(dengan hassan yang jumpa jemaah italy yang hilang dan kami bagi jemaah yang hilang tadi makan dulu..)
(penyamun2 FO seronok guests dah keluar!)
(usung beg jalan keluar nak ke mina diikuti oleh hujan lebat, kilat sabung-menyabung...)
(aku dan guests penting aku dari KL)
Memang kelas sungguh hari ni. Lepas sembahyang subuh, tak sempat nak habis salam, restaurant aku dah kena serang. Pergh...memang power habis...aku terperangkap kat korner-korner dan tak boleh nak buat apa-apa lagi dah. Kepala asyik pusing kiri dan kanan manakala mata aku pun dok toleh kiri-kanan jugak sambil badan melekat kat dinding dan tengok jemaah bersesak-sesak nak makan. Mungkin depa practise untuk bersesak-sesak kat sana nanti kot...aku turun tengok kat lobby pulak. Pun sama jugak keadaan dia, mengalahkan tengok bola. Pukul 7 pagi, kedai kopi aku dah jadi macam padang jarak padang terkukur! Yang jaraknya depa dan terkukurnya aku! Whooohooo...dahsyat...suatu suasana yang amat dahsyat dan mengerikan...8 buffet counter aku dah togel! Nasib baik pinggan tak boleh makan..kalau tidak dengan kerusi meja depa dah sebat..
Jemaah berbondong-bondong turun ke lobby sambil menyinsing beg kecik...ada jugak yang usung anak kecik sama. Penyamun-penyamun semua dok kelam kabut re-set balik buffet dan refill buffet. Dalam aku dok liar mencari kenalan, aku ternampak 2 orang guest melayu. Pakai kain pelikat. Pelan-pelan aku ambik kopi duduk kat meja depa. Aku bagi salam, 'Assalamualaikum Dato'....." depa terkejut tengok aku. Guest aku ni duduk kat hotel lain tapi kami dah kenal lama masa aku kat Madinah lagi. Depa datang buat haji dan singgah kat kedai kopi katanya nak having a good breakfast before leaving for Mina...lama kami bersembang. Sakan sungguh...seronok bersembang dengan guests aku ni sebab pasangan ni dari Perlis dan kalau tak silap aku Kedah jugak...mengekek-ngekek kami gelak sambil dok minum kopi...aku cakap yang aku tak pernah nampak dia pakai baju melayu dengan kain pelikat..then dia cakap sebenarnya semalam masa kat haram dia terjumpalah sorang melayu ni. Depa pun bersembang...dia tanya kat orang tu dah berapa lama duduk mekah dan orang tu kata dah lebih 30 tahun...pakcik tu pun pakai baju melayu dengan kain pelikat. Habis guest aku pun terkejut kat pakcik ni sebab pakcik ni walaupun dah duduk mekah lebih 30 tahun, tapi identiti baju melayu dengan kain pelikat tak pernah dia tinggal...jadi pagi ni bila guest aku bangun nak ke haram, dia teringat kat pakcik tu tadi, terus dia capai baju melayu dengan kain pelikat dan pakai untuk ke haram...
Then aku cerita pulak satu lagi "tragedi buah epal" kat depa. Ni guest aku dari Morocco lagi sorang...dia dah tua dan jalan pun lambat. Pakai tongkat dan terhinggut-hinggut (terketar-ketar). Dia datang breakfast dengan isteri dia dan kawan-kawan isteri dia. Selalunya kalau dia datang aku akan bagi meja yang paling dekat dengan entrance sebab tak payah nak ganggu orang masa nak keluar nanti. Ada satu pagi tu dia cakap kat wife dia...nanti kalau nak pergi masjid, tolonglah tunggu dia sebab dia takut hilang...pintu masjid ada banyak...nak jalan ke masjid pun lambat...terketar-ketar lagi...pakai tongkat pulak tu...wife dia kata, okay akan tunggu. Tapi pakcik ni kata dia lapar lagi, nak ambik makanan sikit kat buffet, tolong tunggu dia habis makan dulu...makcik ni kata ok. Pakcik ni pun jalan ke buffet dengan terhinggut-hinggut pakai tongkat. Ambik roti sikit, foul sikit dan balik ke meja dia...sampai kat meja dia, pakcik ni terkejut sebab orang lain dah duduk situ. Pakcik tanya kat orang yang duduk tu mana pergi makcik tadi. Depa kata tak tahu...pakcik tak jadi makan...tinggalkan makanan kat atas meja, dengan terhinggut-hinggut turun lobby cari makcik...lama pakcik ni cari. Sekejap aku jumpa kat lobby, sekejap aku jumpa kat restaurant, sekejap aku jumpa kat lif. Lepas tu aku terlupa pasal pakcik ni...petang pukul 5 aku ternampak pakcik ni lagi dengan muka susah hati dok pi balik pi balik kat depan lift. Masa tu aku dengan Hotel Manager tengah dok tunggu lift. Kami approach pakcik tadi dan tanya nak kemana. Dia kata dia hilang kunci bilik...dia lupa bilik mana...dia tak tahu nak pergi masjid...dia dok cari isteri dia...kami pun check beg sandang dia dan terjumpa "key card" hotel yang ada tertulis nombor bilik dia. Kami organisekan kunci baru untuk dia...habis cerita...
