(abang dengan track suit bola baru)
(lintas hormat)
(yuya dengan baju sponsor CIMB)
(alahai baby...)
(i miss you dear!)
Aunty dan anak-anak aku nak pergi bercuti. Memang seronok bila nak pergi bercuti ni. Macam aku jugak kecik-kecik dulu. Asyik bertanya soalan yang serupa kalau nak pergi mana-mana. Kadang-kadang mahu sampai seminggu dok tanya soalan yang serupa. Aku bet mama dulu mesti boring dengan soalan aku yang bertubi-tubi. Semalam (Sunday), Aunty bagitahu aku benda yang serupa. Yuya dah siap tarik beg dan susun baju dia. Siap tanya Aunty lagi, baju ni ok tak, baju tu ok tak? Abang pulak sentiasa cool dan control macho. Tak nak tunjuk muka excited tapi dalam hati memang nak lompat-lompat..exam dah habis, apalagi, memang horey-horey. Result Yuya is good tapi aku tak paksa sangat sebab Yuya baru darjah dua. Aku cuma risau sikit kat Abang sebab ujian hari tu tak berapa bagus result dia. Sampai aku kena upah cikgu sorang datang rumah mengajar Abang. Kalau tak dapat better result jugak, tak tahulah aku nak kata apa. Tapi Aunty sms aku bagitahu result Abang, oklah aku rasa...mungkin ada peningkatan sikit. Alhamdulillah..
Dulu masa aku kecik-kecik,jarang aku dapat pergi bercuti. Kalau ada pun sudah semestinya day trip. Pergi pagi, balik tengahari. Masa tu memang sesak duit maklumlah kami 6 beradik dan arwah Bapak sorang saja yang kerja. Mama pulak control apa yang patut..Aku ingat masa aku kat Melaka dulu, kami naik bas Jebat (entah ada entah tidak sekarang ni)dari depan Std Kubu. Sampai kat KL, Kak Anne dah tunggu kat stesyen bas dengan Abg Kasim (abang ipar aku). Kami naik kereta Mazda model 808. Aku panggil "ek-ok-ek". Malam tu kak anne ajak kami keluar makan kat luar. Wow...bestnya...aku dok imagine macamanalah gamaknya makan kat luar ni. Kak Anne is good with explanation@describe. Cerita dia dari tak real akan jadi real. Durian plastik pun akan jadi durian real kalau dengar cerita. Kalau dia cakap pasal luka, siap cakap "..darah menitik tik..tik..tik.." lagi. Memang kelas..so malam tu Kak Anne dengan Abang Kasim bawak kami ronda-ronda kat PJ. Dia bawak lalu kat jejambat kat tepi PJ Hilton tu. Bila lalu kat situ, dia bawak kereta pelan-pelan sambil tunjuk kat kami federal highway kat bawah. Dia cakap "..ni macam Golden Gate kat San Francisco ni..". aku pun yang baru darjah 3 tahun 77' pun jengoklah kepala tengok kat tingkap kereta. Wooooo.....dahsyatnya.....macam San Francisco...
Lepas tu kami pergi pulak kat SS14 tepi Jaya Supermarket makan Nasi Ayam Singapore (aku lupa gerai nombor berapa?) kat foodcourt tu. Woooo....macam ni ka makan kat luar......siap order ABC lagi tu...satay ayam aku makan 5 cucuk malam tu!. Lepas habis semua, Kak Anne dengan bangganya bayar semua bil. Then Kak Anne bawak kami pergi jalan-jalan lagi. Dia tanya aku, pernah dengar A&W tak? Aku cakap A&W tu apa? Dia cakap kat situ ada "root beer float"...mulut aku muncung lagi...wooooooo.....pandainya Kak Anne...macam-macam dia tahu! Dia cakap boleh makan "coney dog". Aku muncung lagi.."wooooooo". Bila sampai aku nak keluar kereta. Kak Anne cakap tak payah sebab yang ni "drive in". Woooooo....hebat sungguh! So malam tu aku makan Nasi Ayam Singapore sepinggan, ABC satu bowl, satay 5 cucuk, root beer float satu gelas dan coney dog satu. Puas........malam aku tak boleh tidur sebab perut senak!
Anak-anak aku pulak sekarang ni, jalan lagilah jauh. Siap nak pergi Disneyland lagi. Siap dapat tiket bola free lagi tengok game FC Tokyo lawan. Yang ni Aunty cakap kat aku saja bagi jealous. Tiket dapat dari kawan dia kat Tokyo who happens to be a sports writer kat sana. Ahhhh.........nak ikut.........
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Isnin, Mei 25, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
22 ulasan:
uuhh... bestnya aunty dpt balik tokyo...
zaman dan berubah uncle...anak-anak sekarang dah tak heran naik kapalterbang..saya first time naik kapalterbang umur 19 thn..punyalah kecut perut..kelakar terharu..
dulu arwah nenek saya cerita,kalau ada sebuah kereta masuk kampung..berebut-rebut budak-budak kejar nak cium bau asap kereta..sekarang bayi keluar dari hospital jer terus naik kereta balik rumah..tak der apa hal..
eehh..apa panjang sgt aku merepek ni..sorry uncle!
salam uncle...
dgr uncle citer ni pun dh dasat belum k anne lg ni..k anne ada blog tak uncle. leh visit.
Kelakarlah cium bau asap kereta! Tu la kan...how time flies...nanti 20 tahun lagi macamana lah gamaknyakan...
