Khamis, Oktober 29, 2009

Tribute to a good friend, Singh!

(ala...tak cun la...apasal nih?)

(2 sahabat karib, daun sup dan dill)

(boleh masuk exhibition ke nih?)

(bawang putih berkilo-kilo sampai..)

(lunch aku terhenti angkara panggilan dari Singh!)

Aduhai...parah....malam tadi aku terkelip-kelip sampai pukul 3 pagi..mak..aiiii....dah lah nak bangun awal...pergi toilet sampai 7X. Letih aku! Ni minum teyy dengan geng la ni punya pasal! Reason...reason...Dalam mata dok terkelip-kelip dapat pulak sms ngeri dari Uncle Pet. Thanks mate! Ingat jugak dia kat uncle. Tapi heran jugak, Uncle Pet tak tidur ke atau bangun sembahyang subuh kat KL? Pergh....anyway, thanks!

Kepala pening, mata kuyu, otak melilau, then masa aku tengah lunch, aunty talipon dari KL. Dia cakap dia pergi dentist...aku tanya kat mana? Dia cakap dentist kat Segambut! Alamak, sounds familiar tuh..Aunty pass kan talipon kat doktor gigi. Woooo Singh la....Singh wooooo! Singh yang aku ada cerita kat comment reply hari tu! Ala...yang aku cakap dah masuk acuan kami tu. Kat sana depa panggil Doktor Jass. Ala Singh...kau jangan lah nak suruh orang panggil kau Doktor Jass. 20 tahun lagi pun aku tetap tak iktiraf kau sebagai Doktor. Aku tetap panggil kau Singh jugak! Heh3...

Singh ni aku kenal dari tahun 81 lagi. Anak pensyarah. Aku tak ingat dia berapa beradik tapi selalu jugak aku pergi rumah dia hari Sabtu untuk lunch. Mak dia masak kat kami. Kami kat sini, termasuklah Apam, Judd dll! Melepak dari pagi sampai ke petang. Mak-bapak dia sampai risau kami tak balik-balik ke sekolah sebab curfew pukul 6 petang. Singh ni memang bijak bistari. Sama macam yang lain tapi tak sama dengan aku. Belajar punyalah rajin. Sports.....jadi tukang sorak je! Pergi balik pergi balik usung buku budak ni. Jealous aku. Singh ni bagus sebab dia boleh bercampur dengan penyamun-penyamun yang lain. Seronok berkawan dengan dia. Kadang-kadang kalau stok habis, kami cari dia. Kalau stok dia habis, dia cari kami. Tu lah sikap tolong-menolng kami yang terpuji. Tu yang Cikgu SA hangin memanjang dengan kami sebab stok cikgu selalu 7, kami sampai 20! Heh3...

Lepas sekolah tahun 85, aku tak pergi langsung sekolah sebab frust dapat grade 3 sedangkan yang lain semuanya grade 1...dari situ aku perlahan-lahan menjauhkan diri. Penyamun yang lain semua pergi Unversiti. Aku pergi Universiti Swensen's kat Damansara Jaya. Banyak course kat Universiti tu. Ada Chocolate Chips la....Quake Tower la....macam-macam ada! Grad jugak aku kat situ lepas 6 bulan...

Berbalik pada Singh nih, dia sambung buat form 6 kat KGV kalau tak silap aku. Ada jugak terdengar kat corong-corong telinga yang Singh lepas tu masuk Universiti. Ala...Singh, kau lambatlah...aku masuk Universiti awal dari kau. Lepas tu lost contact lagi sampailah ada sekali tu masa penyamun-penyamun attend the monthly ritual yakni "TT@PAP", nama Singh terkeluar sekali lagi sebagai salah sorang penyamun yang dah berjaya. At the same time, kalau ikutkan jadual perubatan, memang dah sampai masa untuk kami sekeluarga pergi check gigi. Aku dapatkan nombor Singh dari Kudo dan talipon dia. Aku cakap kat nurse yang ni Uncle dia talipon...urgent! Singh tengah attend kat patient pun terus jawab talipon aku. Selang 10 saat, berdekah-dekah kami gelak. The following week aku dan rombongan pergi cari dia kat Klinik dia di Segambut. Nurse tu cakap. "Ooooo this is Dr's Uncle!" Aku gelak mengekek-ngekek!

