(yuya dengan muka letih, baru nak lunch kot)
(jam birthday present)
(dapat hadiah pedang dari kawan)
(famous five and a cake)
Tanggal 15/5 Yuya dah berumur 8 tahun. Untung betul Yuya, walaupun aku tak ada kat rumah, aunty dah bawak keluar pergi KLCC cari hadiah. Actually jam tu dari dulu lagi Yuya dah tunjuk kat aku, tapi aku asyik cakap sabarlah dulu sebab nanti bulan 5 nanti dah birthday. Tak boleh kalau nak aje terus beli....pantang tengok yang berkenan terus nak beli, ish....Suisse Banque pun tutup! Jadi Yuya pun teruslah sabar selama 5 bulan dari bulan Disember tahun lepas. Seminggu lepas dia mintak jam tu kat aku tiap-tiap hari dia tanya bila nak beli jam tu? Esok pagi celik mata aja terus tanya lagi sampai naik letih aku nak menjawab. Kemudian since aku tak ada kat KL, kami janji yang birthday Yuya nak buat kat rumah atok kat Gotanda, Tokyo. Aku ingat aku pandai, rupa-rupanya Yuya lagi pandai bila dia bagitahu yang birthday dia, dia nak buat 2 kali. Sekali kat rumah Ampang dan sekali lagi kat rumah Atok! Wah...bijak sungguh. Dapat 2 kali hadiah! Aku rasa masa aku kecik dulu pun bijak macam ni jugak kot...heh3...
Masa aku umur 8 tahun dulu apa yang aku nak selalunya tak pernah dapat. Aku ingat lagi, aku teringin sangat nak bola plastik yang kaler merah belang putih tu. Senang bola plastik sebab tak payah nak pam. Kalau kena pam, nak beli pam pulak. Mana nak cari duit. Aku mintak kat Mama tapi macam biasa sebab kami tak ada duit masa tu, jadi aku cuma berangan sajalah. Tiap-tiap hari aku jeling bola tu kat kedai Pak Imam kat Brown Garden. Tak beli tapi dapat tengok pun jadilah..kena pulak masa tu Abdullah Ali tendang corner terus masuk gol. Lagilah berkobar-kobar semangat aku! Last-last sekali aku kumpulkan suratkhabar lama banyak-banyak, peronyok kan jadi macam bola, masukkan dalam plastik merah, ikat dengan getah, voila....bola aku dah siap. Tak payah susah-payah kumpul duit. Punya happy aku dapat bola yang aku buat sendiri. Satu rumah aku tendang....horey...horey...
Yuya sekarang dah nasib baik sebab sekarang ni tahun 2009. Bukannya tahun 1976. Kalaulah diterbalikkan Yuya jadi aku dan aku jadi Yuya, kan best...hujung bulan ni dah dapat naik kapalterbang pulak. Aku dulu tak sempat dan tak pernah naik kapalterbang. Yang dapat cuma kat Pesta Sungai Nibong. Kalau tak pun kat bawah marrrket Chowrasta dulu. Tu pun kena masukkan 20 sen sekali pusing. Lepas tu kalau pergi Botanical Garden tengok beruk (aku tengok beruk ke beruk tengok aku?)ada apek ambik gambar yang boleh bergaya trick kat atas kapalterbang la, jalan atas awan la, macam-macam lagi. Seronok!
Yuya...Yuya...dah besar kamu yea! Yang paling nakal kat rumah pun kamulah. Kalau tanya kat Abang, mesti Abang cakap kamu paling nakal. Kalau tanya si Marina pun dia mesti cakap kamu jugak yang nakal. Kalau tanya Mama pun Mama cakap kamu yang paling nakal. Tanya cikgu sekolah kebangsaan pun dia cakap kamu yang paling nakal. Tanya ustazah sekolah ugama pun sama. Tanya Pak Haji Bas Sekolah pun dia cakap sama jugak. Tapi kalau tanya kat Papa, Papa akan cakap kamu anak Papa! I love you and Happy Birthday to you!
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
30 ulasan:
Happy birthday Yuya!
semuga jadi anak soleh yg membahagiakan ibubapa..
Org tua-tua kata,budak nakal tu tandanya bijak..otak berjalan ..
macam satu iklan susu tepung..buat yuya...bijak,bijak,bijak..cikgu rasa macam nak wat menantu jer.
happy birthday yuya..nasihat cikgu nape mintak jam jer..pau lah papa lebih-lebih sikit.Belajar rajin2 yer,nanti jadi cam papa pandai wat karangan,cikgu selalu bagi A++++ bila baca cerita papa.
uncle..honestly i tell u..yuya fotostat rupa uncle..omputih kata..like father like son..uncle junior la tu...mesti rindu kat anak-anak kan!!!sabarlah uncle
Happy Birtday to Yuya.
Wah! naik kapal terbang? Pi Tokyo?
Bila KN nak sampai Tokyo?? Tak mampu..
salam,
like father like son,gaya YUYA macam serupa ngan uncle...hehe3
tulah anak2 skrg byk beruntung, nak apa2 semuanya mudah, tak mcm zaman dulu kala...
Dear Yuya Kun,
Otanjou bi omedetoo..
8 thn tp nampak Yuya cam dah darjah 4..mesti bijak..
regards from;
auntie Legolas
Dear Pinat.
Macamanalah harapan ibubapa terhadap anak-anaknya. Macam tu jugaklah harapan mak bapak Uncle dulu pada Uncle tapi rasanya Uncle masih perlu berusaha keras lagi untuk memenuhi impian mak bapak Uncle.
Dear Cikgu Mas.
Mama Uncle pun cakap macam tu. Eh photostat ke?
Dear KN.
