Jumaat, Oktober 30, 2009

Mulanya Disini Part 1

(cuba teka, apa benda nih? kalau betul aku bagi penginapan serba mewah kat acapulco, tambang dan penginapan semua sendiri bayar, aku bagi nombor talipon je!)

(pandangan indah dari tingkap bilik aku. Kalau tak percaya tanya kat Nyamuk, Katak ataupun IQ)

(penyamun tengah ukir tembikai)

(kepala penyamun tengah ukir roti canai)

(nyamuk tengah report kat mak dia yang kuih batang buruk, ikan bilis, ikan masin, dah bagi kat aku! terimakasih makcik!!!)

(punya nak cantik sampai terbelit...sedangkan cili lagi terbelit....)

(potato salad dan tembikai tadi tu..)

Macamana aku boleh terjebak didalam pekerjaan aku sekarang ni? Ada jugak yang bertanya kat aku. Pelan-pelan aku fikir balik. Pergh, memang "tak terfikir akalku". Macamanalah aku boleh jadi macam ni? Orang lain semua dok bersenang-lenang dengan keluarga. Aku pulak? Bersenang-lenang dengan guest kat hotel. Alahai....jadi cerita sedih lagi sayu ni aku nak tulis untuk pembaca aku yang bertanya dulu dan jugak sekali lagi kepada adik-adik yang tengah pikir apa nak buat lepas periksa nanti. Dengan harapan akan adalah ramai yang berminat (kalau takpun benci terus) pekerjaan ni. Cerita kat sini adalah merupakan kisah benar dari pengalaman aku yang sangatlah cetek nih. Jangan sedih dan nangis baca cerita aku ni..heh3...

Tahun 87 lepas aku ambik periksa STPM dulu, aku tengah dok menggila main rugby kat Penang. Tiap-tiap petang aku kayuh basikal dari Gelugor ke Penang Free School, Recsam ataupun USM untuk training rugby selain daripada training kat Padang Polo (sebelah hospital tu). Masa tengah dok kayuh basikal tu aku teringat, alamak, allowance main rugby ni sikit, apa aku nak makan? Apasal orang lain naik kereta atau moto pergi centralise training sedangkan aku naik basikal? Basikal pulak aku pinjam kat neighbour belakang rumah aku kat Brown Garden dulu. Nama budak tu Rosyen. La ni dah jadi Doktor budak tu..aku rasa dia jadi doktor pun sebab dia pinjamkan basikal kat aku dulu kot! Heh3...

Balik rumah lepas training, aku pikir balik kat depan rumah. Apa aku nak makan? Sampai bila nak jadi macam ni? Orang lain dah masuk U. Dari situ aku terpikir nak cari kerja. Aku pergi mendaftar kat Pejabat Buruh di Komtar masa tu. Punyalah ramai manusia. Selama ni aku tak tahu pulak yang manusia memang ramai! Lepas seminggu, aku dapat surat suruh aku pergi ke Shangri-La Hotel di Magazine Road. Yang sebelah Komtar tu. Aku pergi interview kat situ. Dia tanya nak mintak apa? Aku cakap nak kerja waiter. Dia tengok aku atas bawah, atas bawah...pasal muka aku ganas dan perawakan aku ganas gila, dia cakap, waiter tak boleh sebab kena jumpa guests segala. Yang ada cuma kerja kemas bilik. Dalam dok fikir punya fikir, aku cakap ok saja sebab aku nak duit dan aku tak nak mintak kat family aku lagi dah. Cukuplah depa dah berhabis duit untuk aku selama ni dan aku tak pernahnya menjadi! Aku cakap ok. Minggu depan tu bermula lah kerja aku sebagai chambermaid. Kerja aku kemas bilik. Surung trolley pergi pantry, penuh kan trolley dengan bedsheet, pillowcase, toiletries, satu tong ais etc, jalan......

2 hari aku kena ikut senior aku tengok cara-cara kemas bilik dan cuci toilet termasuklah toilet bowl. Aku perati betul-betul. Aku tengok cara dia, apa chemical dia pakai, macamana dia tonyoh, macamana dia bagi kilat, cuci bilik ni ada peraturan dia sendiri. Ikut clockwise, kalau tidak tertinggal nanti kerja...apa nak buat dulu dan apa nak buat kemudian...bila nak dusting, bila nak vacuum? Semuanya aku kena ingat. Banyak tu...balik naik PYB aku tertidur sebab letih. Mula-mula family aku tak tahu yang aku kerja apa. Aku tak nak bagitahu sebab nanti depa terkejut. Tapi lama-kelamaan perlahan-lahan aku terbukak untuk bagitahu. Depa terkejut sungguh sebab apa aku buat kerja tu. Lepas aku explain, depa faham.

