Isnin, Oktober 19, 2009

Kerjaya dan anda..

(3 abdul...)

(untuk garnishing..)

(supv aku tengah check special of the day)

(aku suka yang ni. mesin kopi aku)

(ni pun aku suka, mesin kopi from a different angle)

(macam biasa, dari tingkap aku)

(dari tingkap aku jugak)

(pun dari tingkap aku)

(yelah...dari tingkap aku ni..)

(ni bukan tingkap aku, ni Iqbal, RS Supv, dulu adik dia kahwin yang aku makan lemak kambing tu!)

Wow...tajuk memang mengerikan...ni ada kelas bimbingan kerjaya ka ni? Heh3.....
Hari ni aku dah mula buat planning untuk musim Haji. Bukannya aku tak buat sebelum ni, cuma hari ni baru start jentera kerja aku. Planning untuk soup cup kena ada 4000, sudu-garpu kena ada 4000, buffet set-up kena ada 7, kerusi meja kena cukup untuk 2500 orang, gula? susu? kambing? ayam? lembu? beras? beras siam? serai? kulit kayu manis? kentang? bunga lawang? kopi? teh? garam? rempah kunyit? penyamun? Huh...penyamun pun kena kira? Eh tu yang penting tu, sebab bukan aku yang kerja....penyamun-penyamun tu semua yang kerja...aku cuma "orchestrate" saja...(pergh...ada ka bahasa pelik tu?). Jadi, sekali lagi, macam tu lah kerja aku. Pastikan yang semuanya berjalan lancar. Kalau tak berjalan lancar, mesti berlari lancar! Aku selalu pesan kat penyamun-penyamun aku semua, kita ni macam itik kat tasik....berenang dengan kelas kat atas permukaan air....tapi kaki kat dalam dok paddle bagai nak gila! Yang bawah air dok paddle bagai nak gila tu, orang lain tak boleh tahu...orang mesti tengok muka kita yang sentiasa senyum tu...

Ada sekali guests aku nak makan satu benda dan aku tahu yang benda ni takde dalam menu. Dengan muka senyum aku cakap benda ni sedap...so nak buat dia, kena ambik masa sikit, very delicate....guests cakap ok no problem, pasal sedap, dia sanggup tunggu! Masih dalam mode senyum, aku pergi belakang dan kerah penyamun aku masak benda tu tadi...mahu lah 30 minit dia tunggu sementara budak-budak dok masak dan aku dok melayan dia bersembang...Bila makanan sampai, guests tu cakap memang berbaloi dia tunggu sebab sedap! Heh3...aku lega, penyamun lega...macam tulah salah satu kerja aku. Of course yang lain admin work pun aku buat. Semua forecast, budget dll aku buat. Tapi main priority is guests satisfaction...ramai orang tak faham....jadi pada adik-adik yang masih terumbang-ambing tengah pikir apa nak buat, pikir habis-habis yea...ni bukan kerja 9-5. Bukan kerja pakai cantik-cantik saja. Bukan kerja makan sedap-sedap saja. This is about love...this is about passion...aku tak paksa diri buat kerja ni. It's in my blood..service to me is in my blood..entertaining people is in my blood...hospitality is in my blood...jadi, kerja ni bukan satu beban untuk aku tapi lebih kepada sesuatu yang aku enjoy buat. Bila dah enjoy, aku tak rasa yang aku dah kerja sampai 16-18 jam satu hari dan masih boleh tersenyum kat guests pada jam ke 17!

Sebelum aku habis merepek pasal yang tak tentu hala ni, baik aku cakap sikit pasal gambar garnish tu. Kepada Puan-Puan semua, bila potong carrot, kulit jangan dibuang yea....kulit carrot tu boleh digoreng dan dijadikan sebagai garnishing untuk hidangan Puan-Puan bila jemput Kak Yam datang ke rumah. Susah-susah pun, nak bagi cantik, goreng je spaghetti 2-3 helai then boleh jugak dijadikan garnishing untuk pasta Puan-Puan...begitu jugak dengan terung. Dihiris-hiris halus dan panjang, digoreng....cantik kaler dia bila buat garnishing atas makanan. Cubalah...iklan ni free yea Puan-Puan sekelian!

