Selasa, Mei 12, 2009

Kenduri Kahwin Part 3

(muka-muka laparkan kabsah unta!)

(discuss pasal politik Bangadesh tu)

(kalut masuk dewan makan)

(makan time...marey-marey!)

(pengantin muka lapar!)

Masa aku kat KL dulu, selalulah jugak aku menyibukkan diri kalau ada wedding kat Ballroom. Yang paling letih tu sebab wedding kita selalu over the weekends. Aunty dengan anak-anak aku habis semua muka senget bila aku cakap ada wedding...macam tahu-tahu je aku kena cancel day off aku. Muka aku pun tumpang senget sebab aku start kerja dari awal pagi. Orang pun tak bangun tidur lagi, aku dah naik motor pergi kerja. Pagi pastikan ballroom siap. Tengahari briefing dengan budak-budak banquet, then rehearsal sikit apa patut. Lepas tu duduk dengan MC nak arrangekan coordination for food presentation, then dengan mak bapak pengantin sebab nak arrangekan VIP seats. Pergh....tengah-tengah wedding function kalut kat dapur pulak kerah suruh food keluar cepat. Dah habis kahwin nak tunggu bapak pengantin pulak, nak tanya feedback pasal wedding tadi. By the time aku naik motor dah pukul 3 pagi...esok pagi-pagi pulak aku make a point untuk duduk sekali dengan family pengantin kat restaurant dan sama-sama sarapan sambil bersembang tanya feedback lagi.....alahai....letih kepala lutut. Tapi tu lah kerja aku. Aku enjoy sebenarnya. Kalaulah anak-anak aku bila besar nanti nak kerja hotel jugak, mmmmmm aku rasa sampai sudah aunty tak bagi. Sebab dah tahu sangat memang spouse kena tinggal memanjang. Macam aku jugaklah nanti...

Berbalik pada cerita kahwin kat sini, bila family pengantin jemput makan saja, pergh...macam tebuan jadinya, semua pergi attack kat dewan makan. Tengok jelah gambar tu. Tak sabar-sabar semua. Free seating pulak tu. Kecoh gila! Sampai part kami, si Iqbal dah organise satu meja siap untuk kami. Kami duduk. Ada sapra siap bentang atas meja, ada kabsah berlambak-lambak depa lungguk atas meja, lepas tu ada lauk unta....ya....tak salah lagi, lauk UNTA lah.....sini depa panggil JAMAL...so kepada Jamal-Jamal yang ada kat Malaysia, diharapkan agar anda semua dapatlah bersabar yea! Apa minuman wajib kat sini? Ya betul tu Tuan-tuan dan Puan-puan....Bebsi lah...ya Bebsi...yang dari Amerika tu! Apa lagi depa minum? Ya...Tuan-tuan dan Puan-Puan....7-up lah......bukan sirap yea! Ni kat Saudi pun depa bantai minum Pepsi...

Shawkat ngap, aku ngap, Hilal ngap, aku ngap-ngap, Mainul ngap, aku ngap-ngap-ngap, Husin ngap, aku ngap-ngap-ngap-ngap! Last sekali aku yang makan terlebih. Ah kacau ni. Aku heran, tangan aku dok laju ja hayun masuk mulut. Lemak unta pun aku makan! Lepas makan lemak unta, mulut aku rasa melekit-lekit. Bibir rasa tebal. Tangan rasa berminyak. Sudah ni aku cakap. Aku pun dengan muka kenyang, stop makan. Budak kat depan aku koyak unta dari tulang, dia balingnya kat depan nasi aku. "Fadhal...fadhal..." maksudnya "silakan...silakan..." Since dia kata fadhal, aku pun bedal! Aku tersedar bila orang lain semua dah stop makan. Depa seronok tengok aku makan, katanya. Lepas makan, kami semua bangun pergi basuh tangan. La...4 kali sental lemak unta tak hilang. Aku sental dengan sabun Ros lagi...pun tak hilang jugak. Tonyoh sana-tonyoh sini, baru hilang. Fui liat sungguh unta ni. Kami balik naik kereta Husin sampai kat hotel. Since perut terlampau kenyang, aku tak boleh tidur pulak. Isy...lepas kira kambing lompat pagar, aku terlelap jugak......

