(budak-budak Badu aku dengan PIMANG dan TEMBIKAI)
(fresh PIMANG dari Taif)
(tembikai lonjong macam bola rugby)
(ni bukan tembikai tapi Delwar, Chief Steward aku)
(orange yang tak orange)
Buah-buahan kat sini, surprisingly memang bagus. Ada yang datang dari Taif dan ada jugak yang terpaksa diimport dari negara-negara lain. Tembikai sini tak bulat tapi lonjong. Warna tetap sama, berkulit hijau dan berisi merah. Depa tak pernah tengok lagi yang berisi kuning. Aku ingat kalau depa tengok mesti pengsan 3 hari...actually aku pun heran jugak macamana boleh jadi kuning...mungkin bab ni aku kena tanya si Husin la kot. Husin, awat dia kunin? Habaq mai sikit..manakala kat Jepun pulak, tembikai ni bermusim. Especially during summer memang banyaklah tembikai ataupun dipanggil "suika" kat sana. Ada jugak suika species special kat sana yang berharga RM250 sebiji. Ni actually bukannya special apa, tapi cuma bentuk dia 4 segi macam kotak. Sebab apa dia 4 segi macam kotak? Sebab bila berbuah, depa letak dalam kotak 4segi. Jadi bila buah tu besar, jadilah dia tembikai 4 segi. Pasal dia 4 segi, harga dia pun jadi mahal. Kalau letak dalam kotak hexagon, mungkin akan jadi bersegi-segi! By the way, cikgu-cikgu, ada ka "hexagon?" aku main tibai ja..heh3...
Selain daripada tu, lemon kat sini pun cantik-cantik. Memang kuning power. Mengalahkan Austin Power! Aku dulu ada baca petua nak kurus. Dia kata perah juice lemon ni sebijik, campurkan dengan air suam, kacau secukup rasa dan minum segelas pagi dan segelas malam sebelum tidur. Besok kita akan senang pergi toilet dan automatically dia buang lemak. Aku ada try sekali tahun lepas masa kat Jeddah. Hasilnya sunguh menakjubkan...aku cirit-birit satu hari sampai lembik satu badan. Bukan lemak saja hilang, dengan air dalam badan aku pun ikut hilang sekali! Dehydration terus..Moral of the story is....kalau nak diet atau nak kuruskan badan, tanya doktor dulu. Kadang-kadang badan kita tak boleh terima diet orang lain..bak kata pepatah dari salah seorang ahli pemikir dan pujangga China zaman Shih Huang Ti, dia ada cakap...."Jangan tamak monyet...!"(iklan jabatan penerangan).
Aku tak tahu pasal apa pimento ni ada banyak kaler. Ada merah, hijau dan kuning. Kalau jalan kat kampung sesak sangat dengan bebudak balik sekolah, apa kata kalau cikgu disiplin berdiri kat tepi jalan dan pakai buah-buah (atau sayur) pimento ni sebagai isyarat Stop, Look, Go...lepas habis, boleh simpan bawak balik goreng! Kalau kat Jepun depa panggil PIMAN. Piman ni jugak banyak dipakai didalam chinese dan european cooking untuk dapatkan warna. Warna dia memang menarik, sama macam album "WARNA" Sheila Majid. Heh3...
Ada satu gambar tu pulak, dia ni bukanlah dari species buah-buahan ataupun sayur-sayuran. Tapi dia jenis species manusia macam kita semua. Nama dia Delwar dari Bangladesh dan dah duduk kat Mekah lebih dari 15 tahun. Pasal tu lah dia cakap lebih dari kerja. Delwar ni pun seorang perantau. Pernah berkelana macam lagu "Kisah Seorang Biduan" nyanyian Dahlan Zainuddin pada tahun 70-an dulu. Delwar berkelana bukan dengan gitar tua tapi dengan kudrat yang Allah bagi. Dah sampai Italy dah orang tua ni. Dia duduk kat Italy sampai 5 tahun kerja kat hotel-hotel kat sana. Banyak pengalaman ni budak ni..semua pinggan dan sudu dia tahu. Macam kita selalu cakaplah, "sekilas tengok ikan kat air, dah tahu jantan-betina" tapi Delwar punya falsafah pulak lain, "sekilas tengok sudu garpu, dah tahu mana yang asli, mana yang tipu!" Heh3...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, Mei 28, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
32 ulasan:
salam uncle..
gambar orange tu nampak cantiklah..panas-panas ni sedap betul minum jus orange..arrgghh..
tembikai tu Pak Arab sebut 'batikh' kan? dulu saya ingat dia jual betik..rupanya betik dia sebut 'babaya'..macam Ahmad Albab daa...