Kopak aku hari tu kena sembelih dengan Singh sebab aku bawak satu family pergi check. Tapi takpa, Singh punya pasal, kawan lama punya pasal, penyamun punya pasal, kau cakap jelah...berapa Singh...aku bayar...dulupun kau jugak yang jamu aku makan kat rumah kau tiap-tiap hari Sabtu. Sampai semua lorong kat Paroi Jaya aku tahu! Heh3...Singh.....like you wrote behind the photo before we left school in 85, "cherish the moments that we've shared!" Now i've got something to say to you, "Singh is King!" Heh3...

33 ulasan:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

saya suka gambar yang last! amacam esok? kita shoot di rumah abg khuzz pulak. nanti saya pergi ambik ankel. orait? jangan lupa bawak kertas n pen.hehehe

rezeki berkata...

salam uncle,

alhamdulillah, bertemu kembali dgn rakan2 lama yg tentunya mengembalikan kenangan manis semasa di sekolah.

singh ni biasanya mmg panjang akal,
seorg rakan saya bercerita ttg rakan singhnya yang mmbawa hp dan diselitkan di celah serbannya semasa peperiksaan PTK peringkat jabatan .
Jadi dapat je kertas soalan, faham-faham jelah ngeh,ngeh,ngeh

gambar atas tu tak cun psl buah anggur ke tu tak berkilat (tak mengerlip), nak kena polish dulu
ngeh,ngeh,ngeh

Tanpa Nama berkata...

solat subuh la uncle.. wirid surau tmn melati pnjang oooo.. ahiksss..
msa tu otw nk p brkfst ngn qaseh, trus trigt kt uncle.. mkn pa la gmak nya uncle arini.. uhuksss..

"singh is king..??"
oittt.. mcm tagline castro+chavez nk conquer country ja.. ahaksss..
to uncle singh.. sori.. js jokin'..
hulabaloo on exam mode.. ahiksss..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

wow
lucky uncle have a friend who so doctors. can be discounted. Mesti service pun bagus.
Dia benggali ke uncle? Tak pun kalau singh mesti ada Songkok atas pala (he he he)

Uncle
See the real picture of this food. Marbelles!
pagi2 tengok blog uncle dilla rasa nak capai nak makan jek .....tapi tak dapek lah pulak!!! (huhuhuhu)

kucingorengemok berkata...

i like the fact that singh=singa (cam macho), and kaur=princess (sweet)... boleh buh nama kucing kaur :)

Fly berkata...

salam uncle, gambar smart..suka tgk

ms.legolas berkata...

Slm.

Hi Uncle, menarik sungguh cite Singh ni.. respect kat Singh coz pandai bw diri n click to all type include pyamun2.. tak cam Ms.L,lalu sebelah Sempai pempuan pun dah gigil masa kat asrama dulu..

ada handsome cam hero hindustan tak singh ni??..

Today at 2pm, Ms. L ada Japanese Test(J-Test) semua warga kilang ni yg grate jpn kena ambil, every year lak tu.. tlg doakan Ms. L dpt high marks k.. coz last year cukup mkn je.. Boss Ms. L is the top one..
segan betul kat dia..tp dia tu bekas pelajar tokyo daigaku so mochirong la scorer..

wish me luck...

Uncle berkata...

Dear Lotfi. Malam ni tak boleh kot sebab ada malaysians nak check in...insyAllah next time. Kirim salam semua, Hj Khuzz dan family, Hj Arshad dan family dll...bila kita nak pergi shooting nih? Err...Nyamuk pun sampai! Horey!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Singh ni memang panjang akal...wooo Rezeki pun ada kawan Singh yea...seronokkan berkawan nih..

Akan ku kilatkan nanti lepas ambik gambar...hidup Singh...hidup 1Malaysia.....

Uncle berkata...

Dear Dila.
Memang sah yang Jeffvinder ni Benggali. Tapi masih dapat bercampur gaul dengan kami yang keturunan tak tentu hala nih...one and only dalam batch kami!

Uncle berkata...

Dear UP.
Bagus...bagus...jangan lupa sembahyang...jangan jadi macam penyamun lain....Uncle pernah terlalai sekejap dulu, nasib baik sempat....kalau tak, hmmmmm....habeh!

Good luck in your exam....ada macam Uncle jawab masa exam Bahasa Arab dulu tak? Heh3...salam kat Qaseh sama yea!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Boleh sesangat. Apa kata kalau letak nama KASING=casing? Sedap jugak nama tu kalau sebut 86 kali!

Uncle berkata...

Dear Fly.
Malulah nak letak lagi...dia jadi merah semacam!

Uncle berkata...

