Jumaat, September 26, 2008

Aku Kaya....



Ada satu hari tu satu guest dari Nigeria marah dekat aku sebab aku cakap dekat dia buffet dah nak habis sebab dah nak masuk Subuh. Dia kata takpa lepas Subuh pun dia boleh makan lagi. Aku tak cakap apa cuma mempertahankan pendirian dan percakapan aku tadi dengan begitu "discreet" sekali. Finally dia ok dan mula daripada situ kami dah jadi baik. Setiap hari dia datang makan, aku akan tunggu kat entrance. Sembang dengan dia dan kalau dia nak makanan, aku bawakkan sekali. Hari ni dia nak kurma kambing extra. Aku kata ok takde masalah. Aku jenguk tengok chaffing dish, alamak dah habis. Patut dia mintak kat aku tadi. Aku lari ke kitchen mintak tambahan dalam bekas lain. Chef aku kelam-kabut buat. Dapat aku sepinggan. Aku cepat-cepat hantar kat meja dia. Memang dia senyum panjang..aku jadi lega bila tengok dia senyum. Kadang-kadang aku terfikir eh ada ka FB Director ataupun FB Manager yang berlari sana-sini buat semua tu sendiri? Mmmmm ada kot....

Anyway, untuk pendekkan cerita, lepas Iftar tadi dia panggil aku lagi sekali. Dia suruh aku ikut dia kebilik. Aku ajak staff aku sekali tapi dia kata tak payah, cuma aku sorang saja. Ok fine...aku pun ikut pi bilik dia. Aku tunggu kat luar sementara dia masuk dalam. After a few seconds dia keluar dan shake hand tangan aku dan dalam dok shake hand tu aku rasa ada satu gumpalan. Kat dalam lift masa turun ke restoran aku tengok gumpalan tadi. MasyAllah dia bagi 4 keping SR500 jadi total value dia SR2000. Hmmmm.....rezeki ni.....aku turun dengan senyum panjang. Sampai kat bawah aku panggil Manager aku lagi. Aku bagi dia 4 keping tadi kat tangan dia. Dia terkejut. Dia kata, "it's for you Sir". Aku kata, "No. It's for the staff. I can't work alone without them!" Si Manager tadi terkejut sampai dahi berkerut-kerut!!!!

12 ulasan:

dilaOHdila berkata...

rezeki uncle dibulan Ramadhan...
alhamdulillah

** Tu tanda penghargaan. Masing2 ada teamwork. Tidak kira sape boss sape staff masing2 ada sifat keihlasan terutama uncle yang menfajar diri sendiri utk menyempurnakan sesuatu yang baik, alhamdulillah.

Kembara Musafir berkata...

huaaaa...!! can I join your team...? jadik waiter pun tak ler... puas ati kalau keje dgn boss camni..:)

Uncle berkata...

Dear all.
Sometimes in life, money is not everything. Uncle tak kaya mana tapi Uncle rasa depa lebih memerlukan duit tu pada masa ni. Niat Uncle ikhlas. Mind you all my almost 120 staff masih lagi kekal dengan Uncle. Depa semangat bekerja. You can see the eagerness through their eyes. They feel appreciated. Bagi Uncle senang ja, "if you take care of your staff, they in return will take care of your guests!" Correct me if I'm wrong..

Uncle.

PINATBATE berkata...

Salam Aidilfitri Uncle, maaf zahir batin..Bila berdoa di hadapan kaabah doakan saya dapat beribadah ke Makkah juga.

Uncle berkata...

InsyAllah Pinatbate. Uncle akan doakan. Sampaikan salam Uncle sekeluarga pada Pinatbate dan keluarga.

Uncle

Ontel berkata...

Uncle, selamat hari raya yerr.. nak blk kg dah nie... seminggu tak leh jenguk blog uncle nanti... mudah2an uncle terus2 dimurahkan rezeki...

Uncle berkata...

Hi Ontel.
Bestnya balik raya. Tapi selalunya balik raya ni yang bestnya masa nak balik dan the first day of raya saja sampai lunch time. Lepas tu dah hilang mood dah. But anyway this is my first time beraya kat Mekah. Maybe by the time Ontel balik, lagi banyaklah cerita dari Uncle..

Uncle

dilaOHdila berkata...

UNCLE...
selamat hari raya
entry baru tak ada ke uncle;-)

dilaOHdila berkata...

UNCLE...
selamat hari raya
entry baru tak ada ke uncle;-)

Sheikh Helmi berkata...

Nice job bro! Keep up u gud effort.Insyaallah Royal Orchid will be the best hotel in KSA.Mabruk!

Uncle berkata...

Dear Dila.
Thanks for asking, btw, during the first 2 days of Raya, internet connection kat sini kaput pulak. Anyway, enjoy reading because I have more stories to tell.

Uncle

Uncle berkata...

Dear Helmi.
There are more to tell. You'll be shocked!

Uncle

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...