Isnin, Mei 04, 2009

Muzium Mekah Part 2

(sila klik dan baca sejarah dia)

(rekabentuk tangga yang menarik, ada style Colonial pulak)

(kat tengah-tengah rumah ada fountain macam Al-Hambra kat Spain)

(tengok lampu tembaga dia, memang klasik)

(satu lagi untuk dibaca)

Macam yang aku cerita dulu, aku tak pernah pun minat pergi ke muzium sampailah ada sekali tu aunty ajak aku kat Ueno dulu sebab the very next day tu aku nak kena operation. And since masa tu aku dah mula minat kat aunty, aku pun ikut sama minat aunty pergi muzium. Dalam dok cerita pasal muzium ni, aku teringat satu lagi muzium kat melaka. Dulu masa tahun 79, aku masa tu dok belajar kat sekolah Bandar Hilir lagi. Jadi sementara nak tunggu petang sebab ada lawan bola, aku pun melenconglah pergi muzium melaka dulu. Sempatlah aku habiskan dalam 2 jam kat situ sementara nak tunggu lawan bola U-12 kat padang sekolah. Aku tak risau sangat kat situ sebab abang-abang aku kat Malacca High School dengan St. Francis Institution. Ala...sepelaung je tu! Sekarang ni aku tengok eh banyak la pulak muzium kat melaka. Kat dalam kapal pun ada muzium, kat pejabat pos besar pun ada muzium, tepi muzium lama pun ada satu lagi muzium then kalau tak salah aku kat tepi a' famosa pun ada satu lagi. Banyak sungguh!
Tapi malangnya tak ramai yang minat dengan muzium ni. Yang aku perasan orang yang paling minat ialah Datuk Shahrom dulu. Hah, dia minat sungguh...in fact bow tie dia pun boleh penuh satu muzium!

Muzium kat Mekah ni bagus tapi tak cukup besar dan tak cukup bahan. In fact satu muzium tu kalau dia ceritakan pasal Rasulullah SAW pun bagus. Khas kat situ. Ada jugak yang diceritakan tapi very brief dan tak cukup nilai-nilai komersial. Setakat ok saja standard dia. Part tu sedih. Dia boleh bahagikan kepada zaman sebelum hijrah dan selepas hijrah. Aku rasa bahan-bahan dia memang banyak untuk dikumpulkan. Aku kadang-kadang sedih jugak bila tengok rumah Rasulullah SAW dilahirkan. Dekat sangat dengan hotel aku. Sekali tengok memang tak perasan sebab keadaannya yang daif dan terbiar. Tak ada langsung nilai-nilai sejarah yang boleh dikembangkan. Kat tepi tu lah aku tunggu teksi nak pergi Taif dulu. Tu pun masih tak perasan lagi, sampailah aku baca buku sejarah kota Mekah dan tengok gambar baru aku tahu. La...kat situ ka?

Sama jugak macam kat tempat-tempat seperti di Arafah dll. Aku heran dalam mencari jawapan. Kemudian ada sekali tu aku keluar dengan sorang budak Petani yang belajar kat UIA. Kami bersembang lama. Aku suka mengajukan soalan-soalan yang berfakta dengan harapan jawapan yang aku terima nanti akan menjadi satu jawapan yang benar-benar mampat dan dapat menghuraikan persoalan yang bermain-main kat otak aku selama ni. Si Zaki ni ada bagitahu aku yang salah satu sebab kenapa kerajaan sini tak begitu menjaga dengan meletakkan papan-papan tanda dan sebagainya sebab dia takut akan disalah gunakan. Salah guna dalam erti kata yang dapat memesongkan akidah kita. Hmmm that make sense. Sebab aku dah banyak kali tengok para jemaah mengumpulkan batu-batu dari Jabal Uhud dan Jabal Rahmah untuk dibawa balik ke negara masing-masing dengan harapan mendapat berkat.

Dulu aku tengok (dalam gambar dan hasil pembacaan,tempat air zam-zam ada kat tepi Kaabah dan dibuat semacam rumah untuk jemaah minum tapi sekarang dah tak ada. Katanya tempat tu ditutup sebab terlampau ramai orang berpusu-pusu kat situ untuk mandi, membasuh selain mengambil air untuk dibawa pulang. Selain daripada tu aku rasa mungkin traffic flow untuk orang bertawaf jugak sangat terganggu. Structure yang lama pun dah tak ada lagi. Sebab tulah tempat tu ditutup dan diubah. Sekarang ni aku rasa dah tak boleh masuk kot sebab pintu dia asyik berkunci dari luar. Teringin jugak aku nak masuk tengok punca air zam-zam tu!

