Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, Oktober 24, 2009
Mana nak pergi?
(woooo tokey kedai kopi!)
(choc cake)
(ni nama dia buah!)
(greek salad on ice)
(dates pie)
(seafood spaghetti)
(blueberry/strawberry cheese)
(seafood sesaja)
(adil and my ice tea)
Nanti aku balik kl, mana aku nak pergi? Check punya check, aku tengok Club Med Cherating tutup pulak.....ishhhh baru teringat nak pergi. Bila dia tahu aku nak pergi, masa tu lah dia nak hujan dan masa tu jugaklah dia nak tutup! Tak sempat-sempat. IQ ada cakap kat aku suruh pergi Perak. Hmmmm...aku pun tak pernah sampai lagi kat Perak (lalu adalah..). Pangkor dah pergi dah...maybe Lumut kot...IQ cakap ikut jalan lama lebih menarik. Nanti aku check lagi dan organise apa-apa yang patut.
Shangri La Putrajaya aku dah duduk. Memang anak-anak suka hotel tu sebab bilik dia besar dan aku dapat 2 Queen bed. Siap golek-golek sampai balcony! Ada pulak former staff aku pun ada yang kerja kat situ. But this time maybe aku mengorak langkah kat hotel sebelah tu. Pullman Putrajaya. Dulu aku pergi lunch kat situ memang menarik. Tapi bilik, aku tak sempat tengok sebab nak kejar time pergi collect aunty punya PR tu kat Immigration. New Year aku rasa kalau kat PULLMAN tu mesti menarik sebab lokasi dia kat tepi lake. Mesti ada bungapi punyalah! Tak pun aku pasang unggun api kat situ.
Macam biasa, cerita pasal unggun api ni, aku teringat kat Ulu Bendul dulu masa aku pergi camping pengakap. Bas tinggalkan kami punyalah jauh. Aku sebenarnya camping-camping ni kurang selera sikit. Istilah cuti untuk aku ialah memanjakan diri...tapi time sekolah dulu horey-horey je...usung macam-macam masuk hutan. Ada aku cerita dulu tengah malam orang asli usung petai kat tepi khemah aku..........huah..."monkey shock" aku! Malam tu unggun api, kami buat kat tepi sungai. Ada pulak penyamun pergi bukak cerita hantu.....cepat-cepat kami padamkan unggun api tu. Kalau tak silap aku Cikgu Mat Hashim ada sekali kot.
Then masa aku kat Jepun, aku dah pergi kat National Park. Pun redah hutan jugak. Situ tak payah pasang khemah tapi chalet dah siap. Pergh....bahagianya rasa...masa tu sejuk dan kami pasang unggun api jugak. Tak lah besar, tapi pokok kat sebelah tu terbakarlah jugak! Alamak...suddenly aku terlupa nama National Park tu...
Kat Penang masa lepas SPM dulu ada jugak pergi pacak khemah kat Batu Feringgi. Punyalah seronok naik bas Tanjong Bungah. Kami pacak kat Miami Beach, malam tu lari sebab hujan dan khemah roboh...heh3...
Ni nak balik nanti, aku tak ada apalah nak buat kecuali nak duduk dengan anak-anak bagi depa seronok....bawak jalan-jalan sikit, horey-horey sikit....perabih duit kat depa.....lepas horey-horey, kita melepek ramai-ramai kat rumah sebab duit dah habis...
Aku nak lari turun sekejap sebab ada tetamu datang bertandang...sapa tu? Ni semua geng-geng "Glow In The Dark!" heh3...esok aku masukkan gambar depa kalau aku ingat!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
32 ulasan:
salam uncle
pepagi masuk umah uncle tertengok pulak dates pies tu. Rasa nak nangis ni.....
macam terasa rasa sedapnya. Bila tengok angle tu lagi lah nak capai jek ni hah. Sebabnya macaam dah lihat didepan mata!!!
wow....uncle dah memperdayakan mata blogger dgn Niceshoot uncle. Marbelless!!!!
nk tumpang lpk ngn uncle gk r ek nnt.. ahiksss.. nk dgq cita2 uncle..
salam uncle,
u look so slim!
ni dah rindu sesangatlah tu...dah cerita pasal balik kampung...ya lah KN faham. sabauuu yea uncle.
salam uncle,
bila tu nak balik cuti ?
penang also not bad kalau nk bercuti.
last june, saya yg dh 15 tahun tak pegi penang, tergerak pegi sana. Stay kat E&O Penang 2 hari. Resort dia cantik peninggalan Kolonial British.Siap dgn private butler lagi.
