duit dan bagi list panjang...malam tu bila flight dah touched down, ramailah crew yang akan menyusul dapatkan stok masing-masing...heh3...

So, aku tanya Anje nak pergi mana? Dia cakap Tokyo. Anje tanya nak kirim apa-apa tak? Aku cuma cakap kirim salam jelah kat Pak dan Mak Mertua ku! Kelas...macam cerita dulu-dulu...zaman Mahmud June naik vespa. Heh3...Masa kami dok berchat kat fb tu, aku ternampak yang Anje pun ada blog. Aku masuk blog dia dan terpampanglah 3 gambar yang separa sensored tu. Aku cilok gambar-gambar tu lepas mintak permission kat tuan punya gambar walaupun aku tak dapat balasan ok, bagi aku "no news means good news". Ala-ala ok gitu. Aku mengekek-ngekek sorang-sorang kat dalam bilik tengok gambar aku macam Tuan Mandor Estate tu. Stokin panjang, kasut kulit hitam (BATA tu!) dan seluar pendek. Paha aku dah lah besar...peha athlete lah katakan...kaki nampak macam kaki Brad Pit pun ada tu! Tengok ajelah budak-budak yang lain...IQ tu dulu halus je....kudo lagilah.....

Aku seronok betul tengok gambar-gambar tu. Aku cerita sikit kat sini.

Gambar 1: Kami baru lepas dinner dan tak tahu apa nak buat. Plan ramai-ramai pergi Putrajaya bridge nak ambik gambar lintas jalan jalan ala-ala Beatles lintas Abbey Road dulu. Kami cuba buat, tak dapat. Cuba buat tak dapat...banyak la pulak kereta dengan moto dok race....kat situ aku heran, macamana Beatles boleh buat kat Abbey Road dulu? Hmmmm sampai sekarang dah 10 bulan masih tak dapat jawapan lagi! Penyamun-penyamun tu semua dah besar-besar sekarang ni. Bukan pangkat dan kereta saja besar, perut pun sama naik....seronok rasa...

Gambar 2: Kami sebelum perlawanan paling sengit abad ke 20 menentang King's College dari Thailand. Result, aku malas nak cerita. Janji kami happy! Masa ni aku dapat bayangkan tahun 85' dan aunty masa tu umur 17 tahun...mesti pakai tocang pergi sekolah...heh3...team ni yang telah menggegarkan arena rugby di NS dulu. Mendapat sokongan padu dari rakyat jelata termasuk junior-junior kami yang kena paksa bersorak sampai hilang suara. Pada adik-adik, Uncle nak mohon maaf banyak-banyak yea sebab mintak tolong adik-adik basuh baju, stokin dan boots dulu...

Gambar 3: Kami masa Form 1 tahun 1981 (hence my blog name is Uncle815). Cikgu kelas, Azizi Sihab. Nama kelas, 1 Putih...ni pun aku heran, apasal putih? Apasal tak Kelabu Tahi Anjing ka? Pun sampai sekarang aku dok heran lagi...lepas 28 tahun! Cikgu Azizi ni, selain daripada mengajar kami BM kalau tak silap aku, dia jugak mengajar olahraga. Ni lah orang yang paling tegak dalam dunia pernah aku tengok kalau dia berlari. Pokok kelapa pun senget...kelas....ada lah jugak kena penampar dengan Cikgu Azizi sebab hisap rokok tengah malam....apa lah dia dok buat la ni...

Gambar 4: Aku bukan nak masuk Majalah Hias...tapi aku saja nak try angle-angle yang menarik lepas belajar dengan cikgu-cikgu dari seluruh dunia. Tak koman aku ni...cikgu-cikgu aku semua international. Ada dari Saudi dan ada dari Malaysia. Depa ni lah yang selalu dok advice aku apa nak buat. Awat? Ingat PM saja ada advisor? Aku pun ada la....heh3...

Gambar 5: Dah tak tahu apa nak snap. Baju aku sendiri pun jadilah...aku nak kasi blurr, dia jadi terang. Aku tukar aperture, dia jadi terang jugak. Aku tibai "bokeh" (main tembak je ni), dia tak mahu blurr, dia terang jugak...last-last...aku yang BLURR...

20 ulasan:

RedAnna berkata...

uncle,

apa nama hotel yg uncle keje ni?

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Dah tak tahu apa nak snap. Baju aku sendiri pun jadilah...aku nak kasi blurr, dia jadi terang. Aku tukar aperture, dia jadi terang jugak. Aku tibai "bokeh" (main tembak je ni), dia tak mahu blurr, dia terang jugak...last-last...aku yang BLURR...
-------------------------------------

Tak per jgn PUTUS ASA
Cuba Uncle guna (P) dulu
dari P kita boleh baca reading tuh
P tak yah tukar aperture, nanti kita boleh baca kemudian (kalau NIKON) Sony dilla tak pernah pegang lagi. tapi rasanya Mukadimahnya sama kut

Guna P
lps tu tengok dalam viewfinder ada berapa TITIK FOKUS yang sony ada?
kalau D40 dilla ni hanya ada 3 saje. tepi kiri tengah tepi kanan.
Uncle letakkan kan Titik fokus tu kat mana HALA uncle nak. tekan button kanan yang ada arrow tu. Kalau kanan kananlah dia, tgh dan begitu jugak ngan kiri. Bila uncle pilih tengah so shootlah kat Objek tu. Then mainkan lens punya fokus tu. mesti boleh. Nanti uncle try lagi kay. ALMARI tu memang CUN. Nice shoot uncle

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

uncle,

wooooow! tabik spring kat uncle kerana produce gambar yg cantik tu. sifu pun dah letak gmbr tu kat blog dia...dah dapat pengiktirafan yg tinggilah tu...cayalah uncle..

ms.legolas berkata...

uncle, camne gambar uncle masa form 1 tu lebih nampak dewasa berbanding gambar yg masa main rugbi tu... mmg nampak cam uncle salah masuk kelas je..cuba tgk
budak yg duduk sebelah uncle tu nampak keanak2kan je lg muka dia..
by the way 81 tu tahun 1981, 5 tu for what ye?