30 ulasan:

Salam sejahtera....... berkata...

amboi uncle, gambar semakin hari semakin mengancam!

uncle,ceritala sikit macammana uncle boleh terjun dalam bidang kerjaya ni.
Tq.

olive oyl berkata...

hi uncle..salam...

uncle 3 abdul tu buah apa?? timun ker???ton ni dok kg,tak tau nama buah buah modern..
wahduh uncle..hensemnya iqbal..nk krm slm jugalah...sejak2 ni kenapa picture last mesti ada muka lelaki......

olive oyl berkata...

bagus lah uncle perumpamaan uncle ttg itik berenang kat tasik.paddle kat bawah working hard on it dlm diam..uncle,i'll ingat perumpamaan ni
uncle..dapat satu perumpaan mlmni...tq uncle...
tu dia sampai 4000 garfu,camca...huh.mmg lps ni uncle akan busy...take care ye uncle while working...

uncle..puan puan ja ker..cik cik tak leh ke refer recepi kulit kulit carrot n terung ni...

olive oyl berkata...

bagus lah uncle perumpamaan uncle ttg itik berenang kat tasik.paddle kat bawah working hard on it dlm diam..uncle,i'll ingat perumpamaan ni
uncle..dapat satu perumpaan mlmni...tq uncle...
tu dia sampai 4000 garfu,camca...huh.mmg lps ni uncle akan busy...take care ye uncle while working...

uncle..puan puan ja ker..cik cik tak leh ke refer recepi kulit kulit carrot n terung ni...

Uncle berkata...

Dear SS.
That's a brilliant idea....nanti Uncle cari masa yang sesuai, Uncle akan cerita macamanalah Uncle boleh terjebak didalam kerjaya yang selalu buat Uncle tak tentu hala ni. Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Adik beradik timun lah jugak...tapi lembut. Taste? Tasteless...more to carving and garnishing or sauteed with other vegetables..btw, I saw the flickr. Man.....he's a "pro!"

Kirim salam kat dia? Amboi cheq...anak nak masuk 2 dah tu! Gambaq pompuan memang Uncle nak tangkap tapi Uncle takut Uncle yang kena TANGKAP! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang perumpamaan tu sangat penting. Depa (guests)tak patut dan tak mao tao masalah kita...

Err part resipi tu....dia complicated sikit...tapi Cik-Cik pun bulehla kalau nak cuba...apa salahnya...resipi "mihun bersin" pon ada! Heh3...

olive oyl berkata...

salam uncle......

cheq tarik balik salam..cheq tarik balik salam.ingatkan single..satgi cheq kena hambat dgn wife dia...haha.....

olive oyl berkata...

bestlah uncle...byk dpt ilmu dlm n3 uncle ni...
mihun bersin hanya leh masak masa hari rabu ja...

ton besa buat karipap tersilap tepung.. pi bancuh guna tepung naik sendiri..masa goreng...meletup mcm bom..mujur dan lari....terkejut sungguh...uncle try laa buat jamu guest2 yg cerewet...hehe

Uncle berkata...

Dear Ton.
Mana buleh tarik balik? Ingat main achilot ka? Heh3...

Uncle berkata...

Heh3...mihun bersin yea...ooo suruh pakai tepong naik tu yea...amboi pandai cheq no...satgi depa perambat balik sapa nak jawab?

olive oyl berkata...

haha..klu depa perambat...kan uncle ada kerjaya baru..hehe...nak buka kedai foto kat tepi panggung GALAXY@MBO Ampang ...hehe..tp klu ton pi kedai uncle..kena bg discount 70%

hope nti uncle & team bersabar dgn kerenah guest yg dtg dari seluruh negara......

olive oyl berkata...

haha..klu depa perambat...kan uncle ada kerjaya baru..hehe...nak buka kedai foto kat tepi panggung GALAXY@MBO Ampang ...hehe..tp klu ton pi kedai uncle..kena bg discount 70%

hope nti uncle & team bersabar dgn kerenah guest yg dtg dari seluruh negara......

Uncle berkata...

Ton punya pasai, Uncle bagi pree! Heh3...

Pasai kerenah depa tu, Uncle dah masak sangat dah pon....insyAllah ok kot...

olive oyl berkata...

salam uncle...

tak sabar nak tunggu n3 ttg mcmana uncle memilih kerjaya perhotelan sehingga berjaya menjd pengarah bahagian makanan dan minuman..takper nti lps musim haji bila uncle free...uncle cite k dari a to z....


uncle cogan kata customer is alway right tu dok pakai lg ka lani???

Uncle berkata...

Heh3...Uncle pun tak sabaq nak cerita. Eh ada ka orang nak baca nanti? Heh3...

About cogankata "customer is always right" tu merupakan satu cogankata yang sangat lama, dibuat pada masa dulu dan bersesuaian penggunaan dia pada masa dulu. La ni Uncle tak pernah guna-pakai sebab kadang2 guests Uncle pun "tersilap perhitungan", jadi kat situlah tugas Uncle untuk membetulkan fakta. Tak semua yang depa kata tu betoi...to me, kalau depa betoi, Uncle sokong tapi kalau tak betoi, Uncle cuba explain in a very diplomatic way...Uncle tao macamana nak explain..heh3...macamanapun, "control your temper..."

