(suske dari china, tengok tu, wayar brek pun dah putus!)
(sunset view dari tingkap rumah Adil)
(macam tingkap aku kat berek penjara alor setar, jalan sultanah dulu)
(macam kat casablanca kan? heh3...aku pun tak pernah sampai!)
(yang ni macam rumah brown garden, penang)
Apa menatang SUSKE tu? Mula-mula aku dengar nama pun dah ala-ala nama kucing, tak pun makanan kucing. Tapi rupa-rupanya, nama moto. Kalau kat Jepun depa panggil Suzuki tapi kat China depa panggil Suske! Macam ni pun ada. Kalau tengok dari jauh, memang sah ingatkan suzuki. Buatan dia sebijik macam original. Tapi bila naik, alamak, gear 3 rasa macam gantung kole kat belakang tayar...punyalah bising bunyi dia, bergegar kuat pulak tu..Aku ingat sapa yang nak buang lemak kat peha dengan pinggang tu eloklah naik moto ni. Semuanya hilang!
Ada satu hari tu aku dah boring gila. Aku cakap kat Adil, "chef, aku boring ni, jom ronda mekah?" Chef cakap set....dia pun tukar baju, kami terus pergi kat moto dia. Tak pakai helmet, lesen pun tak dak. Macamana aku tahu Adil tak dak lesen? Bila sampai balik baru dia cerita.....pergh....."hitam rambut putih ku" Mana kami ronda hari tu? Jangan tanya aku, sebab aku pun tak tahu dia bawak aku ikut mana. Tetiba ja sampai kat rumah dia. Kami beli daun pudina SR2. Dapatlah secekak. Rumah si Adil ni pun mysterious jugak. Park moto bangunan lain, rumah dia bangunan lain! Wife si Adil jamu kami macam-macam halwa kecuali halwa telinga! Heh3...sunset dari rumah dia memang klasik. Time-time macam tu aku perasan macam duduk kat Casablanca! Maklumlah Adil tu datang dari Morocco...rumah dia tak besar mana dan apa kurangnya rumah aku kat Ampang tu..just nice untuk depa depa 2 orang suami-isteri. Isteri Adil memang baik. Dia bersembang dengan aku macam dah lama tak jumpa. Jarang perempuan Arab nak bersembang dengan lelaki tapi lain bagi wife si Adil ni. Cakap orang putih punyalah pandai! Dia pun tak tudung litup masa aku ada kat rumah depa.
Ngam-ngam lepas Maghrib, kami pun balik ke hotel sebab ada kerja nak kena sambung buat. So, to Adil's wife yang jamu aku dengan halwa tadi tu, aku memang terhutang budi sesangat. Baik sungguh dia. Aku jemput depa pi KL bila-bila nanti masa aku ada kat KL. Aku akan bawak depa jalan-jalan kat Taman Cahaya!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Sabtu, Oktober 10, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
10 ulasan:
hi uncle..salam
tumpang tanya...uncle beli daun pudina utk apa??letak dalam teh ke??
Dear Ton.
Yes, memang tepat sekali. Pudina tu untuk letakkan kat dalam teh. Tak pon depa kunyah macam chewing gum! Mint tea ni bagus untuk kesihatan. Melegakan stress, melancarkan perjalanan darah dan membuatkan pernafasan berbau segar. Ala-ala, iklan colgate pulak! Heh3...
salam uncle,,,
tq uncle atas penerangan yyg detail...kayu sugi digunakan sbg colgatekan uncle
tahniah uncle for the beautiful photo of sunset
Dear Ton.
yang tu sunah...tonyoh gigi, ada yang special depa letak dalam plastik. Yang tu mahai sikit la kot.
Gambaq sunset tu pakai kamera biasa yang auto fokus tu. Naik moto suske tak berani bawak slr tu...pecah, naya...tu hotel punya kamera tu, nak beli takdak duit!
so sekarang nih kiranya dok fikir2 gambar apa nak tembak?? food...sunset...sunrise...gambar kat gua Hira' ke...
gambar ala2 casablanca tu cantik!!
Dear KN.
Ni baru nak lelap sekejap, dok layan baca blog...tup2 KN sampai...wa...dah tukar gambar yea...ok esok maybe saya keluar jap. Cari tempat nak ambik gambar menarik...ala...kalau rajin keluar!
hi uncle...uncle dah lunch??
wah uncle naik motor dgn adil...
Uncle baru lepaih lunch ni. Mata pon dah layu dah...silap2 lepaih asaq satgi dah tergolek...heh3
Shutter speed slow? Yang ISO tu ka? Yang ada, 100, 200, 400, 800 tu ka? Adoohai....lemah lutut betul lah Uncle ni...yang tu aperture kot? Confuse sokmo...awat tak tanya macamana nak organize function ka, menu recipe ka...menu costing ka...kan senang nak jawab!
----------------------------------
Uncle
ISO tu fungsi uTK CAHAYA gak
kalau indoor selalu guna 800
outdoor kalau matahari shuntek terang menarek guna 200 pun dah cukup. indoors ni yang payah sikit. Nak kene guna Flash
Kalau nak baca aperture nya Mukadimmah ni uncle senang jek
Kalau Aperture besar maknanya ruang masuk kecik
kalau Kecik aperturenya Ruang masuk cahaya besor. Kira Kontra bak katanya.uncle kene shoot satu gambar then uncle cuba tengok aperture tu berapa dan tembak lagi guna aperture besar atau sebaliknya. masa tu lah kita tahu akan bentuk photog yang kita shoot ni tu mesti ada kelainan. Baca reading tu dulu dan try lagi. lepas ni mesti uncle dapat shoot kambing duduk. tak sabor nak tunggu entry food angle uncle nih
Dear Dila.
Thanks for the advice. Tak dapat kalau masuk School of Arts pun. Terimakasih pada semua yang mengajar. Nanti UNcle akan cuba lagi. Ok, part aperture tu dah paham dah....tunggu pulak minggu depan baru tukar topik lain...Uncle ni lambat sikit nak digest! Heh3...
Catat Ulasan