Ahad, Mac 22, 2009

Arab News

(look at the price...ayooo!)

Aduh...sedih tak terkata bila aku baca Arab News semalam. Bukannya sedih pasal tak reti baca, tapi tengoklah sendiri flight ticket Etihad tu....rasa macam la ni jugak aku nak pack barang balik KL sat. Malam ni balik, esok whole day main dan layan anak-anak aku, lusa balik Mekah. Kelas...macam orang kaya-kaya...aku harap harga tiket ni macam nilah selalu. Kalau harga macam ni, aku tak kesah transit kat Abu Dhabi 4-5 jam pun...janji aku sampai KL still in one piece! Aku terbaca article tu masa nak tidur semalam..tapi masa time tidur, tak pulak aku mimpi pelik-pelik. Heh3... Lepas tu next month boleh plan pergi India ka, Europe ka...kelas...macam orang kaya-kaya jugak! Walau macamanapun aku tetap tak kaya-kaya. Ada duit sikit, bayar hutang, ada duit sikit, dia kona pi kat tempat lain. Bila nak ada duit ni? Tapi kalau kaya pun, musuh ada keliling pinggang buat apa? Duduk tak kena, bangun tak kena, tidur tak kena....mmmm, lepas aku timbang-balik, takpa lah, aku tak kaya pun tak apa. Macam ni pun dah alhamdulillah. Cukup makan pakai. Hutang rumah dengan kereta tu biasalah...hutang dengan orang tak ada lagi. Alhamdulillah...

(ala...hai tengoklah harga dia...kalau convert lagi...lah murah...)

Then aku ternampak satu article lagi pasal kereta pulak. Pergh...Dodge tu....kereta ni memang nampak ranggi. Macam mami jarum yang selalu nampak ranggi...heh3...tengoklah harga dia...Avanza aku yang ciput tu lagi mahal...memang aku teringin jugak kat si Dodge ni, tapi kat sini aku nak pakai pi mana? Aku nak keluar beli kacang pun tak sempat! Ni pulak bila ada kereta. Aku ingat cuma sempat pusing kat dalam carpark sajalah kot..tu pun mungkin tak sempat jugak. Off day aku dah ter automatic cancel sebab kami la ni dalam lingkungan 90-100%. Bayangkan...aku cuma sempat break masa time solat. Then balik balik kalau awal dah 10.30 malam. Apa lagi yang boleh aku buat? Nak pergi tengok tempat kiswah (kelambu kaabah) pun tak sampai lagi ni dari tahun lepas...orang datang umrah dah jalan-jalan pi tengok unta la...minum susu unta lah...aku kat sini asyik duduk kat dalam hotel saja...so nak beli kereta? Nak beli Harley? Mmmmmmm tak payah lah kot!

(lari dari KL dia mai kat Mekah!)

Aku ingatkan aku lari dari KL penyakit ni dah tak ada, rupa-rupanya dia ikut aku jugak! Ngeri ni penyakit ni. Aku dah kena dulu, tu yang aku tahu. Kak Anne aku kena yang berdarah tu, aku kena yang biasa lepas balik Raya dari Alor Setar dan Penang dulu, Kak Ipar aku pun kena jugak. Pergh letih tak bermaya ni penyakit ni. Jadi bila aku baca paper yang kat sini pun ada penyakit ni, aku dah terbayang terlantar kat hospital...ngeri...ngeri...

15 ulasan:

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

student umm alqura dah ada sorang yang kena. wife abg azam, pekerja nokia pun sudah kena. Dalam makkah mmg banyak nyamuk lah.. tapi diorang cakap makan sup ketam dan minum 100plus insya allah lega. tak tahulah. wallahualam.

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Kesian kat depa yang kena tu, not sure about the soup though tapi dengar2nya macam tulah. Yes 100 plus might help. Platelette (betoi ka spelling ni?) akan turun dan akan letih tak bermaya...no cure...unfortunately! This will last for about 1-2 weeks. Keep on drinking water but best is to go to hospital. Salam to them.

