Sabtu, Oktober 31, 2009

Mulanya Disini Part 2

(gambar dari bilik aku. Atas bukit tu lah si Faisal duduk..)

(apa menatanglah kat dalam balang tuh?)

(lemon yang aku slice kan...tak cun jugak!)

(pastry chef aku tengah bina masjid...ni bukan kahwin tau!)

(orang dok pening kepala, dia sempat baca paper...memang nak kena "starlight" nih. Tangan kiri dok pegang cert yang aku bagi kat penyamun semua pasal kerja kuat masa ramadan hari tu. heh3...aku sayang penyamun2 aku semua!)

Bukan senang kerja di Housekeeping Department. Nampak mudah tapi kerjanya berat. Assignment yang kami dapat pun memang berlambak-lambak. Selalunya kami ada permanent floor, jadi kami ada rasa "sense of belonging" kat situ. Aku rasa nak jaga floor aku betul-betul. Sebelum balik kerja, aku akan pastikan yang pantry aku bersih, penuh stok dan trolley aku dah disiapkan untuk esok. Dulu atas trolley aku ada tong ais dan kami kena isikan ice cubes kat dalam container yang ada kat bilik. Selalunya aku dahaga dan teguk air dari tong ais tadi tu...

Supervisor aku punyalah rajin buat spot check...first week tu lepas aku kemas satu bilik, dan dah terlepas ke bilik lain, dia datang check bilik yang aku dah buat mula-mula. Alamak, frame gambar lupa nak dusting....patah balik ke bilik tadi buat lagi sekali! Dari situ aku mula berhati-hati.

Bila buat kerja kat bilik ni, barang-barang guests memanglah bersepah-sepah. Aku kena berhati-hati. Kalau pendek fikiran, banyak benda yang boleh hilang..tapi fikiran aku masih panjang. Aku kemaskan baik-baik...duit yang berselerak atas meja aku tak sentuh. Kalau sentuh pun selepas aku panggil supervisor untuk observe, barulah aku sentuh dan susun elok-elok. Barang-barang kemas jangan ceritalah...gelang, cincin, jam tangan, macam-macam ada. Kadang-kadang kita ni cepat "gelap mata"....jadi pada adik-adik, jangan buat benda-benda yang tak elok. Orang tak nampak, tapi Allah nampak apa yang kita buat..ataupun last-last sekali, kita kena tangkap jugak..jadi nak senang cerita, jangan buat yang tak senonoh yea...

Standing ashtray kat tepi lif pun aku kilatkan. Pasir dia pun aku tapis balik then lekapkan logo hotel. Orang yang hisap rokok kalau tunggu lif ni, memang depa tak sempat nak habiskan....jadi rokok depa memang panjang-panjang lagi. Rokok-rokok tu semua aku ambik dan simpan dalam kotak rokok aku baik-baik. Kalau orang dengar mesti depa geli. Tapi bagi budak yang umur 19 tahun dan tak ada duit, aku apa peduli? Masa kat Cafetaria, penyamun yang lain akan tanya aku, ada rokok ke tak...jadi rokok-rokok yang aku kutip tadilah aku bagi kat depa. Depa tanya apasal pendek? Aku jawab, aku dah hisap setengah tadi.....then ada lagi penyamun lain mintak rokok lagi kat aku. Aku bagi lagi sebatang..penyamun ni very observant...dia kata, "awat kotak lain, rokok lain?" Pergh kat situ aku tak dapat nak jawab. Depa tahu jugak aku dok kutip kat standing ashtray tepi lif...

