Ahad, Mei 24, 2009

4 in 1

(meeting dgn budak2 steward aku)

(mustaffa, chief engineer aku)

(standby, paper tampar lalat)

(close up pudina)

Mmmmm pagi yang sungguh indah...hari ni macam biasa aku terbangun awal. Pukul 5 pagi mata dah celik sebab hari ni aku off. Aku tak tahu pasal apa perangai aku macam ni. Bila aku off, aku akan tidur lambat dan akan bangun awal. Pergi marrket beli ikan, ni kalau kat KL lah..then beli breakfast untuk anak-anak. Tunggu depa bangun kalau tak pun aku akan kejutkan sorang-sorang untuk bangun breakfast sama aku. Abang mesti angin dengan aku, Yuya pulak mesti pot-pet pot-pet dan Marina pulak mesti nangis sikit sebelum senyum tengok muka aku. Aku rasa rugi kalau aku tidur banyak bila aku off. Mungkin pasal aku jarang ada dengan family kot, sebab tulah bila free aku selalu nak masa paling panjang dengan depa. But anyway, bukan itu yang aku nak cerita pagi ni.

Aku selalu pesan kat budak-budak aku dan even kat anak-anak aku supaya jangan malu dengan apa jugak pekerjaan yang kita buat. Asalkan mendatangkan hasil yang baik dari sumber-sumber yang halal. Ada jugak aku bagitahu kat Abang, bila tunggu SPM result nanti kerjalah kat Mc Donald ke, Petrol Station ke...aku tak kisah. Ni semua proses pembelajaran. Aku dulu pun macam tu jugak. Ada sorang budak yang selalu tiap-tiap petang jual kuih kat depan rumah aku dulu kat Brown Garden, Penang. Masa tu dia Form 6. Tiap-tiap petang kayuh basikal dan kadang-kadang berhenti kat depan rumah aku sambil lap peluh. Apa dia buat sekarang? Dah jadi pensyarah kanan kat salah satu universiti kat malaysia. Jadi berbalik kepada budak-budak steward aku. Aku cakap, jangan malu jadi steward. Aku pun steward jugak dulu macam depa. Kalau ada apa-apa masalah, office aku sentiasa terbuka untuk depa datang dan bercerita. Even minum kopi sama aku pun takpa...selalu depa ni ada inferiority complex. Kerja macam ni, orang tak sekolah pun boleh buat. Tu yang buat depa rasa kecik sangat.....masa aku kat Osaka Hilton dulu, budak-budak steward aku kebanyakkannya budak-budak universiti yang tengah dok tunggu peluang kerja yang sesuai. Lepas kerja kami sama-sama pergi minum...takdak perbezaan pun! Ni lah yang aku cuba terapkan kat sini. InsyAllah...so pada adik-adik yang lepas universiti atau yang tak pass sekolah, jangan malu buat kerja kat tempat-tempat macam tu yea...ooo just for your information, ada sorang budak ni (aku kenal sangat), dia kerja steward kat Germany, cuci pinggan, cuci kitchen, cuci pots and pans, then tranfered to Langham Hilton di London sebagai Chief Steward. After a few years dihantar ke PJ Hilton sebagai FB Manager. Lepas tu dia pergi Maldives as Hotel Manager dan sekarang ada kat Sentosa Island Singapore sebagai General Manager. Ni former boss aku, Michael Luible!

Mohd Mustaffa ni Chief Engineer aku. Ada anak 2. Apa-apa aku cakap, dia jawab no problem. Ada sekali aku cakap ceiling aku berlubang, Mustafa cakap no problem. 2 bulan jugaklah aku tunggu dia nak tampal! Sama jugak dengan washing machine aku. Eh ni bukan washing machine basuh baju kat rumah yea Puan-Puan....ni untuk basuh pinggan. Pun panggil washing machine..Lantai ada bocor sikit. Sekali ni taklah lama sangat....1 bulan je....kan Mustaffa dah cakap "NO PROBLEM"...Tapi Mustaffa ni bagus orangnya. Suka membantu. Aku selalu e-mail dia kalau aku perlukan apa-apa dan Mustaffa ni tak pernah cakap tak boleh kat aku. Semuanya NO PROBLEM!

Paper yang selit kat celah kerusi tu actually bukannya apa, itu untuk tampar lalat tu. Entah mana datang lalat pun aku tak tahu. Mungkin dia ikut naik lif kot. Sampai tingkat 8 pun ada....advance sungguh. Aku ada kawan dulu. Nama dia aku dah lupa tapi kami panggil dia Lalat. Bukan sebab dia suka menghurung makanan ka apa, tapi sebab dia datang dari satu tempat nama lalat. Kat Kelantan kalau tak silap aku. Apa nama tempat tu aku dah lupa, maybe Pintu Lalat? Maybe Padang Lalat or Kedai Lalat? Ish...tiba-tiba aku terlupa nama tempat tu. So kalau sapa-sapa yang dari sana dan tahu tempat tu tolong betulkan yea...aku lupa sungguh. Is this what they call "ageing process?" Mmmmmm I don't think so!

