Ahad, Mei 31, 2009

Nabil Bertunang! Part 1

(dari kiri Husin Shourab, Farok dan Idris)

(aku dengan Nabil)

(usop jerit suruh aku tunggu. kereta putih sebelah kanan yang bumper tercabut tu kereta usop la tu!)

(rumah atas bukit)

(tu dia...rumah si nabil)

Nabil dah bertunang.....tu lah tajuk berita aku pada hari ni. Sebenarnya dak Nabil ni waiter aku dari tahun lepas. Since dia ni kerja tersangatlah bagusnya, muka pun sentiasa manis, aku dah promotekan ke Senior Waiter 2 bulan sudah. Bertambah panjang senyum dia. Patutlah aku tengok Nabil ni rajin sangat kerja, rupa-rupanya nak bertunang yea....diam-diam je budak ni dah ada girlfriend. Heh3...aku dapat tahu pun dah petang pukul 4. Lepas sembahyang asar budak-budak aku bagitahu yang aku jadi special guest. Nabil harap sangat aku dapat pergi rumah dia. Alamak, macamana nak pergi ni? Yusuf Headwaiter aku dengan Husin Shourab, Senior Captain aku cakap don't worry. Depa dah organise kereta kat aku. Pergh...kelas...macam orang kaya-kaya aku rasa. Aku bukak jacket, sangkut kat kerusi aku kat office terus turun kat Ajyad Street tunggu Yusuf pickup aku dengan kereta dia. Husin jerit kat aku suruh naik cepat bila kereta dah sampai kat depan hotel. Aku tengok pergh...memang kereta Starsky and Hutch! Bumper belakang dah jatuh. Yusuf ikat dengan tali rafia! Kelas....macam ni la yang aku suka...thrill man...thrill...masuk dalam kereta, aku tengok stering dia kat tengah tempat hon dah pecah. Aku tanya si Usop apasal pecah? Dia cakap dia gaduh dengan wife dia, dari dia hentam sapa-sapa dia cakap, baik dia hentam stering kereta...heh3...macam ni pun ada! So dalam perjalanan selama 15 minit tu, memang Usop tak bunyikan hon...sebab hon dah bersepah kat bawah tempat kaki!

Rumah si Nabil ni kat atas bukit. Ni bukan Bukit Bendera (yang siti tanjong selalu pergi tu) ataupun Bukit Nenas yang dulu ada cable car tu tapi memang bukit betul. Curam gila...yang boleh naik cuma 4 WD! Kereta si Usop, sorrylah...berdesit-desit (screeching) bunyi tayar dia, berpusing tapi dah tak boleh jalan. Aku dah bau tayar terbakar....kelam-kabut Usop suruh aku dengan Husin Shourab keluar. Lepas keluar kereta, aku tengok Usop tersenggok-senggok reverse kereta cari parking. Memang curam sampai masa panjat tu badan aku dah bongkok 45 degrees ke depan. Bayangkan...

Sampai kat rumah, Nabil dah tunggu. Nabil pakai macam pakistan siap ada mafler lagi. Specs bingkai mesti kaler putih. Dah style depa macam tu. Happy dia nampak muka aku yang berminyak ni..Duduk-duduk aja dia servekan Pepsi. Then halwa. Then arabic coffee, then halwa, then teh susu, then sponge cake, then air sejuk, then tamar, then kopi o pulak, then halwa, then biskut kering. Woi...bila nak habis ni? Macam ni punya makan, bila weight aku nak jadi 72kg? Ikutkan BMI, aku patut 72. Tapi kalau ikutkan dak Nabil ni, aku patut 92! Nasib aku baik sebab lepas sejam setengah, azan maghrib dah berkumandang. Ni lah helah aku nak lari cepat selain daripada lari dari kena menari! Nabil mati-mati suruh aku tunggu sampai Isyak tapi malangnya aku kena balik cepat sebab ada group nak datang makan selain aku ada special dinner every thursday evening.