Uncle

Kassim Selamat berkata...

Salam,

Cerita2 sdr ttg kehidupan di mekah amat menarik.Terhibur cara sdr bercerita.

Ttg denggi tuu....mmg bahaya!Hanya dgn satu gigitan mampu melumpuhkan kehidupan sy.

Teruskan menulis! sy terhibur (^_^)

hayati........... berkata...

salam uncle..

im yati...baru2 je baca blog uncle ni..ada satu benda nak tanye uncle..dalam kata lain nak mintak tolong kalu boleh..macam mana nak cari muasasah or agent yang bole wat visa utk gi umrah utk australian.nak beli visa je coz dah beli pakej dr malaysia nye..emm..coz setakat ni tak de agent yg baik ati nk jual visa je..harap uncle bole bg idea..tq..
apa pun suka katblog uncle..

Zawi berkata...

Uncle,
Tunggu AirAsia ke Mekah, lagi la mampu berulang alik ke KL.

Uncle berkata...

Dear KS.
Thanks for following. Memang jahat dia ni...masa Uncle kena dulu, masyAllah....letih sugguh. Menggigil-gigil malamnya...

Uncle

Uncle berkata...

Dear Hayati.
Uncle tak faham. Nak pergi dari Australia ke KL. Please elaborate more because if I don't get full information, I might mislead you. Btw, Hayati, thanks for following.

Uncle

Uncle berkata...

Pak Zawi.
What an honour to have you visiting my blog. Memang ada plan Air Asia nak datang Madinah dan Jeddah. Masa tu mungkin boleh balik fortnightly kot kalau tambang RM9.50!

Uncle

hayati........... berkata...

dear uncle..thanx for ur concern..

sori kalau myusahkan uncle..coz tgh poning ttg prob ni..saya plan nak g umrah wiz adik. adik saya australian..saya dh booked ngan agent ka cni..tiba2 agent kt kl kata dia tak leh wat visa utk dia..coz bukan msian..kna cari muasasah utk australian yg wat...saya tak kenal sorang pun..hope uncle can give idea..setakat ni agent kat australia nak kita beli full pakej dr dia, visa sahaja tak boleh..saya plan nak g together frm malaysia...
hope uncle can give opinion...wa

Uncle berkata...

Dear Hayati.
Hmmmm it's rather complicated here. Actually Uncle tak berani nak cakap dan bagi idea sebab ini bukan bidang Uncle. Takut tersalah quote. I guess worst case scenario, both of you have to go on a separate package but meet up in Mekah or Madinah. Uncle doakan perjalanan Hayati dan adik dipermudahkan. InsyAllah..

siti tanjung berkata...

bahaya penyakit nie..kalo kena yg berdarah teruk gak..sy x penah kena lg..dan hrp2 x akan kena la.. uncle take care ya.best la saudi takde tax..brg2 murah..

Uncle berkata...

memang bahaya siti ooiii...satu badan letih....mengalahkan masa uncle main rugby dulu letih dia...siti, uncle tak jumpa lagi mee rebuih yang best kat kl macam mee rebuih pak bakaq kat brown garden. kat kl ada ka?

Uncle

Akmal berkata...

Huiii, mintak jauh la penyakit nih.
Ada sorang kawan dulu platelet dah jatuh sampai berapa puluh tah, saya pun lupa. Tapi rasa macam nak pukul aje mamat tu sebab ambik endah tak endah hahaha.
Alhamdulillah, nyawa dia masih panjang.

Uncle berkata...

Syukur alhamdulillah he's fine...that's the most important thing. Uncle takut anak-anak kat KL kena.

Uncle

siti tanjung berkata...

itu la..mmg kena back to hometown jugak la uncle..

Reunion

Awal 20an Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, top...