Tiap-tiap hari aku pergi kerja dengan bersemangat nak dapat gaji cukup bulan nanti. Kerja memang letih sebab aku tak tahan tarik katil King. Sakit pinggang aku la ni mungkin sebab tu selain daripada hasil tackling masa main rugby dulu. Kerja tetap kerja. Supervisor aku suka cara aku kerja. Walaupun kerja tu penat dan bagi sesetengah orang tu kurang baik, tapi bagi aku, kerja tu sangat mulia sebab aku kemas bilik orang bagi cantik dan selesa. Bila depa balik dan aku masih mengemas, aku dapat tengok muka depa dok senyum. Aku puas bila guests happy. Macam tu lah aku dok kerja berbulan-bulan.

Masa aku banyak terisi dengan kerja aku. Aku tak banyak melepak tak tentu hala sebab aku jadi tersangat letih lepas kerja. In fact budak-budak Brown Gardemn ajak aku main takraw kat depan rumah pun aku dah tak larat. Malam pukul 9 aku dah terlelap. Aku masuk kerja pukul 8 pagi dan selalu aku buat overtime 2 jam.

Gaji first aku, aku sempat belanja mama dengan arwah bapak aku makan Kentucky yang aku beli kat Komtar. Seronok dan puas aku rasa dapat belanja depa walaupun snack plate share 2 orang. Heh3...

Apa aku belajar kat sini?

1) jangan malu dengan pekerjaan kita
2) berani mencuba
3) menepati masa
4) pengorbanan masa muda
5) bermula dari bawah
6) mendengar arahan

Heh3...esok aku sambung lagi cerita "Bawang Putih Bawang Merah" ni yea....

50 ulasan:

PINATBATE berkata...

Teruskan Uncle..
best cerita ni!
tak sabar nak tunggu..

Gambar atas tu..kuali bekas goreng char koew teow takk..^^

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Adakah anda pasti dengan jawapan anda? Anda mahu menggunakan Talian Hayat? Hheh3...anda SALAH!

InsyAllah Uncle sambong Part 2 esok atau lusa kalau Uncle ingat heh3....

olive oyl berkata...

salam unclee...

wah uncle..cantik gambar uncle..cepatlah uncle nak baca mulanya disini part 2...hahaha

gambar 1st tu kan ton tahu jawapan tp saja ja tak nak jawab..saja ja..hehehee..wah cabai uncle dok bersilang mcm pedang..kan klu tentera kawin kena lalu bawah pedang bersilang...hehe


kat sini internet 20 min 4 euro...

cepatlah uncle karang part 2..hahahah...

adoi lapar roti canai...

uncle looks good in blue..

olive oyl berkata...

salam uncle..
mulanya di sini ni ada tajuk lagu ni..lagu ni masa ton sekolah rendah..kumpulan apa tah..sat nak tanya kakak ton..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Ni lagu Freedom lah...Arwah Seha dok nyanyi dgn Shuib dulu siap lompat2 tuh...takkan tak ingat? La...Ton sekolah rendah? Biaq betoi ni....la ni Ton baru 13 apa....heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Uncle memang suka kaler biru. Sejak bila, Uncle sendiri tak tao...

Part 2? tunggulah esok ka...kalau rajin...heh3....ada satu lagi lagu, "penantian satu siksa yang tidak tertanggung..." heh3....tunggu!

olive oyl berkata...

salam uncle..
bkn lani sekolah rendahlaa..masa lagu ni famous..dulu ton dgn kawan kawan besa nyanyi lagu ni masa concert sekolah...lani ton dah tuala uncle..

Uncle berkata...