Dear Ms L.
Memang hansome penyamun nih...ala-ala Amitabh Blachan! Heh3...menjadi rebutan dara-dara jelita nih time sekolah dulu!

Dia la yang main piano kat hall masa assembly nyanyi, lagu Negaraku lah...Ilmu Untuk Berjasa lah....lagu patriotik lah....tapi kalau suruh main lagu lain, hampeh!

Uncle berkata...

Dear Ms L
Lupa nak cakap. Good Luck in your exam...jangan lupa salin balik soalan sebagai jawapan dari soalan 4 sampai habis....heh3...ala, ustad supian bukannya ada!

ms.legolas berkata...

adui uncle berasap otak test td.. kikitori better then before but bunsho no test.. nk bc karangannya pun tak larat, nasib baik ada ABC so Ms. L bulatkan kat jawapan yg ayatnya paling panjang...heh3.
subjective pun ada sikit, kena buat ayat drp words yg diberi..
hrp2 pemeriksa leh faham wlp Ms.L sendiri tak faham.


Ms. L minat Amithab Bachan..lebih2 lg Amitab Bachan yg leh main piano.. kono singh san wa subarashi hito desune

Uncle berkata...

Dear Ms. L.
Eh, ustad supian dulu pesan, jawapan yang ayat paling panjang lah yang salah...heh3...kalau pass, naik gaji ke? Syoknya...

Ms. L lain kali kalau nak periksa, suruh aunty yang masuk buatkan...tukar identiti gitu! Mesti score gila!

Noor berkata...

Salam Uncle,

swensen's kat DJ dah jadi kenangan lah uncle.. dulu2 tahun '88, '89 rajin gak dok p layan 'eskrim' kat situ.. tu pun kawan cheq anak orang kaya yang belanja.. nak harap cheq p sendri tak mampu.. paling best bila ada sorang kakak, seingat cheq nama dia farah budak kayu ara.. puteh2 cubby.. kalu dia yang serve.. perghh, dia scoop besaq2 giler.. puas makan.. tapi bila kawan cheq tengah kayalah.. masa dia miskin skit, turn kami lak yang belanja dia.. kami pakat2 bawak p minum root bear kat A&W yang dalam DJ Center tu je.. baru 8 kupang.. isshh, la nie DJ Center pun dah berkubur ganti ngan Atria.. A&W pun dah ganti ngan Kentucky.. ghindu2 rajin gak layan KFC kat situ.. heh heh

psstt.. saje nak bagi uncle jeles, tgh ari tadi cheq p pekena nasik beriani kat Ismail Taman Tun.. sedapppp.. ngeh ngeh ngeh

Uncle berkata...

Dear Noor.
Alamak Noor oooiii, Uncle dengan Farah tu kerja sekali lah tuh.....Ada 4-5 orang lelaki perkasa kat situ! Dalam kategori handsome, Uncle paling tak handsome...tapi kalau kategori tak handsome, Uncle lah yang paling handsome! Apa lah jadi kat Farah tu...orang lama tu...Uncle pun kat belakang counter tu jugak, juai ais kerim...tah-tah kita kenai apa...

Pasal beriani tu, cheq pi makan kat Ismail yang sebelah Triways tu ka? Oh tidak........"dengar....oh jeritan batin ku......"

Noor berkata...

Dear Uncle..

huiyoo.. sungguh ka uncle dok ada kat belakang kaunter.. awatlah cheq tak perasan.. tapi masa tu cheq ketot lagi.. nak order pun tak reti..

kawan cheq pernah crita, ada jumpa ngan kak farah tu kat 'unibersiti' hospital.. dia kije kat situ.. takat tu je lah yang cheq boleh recall.. itu pun 15/16 yrs ago..

sungguh uncle.. 'semail' yang kat sebelah triways lah.. mana ada tandingan.. ayam goreng dia.. sehingga menjilat jari.. lama dah kedai tu.. dari cheq kecik2 lagi.. dulu2 arwah pak cheq selalu bawak p pekena roti canai ngan tey tarik after p beli ikan temenung kat pasar taman tun.. heh heh

yes yes.. cheq dah berjaya buat uncle 'meroyan'..

Uncle berkata...

Dear Noor.
Berjaya jugak Farah tu. Dulu pakai mask masa cedok ic, la ni dah jadi dokter...alhamdulillah...

Cheq pi ma'e yea...tak pi dah kat minah restron yea....ni orang kata "peanut forget the skin.."