Dia punya F&B pun memuaskan dgn pelbagai hidangan . Nanti saya buat n3 pasal kat E&O tu , bolehlah uncle tgk nti.
uncle nampak slim.. hehhehehe
Check out 4 Seasons Hotel Langkawi. Seronok!!
atau ke Tanjong Jara Resort di Dungun...aunty mesti suka dia punya Spa.
ke mana menghilang tuan empunya blog nie..
Dear Uncle:
Wah nak balik. Tentu x sabar. Nanti bila lihat muka isteri dan anak2. Hilang segala kerinduan dan kerisauan.
Aritu saya dah promote blog uncle kepada ramai kawan. Mereka kata, best!.
Harap idea memblog terus mencurah2.
Dear Dila.
Semalam sifu datang mengajar lagi. Ni tengah dok belek la ni....mungkin ada gambar yang lebih menarik kalau dah pandai nanti.
Good idea...
UP dok kat mana? Rumah Uncle senang saja land mark dia...MBO Galaxy Ampang. Kalau tak pun Ampang Point, kalau tak pun De Palma, kalau tak pun Hospital Ampang Puteri!
Dear KN.
Heh3...slim ke? KN jangan terpedaya....tu camera trick je tu!
Dear Rezeki.
Amboih...banyak rezeki....E&O is a nice hotel. Dulu masa kecik-kecik Uncle dok main-main ja kat kawasan tu sebab tak jauh dari situ ada kawasan kubur dan muzium penang. GM dia was formerly Executive Chef of Park Royal KL, married to a Malaysian and he has his own blog under cheftales...nice hotel walaupun Uncle tak pernah duduk situ! BIMBO la...
Dear ML.
Sekali lagi, jangan terpedaya dengan tipu muslihat SONY! Heh3...
Dear Fida.
4 Seasons? Memang best kat situ. Dulu ada kawan kerja kat situ...Tanjong Jara? Uncle punterkejut dengan transformation yang dah dibuat oleh YTL. Beautiful compared to when I was in Dungun circa 89 dulu...tapi masa tu musim hujan! Tu yang Club Med tutup!
Dear ML.
Tuan punya blog masih disini sedang bertapa mencari idea nak merepek!
Dear Yatt.
Memang tak sabar. Dah rasa macam nak naik keretapi dai Seremban nak balik Penang tahun 81 dulu masa form 1! Ni boleh buat dari Mekah ke Ampang ni, nak kalahkan dari Jemapoh ke Manchester! Heh3...
Dear Uncle..
nak p mana??.. emmm, p ronda2 flet glugoq, pekena nasik lemak batu uban & tey tarik.. terbey burung kat bukit botak.. kalu lapaq lagi.. p makan kat Minah restoren.. heh heh ok tak?? well, i think that is 20-25 years ago lah..
opss, my fren ada habaq kat cheq.. Felda Hot Spring kat Trolak pun best jugak.. more to kesihatan & releks.. siap ada tukang urut kampung lagik.. boleh rendam badan bagi sehat.. tapi kalu cheq, bukan takat rendam bagi sehat.. rasa2 nak rendam bagi kecut 20kg.. heh heh..
psstt.. selama nie cheq jadik silent reader je.. ari nie baru nak bagi salam & tinggalkan jejak.. enjoy reading blog uncle nie.. keep it up.. cheq bangga bangat ada 'jemuan' taman brown dah dok kat obersea dan berjaya..
tau2.. sy selalu p kena tey trik kt ngn area2 steven's cafe tu..
Dear Noor.
Thanks for dropping by. Bukan 25 taon dulu, dah lebeh 30 taon dah....satu row dgn Minah Restoren tu dulu ada kedai roti Sunshine yang Uncle selalu beli Roti Benggali tu cicah darrrcha 3 hari lepaih....nostalgic sunggoh no....Noor dok tang mana? Apek juai ayaq tebu tu ada lagi kat tepi Klinik Glugoq. Heh3...tapi mungkin anak dia yang meniaga la ni kot!
Jemuan Glugoq no....heh3....nak tergelak dengaq...
Bulan 12 ni mungkin balik Glugoq sat kot...jeti Merin@Marine kat aquarium tu dah jadi kecik la ni...Uncle pon dah tak kenai!
Enjoy reading. Seronok cerita, rasa macam dulu2!
