Isnin, Mac 09, 2009

Kembali ke Mekah

(3 stooges..)

(4 stooges strikes again)

(the super heroes!)

(the incredibles)

MasyAllah beratnya rasa hati...tuhan saja yang tahu...pagi masa nak balik tu aku sempat bersarapan kat Pelita Ampang Point dengan family. Big breakfast man....when I say big, it's really big man....balik ja dah tercungap-cungap. Mandi dan berkemas, buat apa-apa yang patut then terus keluar. Sekali ni aku tak nak memandu. Aku suruh Aunty yang bawak jadi aku bolehlah merenyeh dengan anak-anak aku kat belakang. Siap cakap kat Aunty suruh bawak pelan-pelan lagi. Kelas....

Sampai ja kat airport aku dah mula resah. Lepas checked-in aku pi minum sekali lagi dan Abang nak makan sandwich pulak. Wah Abang ni memang nak cepat besar sungguh. Baru 2 jam tadi makan 2 keping roti pisang! Yuya pun apa kurang, pagi tadi makan roti canai dan sekarang makan laksa Penang pulak. Laksa? Tak lah sedap sangat..Lepas makan bawak budak-budak main kat KFC so that aku dengan Aunty dapat sedikit ruang untuk pesanan terakhir. Aunty cakap dia tak nak pikir yang aku nak balik sebab nanti dia mesti jadi sedih and kalau dia sedih, budak-budak lagilah sedih. Mmmmm betul jugak. Pukul 2 petang, aku pun jalan kat polis yang check passport tu. Turun tangga dan menuju kat imigresen tulah perjalanan yang aku paling benci dalam dunia sebab anak-anak aku masih dok melambai tangan lagi dari tingkat atas. Lepas clear imigresen aku nekad. Terus jalan, jangan tunggu lagi...

Flight tak penuh, cuma ada 64 passengers je. Memang MAS ni kaya betul! Aku siap golek-golek kat dalam flight. Seat was comfortable sebab aku mintak kat "emergency exit". Lapang sungguh. Ruang saja lapang sedangkan hati aku tak lapang langsung...in-flight movie pulak paling boring dalam dunia. Bayangkan, ni lah rekod dunia, 4 kali aku tengok cerita James Bond yang sama ulang-ulang! Tengok luar boring, tengok dalam boring, last-last aku tutup mata jelah....tapi tutup mata, otak pulak dok pikir kat anak-anak, takkan nak tutup otak pulak? Isyh... hargu sunggoh aih...aku rasa, ni semua gara-gara Marina yang dah mula bercakap!

Sampai airport Jeddah, aku cepat-cepat pergi kat immigration. Clear...lega...luggage? Luggage pun clear, lega...ala, bukannya apa pun, 18 kilo je..tupun, beg itself aku rasa dah 10 kilo! Nasib baik berat aku depa tak kira....kat luar airport, ulat-ulat dah tunggu. Kena SR150...mmmm.....welcome to Saudi....sampai Mekah, "kayu" tu pulak hantar aku kat Dar al Tawhid. Aku cakap Al Safwah, dia mintak lagi SR50! Nasib baik Manager aku dah tunggu....sampai bilik, aku tengok newspaper 25/12/2008 ada lagi kat meja aku. Aduh, sedihnnya, tu lah paper yang aku baca sebelum balik KL dulu! Syahdunya...Mata dok kelip - pok kelip pok....sampailah pukul satu pagi! Pukul 5 pagi aku dah terpacak atas katil tak tahu apa nak buat sementara tunggu Subuh. Teringat lagi......aduh.....buat stretching sikit, pumping sikit, sit-up sikit....pakai baju terus turun. Budak-budak semua terkejut tengok aku walaupun memang depa tahu aku dah balik. Heh3...siap hangpa....

9 ulasan:

vy berkata...

Uncle

tau tak ...
saya yg sedih melampau lampau baca n3 uncle!
sebab tuh saya BERAT sangat nak lepaskan farid pergi jauh lagi!
perasaan tuh macam memberatkan segala pergerakan.
saya tunggu n3 baru uncle dari petang tadi. Farid pun tertanya2.

alhamdulillah ..Uncle dah selamat sampai and dah bersemangat nak MENJERIT !!
take care!

Uncle berkata...

Dear Vimmy.
Thanks for following...memang berat yang amat sangat rasanya. Apa nak buat..."Satu Perjalanan Hidup!"

Uncle rasa I will still continue doing this for the next 10-15 years...cari rezeki, nak buat macamana? Esok Uncle cerita pasal kat sini pulak! Regards to Farid too!

Uncle

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

hehe uncle dah balik..hehe

boleh jumpa uncle

i am going for umrah on 20 march

24 baru ke mekkah dari madinah..

Uncle berkata...

Dear Hussain.

Sebelum datang please remind me again and tell me where you will be staying. If not just drop by at the hotel. Senang je nak cari Uncle. Let me know and I will give you the direction.

Uncle

RH berkata...

Hj Shahrir, saya megat rosman HALIM dari doha. saya nak tanyakan special rate pada 12 April till 16 April, 4 malam. saya cuba hilton towers via internet tapi mcm dah penuh (ataupun part of the tower kena roboh). So kalau dpt rate ~SAR450 pun orait for me Sir. My email = winners4life@gmail.com (Mobile +974 6860048), kalau Hj dont mind sending me the info. thank you Sir. salam, rosman.

Uncle berkata...

Dear RH.
I'll get in touch with you via e-mail.

Uncle

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

salam uncle

i will be staying in royal sultan belakang hospital ajyad...

Uncle berkata...

eh dah dekat la tu...you are not going to miss my place. Keep in touch ok!

Uncle

siti tanjung berkata...

sedey sedey..lg sedey dr citer upin dan ipin berpisah dgn oppet..

Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...