Ahad, Mei 17, 2009

Hidup mesti ceria

(ali baba dan 6 orang penyamun!)

(satu lagi baklava style Turki)

(Chef Tariq dgn Shawarma)

(ayam sumbat cheese dan daging)

(strawberry mousse aku yang tak chomey)

Aku setuju sangat dengan falsafah Connetto ni. Aku sebanyak mungkin cuba menceriakan hari-hari aku. Setiap pagi aku akan cuba sedaya mungkin menjadikan hari aku positif. Aku ada baca satu buku on positive thinking. Dia cakap, bila kita bangun setiap pagi, ada 2 perkara yang kita boleh buat dan pikir untuk sepanjang hari tu. Samada nak menjadi negative ataupun positive. Kalau kita bangun tidur dan mula berfikir negative, maka keseluruhan hari tu akan menjadi negative. Tapi kalau kita bangun dan set kan pemikiran kita kearah positive, maka energy yang akan datang mampu membuatkan kita sentiasa positive sepanjang hari. Wah....amazing kan? Jadi, setiap pagi aku akan setkan otak aku supaya berfikiran positive..sampai ada sekali tu budak aku tanya, apa aku makan sebab sampai malam aku nampak fresh! Heh3...aku cakap kat dia, "have a healthy mind..@ hidup mesti ceria!", lepas tu aku terpikir, eh budak ni faham ke apa aku cakap?

Ada sekali tu isteri Pak Menteri kita ada tanya kat aku, "Eh Shahrir, you ni I tengok dari pagi sampai tengah malam, ok lagi ni...kalau I tak tahulah.." Aku cuma mampu tersenyum. Dalam hati aku berkata..hidup mesti ceria...ala-ala Cornetto gitu! Dia tak tahu berapa botol supplement aku dah telan untuk aku tahan 16 jam satu hari...heh3.....makan-minum dia aku kena jaga, air mineral dia pun aku hantar. Tapi jangan speculate apa-apa, aku suka kerja aku dan dia memang seorang yang sangat down to earth...blessed with beautiful kids. Bayangkan anak-anak menantu dia semua address aku En Shahrir! Pergh....setengah-setengah orang tu, hmmm.....tengok kita sebelah mata pun tidak, siap menjeling lagi....

Aku ada berpesan pada Manager-Manager aku supaya jangan bercakap yang tak elok pasal orang lain atau dalam erti kata lain, mengumpat. Rationalnya kata aku, kalau kita mengumpat orang pasal yang tak baik, firstly kita kena tanya diri sendiri dulu, kita ni baik sangat ka? Secondly, kalau kita mengumpat orang, orang tak mengumpat kita ka? So far aku tengok budak-budak aku kat sini, alhamdulillah semuanya dengar cakap dan tak ada cerita-cerita yang tak elok terkeluar lagi. To me everything starts from you. If you, as Head of Department selalu berfikiran negative, maka anak-anak buah dibawah kita akan semua jadi macam kita, sentiasa negative. Tapi kalau the Leader is always positive, mampu bercampur-gaul dengan semua orang, treat everyone the same and with respect, insyAllah anak-anak buah kita semua akan mengikut.

Sekian dulu kursus motivasi aku dipagi minggu ni sementara tunggu si Dollah hantar NASI LEMAK kat aku yang sentiasa dalam kelaparan ni....aku sudahi dengan ungkapan kata-kata rahmat dari seorang pujangga terkenal yang aku nampak kat Supermarket Hankyu Jaya, Alor Setar dulu circa 1983, "NICE TO SEE NICE TO HOLD, ONCE BROKEN CONSIDERED SOLD!" Heh3..."Hidup Mesti Ceria..."

24 ulasan:

PINATBATE berkata...

hahahaha!
hadoi lah uncle ..saya bukan main serious baca ceramah motivasi tu..tetiba tersembur ayak teh baca kata-kata hikmat pujangga yang bawah sekali tu..
Betul!hidup kena ceria kalau tak nanti stress putus urat kentut..

CM berkata...

Sungguh kelaaasss kursus motivasi uncle pagi ni..macam Siri Motivasi Pagi setiap hari Sabtu dan Ahad di TV3...tapi nape lak ditayang lak dengan food2 yang mengetarkan jiwa???

Betul tu uncle kata ice cream tu..tambah satu lagi kata iklan LOREAL....

"KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA.....

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Hheh3....kat Uncle dah cakap, "hidup mesti ceria"....ooo tersembur yea....eh Pinat masak apa hari ni?

Uncle berkata...