Uncle nak balik pi pekena kat situ lah...Kak Anne Uncle dok kat DJ yang belakang Petronas tuh!

olive oyl berkata...

salam uncle..

wah uncle bestnya dpt borak dgn kak nor.. kawan sekapai/sekampung..
cantik gmbr gmbr uncle terutama gambar dill dan daun sup..kat malaysia nk beli kt mana daun dill ni uncle..

uncle masa ton sekolah dulu dulu kami klu nmpk singh ,mesti kata chupp off...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Noor yea....macamana lah si Noor buleh ada kat tempat2 yang Uncle pi...dia ada bela kot? Kacau nih!

Daun dill tu boleh dapat kat supermarrrrket la ni. Uncle rasa kat marrrket jelutong pun ada kot! Heh3...

olive oyl berkata...

salam uncle..

nama melayu bg daun dill ni apa uncle???klu beli pokok dia lg baguih..nk garnish food..kerat ja dari pokok..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Orang melayu dulu-dulu panggey Ker DILL tapi orang puteh kata panjang sangat! Dia potong KER jadilah DILL saja! Heh3...

Dill ni kecik sangat, pi lah tanam pokok nyoq senang...heh3...buleh anyam buat atap...buleh buat titi....sabut buleh bakaq bengkang....lidi buleh buat penyapu....err makan apa malam ni?

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

cepat uncle grad..heee..best2..
depa terima lg tak student terlebih umoq mcm sy ni kalu nk pi belajaq??..heee btw, gmbr makin menyerlah la uncle.terer2!! peturun ilmu dr baba waseem ka..wawaaa bila nak ada slr ni..g10 pun jd la..

Uncle berkata...

Dear Siti.

Uncle kerja kat situ sebab nak simpan duit sambong belajaq. Duit Swensen's tu lah yang Uncle pakai pi itm dulu. Uncle tak pernah pakai duit mak-bapak sejak lepaih spm (yang kantoi tu) sebab nak tunjuk kat depa yang Uncle buleh berdikari. Since after school, semua duit belajaq dan belanja Uncle guna duit sendiri termasuklah moto, kereta, travelling expenses dan duit kenduri kahwin. Semua duit sendiri. Alhamdulillah!

olive oyl berkata...

salam uncle

jap jap jap nak gelak kuat kuat..kah kah kah...uncle saja nak kenakan ton..pandai uncle cipta nama pokok dill jd kerdill...
uncle mmg pandai melawak..

klu ton buat titi dgn pokok nyok..uncle dan aunty mau tak tulis nama atas titi ton

uncle besakan kerja kat nice,paris?dulu masa uncle stay kat sini best tak??ceritalah uncle..

ttg makankan uncle..kt Nice monaco..byk kedai halal food sbb ramai algeria..nak dgr tak ton nak cerita ttg percutian ton..
kat nice 22 celcius..ada pantai lawa..masa uncle dgn aunty dating..uncle tak tuliska nama atas pasir..

Uncle berkata...

Dear Ton.
If you happen to be in Monaco now, I have my former FB Director tapi la ni dia dah jadi GM kat Marriott Monaco. Nama dia Marc Cosyns. The greatest FB Director that i've ever worked with. The best and at one time won an award for "The Best Executive Chef Worldwide for Marriott International Property". We used to work together in KL and Jakarta. Boss yang paling Horr Liao!

olive oyl berkata...

ton stay kat Mercure Nice Centre Notre Dame
kalau dok marriott,blk malaysia jalan kaki laa uncle..
uncle ton doa one day unclepun akn brjaya mcm Marc Cosyns.ameen...
mula td nak pi paris tp kan uncle best lak kat sini.sedih lak nk tinggalkan nice...hehe.so esok ke paris..hehe

Uncle berkata...

Dear Ton.
Tu yang Uncle teringin sangat tuh! Mungkin belum masanya lagi kot..esok pi Paris? syoknya...beruntung jadi Ton..Haagen Dazs ada lagi ka kat Champ Elysees?

CATZ berkata...

cantik gambar uncle...makin cantiks..
bestnya uncle dpt describe dan cerita ttg persahabatan uncle dan singh si doktor gigi..
classmet catz banyak yg jadi doktor, tapi satu pun catz tak pernah jumpa lagi...dan dah lupa kisah2 sekolah..
kagum uncle dpt cerita secara detail.

Uncle berkata...

Dear Catz.

Ingatan Uncle masih kuat untuk Uncle merepek tengah2 malam buta nih...Uncle ada ramai kawan. Uncle suka berkawan sebab banyak Uncle boleh belajar daripada kawan...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...