Tak toa tara mana aih.....lagu tu dulu famous sangat tu. Uncle ingat lagi masa main rugby untuk Royal Selangor Club dulu teammate mat salleh selalu pasang lagu ni dalam kereta dia.....

olive oyl berkata...

salam uncle,
takleh ke uncle karang mlmni part 2..kan uncle kata bila uncle lapar idea keluar byk..kan sekarang uncle tgh lapar..

olive oyl berkata...

salam uncle,

wah team mat sallehpun suka lagu ni.tapi mmg sedap sora arwah seha tu..

uncle tadi ton tunjuk blog uncle kat abg ipar ton..sbb diapun dulu main rugby utk mckk...tapi mmg sedap sora arwah seha tu..umur diapun baya baya umur uncle..
diapun renunglah gambar uncle kot kot la besa lawan rugby sama sama..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang sah malam ni tak dan. Amboih Ton dah tak dan-dan...satgi Uncle jadi ikut dan!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Masa Uncle main dulu, kami masih lagi kat tempat lama. Kat depan High Court tu.

Kirim salam kat abang ipaq. Kami tak pernah jumpa mckk dulu sebab depa kat kk dan kami kat seremban. Batch mana tu?

olive oyl berkata...

ada mistake ayat tadi uncle..ni yg betoi

salam uncle,

wah team mat sallehpun suka lagu ni.tapi mmg sedap sora arwah seha tu..

uncle tadi ton tunjuk blog uncle kat abg ipar ton..sbb diapun dulu main rugby utk mckk.....umur diapun baya baya umur uncle..
diapun renunglah gambar uncle kot kot la besa lawan rugby sama sama..

Uncle berkata...

Takpa aih...salah pon......besalah tu....

olive oyl berkata...

uncle nak kena undur diri dah ni uncle..dah 3 jam 24 min ton online..hahaha..20 min 4 euro
kalau 3 jam 24 min..hahahaha...
tak apa demi nak baca blog uncle ,mulanya di sini.baguslah uncle...semangat uncle kuat.. uncle berdikari ...akhirnya uncle berjaya..saya suka spirit uncle..ton ni kdg2 giveup juga dgn kerja..tu nak kena belajar dari uncle ni.....jgn lupa part 2 ok...

batch apa ton tak tahu sbb abg ipar dah keluar dgn anak anak dia...tahun lahir dia 68.esok ton bgtahu ok..

uncle pi laa mkn.selingan part part mulanya disini tu letaklah sama gambar terbaru aunty,marina..

nak ton kena undur dah ni uncle..bye bye uncle ..assalamualaikum..bon voyage

olive oyl berkata...

eh uncle nak karang part 2 ka?kalau nak karang ton tunggu..

lagu penantian satu siksa yang tidak tertanggung..." lagu ni mesti uncle nyanyi dlm hati utk aunty...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Jangan tunggu, nanti banyak kena bayaq...esok pon dan aih.....

Kalau 68' tu batch Uncle la tuh...

Uncle berkata...

Errr tiba2 Uncle pun lupa sapa nyanyi, tapi geng2 zubir dengan ala....lupa pulak dah aih.....huh, azie...dan sorang lagi memang lupa!

Tanpa Nama berkata...

mmg best cita uncle.. incendiary fr me..
betul pa yg uncle ckp suma2 tu.. buat apa pn jgn malu & igt tuhan..
doa2 kn le ek chek lh success cm uncle gk..

hentian berkata...

salam singgah. best ke jadi chef?

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

best! sangat memberikan semangat. no wonderlah kalo berita harian, utusan, URTV, mangga dan sebagainya mintak artikel dari ankel. Memang memberikan semangat. Mulai dari sekarang, saya semangat utk pergi kerja esok! fuh! pukul 10 kita minum teh! amcam? wakakaka

rezeki berkata...

salam uncle,

satu catatan perjalanan hidup yg menarik , bukan senang nk senang kan uncle, tapi kalu nak susah mmg senang ngeh,ngeh,ngeh

kalau uncle dgn gila kat bola ragbi, saya pula dgn bola takraw sehingga arwah ayah penah ckp, nti esok bola tu kasi kau makan

dulu2 mmg susah nak cari makan dengan bersukan, lainlah sekarang

saya punya berbrp kenalan yg terlibat dalam dunia perhotelan, yang rata2nya mrk bermula dari bawah sama spt uncle. Ada sorang tu dari bwh hingga melanjutkan pembelajarannya di bidang perhotelan sehingga ke swiss,mmg kebanyakaan yg terlibat dlm dunia perhotelan bermula dari bawah.

berkat kesabaran, ketekunan dan kerajinan , lihatlah hasilnya sekarang mcm uncle hari ni.
alhamdulillah.

psss: lada tu dh mcm pintu gerbang kat jeddah la uncle.

