Ahad, Oktober 18, 2009

Santai...

(strawberry mousse, apasal kaler pucat?)

(nice, kalau display)

(aku suka flavors semua ni, kalau campur kopi memang harum dan sedap)

(bawang baru sampai berkilo-kilo)

(ada yang tak kena dengan orange ni..)

(breakfast aku tadi)

(ni Faisal yang dah lama menetap kat Mekah, asal Kelantan)

Malam tadi aku melayan baca blog dan sedar-sedar dah pukul 3 pagi. Alamak, macamana ni? Mata tak ngantuk pun lagi..aku golek sana, golek sini. Tak perasan pulak pukul berapa aku terlelap. Selalunya kalau tak boleh tidur, aku akan bayangkan muka anak-anak aku. Nampak muka Abang dengan handphone baru dia, nampak muka Yuya yang pakai gogle kat swimming pool dan terdengar suara Marina yang selalu cakap terbalik tu. Terus tidur...macam tulah aku sayangkan anak-anak aku semua..yang lain-lain aku malas nak fikir. Kalau fikir masalah, memang tak pernah habis...mana nak fikir pasal apa SRK dapat Datuk lah...mana nak fikir pasal apa BO dapat Nobel Prize lah...

Sedar-sedar tadi dah pukul 7 pagi..alamak! Dah lambat ni..then baru aku teringat, eh aku janji dengan Faisal pukul 10 dan bukannya 7 pagi! Jadi sementara nak tunggu pukul 10 pagi untuk breakfast dengan si Faisal, aku pun bukaklah JDrama. Seronok tengok cerita baru. Ni pun tak habis lagi tengok. Mahu sampai ke malam aku dok melayan nanti. Lagipun Sunday memang hari lepak aku. Jangan kacau yea!

Tiap-tiap kali bangun pagi hari Ahad aku akan teringat masa kat sekolah dulu. Setiap pagi Ahad, kami ada inspection. Pukul 9 pagi kalau tak silap aku. Pagi lepas breakfast kami buat touch-up saja sebab malam tadi dah sapu sawang, susun beg, kemas almari dan kutip baju yang dah kering. Dan tak lupa bagi rokok kat prefect yang satu kepala untuk simpan sebab takut kena rampas dengan warden..heh3...so pagi tu kami cuma kemas katil dan pakai uniform lengkap (aku pun dah lupa, masa inspection, pakai uniform ke tak?). Bila sampai waktu, warden akan masuk dengan prefects semua kedalam bilik. Habis depa selak semua barang. Locker, dalam kasut, bawah bantal, bawah tilam, belakang locker etc. Dalam pada tu kalau kena prefect yang aku mintak tolong simpankan rokok yang datang check bilik aku, kami cuma "wink" sebagai isyarat semuanya line clear...heh3...lepas inspection, orang lain pergi kelas baca buku, aku sambung tidur sementara tunggu lunch time....Dalam pada tu penyamun-penyamun yang lain akan melayan keluarga depa yang datang melawat bawak makanan. Kalau ada rezeki, aku pun tumpanglah sekaki. Selalunya time-time macam ni, depa pun buat-buat tak kenal kita..heh3..

Hari ni aku tak ada aktiviti apa-apa. Sama macam tahun 85 dulu..aku sebenarnya jarang keluar. Selalunya aku akan melepak duduk dan buat apa-apa saja yang aku tak sempat nak buat selama seminggu. Blog, gambar, skype tu dah kemestian. Nak keluar malas pulak sebab malam tadi aku dah keluar jalan-jalan. Lepas balik dari Haram malam tadi, aku terus ke Abraj, jalan-jalan ambil angin. Kedai semuanya serupa, tak ada apa yang baru pun. Then pergi Bin Dawood. Pun serupa...tak ada barang baru. Juices, serupa....yoghurts, serupa....chat rambut, serupa...noodles, serupa...peanuts, serupa...cashier kat counter, serupa...last-last aku jalan balik dengan longlai sambil nyanyi kat dalam hati/otak lagu Zainal..."Kita Serupa..."