Rasanya Kak Anne takde kot..dia ni memang pandai cerita. Kalau Uncle cakap pergi Headquarters tu actually pergi rumah Kak Anne la tu. Ala..dulu kat NST..mesti pandai cerita!
hahaha nek leh bayangkan mulut uncle melopong jerrrrrrrrrrrr bila kak anne citer masa tu,ooOOOOOOOooo
regards to aunty and have a safe trip back home
Kesian uncle tak leh ikut anak2 & aunty!
budak-budak zaman skrang memang bertuah
kecik-kecik dah naik flight
saya naik flight umur 19 tahun itu pun pasal nak gi study..fuuh dgn bangga naik malaysia airlines..flight early morning..
apa dia bagi kita ambik jer..takde request banyak2
dia bg newspaper ambik..makan pun ambik jer..
takleh tidor asyik tgk awan..hehe
bangga tak terkata...siap pakai baju smart lagi..
tapi lately dek kerana terlalu banyak fly...dah rasa macam naik bus..tambah dgn MAS yg selalu delay..lagilah boring...
naik flight jer..terus tidor heheh
salam
uncle..
ada port mendy baru..kat mana?
bgtaulah hehe
meleleh air liur pagi2 nie..
insyaALLAH semoga dapat sampai lagi kesana..Amin
Dear NR...depa yang balik...Uncle dok sini jugak tak kemana! Nak ikut....................
Kasihanilah hamba.....ni tengah dok sedih lagi ni....
Pandailah jugak Husin...kawan Uncle dulu nama dia Rio, dari Jakarta. Flight dari Jakarta sampai Zurich, then connecting ke Geneva, stewardess bagi makan, minum dia tak ambik sebab takut kena bayar! Heh3...
Memang ada port baru...kat bilik 805! Heh3...
marina ni cheeky betul! rasa mcm nak cubit je :) haha, takut tak, uncle?
enjoy btl bc cite uncle ms kecik..mesti ilmu diperturunkan dr k.anne..
seronok dgr Wakana n your kids akan balik ke Jpn..ki o sekette ne
Uncle,
kat paper beritau ada gempa bumi kad Riyadh, semoga Allah melindungi Uncle dan seluruh umat Islam di sana.
ngeri........takpa...akan diajar cara2 untuk menjadi seorang yang solehah!
memang seronok kalau nak balik kampung tapi sekarang Marina pulak demam....semalam aunty dah bawak jumpa doktor. Hopefully everything is fine.
Pasal cerita, mungkin jugaklah kot ikut kak anne. isy...kalau dengar dia cerita.....mmmmmm terus jadi real!
Dear uncle..
Masa baca cerita uncle..saya tengah menguyah karipap terus terbelahak tersembur karipap..bila baca kisah bas Jebat...Ya Allah uncle bagusnya memori uncle,berapa gigabit ni???? Bas Jebat ada lagi uncle..tapi dah buruk beno,orang tak naik sangat sebab dia ikut Alor Gajah tak ikut Hgway..,bas Tuah dengan bas warna kuning MOS ingat lagi tak??? bas laluan utama Melaka Muar,lalu lah depan sekolah budak nakal tu...stadium Kubu pun dah macam nak berkubur,dah ada Melaka Central...Jaya Supermarket pun dah takde.rasanya jadi Digital Mall..tapi pasar dia mungkin ada..tempat lepak saya masa belajar kat UM dulu.
uncle terus yer bercerita,saya seronok gile baca cerita uncle..tapi saya tak nak makan karipap lagi kalau baca,tercekik mampuih.
Dear Cikgu Mas.
Nama cikgu ni mengingatkan Uncle kat sorang cikgu nama dia Masyurah masa kat SDAR dulu, ni kawan cikgu Bibah le ni...memori Uncle masih kuat lagi walaupun nak main rugby dah tak kuat (macam biasa, keinginan tetap tinggi).
Kat pasar SS14 kat bawah tu lah dulu Uncle makan nasi ayam tu. Sekarang pasar dah 2 tingkat. Kat atas tu popia basah masih best...kat tepi tu pulak ada Baskin Robbins. Tahun 96 masa Uncle baru balik Suisse Uncle kerja kat situ 2 bulan saja kumpul duit bayar duit minyak moto...then masuk Renaissance KL till 2006. Kak Anne dulu duduk kat SS14 tulah...rumah hujung setingkat tepi longkang besar...ada pokok rambutan lagi..kelas!
Dear uncle
Bagus uncle ni selalu ingat kat cikgu2 dia..saya Mas Suria,lebih kuranglah nama dengan cikgu mas uncle tu...
Main jer la uncle rugbi tu,keinginan jangan disekat,rasa jer cam tak mampu sebeno yer kuat lagi!! ataupun main jer dgn player yang dah pencen mesti uncle jadi hero...
Tepi tangga pasar kt SS14 tu ada Dun.Donate rasanya.saya selalu naik atas pasar tu bila berdating makan Tauhu bakar.student tak de duit,ada duit sikit makan sate.Macam tau jer umah kak `N` tu!!Saya nak dengar cerita nostalgia lagi yer..
Dear Cikgu.
Memang kalau uncle main lawan dengan veteran team, maybe uncle masih jadi yang terbaik dalam group yang paling corot. Heh3...
Tepi tangga sebelah kiri memang ada Dunkin Donuts kalau tak silap. Sebelah kanan BR. Oppositive TGIF..Uncle beli moto dulupun kat kedai situ jugak. Satu row dgn post office...heh3...
ottosan.........
bestnya aunty blk nippon..nk itot....hehehe..
hurm, dulu pon sy suka tanya mak dgn papa saya nk pi mana...x larat dah panjat bukit bendera ja..huhuhu
Oh yes...bukit bendera...uncle lupa kat situ. ada sekali masa dok dating dengan aunty, uncle bawak dia pi situ tengok sunset...kan ada bench kat ataih tu. Kelas...macam orang kaya-kaya..
Catat Ulasan