Sabtu, Mei 16, 2009

Baklava, Aiman, Saud dan Dollah..

(aiman budak syria dengan saud budak saudi)

(dollah sengih dengan cili potong kicap dia))

(baklava 1st)

(baklava 2nd aku)

(baklava yang ketiga)

Tadi siang lepas sembahyang Jumaat, first time aku masukkan menu shawarma dalam buffet aku. Actually shawarma tu aku nak jual masa summer holiday nanti kat lounge, tapi tadi kira on trial lah kononnya..hari ni aku organisekan shawarma ayam. Dari semalam budak-budak butcher aku perapkan (marinate) ayam tu dengan rempah ratus orang-orang sini. Aku tengok, mmm memang nampak sedap pun. Aiman siap tukar baju lagi. Hari ni Aiman pakai uniform baru sebab kena standby kat depan tunggu orang mintak Shawarma. Aiman ni budak Syria. Aku ada 4 orang butcher semuanya. Kerja depa lain takdak, potong ayam, kambing, lapah lembu, siang ikan, itu je lah yang depa selalu buat. Kadang-kadang muka depa pun aku tak nampak sebab asyik terperap kat dalam butcher je. Butcher pulak, temperature memang sejuk, kalau tak betul temperature dia alamatnya, berkilo-kilo lah daging dengan ikan aku kena buang!

Semalam pulak aku bagitahu kat chef Nashat (exec chef) aku yang aku nak BAKLAVA sebagai special present kat guest aku. Actually aku terdengar yang guest aku tanya kat kawan dia, mana dia nak dapatkan baklava, jadi since aku terdengar dia cakap macam tu dan aku pulak tahu yang dia nak check out soon, aku nak surprisekan dia dengan baklava yang kami sendiri preparekan. Syh.....aku tak cerita lagi kat dia ni. So semalam aku cakap kat Nashat, dia kata ok nanti lunch time dia tunjukkan aku baklava yang sorang lagi budak Syria buat. Aku cakap ok, set! Tadi lunch, budak oriental pastry dah keluarkan 3 jenis baklava. comey-comey dia buat. Aku try satu jenis, alamak, sedap ni. Aku try satu lagi, alamak, sedap jugak..aku try yang nombor 3 pulak, pergh...lagi sedap....ah... kacau ni...so aku cakap kat budak pastry tu besok lunch time aku nak satu kotak! Heh3....esok budak pastry tu akan hantar kat office aku. Kita tengok besok apa jadi!

Gambar first tu, yang kecik tu si aiman, tukang potong ayam aku. Dan sebelah dia dak saud, dari saudi. Senang nak ingat nama dia, Saud...Saudi...memang aku tak lupa. Budak ni jugaklah yang bertungkus-lumus buat fruit basket aku untuk semua VIP. Fruit basket pulak ada banyak kategori. VIP 1, VIP 2, VIP 3 dan VIP 4. Buah pulak lain-lain aku bagi. Kalau VIP 1, aku letakkan mangga dari India yang sememangnya mahal kat sini kalau tak pun Pakistan. Kalau VIP 4 aku letakkan buah-buah yang balance minggu sudah...eh taklah....takkanlah aku buat sampai macam tu sekali kan...at least grapes la aku bagi dengan buah-buah lain...

Gambar yang nombor 2 tu si Abdullah. Dia pun kaki selit, aku ambik gambar baklava, dia pun suruh aku ambik gambar dia sekali. Aku cakap kat dia, pasal apa aku kena ambik gambar dia? Dia sengih, dia cakap sebab dia potong cili dan buat sambal. So aku kenalah ambik gambar dia. Alahai Dollah woi....oklah, aku pun snaplah gambar si Dollah. Dollah tak tahu apa nak tunjuk, dia tunjukkan cili potong campur kicap yang dia letak kat buffet. Dollah cakap yang tu specialty dia...ikut suka kau lah Dollah...janji, Sunday nanti kau masak nasi lemak kat aku hantar kat bilik ok!

20 ulasan:

Unknown berkata...

Err...uncle, baklava tu apa ya? nampak macam sedap.

Nek Rock berkata...

yoooooo uncle dear salam,

ish ish ishhhhhhhhh tengah lapa nampak lak baklava bertambah keroncong perut ni ni eh, lalalallaa

wahhh dollah ensem tu dah di train masak nasi lemak, perghhh bahagia nyaaaaaaaaa kalau kat sini ada owg boleh buat semua ni, nek tinggal ulur duit jer beli:))

PINATBATE berkata...

mak aii..sedapnya syawarma tuu...saya paling suka syawarma daging..pas tu daging tu berlapis-lapis dgn lemak lagi ..prghh..meleleh..

uncle,baklava kat sini mahal siot..100 gm RM8.00..dapatlah 4-5 ketoi kecik..manis!manis!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Bestnya baklava tu...bila agaknya KN boleh test rasanya..