25 ulasan:

My Life berkata...

kim salam kat faisal nyer uncle.. hehhehehehe

banyak gambar2 makanan yg telah uncle ambik.. buat story book ler uncle..

Uncle berkata...

Dear ML.
InsyAllah esok pagi kalau jumpa, Uncle sampaikanlah salam...ala-ala lagu Alleycats...baik budak tu. Dulu study kat UIA Gombak tu!

Story book? Buku apa tu? Cerita sikit..

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

uncle, memang tak jemu baca celoteh ankel. hehehe. walaupun saya banyak merapu, tapi kadang2 fikir, kita macam serupa jer. hahahha.. hakikatnya, kita sendiri yang tahu mengenai diri kita. orang lain bukanlah sesiapa, hanya mampu menilai kita dari luar. kan?

so, nanti saya ke safwah, saya akan call ankel. duduk2 sembang2 macam biasa sambil bincang bisnes buku kita yang berharga juta2 itu.wakakakaka

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Again you are absolutely right. Celoteh Uncle semuanya santai....bahasa yang Uncle pakai semuanya santai....kepala otak uncle pun sememangnya santai...I am just being myself! Uncle tulis dan tulis dan tulis...apa yang Uncle rasa nak tulis. Janji Uncle tak kacau orang, tak menyakiti hati orang dan tak menyusahkan orang. Orang cuma tengok kita dari luar. Apa dalam kepala otak, hati, niat, cuma Allah saja yang tahu. Tak payah Uncle nak heboh-hebohkan satu dunia...Lotfi, kalau nak dengar cerita orang, sampai kiamat pun tak habis....heh3..."janji kita...HAPPY!"

Anytime, call...teyy unei! muteq rendek! Sigro Macha....

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle...
seronok baca diary uncle,
lucu ada lawak ada. gelak jek...tak gelak rasa macam pelik lak

wah itu Faizal kelatey. Dah macam urang arab rupanya (huhuhuhu) kim salam jugak lah uncle. Kimsalam dari adik NIKON (huhuhuhu)

Uncle
orange tu nampak ok cuma tak nampak bedak dia. bedak dia tak mengerlit aaa
unnckle kasik touchup sikit.....bagi eyeshadow sikit......mesti balik cun (he he he)

My Life berkata...

buku tu bermaksud album2 yg memuatkan gambar2 makanan ler uncle .. tanya lotfi maybe dia tahu .. hehhehe

Uncle berkata...

Dear Dila.
Uncle HAPPY kalau orang HAPPY baca cerita merapu (macam adik Lotfi cakap)ni. Pun Uncle akan sampaikan salam...(nanti pinjam mike dan nyanyi kat lobby lagu alleycats!)

Faisal tu 3rd generation orang Kelantan yang lahir kat Mekah tapi masih bersifat 1M! Nanti kalau senang Uncle cerita pasal dia kat sini...

Huh? Nak touch up? Uncle tak sempat nak "glaze" kan sebab nak cepat...nanti Uncle buat kat lemon pulak...cuma nak cari back drop putih (macam aznawi, rashid dan lotfi) selalu pesan...mungkin Uncle akan pakai bedsheet kot. I'll try again later! Thanks for the touch up thing!

Uncle berkata...

Oh yea ka? Kan Uncle dah cakap, Uncle ni tak "savvy"...kalau orang ajar yang tu, yang tu jelah yang Uncle buat sampai pandai then baru tukar. And since you mentioned this, Uncle akan cari Lotfi sampai dapat. Siap budak nih! Heh3...(mata buat2 sepet, mulut dok kemam2dan jari telunjuk dok turun naik, turun naik ala-ala geram...sambil tangan kiri cekak pinggang sambil jalan pi balik2!)

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Tq Uncle.....
dilla just nak sharing
Masa ni dilla tak guna flash pun
semua guna Manual. Lagipun outdoor cahaya pun shuntek. Iso 200 jek.

Part angle tu yang kekadang susah kita nak agak. dilla selalu buat kalau tak fokus tepi maknanya tgh. Objek tu kena pastikan berada tepat pada fcus point tu. Photoq Mira Johar tu dilla fokus pada kanan skali. Dilla nak BOKeh TU. sO dilla mainkan lens dulu utk dptkan sharp baru shoot.

