(luar banquet hall)
(kereta bling-bling)
(dengan flower boys)
(arabic coffee preparation)
(dengan anak iqbal, nama apa ntah, dah lupa, comel gila)
Ok hari ni aku sambung lagi pasal kenduri kahwin ala bollywood Part 2. Memang seronok kalau datang kenduri kahwin ni. Semalam sebelum aku keluar bilik, member aku cakap, eh jangan lupa bunga telur! Huh? Bunga telur? Ingat ni kat Simpang Renggam ke? Jangan tanya aku pasal apa tetiba keluar Simpang Renggam. Heh3...I have no clue at all! Main rembat je..cerita pasal kenduri kahwin ni, aku teringat dulu aku bawak staff Jepun aku pergi kenduri kahwin kat kampung di Sungai Buloh. Budak ni dari Jepun dan dia staff aku kat Sagano dulu. Since dia baru sampai, aku ajaklah dia sekali. Aunty pun ada masa tu, so senanglah nak cerita kat dia nanti. Kami pun naik lah kereta kancil aku tu pergi kenduri kahwin. Seronok gila budak Jepun tu sebab dapat masuk dalam kampung. Makan dengan tangan, panas lit-lit, cair make-up dia. Heh3...Aunty lah orang yang selalu dok explain kat budak Jepun tu. Wakana san, kono jose no namae, nandakke? Wasurechatta! Habis kasut tumit tinggi dia penuh selut..
Berbalik kat kenduri kahwin ala-ala "Kush-Kush Hota Hei" ni, gambar first tu kat depan hall dia. Memang hall tu untuk kahwin. Ada tempat makan duduk kat luar sambil bershisha (hookah), kalau malu, boleh masuk kat dalam. Kat dalam tu ada stage, tapi sekali ni takde pulak bersanding macam kita. Semua duduk kat tepi sambil minum-minum dan bersembang. Ada jugak aku tanya kat Mainul, apa topik sembang depa kat sini, Mainul cakap tak tahu! Hmmm...very informative!
Gambar nombor 2 tu memang depa spend duit untuk cantikkan kereta pengantin. Lampu signal depa biar lip-lap, lip-lap. Pasal apa, depa tak cakap. Aku pun blurr. Mungkin nak bagi nampik menarik saja kot..Tingkap tepi dengan tingkap depan, depa cat habis sampai driver pun tak nampak. Siap ada ribbon lagi...cuma yang tak ada batang tebu! Heh3...Kereta tu depa parking kat depan hall. Kasi garang!
Oleh kerana ni kat Saudi, jadi flower girls tak ada...yang ada cuma pom-pom boys...depa pakai baju traditional saudi sambil pegang bakul halwa kat tangan. Meja besar tu kat depan pintu masuk yang depa jamu tetamu dengan arabic coffee. Best..tadi senior aku setahun kat Seremban datang melawat aku kat hotel sebab sekarang dia buat umrah. Aku jamu dia arabic coffee, dia tanya aku balik apasal tak rasa kopi? Dia kata lepas minum, perut rasa berangin...heh3...jangan salah angin sudahlah Amil oiii...nama dia Amil Boyadi. Seronok kami sembang, lepas tu minum Macchiato pulak! Kelas...macam orang kaya-kaya! Lama aku tak jumpa si Amil ni. Lepas dia habis sekolah terus buat KPP then fly pergi US. Pandainya...depa ni kalau fly pergi overseas, aku dulu fly pergi beli rokok kat kedai belakang sekolah! To Amil, good to see you man...it has been more than 20 years. Rambut pun dah putih macam aku. Tapi takpa, kami ni species Benjamin Button, tak lama lagi hitam lah tu!
Gambar nombor 4 tu aku snap cara traditional buat arabic coffee. Selalu kat hotel aku pakai cerek dengan heater. Tapi kat sini sempat aku belek macamana depa buat. Si Mainul tu pun satu hal, kalau aku ambil gambar, ada aja menyelit...Nak nampak tangan lah...nak nampak muka lah...sama macam Chef Adil aku.
Last but not least, aku tengah dukung baby si Iqbal. Sebelah kanan Showkat kat sebelah kiri Hilal. Ok ni bukan No 5 Persiaran 1 yea kawan-kawan.....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
6 ulasan:
best ye..kisah arab kawin n..saya pernah tengok gambar keturunan syed arab Yaman wat kenduri kahwin kt Tmn Tun,depa ada wat tarian gelek..tak de ke Uncle masa pi kenduri?
-comelnya bungkusan baby tu..takde kat Malaysia tu..
Kat sini mana ada tarian gelek...selalunya dari Lebanon ada la...memang seronok tengok sebab macam-macam culture Uncle belajar. Bngkusan tu memang tak ada kat Malaysia. Uncle pun baru first time tengok. Mungkin pasal cuaca kita kot..tu yang takde. Baby macam duduk kat sauna kalau dalam tu!
Uncle..
kalau nak tau saya pernah beli bungkusan baby mcm tu kat Madinah..kasi hadiah kat kawan.. cantik baldu warna biru..lepas tu kwn saya kata anak dia menggelupur kepanasan dlm tu..ekeke..
Punyalah bungkuih kereta dengan riben bagai ..adoi lah..apa hidangan paling best kenduri diaorang Uncle? kambeng panggang?
Hidangan Uncle tak nak cakap sebab nanti elemen-elemen surprise dah tak ada. Jangan lupa tunggu. 2 minggu lagi Uncle sambung...
kena kawin kat arab la kalu nk hantaran tinggi2..mcm tu ka uncle??..heh ngantuk zzzZZzz
Nampak gaya macam tu lah kot....awat, dah plan siap-siap ka?Awat yang ngantuk teruk sangat tu?
Catat Ulasan