Ada kakak kelantan sorang ni mengandung. Dia kerja macam aku, jadi chambermaid. Aku kesian kat dia sebab dah tak larat. Aku cakap, 'Kakak ambik sajalah cuti...". Dia cakap kalau dia ambik cuti, dia kena ambik unpaid leave sebab nak bersalin lambat lagi. Aduh...sedih aku. Husband dia kerja sawah kat Kedah, dia kat Penang, anak pertama kat Kelantan! Aku jadi sayu tengok dia. Aku cakap kat dia, kalau ada apa-apa, bagitahu kat aku. Jadi mula hari tu, aku akan kemaskan bilik aku cepat-cepat dan pergi tolong kakak tu kat floor dia. Aku cuci toilet untuk dia sebab aku takut dia tergelincir nanti. Aku sorong trolley dia, takut dia senak nanti...aku penuhkan trolley dia lepas kerja supaya dia tak payah terbongkok-bongkok. Kalau dia terbongkok-bongkok, aku yang tengok pulak akan jadi sesak napas! 3 bulan lepas tu, dia bersalin...

Masa kat rumah, kalau aku larat, free time aku main takraw kat depan rumah aku. Geng aku ada yang aku panggil Arab. Selalu jugak aku pergi rumah dia sebab kakak dia jual aiskerim 10 sen. Depa tanya aku kerja mana? Aku cakap aku kerja Housekeeping kat Shangri-La. Depa bantai gelak kat aku. Takpalah...at least aku ada duit nak beli aiskerim dan bukannya aku mintak aiskerim PREEEE! Actually geng aku tu pun kerja kat kantin sekolah ja....pasal apa depa bantai gelak kat aku pun aku tak tahu. Sampai sekarang aku blurr!

Kerja kat Housekeeping ni kena kerja betul-betul sebab orang bayar mahal nak duduk kat bilik tu. Kadang-kadang penyamun ni semua malas...depa tak tukar bedsheet ataupun pillowcase. Depa tarik bagi tegang balik, letak balik duvet, tegangkan kat tepi, voila, dah siap....toilet pun serupa. Kadang-kadang toilet pun tak bersih bila depa cuci. Rambut dok ada lagi kat tub tu. Sama macam katil tadi. Rambut pun ada lagi. Kadang-kadang jugak, guests ni pun lepas pakai toilet, tak pernah flush...semuanya terapung-apung. Yang tu pun aku tolong flushkan...kalau ada yang melekit-lekit kat tepi, Uncle tolong cucikan...dah kerja aku macam tu, nak buat macamana?

Ada sekali tu guest panggil dan cakap barang dia hilang. Aku yang cuci bilik dia. Ahhh sudah....masa cuci tadi tak teringat la pulak subang dia ada kat bilik air...dia mati-mati kata ada kat bilik air. Kenalah interrogation kat bilik tu jugak. Guests tu ada, HR ada, security pun ada. Aduhai...apa yang tak kena ni? Then tiba-tiba husband dia balik...tercungap-cungap. Husband dia cakap, dia pi cari wife dia kat function room nak bagi subang tu sebab wife dia lupa nak pakai dan tinggal kat dalam toilet! HR pandang aku, aku pandang Security, Security pandang guest tu, guest tu pandang husband dia......

Jadi, pada adik-adik, apa pelajaran yang kita dapat kat sini?

1) Jangan ambik mudah sesuatu pekerjaan tu
2) Harus ada "sense of belonging", maksudnya kita sayangkan tempat kerja kita
3) "Attention to detail" pada apa saja yang kita buat. If you have to write it down, write it down supaya kita tak lupa..
4) Errrr....jangan merokok.....(look who's talking!)
5) Bantu orang yang memerlukan tanpa mengharapkan pembalasan
6) Jangan pandang rendah pada pekerjaan orang yang lebih rendah tarafnya dari kita. Mungkin dia lebih mulia dari kita dari segi lain..
7) Do what you are supposed to do (macam cerita sedih semalam, "follow the rule"
8) Stand tall dan percayakan diri sendiri
9) Jangan mencuri

Tuan-tuan dan Puan-Puan serta adik-adik sekelian, sampai sini dululah cerita "telenovela" aku untuk hari ni..aku sendiri dah tak tahan baca tulisan aku. Ni dok tereyak sorang-sorang ni....esok kalau aku rajin lagi, aku sambung Part 3, macamana aku mula berhijrah ke KL. Tsk...tsk...

