Rabu, Mac 25, 2009

Husin...





This entry is a tribute to Husin. Aku tak kenal Husin tapi kami mula kenal bila Husin berhubung dengan aku melalui blog aku. Husin ada bagitahu yang dia akan datang ke Mekah, tapi tak tahu bila. Itu pun tahun lepas. Then early this year dia ada bagitahu lagi yang mungkin March dia akan sampai untuk melakukan umrah buat kali ke 2. Basically date Husin ada nyatakan pada blog aku yang terdahulu. Jadi semalam semasa aku sedang duduk dengan Headwaiter aju kat restaurant berbincang tentang meal plan, staff aku ada bagitahu yang ada sorang lelaki dok tunggu aku. Actually aku dah nampak Husin kat entrance restaurant, tapi mati-mati aku ingat dia ni Arab. Suddenly Husin datang dan perkenalkan diri dia. Aku terkejut. Eh dah sampai....

Kami bersembang sakan bertanya khabar. Husin nampak ceria dapat sekali lagi menjejakkan kaki di bumi Allah. Aku bersyukur. Jumpa lepas Asar dan kami sembang sampai nak masuk Maghrib. Aku seronok dapat jumpa rakan Malaysia apalagi orang yang selalu mengikuti cerita-cerita aku kat sini. Lepas minum aku ajak Husin datang kat bilik aku. Aku tunjukkan dia pemandangan sisi dari tingkap bilik aku. Husin orang Penang. Mai dari Jelutong. Rumah Tok dia kat tepi Pejabat Pos Jelutong. Aku tahu sangat area tu sebab kat situ lah Mama selalu usung aku pergi marrrket masa kecik-kecik dulu. Masa Mama bawak aku pergi marrket, Mama selalu parking kereta kat stesyen minyak BP kalau tak silap aku. Lepas beli ikan, Mama selalu pergi kedai rempah Alagappa yang ada sederet dengan kedai minyak tu. Rempah pilih sendiri dan dia mesyin kat situ jugak. Kalau tak pun boleh suruh dia campur dalam plastik. Memang kelas...la ni mana ada...kat situ lah jugak Mama selalu isi minyak kereta kalau dah habis dan kadang-kadang aku tidur kat dalam Volswagen BP 4538 color biru tu tunggu Mama beli ikan. Heh3....aku ingat lagi tu semua...Kalau tak beli ikan kat situ, aku dengan Mama selalu pergi marrket Chowrasta. Ni bukan Bob Marley punya ok....yang tu Rastafan! Heh3...kat Chowrasta pulak, aku suka pergi kedai buah kat tingkat satu sebab tu lah satu-satu kedai Apek yang aku dapat makan nangka free! Kembong perut senang hati....sampai belahak (sendawa)aku. Apek tu kalau tengok muka aku mesti bagi aku nangka free....aku ni muka nangka ka?

Back to Husin, kami janji nak jumpa lagi sebelum dia balik KL. Husin kata ok....so to Husin, welcome to Mekah dan kalau ada masalah apa-apa selama kat sini, call lah Uncle....I am available 24 hours...you have my number and you even know my room number. Sekali-sekala adik-adik mai Mekah, Uncle seronok. Taklah tension pasal kerja selalu.....

10 ulasan:

PINATBATE berkata...

salam uncle..
amboi..serghonok naa..jumpa member sekapai....

cikgu zainab berkata...

Uncle, bestnye Husin .. dapat gi umrah. kak nab cadang nak gi ramadan nanti- tak sabar! mudah2an dapat jumpa uncle jugak.

Uncle berkata...

Memang seronok Pinat ooiii....ada bau Kassim Mustapa pun ada....Simpang Nam pun ada....

Uncle

Uncle berkata...

Dear KN.
Good to come during Ramadan dan kalau ada rezeki lebih, datanglah during the last 10 days and celebrate Raya kat sini sekali. The next day tu balik KL. Seronok. Tapi taklah sama macam kat KL. Sini masa Ramadan memang juta-juta orang lah kat sini. Please book early.

Uncle

Un

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

thank uncle for this entry..

cerita panjang pasal penang nampak hehe

jom kita pekena nasik kandar deen restaurant jelutong..hehe

anyway thank you for spending you time with me..hehe

seronok jumpa uncle

my jawal number makkah 0507490872

try duk contact lutfi blogger kt makkah jugak..tal dpt..ingat nak ajak dia plak jumpa..heheh

Uncle berkata...

Dear Husin.
Besalah kalau dah jumpa memba Penang!. Tu belum jumpa memba Dobi Ghat ka Tanjong Tokong ka...

UNcle

siti tanjung berkata...

tu dia..syok2..pjg lebaq la bercheqita psl penang..hehe.mai penang jgn lupa kat saya no..

Uncle berkata...

Tu dah mesti Siti Tanjung. Kita ronda jalan-jalan kat Padang Brum...heh3...

nur azimah berkata...

salam... alhamdulillah.. bertuahnya bagi insan2 yg dapat menjejakan kaki ke tanah suci....

Uncle berkata...

alhamdulillah azimah. Uncle tak pernah terbayang seumur hidup. Rahmat Allah bagi.

Rancanglah...

Buat-buat busy!         Pada minggu ini aku sempat bertemu dengan seorang anak muda cekal yang dah aku ikuti perkembangannya selama beb...