Ubat gigi aku dah nak habis. Aku turun pharmacy kat bawah. Aku nak beli Colgate dia cakap Colgate dah habis. Oklah, aku ambik Close Up je lah. Lama tak pakai Close Up ni. Tiap-tiap kali beli ubat gigi aku mesti teringat kat sekolah dulu. Pagi-pagi bangun awal. Bawak gayung satu. Dalam gayung ada berus gigi, ubat gigi, sabun, syampu pelbagai. Kalau tak pun berus gigi selit je kat mulut. Pakai kain tuala dengan muka blurr terus pergi mandi ramai-ramai. Air sejuk pulak tu. Sekarang kat rumah dah pakai air panas..beratur lah kami junior panjang-panjang kat toilet yang tak pernah ada pintu tu. Kalau senior datang, priority kena bagi depa dulu mandi...tunggu lagi...bila aku jadi senior pulak, pihak sekolah ada buat kolah mandi kat tengah-tengah 4 blok tu. Ada 3 ka 4 kolah besar kalau tak silap aku. Kat keliling kolah ada pangkin untuk sental baju. So kat situ penuhlah anak-anak teruna dok basuh baju sambil dok nyanyi. Ala-ala Tipah dengan Joyah berkemban, dok basuh baju tepi sungai tu....aku pun sental sama baju kat situ. Kalau tak pun aku suruh junior sentalkan baju aku! Kami pulak 4-5 orang, tunggu masa je...bila orang dah tak ramai, kamipun apalagi, terjun masuk kolah macam swimming pool bapak sendiri! Heh3...

20 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Uncle,
Kedai Lalat! KN tau lah tempat tu..abe kito ore kelate!!

Uncle berkata...

Heh3...bullet! Memang betul..baru teringat...Kedai Lalat! Saya ingat-ingat lupa@remember-remember forget...heh3...I was actually born in Pasir Mah!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

salam uncle..happy to read u r having good time :) byk entry nk kena pulun baca ni..kali ni sy kumpoi 2mggu..huhu

PINATBATE berkata...

uncle..
terjun masuk kolah al-ala swimming pool tu yg tak tahan tu...

Uncle berkata...

Awat tunggu lama sangat sampai 2 minggu. jenoh dok kumpoi tu. lengoh mata nak baca nanti..

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

itu la..bru lepaih buat submission tender drawing.ambik masa skit nk prepare

Uncle berkata...

Ish...apa yang payah sangat nak lukeh? Tonyoh ja la...bukan tak besa siti tanjong oi...

Uncle berkata...

macam biasa buat je? heh3...mesti terjun tiruk ni...jangan terlepas kain batik sudahlah!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

huish, susah uncle..tambah nak hantaq kat majlis perbandaran.. byk songeh requirement depa ni..huhu

Uncle berkata...

Baguehlah...kkheja elok-elok...nanti dapat jadi employee of the month!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

amin........pjg skit..hehehe

Unknown berkata...

Nama tempat tu kedai lalat. Saya pun ada sorang member dari sana, kitorang bagi dia gelaran zubaa' (lalat dalam bahasa arab hehehehe).
Sekolah menengah saya takde kolah besar macam tu, yang ada pun kolah masjid je. Agak besar jugak. Time takde orang (ie ujung minggu yang boleh balik tapi kitorang tak balik), kitorang masuk buat macam swimming pool bapak sendiri jugak, pastu bersihkan kolah tu kaw-kaw :D
Tapi sekarang rasanya dah ada kot kolah besar macam tu :D

CM berkata...

dear uncle..

sebuah kisah nostalgia yek...

cam kisah dok asrama kat atas bukit SMKA Sharifah Rodziah Telok Mas dulu,atas bukit susah dapat air,mandi lebih2 senior jeling..

Uncle berkata...

Tu lah time yang paling best dalam hidup uncle...bukannya pasal apa, pasal 5 tahun tu asyik main tak habis-habis!

Uncle berkata...

Memang nostalgia habis....especially bila cakap pasal telok mas....

Nek Rock berkata...

yoooo uncle dear,

cop cop ada 1 lagi nama lalat kat kelantan, panggung lalat kat gua musei (gua musang aaa) hahaha konon nak kecek kelate, lalalala

ishh tak senonoh..terjun kolah lak..hahahaha

ms.legolas berkata...

hi Uncle n oths,

rupanya ada tempt nama kedai lalat ye.. sy pernah pergi 1 rest kat PD,
tp tak jd makan sbb penuh lalat then smp skrg bila lalu dpn kedai tu we all panggil kedai tu kedai lalat..he3..
tak leh tahan part uncle mandi berkubang dlm kolam..kat MRSM S'ban dulu selalu gak takde air..seksa btl..

Uncle berkata...

Wah banyaknya lalat kat sana...tak sangka la pulak! NR actually orang mana?

Uncle berkata...

Memang betul...lalat banyak sangat kat PD. Ni semua pembawa penyakit ni. Ada sekali Uncle pergi makan kat Kopitiam PD, pergh...lebih lalat daripada makanan.

Nek Rock berkata...

yooo uncle dear,

haaa nek owg selatan tanah air, pernah dengar nama tpt poland kat johor,ehehhhe

haa dalam peta malaysia tak jumpa poland tu uncle oiiii, asal nek pontian johor, kita owg sebut poland lerrrr:))

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...