PINATBATE berkata...

terliur jer tengok pistachio sumbat dlm baklava tu..nak pergi cari lah hari ni..Tahinnah pun dah lama tak makan..

Uncle berkata...

Dear Akmal.
Baklava tu sejenis makanan tradisi orang-orang kat sini. Ada banyak version, yang dari Egypt memang sedap. Sekali ni kecik tapi ada jugak yang besar2..

Uncle berkata...

Oooo lapar yea...kesiannya..Dollah tu dah lama duduk kat sini. Yang masak kurma ayam tu selalu dia lah..cakap je apa nak makan, dollah mesti boleh buat punya. Dollah Boleh!

Uncle berkata...

Shawarma memang best tapi masa Uncle setahun kat Madinah, tiap-tiap hari dok makan benda ni so sekarang kalau tengok, kurang sikit lah...dan pasal baklava, memang Uncle tahu yang dia mahal tapi selalu jugak masa kat Renaissance KL dulu Uncle letakkan kat buffet for dessert. Cuba try call Vogue Cafe 03-2162 2233 Ext 3170 kot-kot ada lagi ka..cari Manager dia si Sonnie Rahman, sebut nama Uncle, tapi Shahrir Ali la kalau Uncle depa tak kenal..Sonnie mungkin boleh tolong..

Uncle berkata...

KN.
Mai lah sini..saya bagi 2 kotak. Kalau VIP guest saya bagi satu kotak saja sedangkan KN saya boleh bagi 2 kotak, apa maknanya? Heh3...maknanya KN super VIP la...

Uncle berkata...

Dear Pinat. Tahinnah@tahinni tu boleh dapat kat Tarbush! Bukit Bintang atau Ampang Point.

CM berkata...

Salam..uncle

Mr Dollah begitu bangga dgn semangkuk cili potong yer..tapi nak wat apa yer?Kalau kat food court sy tengok makan dgn mee claypot..sori la cikgu jahil betul food2 yang cam tu,tak de kt kg saya..

Uncle berkata...

Dear CM.
Cabai potong tu untuk kita makan dengan apa saja. Memang menyelerakan. Uncle makan dengan nasi panas je pun boleh tapi kena ada telur dadar la..ada guest uncle kat Vogue Cafe dulu cicah dengan strawberry...lagi pulak!

Nek Rock berkata...

erkkss uncle off day keeeeeeee, tada citer lak,lalalalala

happy weekend uncle

Uncle berkata...

Memang sah hari ni Uncle off...isy...malasnya, kalau lah kat KL mmmmm....dah bawak anak-anak pergi jalan-jalan...

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

sedap nampak bakhlawa tu..mengusik jiwa pagi2 nie hehe

lapar..

nak tanya dalam shawarma tue daun2 hijau tu apa yer?

Uncle berkata...

Dear Husin.
Dalam tu dia letak mint leaves@pudina. Jangan tibai COLGATE perasa pudina pulak! Awat, Husin nak buka kedai ka? Good idea!

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

thank you uncle..ada member tanya..

awat kat kl depa tak letak daun2 hijau..
letak daun hijau baru sedap hehe

uncle,

just to share some news on kl..

dengar citer saudi nak restrict malaysian from entering saudi because of H1 N1

ini menyebabkan kekalutan dan ketakutan di kalangan bakal2 jemaah yang telah mendaftar dan akan pergi pada masa terdekat..
tambah plak visa mereka masih belum keluar...

Uncle berkata...

Dear Husin.
FYI tadi Uncle tengok TV3 news online edisi siasat....18/5 Datuk yang incharge Haji cakap no restriction so far. Umrah visa are all being process as normal. Not to worry. Awat, nak mai lagi ka? Amboi...cheq banyak duit no....kalau nak mai, bawah dagin Hameediyah sekali na...

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

adus, kalu mai blog uncle sebolum ni dh kenyang mesti lapaq balik..huhu.baklava..baklava...sy bru baik dr demam dan sakit tekak. selera baru mai..huhu

Uncle berkata...

la...demam dgn sakit rhengkong ka? Minum ayaq banyak2 na...yang maneh melechaih toksah dok ngap na...kari2 hameediyah pon toksah na...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...