Isnin, Mac 16, 2009

Mandi Kambing

(lunch dah sampai..)

(mandi aku, kambing sembunyi kat dalam nasi!)

(aku mintak cabai hijau 3 biji, puas...)

Semalam aku off. Seperti yang aku cakap, dalam seminggu aku makan nasi sekali. Ni gara-gara terlebih makan nasi masa kat KL dulu. Aku ingat kalau boleh kira nasi kat dalam perut aku, mahu dah bergantang-gantang ada kat dalam perut. Breakfast aku nasi goreng, tengahari nasi kandar dan maybe malam nasi dengan lauk lain pulak. Badan aku pun naik bergantang-gantang! Jadi masa aku balik sini, the last rice meal I had was in the flight. Azam memang kuat nak maintain tapi bila tengok nasi-nasi kat sini, adoi...selera membuak-buak...kambing fresh, ayam comel-comel...habis macamana?

Masa off day aku semalam, masa Aunty talipon barulah aku terjaga. Puas....then tengahari perut aku dah nyanyi lagu "bengawan solo" maklumlah aku duduk kat sini solo, jadi lagu lain memang dia tak nak nyanyi. Heh3...lunch sampai pukul 1. Orange aku mintak satu gelas, tapi budak aku hantar i liter. Pergh, meriah....nyap-nyap, bila dah habis, aku terlentang. Mata dah kuyu. Tapi disebabkan aku dah ada lap top sekarang ni, aku layan pulak baca blog-blog yang lain. Sedar-sedar dah Asar, sedar-sedar dah Maghrib. Lepas Asar lagi aku dah rasa tekak aku perit, gatal dll. Badan rasa panas. Maybe perubahan cuaca kot ataupun sini sekarang ni angin kuat dan banyak habuk. Lepas Maghrib aku telan ubat. Rest sekejap. Bila dah start heavy lunch, dinner aku pun heavy jugak. Aku order burger pulak tapi orange tengahari tadi ada lagi, minum, aku tak order apa.

Lepas Isyak, badan terasa lagi panas...aku mandi, tutup laptop, baring atas katil dan baca buku Paulo Coelho. Cuma dapat 4 chapter, mata aku dah surrender tak boleh nak bukak lagi. Aku rasa by 9pm aku dah terlelap kot....lama tidur semalam. Bagusnya, tekak aku rasa lega sikit walaupun tak banyak. So sekarang sebelum aku masuk office, aku update dulu apa-apa yang patut. Takkan nak buat kat office kan....Mintak-mintak hari ni demam dan sakit tekak aku akan baik. InsyAllah...

10 ulasan:

PINATBATE berkata...

salam Uncle...
bestnya mandi kambing..
err...member bilik sebelah uncle tu tak terliur ker..? takkan dia makan sandwich jer kot..?

OrLaNd berkata...

Assalamualaikum Wr. Wb.
Nice Blog
I enjoy this blog

Pls visit my blog at:
http://dalvindoorlando.blogspot.com

Best Regard,
OrLaNd
@@@ INDONESIA @@@

Akmal berkata...

Salam Uncle,
Mak aih, seronok betol makan yer?
Pastu kena pulak Paulo Coelho. Mana boleh tahan! :)

ps. backtracked you from LAISI :D

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Tell me about it. It's finger lickin' good, really!

Uncle

Uncle berkata...

Dear Orland.
Thanks for visiting. I definitely will visit yours. I have lots of friends in Indonesia and would love to visit one day.

Uncle

Uncle berkata...

Dear Akmal.
Thanks for dropping by. Oh yes, I was so sleepy after my meal. Paulo, he's brilliant. That's my first Paulo. Sini pun banyak buku dia kat Jarir.

Uncle

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

salam

uncle

nak tanya sket! mendy nie warna kuning ke orange..

kalau warna orange tue bukan dia panggil kabsa ke uncle?

i suka roasted chicken with mendy 15 riyal

kalau dapat ikan talapia panas2 dgn mendy rice pun sedap...

uncle pernah try mendy kt tazaj tak?

Uncle berkata...

Dear Husin.
Dia ada a few version kat sini. mandi ka kabsa ka, depa ni adik beradik, satu mak lain bapak...roasted chicken? Wow...terus lapar ni....wait till you are here...good that your visa is ok. Till then, keep in touch.

Uncle

siti tanjung berkata...

uits, sedapnya mandi..mmg ceq tgh teliuq sakan ni uncle..lapaq2..baru balik dr site..mcm kek belang dh muka nie..
uncle mana lg best nasik kandaq ka mandi??

Uncle berkata...

memang la siti ooi....tengok dah telioq. kalau makan...ni nak habaq mai....ayaq lioq dok merambu-rambu ni....

Uncle

Reunion

Awal 20an Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, top...