My Life berkata...

dear uncle

salam

yang penting kita tak malu dengan pekerjaan kita..(-_-) tapi anak2 muda sekarang sgt memilih pekerjaan mereka..

kak olive

kagan bangat sama kamu..
hehhehee

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Uncle kalo dapat jawab takkan nak bagi no phone ajer ni?
tak aci aaa
emmm jap nak pikir apa ke benda tu erk (he he he)

jauh perjalanan uncle rupanya. moga dapat kami ambil pengalaman ini supaya dapat merasai betapa susahnya untuk mencapai sesuatu yg sempurna dalam kehidupan kita ni. betul...jgn memilih krja asalkan keje tu baik dri segi hukumnya...

FOOD yang mengancam tu bila nak saji kat kita semua ni uncle....

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

1st time tgk cara2 mengukir roti canai!!!
tunjuk lah hasilnya...nak jugak tgk.

Uncle berkata...

Dear UP.
InsyAllah UP akan melalui fasa2 tersebut tak lama lagi. Yang penting, sentiasa berusaha.

Uncle berkata...

Dear IM.
Tak kiralah kerja apa pun.Waima bekerja sebagai penarik beca sekalipun, selagi kita suka, sayang dan passionate pasal kerja sbg penarik beca, selagi itulah kerja tu best...itu satu pekerjaan mulia!

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Lambat sikit lah sebab Uncle ada meeting sampai 10.30am. Uncle pun bersemangat nak minum teyy!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Ini semua adalah merupakan satu "cycle". Kadang2 naik, dan kadang2 turun. Masalahnya bila kita naik, kita lupa pada yang bawah. Kita mendabik dada dan berkokok tak tentu pasal...Uncle doakan semuga kita semua tidak begitu. Uncle jugak berpesan pada diri sendiri...

Uncle berkata...

Dear ML.
Ada jugak orang muda yang bersemangat. Yang tu Uncle suka...tapi kalau semangat sahaja tanpa kerja kuat dan planning, tak menjadi jugak..jadi semuanya harus selari...dan api tu harus sentiasa menyala! Errr biar betul nih...macam tak percaya pulak Uncle cakap macam ni

Uncle berkata...

Dear Dila.
Taklah...perjalanan Uncle baru bermula. Selalu jugak jatuh tersungkur kat tengah jalan tapi Uncle bangun balik..kena tolak ketepi tapi Uncle kejar balik...macam tulah kehidupan kita nih!

Uncle berkata...

Dear KN.
Alamak, part hasil ukiran roti canai yang tak tahan tuh! Macamana nak tunjuk eh? Nanti saya pikir balik la KN...

NSK berkata...

Dear Uncle.....
Terima kasih ats cerita nie... Bo gak jd renungan diri.dlm keadn smgt kerja yg x konsisten.

Uncle berkata...

Dear Nas.
Semangat yang tak konsisten tu boleh dibantu dengan matlamat ataupun goal untuk mencapai sesuatu dalam tempoh tertentu. Has to be achievable. Jangan set sesuatu yang mustahil untuk dicapai..

1) study persekitaran kerja
2) mesti ada saingan yang sihat
3) ikut peraturan

My another former FB Director dulu, ada pesan, "follow the book and you will be fine...". Maksudnya seperti nombor 3 tadi. Jangan kona2! He's a German dan sekarang ni dia dah jadi GM kat Marriott Hong Chiao di Shanghai.

Fida berkata...

Bertambah respect saya pd uncle

rezeki berkata...

salam uncle,

kata2 perangsang dan bersemangat dr uncle yg dh byk makan garam dan rasanya semgt uncle masih kuat dan belum pudar

makan apa tadi, saya balik semejid singgah kedai tapau roti tampal,kuah dal. lama tak makan.

jom join

NSK berkata...

Dear uncle...
terima kasih ats nsht,akn sy pgg sbaik2nya.
td g tgk game kat pdg UM..
SMSOB mng pcuma, ASAS tarik diri..

Uncle berkata...