Oooo macam ni ka depa jamu orang lepas bertunang. Arrangement depa senang sangat. Tak ada yang kecoh-kecoh macam kita kat KL. Depa ni cuma pergi register bertunang kat pejabat, sign sana, sign sini, baca doa, setkan tarikh kahwin, baca doa, balik makan halwa. Dah settle. Kita? Mmmmm tak payah ceritalah.....sebab tu lah aku dulu tak bertunang pun dengan Aunty....heh3.....reason...reason....ok esok sambung lagi part 2 on Nabil Bertunang!

28 ulasan:

PINATBATE berkata...

hahaha!
suka baca cerita Usop sontorian dengan keretanya tu...lawak pecah perutlah Uncle..!
adui lahh...
cepat sambung part 2 Uncle..tak sabar nak gelak..

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

haha..pengalaman kan..tgk budaya diorang..totally different from malaysian hehe..

special dinner thursday ngan haji azli ke ? hehe

so anak2 uncle and aunty dah samapi tokyo ke?

CM berkata...

dear uncle

he,he meremang bulu tengkuk saya baca kisah ni,terutama kisah dak husin,ada lak gaduh dengan bini,empuk streng keta,bergemalah bunyi hon silap2 satu saudi boleh tau diorang bergaduh laki bini,he,he ..muka cam hemsem tapi brutal giler,agakya kalau dia gaduh dgn uncle dia empuk apa agaknyer,he,he..

oklah uncle,dah lotih daki bukit,makan lah lebih sikit awat nk lari lak..adooi tak sabar nk baca cerita next entry

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Suka baca pasal Usop Santorian yea...depa ni memang kelakar. Ada banyak lagi cerita budak2 ni. Boleh buat siri ni...ok minggu depan uncle sambung part 2!

Uncle berkata...

Memang budaya depa macam2. Yang bertunang tu budak Myanmar, tapi passport Bangladesh. Duduk sini dah berkurun.

On thursday bukan dgn azli, tapi uncle buat themed night dinner. khamis malam uncle buat seafood night. depa sini suka seafood walaupun uncle sendiri kurang..

yes. anak-anak dgn aunty dah sampai tokyo dgn jayanya. hari ni plan abang pergi main game kat tokyo dome then yuya dgn marina pergi tengok power rangers show...HORRA la depa!

Uncle berkata...

Dear CM.
Ishyyy yang gaduh tu Santorian, bukan si Husin...but anyway, usop tu sebenarnya baik...romantic....tapi biasalah kalau umur muda sangat masa kahwin..kalau gaduh dgn uncle mesti kena baling chocolate mousse ke, tembikai lonjong ke..

Tunggu sambung? Apa kata kalau Uncle sambung lepas seminggu? Heh3...

kucingorengemok berkata...

bumper ikat dgn tali rafia, haha... saya pernah nampak org tampal hood kete dgn masking tape kat mekah! hehe. janji boleh gerak kan..

uncle kalau nak cepat turun 72kg lari je turun naik kat bukit rumah nabil tu! :)

Unknown berkata...

adeyh~~~seronok betul anak2 buah uncle nih :D

Uncle berkata...

Dear KOG.
Kalau lah dapat 72.....wink...wink...uncle rasa macam umur 22. masa tu tengah dok galak main rugby tu! ishhyy bahagianya rasa...tapi 4 kilo tu lah yang paling susah dalam dunia!

Kereta depa semuanya macam tu..ala-ala macam kena bom kat beirut!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

wish tahniah kat usop..mana bakal wife dia?..xdak gambaq ka uncle..mesti meletup punya cun..org2 arab mesti cun kan..uncle hari ni sy nak pi airport penang..pastu pi pekena seafood..heheee

Uncle berkata...

Cheq ni mamun ni...yang bertunang tu bukan usop, tapi nabil. usop tu yang bumper kereta ikat tali rafia tu...si nabil pulak yang pakai spek bingkai putih...nabil yang bertunang..usop dah ada anak sorang! Siti ni kalau nak makan seafood, habeh semua cerita tunggang langgang! heh3...kirim salam kat airport bayan lepaih na...siti lalu dak kat brown garden? uncle dok kat no 25 lintang permai 2...heh3...dululah...rumah tu kosong la ni.