Masa aku tengah dok check dinner, pakcik ni datang ke restaurant. Dia duduk di meja yang sama. Kami tanya dia ada dia tunggu sapa-sapa ka? Dia cakap dia tunggu makcik...dia tak nak tunggu kat tempat lain. Dia nak tunggu makcik kat meja tu jugak! Nak jadikan cerita, makcik pun sampai..nampaklah pakcik ni tengah termenung duduk kat meja...dengan muka letih dan sedih pakcik pun tanyalah kat makcik...pagi tadi pergi mana? Kan pagi tadi dah janji nak bawak pakcik (husband makcik) pergi masjid....kan pakcik dah tua...kan pakcik jalan terhinggut-hinggut...kan pakcik cepat lupa...kan pakcik dah cakap pakcik takut hilang....tapi pasal apa tinggalkan pakcik sorang-sorang macam tu? Makanan satu pinggan yang pakcik ambik pagi tadi tu sebenarnya nak bagi makcik makan...pasal apa makcik tinggalkan pakcik? Makcik tak sayang kat pakcik ka? Dia tanya isteri dia kat depan aku...lama depa cerita. Aku tengok makcik diam dan tak berkelip-kelip mata dia..tapi mata makcik dah berkaca, mata pakcik pun serupa...makcik menangis....pakcik menangis...makcik pegang tangan pakcik dan cium tangan pakcik sambil menangis dan mintak maaf....Tadi masa guests aku semua check out, aku tengok makcik dok pegang tangan pakcik sambil sama-sama turun escalator nak ke Mina.
Aku tengok Dato' kesat mata....aku tengok Datin kesat mata....tiba-tiba aku pun terharu dan kesat mata sama.......
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
42 ulasan:
salam uncle
ton tgh minum air ..bila baca uncle tulis padang jarak padang terkukur...bila tang terkukurnya aku..tersembur habis air...sbb tergelak.....adoi uncle lawak laa ayat uncle..hahaha.....
kesian uncle..mesti letih layan guest...kalau dekat leh ton pi tolong angkat2 cawan...kemas meja...
ni nak sambung baca...
salam uncle...
kesian pakcik tu,susah hati..cari isteri...kenapalah makcik tinggalkan pakcik tanpa bgtahu dahulu..siap tolong ambik makanan lg utk makcik..
uncle jumpa dato dari perlis...hehehehe...
salam uncle...
mula tu bangun nak makan sock sb esok nak posa.pastu teringat kat blog uncle...punya seronok bila nmpk ada entry baru...dapat baca entry uncle...hilang dah rasa ngantuk..
Dear Ton.
Uncle masih terbayang lagi muka pakcik tu...kesian kat dia...yes vip dari pereleh...Ton kenai ka?
Dear Ton.
Memang sekali ni satu badan letih...pagi tadi masa bangun, kepala rasa berat sangat...tambah berat bila nak kena submit 2010 budget dalam time-time yang macam nih...so Uncle retire awal malam ni...8.30pm dah balik bilik...masukkan entry baru dulu...dah siap lega...then blog hopping...you take care!
salam uncle..
rasa kenai....tapi mesti ramai vip dari perliskan...rasanya ada yg duduk kat firdaus palace...