34 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle,

semakin menarik telenovela ni,
satu cetusan rasa yg pernah melalui pahit jerih .
banyak hikmah dan iktibar dari n3 ni.

bebudak sekarang rasanya tak tahu "starligt", masa zaman kita dulu kena sedas starligt, berdegung kepala
yg paling tak tahan pengajaran no. 4 ngeh,ngeh,ngeh

Uncle berkata...

Dear Rezeki.

Kalau baca telenovela ni dan kalau makcik2 tak sempat nak masak, dapur terbakar, boss cari staff tak jumpa, rasanya barulah Uncle kira berjaya kot..heh3...

Anyway, cerita akan bersambung nanti..maksudnya esok lah....heh3...

Salam sejahtera....... berkata...

salam uncle,

Liku-liku hidup kan. Ada orang lepas sekolah,masuk U, lepastu terus dapat kerja best2,
ada orang pulak kena lalu jalan yang bengkang-bengkok, selekoh tajam,untuk capai matlamat
yang penting masing2 tak terbabas, betulkan uncle.

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

banyak tul pengalaman uncle...
kusyuk dilla membacanya subuh ni
pengajaransemua tu jadi ikhtibar
Moga uncle terus success....

Tu masjid tu cake ke uncle
dalam balang tu seperti kuih raya
kuih raya ke uncle?

Uncle berkata...

Dear SS.

Memang setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza. Yang elok dikongsi dan dijadikan pengajaran dan yang tak elok pun dikongsi dan dijadikan pengajaran...

Uncle suka berkongsi supaya adik2 dan anak-anak Uncle dapat pengajaran walaupun cuma 14.9%.....heh3...

Uncle berkata...

Dear Dila.

Pengalaman Uncle sangatlah sedikit kalau nak dibandingkan dengan Maharaja Hirohito dan zaman Meiji...

Kat dalam balang tu actually kami tengah buat jeruk pakai cili segala....kalau nak turun 5 kilo sekaligus, silalah cuba...heh3...

rezeki berkata...

salam uncle,

selamat berhari minggu, kat sini baru lps subuh.

kalau dulu uncle lps sekolah keje hotel, saya pula kerja kontrek mcm mat indon sekrg ni, gaji hari rm18. tiap2 hari ambil ot satu jam rm2 . 4 jam ot dpt tambahan rm8. rasanya sekrg tak pernah nampak bebeudak kita kerja kontrek lagi.
Tapi rasa puas, lps tu penah keje kilang perabut , dan paling mengelihatikan kerja kilang buat puting susu dan kondom JAPLO .
Superviser india, pegi keje naik motor, bebudak pedajal sudah ikat kondom tu kat lidi motosikalnya mcm kereta berhias, dia tak perasaan terus pegi bandar. Balik punyalah mengamuk tanya siapa punya keje.ngeh,ngeh,ngeh

semua itu dh jadi sejarah , pernah rasa penat lelah mcm mana susahnya nak cari rezeki, anak2 sekarang sungguh beruntung, betul tak uncle ?

so, hari ni off day, kemana kaki uncle melangkah?

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Uncle baru nak tidur ternampak pulak ada comment...jawab dulu sebelum tidur. Eh Japlu tu brand Jepun ke? Kelakkar betul cerita Rezeki tu.. tu semua pengalaman tuh!

Hari ni nanti pkl 9 si Samir ajak gi jalan...tak tahulah mana dia nak bawak Uncle. Tu penyamun nombor 1 tuh!

Pak Zawi berkata...

Uncle,
Seronok baca pengalaman uncle. Berkat tekun bekerja menempahkan kejayaan. Kini uncle dapat bilik yang mampu melihat pemandangan dibawah. Itu kejayaan kan?

rezeki berkata...