Ala....dah depa ada atok kat sana, mestilah pergi sana jugak...kalau KN ada tok kat San Francisco pun mesti KN sampai jugak. Heh3...
Dear Taj.
Nanti jangan kerja jauh-jauh sudahlah yea....papa sedih pulak tak dapat tengok anak-anak papa nanti..
Dear Ms Legolas.
Lama tak nampak comment, must be very busy. Thanks for reading again.
yooooooo yuya, happy birthdayyy!!
pssttt yuya, tak per taun ni dapat jam adidas, taun depan yuya minta laa tag eh:))
hahaha uncleeeeeeeeeeee cefat simfan wit dalam tabung dari sekarang ada lagi setahun
take care!!
Ye la uncle..lama tak dpt jengguk,
bz dgn audit..hari ni free sikit..
tu yg dari pagi tadi Ms.Legolas dok curi bc blog uncle sambil tunggu e-mail2 penting dr jepun... ni yg payah.. bila dah start baca blog uncle,susah nak berhenti..smp waktu makan pun jd korban..2008 nya cerita blm abis2 lg.. mmg nastukashi bila terbc A&W kat lake s'ban tu, ms.legolas dulu belajar kat MRSM S'ban so mmg hari sabtu kita org pun selalu ke lake tu.. nk makan A&W selalu takde la sbb mmg tak byk duit..lgpun tak smp hati nk minta kat abah bila takde duit..mmg bdk2 skrg ni beruntung.. kira ibubapa ramai yg mampu tp mmg kena buat cam uncle sbb takut diorg naik lemak kalau semua benda kita tunaikan terus..ok teruskanla menghiburkan kami di sini..
Dear NR.
Ni tengah kalut dok reply sebelum masuk office ni. Hheh3...ada meeting in 30 minutes...biasalah. Meeting sana meeting sini...
Eh MRSM Seremban? Uncle dulu pernah lawan sepaktakraw sama MRSM Seremban dulu 1984/1985. Yang bestnya court tu sebelah hostel perempuan. Betul tak? Then 85 first rugby game for MSSNS was against MRSM seremban. Pergh...banyak cerita tu!
agak² yuya nakal ikut sapa ye? takkan aunty kot, hehe ;) happy birthday, yuya.
Ye la tu tepi hostel p'puan.. tu yg langsir dok gerak2 sbb ada ramai dok ngintai.. ms. legolas masuk thn 85 masa form 4. Pernah gak gi SDAR buat persembahan tarian..masa tu students SDAR buat persembahan lagu meniti pelangi yg Sudirman nyanyi tu..best btl suara diorg sbb sambil nyanyi sambil ada sajak.. masa nk balik, ms.legolas dpt bunga warna putih dari one guy tp sbb malu tak de la nk tanya nama dia.. kalau zaman skrg mesti dah tanya no. hp...kan
Dear KOG.
Hmmmm part tu tak sure pulak ikut sapa....heh3...
Oh man...that was 24 years ago. How time flies...pernah datang SDAR nari-nari yea...dapat bunga putih yea...ni pakai uniform kuning cair ke, hijau cair ke biru cair? Tu yang dulu bila tengok, Uncle pun cair! Heh3...
salam uncle,
seronok baca nukilan uncle di laman ni. mohon izin untuk di link kan ke blog saya...
Dear Carrie-Ma.
Eh..link saja, the more the merrier!
1st photo tu bukan lunch. Itu dinner lah. Masak ika salmon yg best2! yuya baru bgn tudir, tulah mukadia macam leteh.
Pedang bithday preent tu, 2 hari lepas dah patah bila Yuya nak pukul Marina. Memangdia nakal betul, dari siapa ye...? hehehe.
happy birthday to YuYa...
banyak kenangan entry kali ni uncle. seronok bc..
Dear Mama Yuya.
Tak tahulah Yuya tu ikut siapa? Tak pernah ajar pun! Heh3...
Dear Hayati.
Seronok ke? Uncle memang favorite relatekan cerita semasa dengan cerita dulu-dulu...Yusuf Haslam dah mintak skrip nak buat filem tu! Heh3...
Happy Birthday YuYa!
Mulai hari ini , terus fikirkan pasal hadiah untuk birthday tahun 2010!!
he he he
Nanti kirim salam Atok Jepun!
Dear Uncle
sori lambat wish YuYa
my dear SURI tadi admitted ER
viral fever wif temperature 40 -41
tak check in sebab kakak2 ada exam.
so kena 100% jaga Suri betul2.
letih sangat 5pm-10pm berdiri.Kat ER takder kerusi.
tapi sempat jugak ni jenguk Uncle!
Dear Vy.
Better late than never! Thanks for the wish anyway. La kenapa Suri jadi macam tu? Musim kot sekarang ni. Uncle doakan semoga Suri dan lain-lain sihat sekeluarga. Vy, please take care!
hie3..yg bj coklat cair.. la uncle.
BTW kat Mekah now takde kecoh pasal Influenze selsema babi tu ke?
We all nya visitors dari Japan sampai tak jd dtg this wk sbb takut terkena selsema ni.. semua oversea business trip under company ni di bekukan buat sementara..kecoh la juga kat sini selain drp kes MB Perak
Oooo cokelat cair yea.......sini tak kecoh langsung mungkin sebab depa datang nak buat ibadat kot...anyway, Uncle pergi Haram sekarang pun pakai mask sebab weather is not very good currently.
"Wah...bijak sungguh. Dapat 2 kali hadiah! Aku rasa masa aku kecik dulu pun bijak macam ni jugak kot...heh3..." like uncle like yuya la nie..hehe
btw, Hepi Belated birthday to YUYA :)
san kyu...san kyu (jepun tak buleh sebut thank you tu yang depa cakap san kyu. (san=3....kyu=9)
Catat Ulasan