Uncle berkata...

Dear Redanna.

Hotel ni nama dia Al Safwah Royale Orchid Hotel. Tag line dia "Kat Depan Masjid, Kat Sebelah Mini Marrket" ala-ala nombor 5 persiaran 1!

Uncle berkata...

Dear Dila.
Alamak, awat Dila pi "fast forward?" Tu pun syllabus 2011 tu! Takpa, nanti Uncle free sikit, Uncle belek lagi...thanks.

Uncle berkata...

Dear KN.

"Tanpa mereka, siapalah saya...". Ayat klise penyanyi baru naik! Heh3...

Uncle berkata...

Dear MS.
Good question. Sebab tu Uncle dapat nickname "Uncle" dari form 1 lagi...FYI, Uncle tu bukannya kata nama ganti diri sekarang tapi adalah nickname dari sekolah sejak form 1.

815 tu bermaksud kami ni dari batch 81 (masuk) dan 85 (keluar). Hence 815! Setiap batch ada nombor pengenalan macam kat "Alcatraz" jadi, senang nak cam!

DadaIQ berkata...

Salam Uncle
Gambar dekat SDAR tu memang funny. Tak pernah pulak tengok gambar2 ni. Tak tau lah kalau tuan punya badan tengok...mesti gelak giler punya. Memang 1981 to 1985 tu time dekat sekolah yang paling best.

Jamal Abd Rahman berkata...

sdar the only school yg uniform mcm mandor estet...hahaha

kalau ingat balik, mesti nak gelak...

ingat masa tu form one white dah tak ada dah...ada lagi rupanya, dulu saya form one yellow...ada saya letak gambar tu dlm FB..

sdarian 7377 << muda lagi kan? hahaha

Fida berkata...

cantik gambar. tak lama lagi kalah max vadukul ni.

Kembara Musafir berkata...

Cikgu Azizi tuh....!!! wow...!! that was years ago...!! amazing...!! huaaa... dahsat uncle rugger SDAR... ada dpt gi Bangkok tak...?

Haidar Fuad berkata...

pergh!! lawa ar uncle amik gmbr..x pe2 amik dlu gmbr bnda2 disekeliling nak mantapkan lagi art of photography(btl ke ni tulis) hehe...uncle pnah ddk alor star ke??

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.

Aku tak pernah menyesal pun masa kat SDAR tu, enjoy memanjang...tu yang terlingkup. Heh3...that was the best 5 years of my life! Will cherish forever..take care bro!

Uncle berkata...

Uncle J.

77'? Mak aii...mudanya...eh masa tu cikgu mana yang ada? Uncle J nanti free kita kena tey...sama maggi goreng...saya form 5 kat bilik D7 (new building), Uncle J kat mana? Bendahara? Laksamana? Alamak lagi 2 nama lupalah...oh yes, Shahbandar dengan.....lupa dah...

Uncle berkata...

Dear Fida.
Thanks for the compliment. Nanti saya masukkan lagi kalau dan..

Uncle berkata...

Dear KM.

Cikgu Azizi tu ada lagi ka when you were there? Memang lama betul...that day I met Cikgu Sazali Sam. Dah nampak tua sangat dan kurus unlike masa time Uncle dulu, masa tu badan dia macam body builder! Mungkin Uncle in 20 years time pun macam tu jugak kot...ni pun rasa banyak dah gelebeh...NGERI kalau tengok kat cermin!

Uncle berkata...

Dear Haidar.

Mama dan arwah bapak Uncle memang orang Aloq Staq. Bakar Bata. Uncle darjah 6 kat sekolah Iskandar. Makcik2, pakcik2 semua ada kat sana. Taman Uda, Taman Intan, banyak lagi sampai Uncle pun lupa. Kalau balik AS mesti pi Jalan Fajar sebab ada best friend kat situ. Munir (la ni contractor) anak Ustad Talib. Kak dia nama Zunirah. Mak dia dok buat catering. Pernah main takraw untuk Kedah tahun 80 untuk MSSM di Kuantan dan johan Malaysia. Banyak cerita, dulu dah buat entry pasai tu! Heh3...

Jamal Abd Rahman berkata...

bro

5 thn thn kat sdar dulu, saya takpernah keluar dari blok C..start dari C3 naik sampai C12...dulu blok C rumah laksamana dgn sultan...blok D pun belum ada lagi..

cuba hang tgk gambaq penari sports day 76 yg kawan post kat FB...gelak sakan saya tgk gmabar tu...

Uncle berkata...

Dear UJ.
Langsung tak keluar? Fuh...lama tu! Nanti satgi saya pi cari gambar tu. Mesti sakan! Heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...