25 ulasan:

kucingorengemok berkata...

waaa, kabsah unta! ingin nak rasa :)

tinta berkata...

sodap ke unta tu uncle...satu ekor unta baper harga ?

Uncle berkata...

Dear KOG.
memang sedap kabsah unta. tapi lemak dia...mak aii...seminggu dok dalam badan!

Uncle berkata...

Dear Hayati.
raso eh sodap tapi tak boleh lah nak amalkan tiap2 hari. takut lombab lak raso eh!

pinatbate berkata...

fuhh..meleleh air liur menitik-nitik atas keyboard ni..tak panas ka badan makan daging unta uncle?

Hafitah berkata...

Sedapnya uncle 'bedal' unta!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Tu yang tak boleh tidur malam tu...siap guling-guling kat corridor, hantuk kepala kat dinding pun payah jugak!

Uncle berkata...

Dear Fitah.
Memang sedap "bedal" unta! "Fadhal...fadhal...bedal...bedal...". Heh3...

taj berkata...

salam,

terliur pulak melihat nasi kasbah tu, teringat masa makan kat mekah, tapi tak pernah rasa mkn dgg unta...apo rasonyo, sodap ko...beriya-iya uncle makan/bedal, ini pasti sedap gila ni, sedap dia mcm dgg kambing tak.

CM berkata...

Masyaallah..hebatnya cerita..saya tak tidur malam teringat Jamal....kalau orang mengandung.mengidam nak makan daging unta kat mana tok laki dia nak cari niii.....?kt mesia mana ada?

Uncle berkata...

Dear Taj.
Memang sedap. Uncle try makan lemak dia...tu yang tangan dengan mulut melekit-lekit tu, macam gam UHU!

Uncle berkata...

Dear Mas.
tak susah..kalau teringat, cari jelah kat kedai CD. Ada banyak juat si Jamal tuh! Heh3...

Nek Rock berkata...

yoooooooo uncle dear salam,

hahahahaha gelak guling nek tengok uncle sental bedal jamal

lalaalalala abis lerrrrrr uncle tak tido malam ni..hahahaha

kot nak ilang lemak jamal tu, after makan uncle kena minum air limau panas, kasi larut sket lemak nya if not mau bertimbun dalam badan..ehhehe

Uncle berkata...

Dear NR.
Good to hear that your're back. How's LV? Ni lemak tak habis lagi ni sampai dah naik lemak!....these few days tak update lagi maybe esok baru sempat. Ada lagi cerita.....

Nek Rock berkata...

yooo uncle dear,

eeeee LV still macam tu ler, casino segala ceruk even dalam 7-11 pun ada mesen, hehehe

lalalaa namfak gaya uncle dah naik few kgs akibat menyental daging jamal ek

haaaa nek tunggu besok citer selanjut nyaa ya

take care

Uncle berkata...

Adoi NR..
nak ke sekilo-dua? Uncle terlebih berat sekarang ni..sedih betul..tengah diet balik. semalam jumpa lagi my seniors, hah sekarang dah ambik gambar. nanti uncle cerita, ok!

Kembara Musafir berkata...

Uncle, cuba try rendang unta lak lepaih nihhh....!! memang sedap sehingga menjilat siku dan bahu... lol!!

Uncle berkata...

Mmmm i should..unta boleh dapat, tapi nak masak rendang tu yang satu hal tu!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

tu dia nasik unta tgh meja..ni kalu hameediyah buat camni hari2 saya pi..hehe

Uncle berkata...

ambueh selera sunggoh no....jangan jadi unta sudah...nanti depa kata dah tak chomey!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

tu la baru ada selera..hameediyah lama dah tak pi..

Uncle berkata...

ni uncle baru lepaih makan ikan talang goreng bawang dgn nasi putih. tokak cabai 4 biji dgn omelet....ni perut dah layu, mata dah kenyang!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

tokak ja?..sah org penang jati!! hoho
kat sini dah bang magrib..sy mtk diri pi semayang sat no..haiya ala solah!

Uncle berkata...

baguih..pilah buat yang tu dulu. yang tu wajib. yang ni minggu depan buleh sambung!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

haha..siap sudah..perli ceq no..haha im back..uncle on ym

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...