CM berkata...

aduuh uncle kerana terlalu seronok dgn uncle punyer cerita saya ggn siti jadi mamun mamai gaya yer..usop jadi husin,nabil jadi usup,nasib baik uncle tak jadi nabil bertunang lak kt sana,he.he.he

tulung3x uncle jgn dera kami,kami tak sabar nk dengar cerita,cerita2 uncle ni sesuai masuk astro kt saluran ceria anda..he.he

Uncle berkata...

Dear Cikgu Mas...
nanti uncle sambungkan yea...jangan risau. sebelum cikgu tidur malam ni, cerita dah sampai. uncle baru lepas breakfast kopi special dengan croissant panas 2 ketul ni...bahagianya kalau cuti, kalau anak-anak ada lagi bahagia..

taj berkata...

salam uncle,

hahahahha.... nak pecah perut dok baca citaq nih... mmg sontorian betullll....mmg lawak...

teringat masa zaman bbudak naik keta pegeot ayah tahun 80an, cam tuh lah, bumper tercabut pun diikat ngan tali rafia...heheh

Uncle berkata...

Dear Taj...heh3...mana ada oghang utarga kata citaq! Ketaq ada la....heh3...amacam best tak kereta pugeot tu? French made tu....adik beradik Zidane!

Jamal Abd Rahman berkata...

salam uncle

ingatkan nabil raja lawak tu bertunang..rupanya nabil kat mekah tu yg bertunang...pandai jugak hang buat tajuk gempaq mcm tu...hehehe

Kalau umur forties BMI Uncle ni kira slim le tu...cuba bandingkan dgn perut geng uncle satu batch sekolah dulu..uncle dlm kategori slim lagi tu..dont worry...hehehe

siti tanjong berkata...

aiyo..salah taip la uncle..
huhu..sori2..:P
tu la kalut nk pi mkn seafood..
oke, nnt sy try kim slm kat airport tu pon kalu dia pandai jwb la no..hehe

Uncle berkata...

Dear Uncle J
depa kata BMI tu ok...tapi dada, perut semua dah kendur ni...tu yang start exercise balik sorang2 kat bilik!

Uncle berkata...

Dear Siti.
Tu lah cheq dok kalut sangat hambat pi hambat mai...kan dah salah...ni cheq, pasemborrrr takdak ka? cucoq lebih naa...

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

la uncle nak pasemboq ka? kena pi pdg kota dulu la..angin sepoi sepoi...heeeee :D..bahagia nya hari ni.yey!

Uncle berkata...

Ni bukan saja ayaq lioq dok meleleh, hinguih pun meleleh sama ni....dok pikiaq apa la nak makan satgi...

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

oke uncle, sy kena mtk diri dulu. nk pi dah ni..takpa2..nnt sy post pi mekah na..insyaAllah. uncle xmo pesan hameediyah ka?...jeruk stoberi ka?..yummy!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

uncle, sy nk challenge uncle buat speed test menaip..ada kat entry sy..uncle try na..nnt tempek kat entry uncle tau.. :p

Uncle berkata...

Adoi la siti ooiii...speed test apa lagi...SPEEDO uncle pun dok gantung tak pakai lagi. Uncle ni bukannya savvy tara mana. Dulu dapat blog award pun Uncle tak tau nak retrieve macamana! Tak ka mangkaq tu?

Nek Rock berkata...

hahahaaha nek dah terrrrrrrrrrlewat baca..ish ish unclej dah mai dulu fulak..hahaha

bab bunyi tayar berdesit2 yg tak tahan tu..hahahaha

Uncle berkata...

Dear NR.
memang hari tu dah rasa macam kereta usop nak terbalik dah masa dia reverse. Nasib baik cepat2 keluar kalau tak mungkin dah tersadai kat tepi kedai bawang jugak!

Fly berkata...

salam kenal, seronok bila baca kisah2 mereka yang berada diperantauan, semoga dalam keadaan dirahmati dan ceria selalu..

Uncle berkata...

Dear Fly.
Thanks for reading. Memang seronok duduk kat tempat orang ni. Singgah selalu yea, nanti Uncle singgah kat sana pulak!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...