Jumaat, Mac 20, 2009

Letih nya...

(cashier Saudi aku yang nama Dodd...mungkin anak Al Fayed tapi lain mak ni)

(3 cashier dan Mainul, Manager aku yang janji nak bagi kari ikan sampai la ni tak dapat-dapat!)

(gambaran Haram 2 hari lepas lepas Zohor)

Diam tak diam dah dekat 2 minggu aku balik kat sini. Cepat ka? Aku rasa tak jugak...lambat ka? Pun aku rasa tak jugak..tiap-tiap hari aku cuba menyibukkan diri. Bukannya untuk apa, supaya badan dan fikiran aku letih pasal kerja jadi aku tak payah nak pikir-pikir pasal benda lain yang akan buat aku sayu. Anyhow, semalam dari breakfast sampailah dinner aku busy non-stop. Pagi sibuk dengan breakfast. Right after breakfast aku ada Management meeting sampai 3 jam dari 10.30 pagi. Memang penting meeting tu mengenai hala-tuju kami sebagai satu team. Habis dah pukul 1.30 petang. Berhenti solat sekejap. Then sambung check dapur, cafetaria dan restaurant. Lunch dah beratus orang makan. Pukul 3 petang aku ada meeting dengan budak-budak Room Service lepas tu 4 petang aku ada meeting dengan FB section head sampailah pukul 6 petang. Aku break Asar then Maghrib. Lepas Maghrib group dah start masuk dinner. Lepas tu stop Isyak. Hah...lepas Isyak memanglah berduyun-duyun jemaah turun makan. Maklumlah datang makan kenduri...malam minggu pulak tu...seronok makcik ooiii...pukul 9 malam aku dapat call bagitahu yang group Indonesia dan Kuwait tak dapat masuk Mekah lagi sebab bad traffic dan depa mintak tangguh dinner sampai pukul 12.30 malam. Huh? Aku takada masalah. Ni kan kerja aku..luckily pukul 11 malam semua dah sampai. Last 2 groups tu tak ramai cuma 100 orang saja. By 12 midnight semua habis makan dan aku pun cakap kat Executive Chef aku, tutup buffet. Aku balik bilik pukul 12.30 malam. Tutup lampu 1.30 pagi. Golek sana-golek sini tak boleh tidur sampai pukul 4 pagi....alamak macamana ni? Satgi pukul 6 dah nak breakfast....jadi, tu lah routine aku tiap-tiap hari kerja hotel ni...jadi pada sapa-sapa yang nak kerja hotel, sendiri mahu ingat. Kalau tak boleh kerja lebih 12 jam, baru 10 jam dok buat muka 44, terimakasih sajalah....dan pada sesiapa yang ada boyfriend atau husband yang kerja hotel, tolong lah faham-faham sama...letih tu....

Jadi moral of the story, aku memang tak sempat nak buat entry......heh3.....

6 ulasan:

cikgu zainab berkata...

mak oooiii!!! penat giler keje lagu niii...kak nab boleh tumbang!! uncle steady sokmo...

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.
Macam nilah kerja kami Kak Nab ooii....then muka nak kena manis lagi....

Uncle

Kuey-san berkata...

"cashier Saudi aku yang nama Dodd...mungkin anak Al Fayed tapi lain mak ni"


- haha! cuba Uncle risik2 background cashier tu. Mane tau Harrods KLCC tuh dia punya.


;P

Uncle berkata...

Dear Kuey san....bullet! You got my point..heh3...tapi manalah tahu kan?
Kuey san....cepat sambung belajar...

Uncle

siti tanjung berkata...

bizi bya uncle..takpa2 sekurang2nya takdan nak pikiaq or tekenang lama2 org jauh..sabar yek uncle..

Uncle berkata...

tu yang dok tambah buat-buat bz tu...tapi semalam aunty habaq kata marina sembunyi nyiau-nyiau dia dalam petiais! heh3....uncle tambah parah.................

Uncle

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...