Uncle punya food photography dah macam dalam BUKU!!!
dah lah mengadap food hari2, best nya lah haih uncle.

Uncle berkata...

Dear Dila.
Malu Uncle bila Dila cakap gambar yang Uncle ambik macam dalam buku. Uncle tiru dari buku adalah..heh3...

Bila Dila free nanti tolong ceritakan sikit pasal budak KL cakap NS tu, BOKEH! Tak reti2 Uncle ni...lambat tangkap, padahal baru 24!

CATZ berkata...

salam,

makin lama makin suka baca tulisan uncle..sambil ada gambar makanan, gambar bawang (i likeeeee..ihiks), dgn celoteh santai..mengimbau zaman sekolah sekali..
:).
seronok baca..
makin lama makin cantik gambar makanan dlm blog ni..telan air liur berkali-kali melihatnyaa..
:)

Fly berkata...

salam ziarah, nice article dan shot yang begitu menarik tahniah :)

Uncle berkata...

Dear Catz.
Terimakasih kerana masih mengikuti celoteh Uncle. I'll try to snap more pictures...

olive oyl berkata...

hi uncle..

gambar bawang tu nampak soo cantik sampai ton tak cam yg tu rupanya bawang......

Uncle berkata...

Dear Fly.

Thanks for the compliments. Uncle akan berusaha lagi!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Bawang tu cantikkan? Kalau lagi merah lagi cantik! Cuba tengok "Bawang Puteh Bawang Merah" mesti kenal bawang tu nanti! Heh3...

Nanti Uncle masuk kat flickr tu.

My Life berkata...

mana entry terbaru ni uncle

Uncle berkata...

Dear ML.

Sini tak Deepavali...jadi Uncle kerja hari ni dan tadi ada meeting tapi sekarang tengah tunggu Zohor. Selalunya entry akan masuk lepas waktu kerja...

Malam ni Uncle masukkan..

Tanpa Nama berkata...

salam uncle, sejak baca blog pasal bukit belacan saya teringin nak bawak anak2 ke sana semula. dulu masa duk taman tar selalu gak pegi, la ni dah duk pj. but weekend lepas ujan je so kena tangguhla. btw saya bila buka blog uncle rasa laparla, bnyk tul pic food yg amatla fabuloso membuatkn saya tensen. hubby saya suka masak , better than me la hehe. take care ya uncle .
aidagpr@gmail.com

Uncle berkata...

Dear Aida.
Thanks for reading. BB tu dekat dgn rumah Uncle. Dulu boleh parking tepi sungai tapi sekarang dah kena jalan jauh..

Oleh kerana tiap2 kali bukak Aida jadi lapar, nanti Uncle buat entry pasal batu dan kayu sahaja supaya tak lapar! Heh3...

Aida bernasib baik sebab Abang suka masak. Uncle pulak suka tengok!

Fida berkata...

I see another celebrity blogger in the making...ke dah memang tahap celebrity nih?

hajj season dah dekat. oh jealousnya kat orang2 yg dok kat makkah ni.

Uncle berkata...

Dear Fida.
Eh jangan lah macam tu, kalau dah jadi celebrity nanti nak baca kena dapat invitation baru boleh baca, Uncle tak nak lah, tak mesra pembaca langsung! Glad that you enjoy reading.

Hajj? Oopps tell me about it! Gosh..that's another 3 weeks to go...Jealous ke? Uncle sampai stengah mati masa tu!

Asnija berkata...

Salam perkenalan uncle,
Pernah tengok tak video clips Dewitt Jones, dia ni pun genius cari angle gambar yang cantik...video dia on sharing what's right with the world...kalau tak tengok lagi, layan la...google je nama Dewitt Jones, dan tengok judul video Sharing What's Right With The World...terpana dengan kepandaian dia mencari angle yang luar biasa...

Uncle berkata...

Dear Asnija.
I haven't...but will do right after this...mmm tak sabar nak tengok...ja ne...

Uncle berkata...

Dear Asnija.
I saw it. Amazing......his vision is amazing too. I love it!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...