10 ulasan:

Nek Rock berkata...

yooo uncle dear,

haaa lom tido eh..hehehe dah siap part 2

keep on writing, nek dah ler skolah dulu tak minat history, skang ni baru nak amik tau kisah2 ni sema:))

masa nek pi umrah in 96 pun, tpt telaga zam2 boleh jengok dari jauh jer

ehh yg berkunci kat telaga ke tpt paip2 kat bawah tu?

Uncle berkata...

Salaam NR.
Eh sini baru pukul 9.37pm la....i knew that you are still wide awake (sekarang pkl berapa?). Actually rumah untuk air zam2 dah tak de langsung. Dah jadi dataran untuk tawaf and you can't even see anything there kecuali kalau tengok buku dan gambar lama baru perasan, ooo kat situ ka dulu....sekarang ni ada pintu dari luar masjid untuk turun bawah tapi sentiasa berkunci rapat. Tak pernah nampak bukak pun. Pintu tu kat bawah jambatan yang naik kat bumbung.

Nek Rock berkata...

yooooo uncle dear,

wide awake lerrrrrrr nek..its 11.45am here..ehhehehe

ooo uncle awal lagi, mm 12 hrs eh different dari tpt nek..ke msia minus 15 hrs

ooooooooo skang tak leh turun ke bawah lagi, mmm nek masih ingat lagi tpt tu sebabnya..nek pi dah ler ketua tak bawak kita tpt2 tu, so nek ni jadik mcm minah remfit, jengok sana sini sendiri, hehehehe last2 makcik2 yg ikut package tu ingat nek ketua rombongan, phewww

yg buat nek ingat kat bawah tu, sebab gayung kat paip2 sema bermangga, takut owg bawak lari gaknya..haa dorang bermandi manda kat situ

ooo pintu tu dah dari luar mesjid eh, dulu dari dalam jer leh masok

pssttt uncle nek masa kat mekah, dok teringin nak tau apa ada dalam kaabah kan, phewww nek mimpi that nite..oppss

Uncle berkata...

Nothing much inside except for 3 pillars, ada gambar-gambar dia depa lukis....tu pun dapat dari buku sejarah Mekah.....memang susah nak masuk kecuali dapat invitation. Selalunya yang dapat cuma Head of Government

CM berkata...

Salam uncle..
Bagusnya catatan uncle..sebagai cikgu sejarah begitu terkesan di hati...

Yang menariknya Uncle dating kat muzium???aduh romantiknya aunty..kalau saya kat zoo..masa tu tahi gajahpun wangi..he.he

Memang uncle byk betul muzium kt melaka,tapi tak de orang,kekadang guard dia pun dah nampak mcm patung keras..he.he

Datok Shahrom!!!...misteri pakcik tu ...

Uncle berkata...

Seronok pergi muzium ni. Banyak kita boleh belajar. Salah satu yang Uncle rasa terbaik ialah Muzium Johor!

PINATBATE berkata...

Saya ada terbaca kerajaan Saudi sengaja tak nak kekalkan tempat-tempat bersejarah kerana katanya bid'ah dan bimbang membawa kpd khurafat..

Alhamdulillah..Thn 1989-1994 saya berpeluang masuk ke kawasan telaga zamzam yg bertangga turun ke bwah dan ada tangga utk lelaki dan tangga ppn bersebelahan sblm ditutup utk laluan tawaf beberapa thn kemudiannya..Ada satu tingkap berjeriji yg kita boleh intai mata air keluar..bunyi air tu zammzammm..Subhanallah

Uncle berkata...

Bullet! You're absolutely right! Tapi rasanya sayanglah pulak kalau tak jaga...

You are lucky to get the chance. Sekarang dah tak boleh lagi dah!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

uncle betoi ka ayaq zamzam hat kat luaq hat sejuk tu depa dah campuq ayaq biasa?..hurm..

Uncle berkata...

yang tu uncle tak dengaq lagi tapi yang confirm masa haji tahun lepaih, ayaq zam-zam rasa tawaq hebiaq...ceroi semacam!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...