Oooo Steven Corner? Abang dengan Yuya main bola kat padang MPAJ tu la...esok depa sambong balik Sultan Ahmad Shah Tournament tapi main kat Sg Buloh pulak...Aunty penin'! Heh3...
salam uncle,
cantik..cantik gambo nya...
tak jemu mata duk ulang tgk...
lawa sgt..
oh tgh pikir nak cuti ke mana ye?..
hem..dari apa yg uncle tulis, uncle mcm tak kisah kat mana walau dekat mcm kat pullman tu ye...
catz agree..nak habiskan masa with family not necessary pi tempat yang jauh-jauh sgt..sebabnya kan, kdg masa tuh singkat terhad, takut kalau pi jauh sgt..penat dlm perjalanan pegi dan balik je.. kat tempat cutinya tak enjoy sgt pula..
get nice place yang tak perlu sgt perjalanan jauh...
mcm pullman tuh ok..
saya stay sana bulan berapa ye..saya lupa..kalau search or belek entry lama saya ada saya buat entry pasal pullman..
nice place lah..binaan yg cantik..
cuma masa saya pi tu baru bukak, signbod byk takde lagi..so asyik sesat je dlm tu..uncle p[un ada makan kat sana kan..saya ada baca entry tu..
kalau nak pi jauh, langkawi kot..
dah banyak kali pegi, langkawi amat sesuai utk family vacation..
shopping, dining, island hoping,kilim geoforest, tasik, beach, air terjun,cable car dll..banyak sgt benda boleh buat...
saya ada juga buat banyak entry langkawi..nice place..sesuai sgt utk emak, bapa dan budak2..nak makan..aaa..best byk tempat..PERFECT.hotel..sgt banyak choice...perfect!..
(hahaha..promote..sejak bila aku jadik datuk bandar langkawi.)
lumut...hem...maybe bleh try swiss garden, teluk senangin..
pangkor nak relax2 oklah..catz ke sana bulan berapa hari tu..nice place cuma tmpt catz tinggal nak mkn susah, kdg catz tak berapa suka asyik mkn hotel food...
kalau pekan lumut itself takde apa sgt lah (my personal opinion yg pernah duk lumut)..maybe saya terlepas pandang tempat menarik..
btw, next 2 week saya akan ke swiss garden teluk senangin, Insya-Allah, maybe bleh buat review karang if sempat..
excited kan nak plan for family vacation, especially like uncle yg jarang bertemu keluarga, plan for the best..mesti nak buat semua benda utk spend masa dan puaskan hati,,and make sure worth for money...:)
tapi saya vote for pullman and langkawi..hahaha..
woh panjang nya komen saya,
matikla blog senirik pun tak updet. baru balik away from bangkok and now kat terengganu...malas nak hapdet blog tapi duk blogwalking rumah orang.
ihiks.
Dear Catz.
Wow, amazing...thanks for the infos...memang excited gila nak bawak family bercuti dalam negeri. Actually Uncle nampak Pullman tu kat dalam blog Catz la malam tadi! Langkawi? Ayoooo NY mesti pack gila tu! Ngeri nak pikirkan...important for me is to have good quality time with the family. Itu saja. Kalau anak-anak happy, kami ni mak-bapak, tumpang happy sekali....
Thanks for the input. Tengah pikir lagi nih!
uncle,
picture nampak improvement..dah habis menuntut ke....
hehe...
saya juga berminat dlm era fotgrafi nie...picture can tell a good story than a storybook...
bila nak balik malaysia..jom pekena laksa penang...then minum cendol atau ais kacang padang kota...
Dear Hussin.
Amboi aih....lama tak nampak. Ingat Hussin dah pi Vanuatu ka! Penang tu mestilah pi nanti...nak pekena nasi kandaq la apa lagi!
Boss,
Mohan Naidu dok ada kat Four Seasons Langkawi as Asst Director...Gi la cuti sana...saya pun dok apply keje kat sana tapi tak cakap lagi ngan mohan la...baru nak hantar application...
Dear Zorro.
Thanks for the info. Dia ada lagi ka kat situ? Tu first batch opening team tu! InsyAllah that's another good option too. By the way, what post are you applying for?
Assalamualaikum Uncle. Apa khabar?
Lama tak jenguk Uncle kat sini. Seronok tengok makanan-makanan ni. Terliur pun ada. Nampaknya skrg Uncle dah mula melangkah menjadi fotografer jgk. Semoga berjaya.
Dear MK.
Uncle suka cuba sesuatu yang baru dan ini kena mengena dengan kerja Uncle....
horey-horey la entry ni.
dulu time skolah sy join scout..pengakap jugak la..tp setakat camping kat skolah ja..huhuu..
uncle besa pi mukah head??..best kat situ..dkt2 area tmn negara tu jugak..
lawa kat situ..tp byk obor2..siap baik x kena sengat..horror2!
uncle [enah pi tasik banding? best gak kalu nk bercuti bwk femly wat aktiviti fizikal
tu dia..yummy!!byknya makanan yg lazat2..cheese kek..soo irresistable!!
Dear Siti.
Mukah Head tak pernah sampai lagi. Katanya cantik...ada chalet dak kat situ? Uncle rasa balik Penang nanti nak try dok kat Hard Rock Hotel la...nak rasa...
Dear Siti.
Semua tuh sedap tak sangga!
Catat Ulasan