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam uncle,

so skrg ni dah ada tips masak-memasak & garnish-menggarnish! bolehlah KN cuba...harap uncle ajarlah lagi ilmu yg berfaedah ni pada cik2 kiah semua...nanti bila cik2 yam dtg umah depa terpegun tgk hiasan kat makanan kami!!

olive oyl berkata...

dengar comment uncle terus jadi speechless...i'm proud of u uncle...uncle mmg specialist manager...(pujian ikhlas ni uncle...bkn sbb gambar free tau)

ramai laa nanti akan baca n3
morning dan salam

uncle...n3 uncle best..sbb uncle combine dgn kisah lampau...
believe me uncle...
mesti ramai tgh tunggu kisah kerjaya uncle

cheq semlm tidok tak jerap uncle..bkn apa...cheq
takut kena hambat dgn bini iqbal..depa tu kuat mkn minyak kambing..cheq ni cuma
dapat mkn minyak sayur ja....hehe..joking ja uncle...

Tanpa Nama berkata...

TQ uncle..
Rasanya kdg2 kita fkr dah ckp minat dlm bdg kerja yg kita buat arine.tp bila lalui mcm pekara xlah plk mcm 2.apa2 pun time ksh byk2. byk benda sy belajar dr cerita nie.

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.
InsyAllah saya buat dari semasa ke semasa....tapi malam tadi saya makan maggi!

Uncle berkata...

Dear Ton.
La...awat jadi lagu tu? Cheq teringat kat sapa? Ni mesti tak basuh kaki nak tidoq malam tadi...heh3...

Anyway, thanks for the compliments dan Uncle akan berusaha dgn lebih baik lagi. Yang elok tu mai daripada Allah!

Uncle berkata...

Dear Tanpa Nama.
Ambil contoh2 yang elok sahaja dari mana-mana cerita Uncle. Kalau Tanpa Nama dapat manafaatkan perkara yang elok, Uncle bersyukur..keep on reading!

PINATBATE berkata...

Uncle..
3 Abdul tu lebih kurang labu air kahwin dgn petola rasa dia kot..buat tumis air sedap tu..

memang betul kata uncle..kalau kita tak suka kerjaya kita, apa yg kita buat pun tak menjadi..hampeh..

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Lebih kurang macam tu lah...lain mak, lain bapak! Heh3...dalam kuali bertemu juga! Kelas...

Pasal kerjaya tu memang betul. You have to love what you are doing. Macam "marriage" jugak lebih kurang...tak boleh paksa, nanti half way terbengkalai!

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

baby labu tu uncle shoot pun jadi shuntek!
dah macam2 pesyen uncle deco ni
boleh jadi pengganti TED ADNAN!
mana lagi gambor food, uncle
Shootlah kambing menari tu. Teringin nak tengok.............

Uncle berkata...

Dear Dila.
You are one funny woman! Nak tangkap kambing menrai? Pergh...Uncle kena menari sama baru dapat! heh3...by the TED ADNAN? Let me search and see and I'm sure his photography sense is good. Boleh belajar! Thanks..nanti malam Uncle masukkan lagi, kalau rajin...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Dear Uncle,

Nape pulok gi makan maggi tu...KN kalu dok tempat cam uncle tu ...tak mainlah maggi2 nih....ngeh ngeh ngeh!!

Uncle berkata...

Dear KN.

Tulah pasal...macam biasa, tak tahu apa nak makan....heh3...

rina berkata...

Uncle..best la photos2 tu... Ni yang buat Rina tak tidur...buy D90 or not..buy or not..buy or not..

THAT Peach Pie still lingers on my mind...Drool... Ni kena buat this weekend.

Uncle, i just wonder dlm Masjidil Haram tu can we openly take pictures?

2 years ago when I went there, takut gak nak take photo..looked around for pak/mak polis.

How open are they now with picture taking of the Kaabah? Hmm just wondering.

Cheers!
Rina

p/s Rehat puas-puas ye Uncle before the Haj season... Rasa nak pi sana pulak.

Uncle berkata...

Dear Rina.
Oooo... tell me about it! Can't wait to get one too...ni dah macam Shakespeare ni, "to buy (be) or not to buy (be).." heh3...that's from "As You Like It".

Pasal gambar tu, masih macam dulu. Tak dibenarkan lagi. Jadi kalau ada ternampak gambar kaabah, itu semua gambar curi2. Nasib lah...Uncle dulu kamera kena rampas masa kat atas bumbung! There was an entry on this!

Kalau boleh datang lah...Uncle menunggu! The more the merrier!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...