Dear uncle
entry hari ni macam ceramah penerangan dari pegawai MARDI atau FAMA dalam satu pesta buah-buahan..tapi yang tak tahan tu ada lak ahli falsafah zmn Shih Huang Ti,kata "jangan monyet,jangan..tu bukan ker iklan masa ksaya kecik2 dulu,monyet tu pi makan cili,..he.he kelakar betul
sebagai cikgu sejarah rasanya zmn Shih Huang Ti,perkembangan falsafah tidak begitu pesat,sebab zaman Shih Huang Ti adalah zaman pemerintahan bercorak autokratik dan ia sangat agresif dalam mengerah tenaga rakyat untuk pembinaan Great Wall(sori uncle mcm tengah mengajar lak)
tapi saya tabik spring dengan uncle,sebab semua karangan uncle bersandarkan fakta dan bercorak ilmiah.cayalah uncle...
monyet kata: toloooong, dah 4 hari saya tak makan... pastu dia sebat mkn lada. haha...
Dear Pinat. Memang betul telahan Pinat. Memang dia panggil "batikh". Ada satu nama lagi, setengah2 tu panggil "hap-hap". Sama je lah, buah tembikai jugak! Yang ni species ahmad albab! Heh3...
Dear Cikgu Mas.
San-kyu..san-kyu....memang cerita uncle semuanya kisah benar. Kalau mazidul baca mesti cadang kat TV3 buat siri tiap2 minggu. Eh dari Melaka pergi KL dulu bukan ke ada bas Cina? Apa nama tah...ok jugak bas tu sebab boleh berhenti minum air tebu lagi. kelas...macam orang kaya-kaya!
Dear KOG.
Oooo tengok jugak iklan tu yea....heh3...masa tengok tu boring tapi lepas lama2 cerita balik, kelakarkan? "Jangan monyet....orang tamak selalu rugi!"
Salam ukhwah Uncle.
Saya pernah makan tembikai tu kat Mekah. Tawau habau. Mungkin belum cukup mask kot. rasanya tembikai Malaysia lagi best.
Salam ukhwah
Saya dah lama baca blog ni, cuma la ni bagi komen.
Salaam Azemi Ali.
Thanks for reading my blog. Adat tembikai, ada yang manis ada yang tawar. Bak kata pepatah pujangga zaman Hang Nadim, "Rambut sama hitam, hati lain-lain.."
Marhabah AA marhabah!
yooo uncle dear,
alamakkkkkkkkkkk arini tada kem motivasi..dah masok citer buah2an..ehhehee
happy friday uncle!!
salam uncle,
memang sedap bila tenguk buah2an ini...lebey-lebey musim panas ni..saya pun mcm azemi ali, dah lama baca blog ni tapi baru sekarang baru nak try join ulasan..salam
Dear uncle..
Tang ni yang saya tak tahan dgn uncle ni!!reply comment dia lagi kelakar daripada cerita dia,ada Ahmad Albab,ada mazidul TV3,yang paling dasyat ada Hang Nadim tu,..buku sejarah mana lah uncle ni rujuk untuk dapatkan pepatah pujangga tu,5 thn jadi pelajar history tak pernah ku jumpa pepatah itu.....Karam Singh Walia pun pencen dengar cerita uncle ni tau..he.he
Bas KL-Melaka Ekspress agaknya..tak pastilah uncle zmn kita lain-lain.akhir 70an tu saya pakai lampin lagi!!tapi mostly bas kt melaka ni cina punya
nak tanya san kyu, san kyu tu apa???cakap jepun ke cina,??saya sekolah arab atas bukit tu..mentera panggil kayu ker??
Dear NR.
Ni baru dikatakan variety.....insyAllah kem motivasi akan dilancarkan semula..
Dear Ona.
Thanks for reading. Glad that finally you decided to leave your precious comment here. Comment lah selalu so that i can improve on my style of writing...(bunyi macam KERIS MAS pulak!)
Dear Cikgu.
I love reading. Semua genre Uncle baca. Enid Blyton, Sherlock Holmes, Shakespeare, Salina, URTV, Mangga, Doraemon, Readers Digest 2008 Medical Journal, selain daripada kitab-kitab yang ada kat sini.....itu yang jadi darrrcha tu!
Amboi uncle pecah perut baca entry ni.. nk2 part specis manusia yg leh termasuk dlm bab buah2an ni..
tp part iklan monyet tu malangnya takde dlm memory sy lak..so tk dpt nk faham sgt kuliah yg tu..he3.
tp kalau sal monyet ni kat jpn pernah tgk tak patung 3 monyet yg satu tutup mata,
satu tutup telinga n satu tutup mulut.. tak silap maksudnya elakkan dr melihat yg tak elok,mendengar perkara yg tak baik n bercakap perkara2 yg jahat..