Japlo international brand, tapi kilang kat muar je ngeh,ngeh,ngeh

ok uncle, sweet dream

wasalam

Tanpa Nama berkata...

ni klu antaq cita uncle p venezuela, msti depa amik buat cita plk.. ahikss..
best+trsentuh ngn cita2 uncle + *rezeki tu.. sbb sy pn strt dr bwh jgk..
list pelajaran tu pn mmg betui.. thnx uncle fr some guide.. really appreciatd..

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

phew!! it is indeed a long & winding road that you have gone through...well, that is life. and today i am sure you are satisfied in your current position. i wish you all the very best, have a blissful life now that you are in the holy land of Allah.

KN tunggu kisah seterusnya...i love those pictures...

PINATBATE berkata...

Uncle..pickle arab tu sedap uncle..saya paling suka buah zaitun yg ada potongan carrot dalam dia tu..cantik pulak tu..! tapi
cili jeruk depa tu tak cukup pedas la uncle ..power lagi lada burung kita..:)

NSK berkata...

Dear uncle.....
Salam.. sama mcm Rezeki,sy pun pernah wat kerja kontrak,cat traffic light,susun batu kat gate sungai...
mcm2 yg dilalui n dtempuh.cume sedih sket tgk bdk2 br skrg gaji dahlah besar,time kerja bos x brape kisah sgt tp msh merungut.mlh ada yg gunakn FB utk kutuk mangmnt tmsklh bos sendiri... macamlah nie Uncle.
Uncle storylh sket nanti psl BERSYUKUR...

Fida berkata...

well done, uncle. an inspiring story which ought to be emulated by our youth.
kerja yg uncle buat dulu penuh berkat, tu yg dipanggil untuk kerja di makkah sekarang ni. Alhamdulillah..

satu je....errr, hentikan la hisap rokok tu.

Uncle berkata...

Dear Pak Zawi.
Terimakasih kerana melawat dan memberi komen diruangan saya ini. Saya rasa bertanggungjawab untuk bercerita supaya menjadi panduan kepada adik-adik yang nak mencari pekerjaan. Tak ada cara lain untuk membantu kecuali melalui saluran sebegini..

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Thanks for the ucapan selamat malam...heh3...Uncle dah gi mina, mudzalifah, arafah dah tadi. Ronda dengan Samir! Heh3...

Uncle berkata...

UP.
Work hard bro....err, semalam ada channel vanuatu mintak skrip nak buat ala-ala "layar lara"...heh3....

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang winding habeh...ni dah 3 hari 2 malam (package sarapan pagi) dok tergheyak tak habeh!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Cabai dia macam kita jugak...ada yang pedas dan ada yang tidak...tapi pickle tu memang sedap...Sekali makan turun 2 kilo!

Uncle berkata...

Dear Nas.
Macam tulah manusia...tapi kita jangan terikut dengan perangai yang tak elok. Jauhkan sikap2 tu. Kalau orang perangai macam tu, biar sajalah...tak sakit pon kita nih!

Uncle berkata...

Dear Fida.

Thanks. I want to inspire our youth too....that's also part of an ibadah. Banyak lagi cerita Fida....nanti sambung lagi.

Err, on that part, i'm trying.....

Noor berkata...

Salam Uncle,

pengalaman yang sungguh menarik dan patut dijadikan panduan oleh generasi baru.. bila kita beroleh sesuatu dengan cara yang susah.. nikmat dan rasa syukur mempunyai pengertian yang sungguh bermakna.. nampak nyer tiap arilah cheq kena mai rumah uncle nih.. teruja nak baca pengalaman uncle..

psstt.. pernah sebut 'menatang apalah dalam botoi nih' tetiba kawan cheq kata, 'ko rabun ke, tu kan kerepek mana ada binatang'.. cheq pun jawap.. 'woi, aku sebut menatang bukan binatang'.. moral of the story, cuma orang belah2 sana je yang paham bahasa kita.. heh heh

nafastari berkata...

uncle, this is the best telenovela ever!

keep on writing.

Uncle berkata...