Dear Fida.
Bila Uncle dikata begitu, Uncle bertambah takut. Uncle takut menjadi sombong, riak dan takbur. Sama-samalah kita memperingati sesama sendiri. Setiap pesanan Uncle, Uncle juga tujukan kepada diri sendiri dulu. Fida ambil yang elok sahaja.

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Uncle dah balik ke diet mode hari ni...tapi tadi dah pekena teyy dengan si Lotfi...errrr...dan sikit mee goreng...habislah...

Uncle berkata...

Ala....kalau macam tu serupa tak tengok! In fact anak Uncle pun ada kat padang UM pagi tadi. Abang main untuk Kelab YFA CIMB dan aunty pun ada sama kat sana. Result, belum diupdate lagi...

rezeki berkata...

salam uncle,

tadi baca n3 masa uncle buat haji tahun lepas , senyum psl kain ihram yg dh nak terlondeh tu ngeh,ngeh,ngeh

so , tahun ni mcmmana plan nk buat haji di tgh2 kesibukan keje tu

harap semua berjalan lancar

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Rasanya tahun ni Uncle tak sempat sebab ramai jemaah akan masuk. Ni pun baru habis meeting dengan sales dan reservations department pasal group2 yang akan masuk dan meal arrangements depa. Lepas tu Uncle meeting pulak dengan Exec Chef, Chief Steward, Asst F&B dan outlet Mgrs yang lain untuk update dan brain storm. Then esok mula daily meeting dgn penyamun semua...heh3...

Tahun lepas buat first time, kain ihram dah nak terlondeh! Tahun ni kalau buat lagi sekali, tak tahu lah apa akan jadi. Walau macamanapun yang penting Uncle dah buat tahun lepas. Lega semua tanggungjawab.

PINATBATE berkata...

Uncle..
Penantian suatu siksa yang tidak tertanggung..
Oleh tubuhku yang letih dan lesu..
Kepastian satu penawar dalam suka dan duka..
Yang mengisi hidupku...

Itu kumpulan Harmoni nyanyi dengan arwah Zubir Ali ..

Isyy!..awat kita ni asyik nyanyi lagu arwah Zubir Ali lah..arwah Seha lah...

Uncle..
tu gambar apa atas tu? bagi tau lahh..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
La...Zubir dah arwah? Uncle sedekahkan fatihah kat dia. Uncle tak tahu pun! Yes kumpulan Harmoni...Last sekali Uncle nampak Azie masa jumpa dia dengan Syed Sobrie during Tea Time kat Istana Negara. Kelllaassssss.....maklumlah orang kaya2...mestilah jumpa kat tempat2 yang macam tuh..heh3...actually...Uncle yang kenal depa...depa tak kenal pun Uncle!

Gambar 1st tu? Sila gunakan talian hayat...heh3...

CATZ berkata...

uncle,
tu gamabr kuali ke??
ihiks,,,
or lopak air??
eheks..

wah..menarik cerita uncle..
saya juga punya kawan keje hotel yg mula keje dari bawah...kagum tau...
dulu start as waiter, kemas bilik ...then keje rajin2 naik pangkat and jadi GM..then now CEO rangkaian hotel..

cerita uncle menarik utk dikongssi..banyak benda yg dipelajari..cthnya mcm jgn malu dgn pekerjaan..sy byk berfikir..
bukan baca kosong...dan gambar2 yg makin meletops..
cepat sambung part 2,3,4,5,..1000.

Uncle berkata...

Dear Catz.
Thanks. Eh Catz ada kawan kerja hotel ke? Apa nama dia? Mungkin Uncle kenal kot....errrr cuba tanya dia, kot2 ada kerja kosong..

NSK berkata...

Dear uncle...
lupa lak... ada game ke-3 and ke-4..
SJOHA Vs apa ntah...
Hujan lbt sgt.antara tgk ngan x tgk.

Uncle berkata...

Dear Nas.
Amboih tiap2 hari hujan ke? Mesti jam gila kalau nak pergi kerja..

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

uncle,

pengalaman hidup ada sesuatu yg paling mahal...itu yg tak bole dibeli...walaupun dengan emas dan perak...

thanks for sharing your experience...

Uncle berkata...

Dear Hussain.
Memang mahai pon husin ooiii. Tak buleh nak jumpa lagu nih. Pasai tu Uncle suka kongsi....ni bukan "kongsi raya" nih...ni "kongsi celita" heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...