(celah-celah lorong)
(gula yang patah kat tepi tu!)
(kurma ayam?)
(choc cake yang kurang seri)
Hari tu ada fellow blogger tanya pasal food. Aku ni tak pandai ambil gambar, jadi setakat ni, inilah yang terbaik boleh aku ambil dengan camera "auta focus" Canon IXY aku ni. Banyak berjasa dan dah jalan jauh kamera ni...hari ni dalam banyak-banyak food aku masukkan gambar kurma ayam kat sini. Bukan apa, saja teringat kat makanan ni. Ni lah makanan terakhir aku makan kat KL dulu sebelum aku datang sini. Tu yang emotional sikit tu! Heh3...yang tak ada kat situ cuma ikan kering saja. So kalau ada sapa-sapa nak datang sini, bawaklah ikan masin talang secubit kat aku. Lepas geram...ala...yang kat giant tu pun ok. Jangan bagi aku ikan yu sudahlah sebab aku phobia masa tahun 75 dulu tengok cerita "JAWS"...ala...cerita yang ending dia baling tong gas kat dalam mulut JAWS tu...lepas tu 2 minggu aku tak makan ikan, sebab terbayang betapa ganasnya ikan tu gigit tangan orang sampai putus!
Satu lagi gambar, sugar sculpture yang tak berapa menjadi. Itu untuk display ja bukannya untuk tokak makan. Nanti tertelan sekeping kat tekak sapa nak jawab? Ada pakai coloring lagi...kelas...tapi kalau tengok betul-betul ada sikit patah kat tepi sebab accident dengan pintu masa nak keluar pastry. Pun display jugak...
Satu lagi gambar,lorong kat tepi yang mana kat tepi lorong-lorong ni ramai Malaysian tinggal sewaktu buat umrah ataupun haji. Sebelah kiri Zam-Zam dan kanan Hilton. Bukan depan masjid, belakang mini market. Yang tu "No 5 Persiaran 1" pun tahun 75 jugak! Cerita pasal No 5 Persiaran 1 ni, mati-mati sampai sekarang aku tak kenal siapa pelakun dia. Seronok cerita tu, kalau tak salah aku pukul 9 pagi kot. So bila tiba masa bersiaran, aku, abang-abang aku dan kakak-kakak aku akan bukak radio transistor kuat-kuat. Kadang-kadang cerita dia sedih sampai siap nangis-nangis lagi. Baru dengar radio tu! Cerita pasal dengar radio pulak, dulu Piala Malaysia aku dengan arwah bapak dan abang-abang aku selalu tunggu siaran langsung dari radio. Masa tu Hasbullah Awang muda lagi. Slim lagi...selalu jugak dia cakap gol............tapi lepas 10 saat, dia cakap Samad Alipitchay dapat selamatkan bola dari tendangan Mokhtar Dahari. Pergh...panic gila...macam-macam imagination ada kat kepala otak kami. Siap maki referee lagi...tu dengar radio je tu...belum tengok kat stadium lagi! Aku masa tu kalau dengar nama Samad Alipitchay mesti angin satu badan! Tak tahu pasal apa. Heh3...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, Mei 07, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
21 ulasan:
salam,uncle
nape saya suka bc blog uncle,semua cerita ingatkan saya zaman kecik,walaupun uncle dah masuk darjah 4 saya belum lahir lagi..
No 5 Persiaran Satu,saya suka tu..eh teringat ye radia putar-putar cari siaran pas tu ejas-ejas arial besi dia kan uncle,,
kat 10 saat saya gelak baca kisah Hasbullah awang,gool memanjangkan,pas tu tak jadi lak.Atuk saya cam tu,semangat gila kalau dengar bola pakai radio..Boleh tak Hasbullah ulas kalau M.United lwn Arsenal..??