Dear Noor.
Thanks for coming...lain kali tak payah katok pon takpa aih.....kalau pintu depan kunci, pintu dapoq pon buleh.....panggey ja...ada aih.....(terasa macam makcik limah pak majid dok mai kot pintu dapoq dulu2) heh3...

Uncle suka bercerita....tu yang cerita tak penah habeh tuh!

Uncle berkata...

Dear Nafastari.

Yey...I'm glad you like it..keep on reading...

olive oyl berkata...

hi uncle..salam

uncle..thats really sad...I can't imagine how you went through it...
u are a brave and strong man and I admire the most in you.....

uncle..We are blessed with a great blog...

puji puji ni ada upah...
part 3 please....hehe...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Dah agak dah pon...awat tiba2 lain macam ja bunyi tuh...heh3...takpa satgi Uncle bayaq upah naaa....ni baru lepaih skype dengan anak-anak dan aunty sekali nih...keep on reading my dear...heh3...

olive oyl berkata...

salam uncle..

apa khbr aunty,marina dan abg abg???kirim slm pada aunty ye uncle..mlmni marina nyanyi tk uncle?

sedih baca part 2..tau dak uncle..ayak mata ton turun tanpa di sedari..

Uncle berkata...

Dear Ton.
La...yang pi tereyak pasai apa....Uncle suruh gelak gulin-gulin....tak tao pulak yang orang baca buleh nangeh..heh3...

Petang tadi dan skype dengan depa. Abang cerita bola, Yuya cerita horey2, Marina cerita merepek (uncle pon tak paham) dan Aunty cerita pasai kerja dia...almost 2 hours!

Dah baca Part 3?

olive oyl berkata...

salam uncle...
tereyak sbb sedih..uncle kena kerja mcmtu ...rasa sedih sgt time uncle kerat rokok tu...smp
air mata is falling down,
falling down
falling down

sekolah dah nk cuti..hoorey2lah abg,yuya..aunty kerja kat mana uncle??kagumlah uncle,aunty leh ckp bm..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Macam tulah Nasib Si Labu Labi! Ni apa cheq dok menyanyi lagu "london Bridge" nih? Heh3...

Anak-anak minggu ni dgn depan ada periksa...lepaih tu baru horey2...aunty kerja kat kl

CATZ berkata...

uncle,
baru part 2 ye..
huh..nak sampai part 100 mau dudukkkk depan PC tunggu ala2 tunggu telenovela dari venezuela tuh..
hahhaha...

uncle,
terlanjur uncle cerita pasal bersihkan bilik ni kan...
catz nak tanya..
sebelum ni saya tak pernah terfikir, tapi sebab kawan saya yg pernah keje jadik supervisor house keeping ckp dia pernah nampak staff dia buat, sajalah nak tanya..

betul ke ada pekerja house keeping ni guna kain/towel yg diguna utk lap toilet bowl utk lap gelas/caan sekali? kwn saya kata kalau dha nak cepat tu kan...depa bantai je guna kain yg sama utk lap sinki, toilet dan cawan.
saya tak rasa semua org mcm tu..tapi sejak tu...kalau nak guna cawan dlm hotel room memang akan basuh dulu..hiks..tp kdg tak sempat/lupa..guna je...

catz bukan kata semua tempat mcm tu..cuma nak tanyalah uncle, ada tak posibility jadi mcm tu?

tq.

Uncle berkata...

Dear Catz.
Sorry. uncle terbabas tak jawab soalan Catz. Memang betul tu. Tapi tu dululah....La ni most of the International brand hotels ada procedure tersendiri dan ada check list tersendiri yang sangat hygienic dan sophisticated. Don't worry benda2 yang macam tu dah tak exist la ni....masa Uncle kat RKL dulu, kami ada 39 points check list untuk restaurants and bars dan 33 (kalau tak silap) points check list untuk kitchen hygiene and sanitation. Housekeeping pun ada. Tak boleh buat main2 tuh!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...