Isnin, September 22, 2008

Rezeki



Orang kata rezeki ni dimana-mana. Tapi rezeki aku selama ni walaupun tak melimpah ruah tapi alhamdulillah, cukuplah untuk makan pakai aku sekeluarga dan bayar duit minyak motor kapchai aku kat KL. Since sekarang ni musim Ramadhan, memang "dam..dam..dum bunyi mercunlah" kat sini. Bukak puasa hampir-hampir 6.25pm disini. Lepas saja azan maghrib, kami terus capai tamar dan laban untuk berbuka puasa. Restoran masih kosong lagi. Lepas sembahyang Maghrib saja, kami diserang bertubi-tubi. Guests masuk macam anak ayam keluar sangkar! Memang ramai giler. Aku pulak ada lif sampai 10 nak masuk restoran ni. Baru nak layan yang ni, yang nu dah menjengah nak masuk...Pergh memang berpeluh nak jaga tok Arab semua ni.

Walaumacamanapun senyuman mesti tetap ada. Itu yang penting. Service kena jaga, food quality and hygiene kena jaga. Dan satu malam lepas buka puasa, aku pun macam biasa dok round-round satu hotel then terjumpa 2 orang perempuan Arab. Sembang punya sembang, depa belum bukak puasa lagi. So aku pun bawaklah ke restoran kat atas. Bagi depa meja, bagi minum, bagi makan, dan siap tolong bukak lif lagi untuk depa balik bilik. Sebelum keluar depa sembang-sembang sama sendiri then depa selit something kat dalam poket aku. Ala....business card depa kot....Lepas hantar depa balik, aku tengok lagi sekali dalam poket aku, la.....SR500! Depa bagi tips kat aku! Aku pun pikir, ni rezeki ni. Tapi dalam pada tu aku pun teringat kat staff-staff aku jugak. Mungkin diaorang lebih memerlukan daripada aku. So dengan rendah hati, aku bagi tips aku tadi yang SR500 tu pada Manager aku untuk diagihkan pada staff-staff aku semua dihujung bulan nanti. Rezeki depa....

3 ulasan:

dilaOHdila berkata...

Dalam pada orang menghargai Uncle, Uncle tidak lupa mengingati orang yang ada disekeliling Uncle. alhamdulillah...tuhan ajer yang Maha mengetahui. Moga allah memberikan ganjaran yang sebaikNya pada khidmat Ikhlas uncle ni. FI sabilillah...Amin!

Uncle berkata...

Alhamdulillah rezeki Tuhan patut diagih-agihkan sesama manusia. Tu rezeki depa..biarlah..

Uncle

alicia berkata...

salam. nice blog too...

amin...syukur sebab tuhan kurniakan uncle hati yg ikhlas.

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...