Uncle ingat juruhebah Kak Yong tak..?? siaran kanak-kanak,manja sangat suara dia..agaknya sekarang bukan kak yong..Nenek Yong agaknya
hihi... no 5 persiaran 1, masa tu saya keciiiik lagi,uncle.. lom masuk sekolah pun, dengar dgn nenek kat rumah :)
salam uncle....
foodphotography uncle memang cung
sedap tengok, belum lagi rasa tuh
nanti shoot lagi bebanyak erk Uncle
amik closeup bebanyak taw....
** Insyallah cadang cadang baru
dec ni dilla & sis family nak gi sana. doakan moga impian tercapai erk Uncle.....
nostalgia betul cerita tentang dengar2 radio ni...
Dear Cikgu Mas.
Kak Yong? Of course I remember....suara dia lah yang buat Uncle tak tidur malam...tapi Uncle lupa lah partner lelaki dia tu..rasanya yang rambut remos kot...
Dear KOG.
Kecik lagi ke? Eh sama lah kita...Uncle sekarang pun baru 24! Heh3...tapi cerita tu memang berkesan membentuk sahsiah keluarga. Kelas..
Dear Dila.
Ni Dila punya pasallah ni yang Uncle sanggup ambik gambar tak cun tu! Eh "auta focus" pun boleh ambik close-up ke? Dila pernah dengar tak ubat gigi "close-up?"
Dear KN.
Ni KN mesti teringatkan cerita "Fajar di Bumi Permata" ni. Heh3...
pppstt,uncle..ampuuun ye..nak bergosip sikit..yang terakhir dengar cerita partner ye tu kena tangkap ketwat..masuk mahkamah.pas tu dah tak de cerita..7-8 thn dulu lah cerita ni..cikgu sejarahkan ingatlah lagi.lupa gak namanya..tapi ada Shapawi nama dia..(tak niat mengumpat..)
Dear Cikgu Mas.
Part tu Uncle kurang arif sikit..selalunya part tu Uncle kurang baca...maklumlah, tak kena mengena! CM ajar sekolah rendah ke menengah?
Uncle, muzium makkah jalan nak ke hudaibiyah dekat dgn kilang kelambu kaabah tu best skit. Pintu lama, tiang lama kaabah ada kat dlm tu...cuma masalahnye dia tak bukak untuk walk in rasanya...better try selit ikut rombongan jemaah umrah.
Oooo ada lagi satu ka? Manalah Uncle tahu. Thanks for telling. Nanti Uncle cuba cari jalan macamana nak selit masuk. Tak sabar nak tengok sebab Uncle memang minat muzium2 ni..
Muzium yg dekat kelambu kaabah tu under k'jaan saudi tapi ada juga private muzium under persendirian. Hobi dorang kumpul brg2 lama, senjata perang lama...ha yg tu maybe i have to ring you for the direction or drive you myself
Dear Nur Azam.
That is very kind of you. I'd love to see the place and maybe get some explanation as well. Thanks again..
Betul uncle..tak de kena mengena..kite mengajar sekolah menengah...
Wah sekolah menengah yea...bolehlah tanya petua serba-sedikit..."macamana nak bagi anak rajin pergi sekolah?" anak Uncle selalu complain letih nak pergi sekolah ugama petang-petang tapi lepas tu sanggup main bola! Sounds quite familiar huh?
salam uncle
sukanya tengok photog food tu
geram.....rasa nak jek hantar lens dilla kat uncle (ehehhehehe)
uncle
nanti post lagi erk
Alahai Dila ooii...nak hantar lens? Baik hantar dengantripod sekali, baru betul. InsyAllah kalau ada yang cantik, Uncle ambik ok?
kek coklat, kalau letak stoberi byk2 kelas...hehe..
radio?..no 5 persiaran 1?? time kecik2 x dengaq radio..takat main tekan2 piano warna warni tu je..huhu
Siti takdak lagi masa tu....celik-celik mata dah PS2! Mana nak dan rasa...
uih, mana ada uncle..sy tumpang main game contra ja kat abg2 sy dulu..hehe
Catat Ulasan