Hah3....memang kita boleh buat iklan lah nampak gayanya...nanti Uncle pikirkan tagline loreal tu, apa yang Uncle boleh relatekan dengan cerita Uncle. Heh3...jangan lupa, ceria....eh tengok ke motivasi pagi tu? Nanti kawan Uncle pulak keluar. Nama dia Fairus Shidi. Last few entries Uncle ada cerita sikit pasal dia.

Ghazali berkata...

Waaahhhh dah ada TAGLINE dah ... pass ni sure Cornetto datang gantung banner dia kat Hotel tuh kan hehehehe

Pass tuh SIARAN CERIA ANDA lak (NTV7)

pass tuh ....

Pass tuu ... Parti PAS

hehehehe

Hidup makin menjadi jadi ....

Uncle berkata...

Heh3...that's funny..macam ni Yasmin pun kalah tengok iklan kita! Adoi...berat perut, berat mata, nasi lemak punya pukulan. Next week nak suruh Dollah masak apa lah pulak...

Uncle berkata...

Heh3...that's funny..macam ni Yasmin pun kalah tengok iklan kita! Adoi...berat perut, berat mata, nasi lemak punya pukulan. Next week nak suruh Dollah masak apa lah pulak...

tinta berkata...

saya kenal Yusof je kat belakang tu. nak isi cheese kat ayam tu. kena korek kuat dulu ke isi tu?

Uncle berkata...

Ni kalau nak tahu recipe ni kena ambik course dulu ni....actually dia ada technic tersendiri...senang je nak buat tu!

Nek Rock berkata...

yoooooo uncle dear,

adehhhh ada kem motivasi di pagi ahad yg ceria ni, yehhhhhhh siap ada makanan lagi ni..perghhh kelas aaaaaaa, pssttt motivasi ni pree kan uncle, baca tak yah bayor..hahahaha

eeeeeee nek dah tgk nasi lemak dollah ensem buat..kat umah cik li tadi..bertambah lapa perut ku..laalalla

terima kasih daun keladi, bebila kasi lah motivasi lagi:))

idopppppppp uncle, yehhh!!!

huhh tengok tu berkobar2 semangat nek abis motivasi ni..hehehehe

Uncle berkata...

NR...you are one funny lady! Oooo nak kelas motivasi yea...nak pree yea....nak makan suruh dollah ensem masak lagi pulak yea...takpa-takpa...nanti Uncle suruh dollah ensem masak sambal sotong pulak minggu depan!

kucingorengemok berkata...

eh, "hidup mesti ceria" ke, "hidup biar sedap" kata cornetto? hehe.

taj berkata...

salam uncle,

pagi ini, mood ada kureng skit... tiba2 terjah ke sini...baca entri uncle... zupppp... terus bersemangat.. positif..positif..
TQ uncle, nice ngomelan...

Uncle berkata...

KOG.
Oh ya ka? Biasalah tu ada tukar sana tukar sini sikit..Macam lagu Ahmad Jais la, kalau dapat kat group Kristal dia dah tukar melodi!

Uncle berkata...

Dear Taj.
La kenapa mood kureng, hidup mesti ceria....kalau tidak Taj is considered SOLD...heh3...

taj berkata...

salam uncle,

SOLD...
terus sya ketawa besar....hahahaha

tqtqtq...

Uncle berkata...

Yes....
you're back to your goodself! BACK TO WORK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Uncle memang sentiasa ceria...baca entri dia pun kita dah "rasa"..dapat "feel" kata orang!! cara menulis yg menghiburkan, sebab tu tiap2 hari kena jengok kat sini..kalau tak jengok rasa tak senang duduk!!
KN kadang2 terduduk jugak bila baca part2 yang lucu..
You have a good sense of humour man!

Uncle berkata...

Thanks KN...memang dari dulu minat menulis cuma cikgu bibah tak minat membaca!Takkan nak cerita serious je kan...baik baca Far Eastern Economic Review kalau macam tu!Heh...keep on reading..

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

uncle nak email..nanti
saya nak bg bakhlawa edisi al-rawsha..hehe boleh lawan tak ngan bakhlawa uncle...

Uncle berkata...

Eh Husin, e-mail Uncle takdak ka? Kenai dah 20 tahun! Anyway, here's mine: shahrir_a29@hotmail.com

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

"hidup mesti sedap" mcm sedap saja ayam sumbat cheese..sy baru lepaih blk bkt tinggi, pi japanese garden terus teringat uncle nk wat garden ala2 japenese tu..mmg kawaii sgt!!

Uncle berkata...

memang sedap pon siti tanjong ooii....sampai dok jilat kaki! ooo cheq dah tengok ka japanese garden tu? Lawa kan?

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

ha lawa lawa...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...