Dear Miss Legolas.
Thanks again for reading. Tak ingat kat Monyet tu? La....famous tu! Oohhh 3 ekor monyet tu? Mestilah tengok...kat Kamakura kot kalau tak silap (selalunya silap). "see no evil, hear no evil and say no evil" Famous betullah monyet kan? Btw, this morning i called aunty, dia cakap sejuk lagi then hujan pulak..budak2 semua terjun ofuro macam uncle terjun kolah kat sekolah dulu. Tok wan dgn nek pulak happy memanjang jumpa cucu..
salam uncle
ni abg senior nak bg komen pulak kat sini, uncle jugak saya nih...hehe
mcm tu pulak pesen tembikai kat mekah tu ye..cantik je lonjong dia.org johor ckp tembikai buah semangka kan?
saya dah khatam dah blog uncle ni, best jugak baca pengalaman hidup uncle muda ni...jauh uncle merantau.
hope to see you one day in makkah, insyaallah.
p.s mcm kenal je nekrock tu..rajin dia bg komen kat sini..
sdarian 737
Dear Uncle J.
I'm the happiest person on earth knowing that one of my seniors is actually reading this...masyAllah jauhnya beza...Ni time Zambri Chik ka ni or much senior? I guess you were the earliest inhabitant in Seremban. heh3.. Let me know if you appen to be in Mekah. I'll pass you my number!
dear uncle
bukan batch zambri cik bro...tua sangat tuh, im still young ( at heart )....hahahaha..tak sampai 10 thn pun beza umur kan?
yup, we were the second batch in sikamat..still can recall the infamous sikamat "fresh" air...hehehe
nanti balik sini kita boleh jumpa...uncle dok ampang kan?
lupa pulak...can i have ur email address?
tak payah le post comment ni..nak mintak emel je pun...
Dear Uncle J.
Of course we can meet up in KL or ampang to be precise. Were you there during last reunion at putrajaya? I wrote about it in my last year's entry.
So you're the good, the bad or the ugly? Heh3...
Dear Uncle J.
Please take down my e-mail address so that we can easily correspond.
shahrir_a29@hotmail.com
please keep in touch. Nak pergi sembahyang Jumaat sat. Take care bro!
Dear Cikgu Mas.
Lupa pulak nak cakap. Actually, san-kyu tu bahasa jepun. dia tak boleh cakap thank you. jadi sebutan yang paling dekat dengan bahasa jepun ialah san yang bermaksud 3 dan kyu yang bermaksud 9. Jadi cuba dengar betul2 sebutan orang jepun kalau dia cakap thank you. Dia akan sebut san-kyu.....yang ni pun kisah benar ni dan bukannya tahyul!
alamakkkkkkkk uncleJ dah mai sini..lalallalalalaala
uncle..
buah tembikai kuning tu..variety berbeza dgn yang di malaysia
yang macam makkah dan malaysia punya pun berbeza
tempat panas tanam tembikai mesti manis...
sedapnya tgk tembikai tue heheh
Oooooo kenal sama kenal ke? Baguslah kalau dah kenal..
Dear Husin.
Oooo macam tu ka? Yang tanam kat tempat panaeh lagi maneh no....patut depa selalu kata Uncle ni maneh! Heh3...
Assalamualaikum uncle,
hari ni sy kat penang. baru smp mlm td..balik kpg..0ooo00oo....hehehe..
lega+seronok sgt2+gembira+relief+++and many more! :D
uncle, mangkit2!!..pi shooting gambaq makkah byk2 tau!!..
uiks, byk nya cabai cameron highland..(lada tu)..sedap wat goreng
ottosan.....hapdet...hapdet... XD
Hai..hai.....ja...konban ottosan update suru kara...matte ne...taihen! taihen!
hi uncle,
ms. legolas mmg selalu buka blog uncle.. kira blog uncle ni cam antibodi utk kekal ceria..he3
wakana san tachi wa genki desuka?
kitto yorokondesiteimasune..
wish I can go to Jpn again..
but I miss Mekah most..
Then teringin btl nk gi Switzerland..
Blh tak uncle cite sal Switzerland nx time.. kalau nk gi sn apa persiapan n tempat menarik kat sn..
kitai siteimasu..
Dear Ms Legolas.
Oh yes they are very happy indeed...don't your company send you to Japan?
About Suisse, that's a good idea. I have plenty of stories to tell but unfortunately I don't have the photos to show you and others. All in KL. Anyhow, let me think what to write about suisse, ok! Take care. Maybe I'll write about something tonight..heh3...
Catat Ulasan