MB pun ada sana..wife dia ka yg kesat air mata td???
salam uncle
uncle yg kena take care and take a rest sbb dah seharian uncle kerja...uncle dah mkn ke ni??ton peratikan..uncle ni jaga mkn beribu ribu org org tp uncle selalu biar perut uncle lapar...
uncle selalu mkn lewat..
opss terlupa pula..uncle nak bg idea keluar mencurah bila mengarang time lapaq..
Dear Ton.
VIP tu rahsia kerajaan...heh3....memang ramai dok ada kat sini la ni...memang semua orang kenai depa!
Dear Ton.
Cheq makan apa? Memang kat sini pon Uncle buat dinner esok macam bukak posa jugak...all specialties ada! Termasuklah Kamarudin tuh!
ala uncle..bgtahulaa nama ...cuba tanya kenai dato..dato kenai tak cik ton...hehehehehe...
Dear Ton.
Thanks for your concern...tadi baru lepaih telan Nexium ubat gastrik....la ni lega sikit...la ni Uncle dah 2 bulan lebih tak makan malam dan hasil dia memang best in the world...first time after 20 years Uncle timbang tadi dah 73.9! First time....yak2 yay!
Dear Ton...
mana dia nak kenai kalau habaq nama Ton ka....Olive Oyl ka...jenoh dia dok pikiaq...heh3...gambaq yang Uncle ambik dengan depa semuanya ntuk personal collection Uncle...nanti bulehlah drama kat anak-anak..."ni kawan Papa semua nih..." heh3...
salam uncle..
dok tunggu nak mkn sock..
hehe..cheq nak kena sms vip perlis nak tanya ada tak minum teh dgn pengarah makanan dan minuman al safwah orkid...ala yg famous tu..yg artikelselalu keluar kat BH..hehe..lawak ja uncle..
salam uncle
jgn telan sgt ubt gastrik tu uncle..bahaya..dgr nasihat ton ni...mlm jgn biar perut kosong...kena mkn juga...uncle dah kurus dah tu...slim laa...
nk guna bahasa pnglaa dok mau dgr...mamu..toksah dah dok tahak perut..
Dear Ton.
Aik...cheq kenai ka depa tu? Yang Uncle jumpa tu, punyalah baik tak sangga....Uncle nak sign, depa nak bayaq, Uncle nak sign depa nak bayaq...last-last sekali depa makan Uncle sign, sekali lagi depa bayaq...heh3...
Dear Ton.
felt much closer when you mentioned, "mamu...toksah dok tahaq perot tu..." Whooohooo lama tak dengaq "tahaq!"....ok Ton, mata pon dah julin ni...hope that i'll get a very good sleep tonight...you take care...makan sock elok-elok...jangan gelojoh na....tokak pelan-pelan....pssst...dah nak masuk 4 minggu tak off nih! Tu dia aih...
salam uncle...
uncle tido ok.esok nak layan tetamu lg...mkn apa sikit alas perut uncle..bila perut berisi baru tido nyenyak...aii takkan bini popaye nak kena nasihat pengarah makanan kot....
ting tong..ton dah tau sapa yg uncle jumpa td..hehehehe...lawak ja..
worker holicnya uncle..kerja non stop....takapa uncle...kampoi semua cuti kat kl nanti.....gd nite...mlm ni nk bg nyenyak tido...uncle bayangkan dok bawah pokok sakura dgn aunty...hehehe
selamat hari raya aidil adha...
A'ssallamualaikum Uncle
Meleleh air mata Mak Aji membaca kisah pakcik & makcik tuh. Sungguh menginsafkan. Itu lah yang Mak Aji maksudkan semalam .. setia & kasih sayang kita suami isteri dari muda hingga ke tua, walau dalam keadaan sihat atau sakit.
Uncle, selamat menunaikan ibadah haji moga uncle dan gess2 uncle dipermudahkan dan mendapat haji mabrur .. Aminnnnn
salam uncle,
baca cerita pakcik makcik tu rasa tersentuh hati..nak nangis pulak rasa..
seronok ye penyamun2 dan uncle juga guest dah kurang..boleh yahu-yahu horey-horey lepas ni..hiks.
dear uncle,
nampak semakin kurus...penat yg amat melayan guests tu. now, boleh relax...semua dah check-out...bila pulak depa check-in??
kesian betul cerita pakcik tu...kak nab dok imagine jika itu yg terjadi kpd kak nab & suami! hohoho...my hubby sure 'meletooop marahnya!'
Salam Aidil Adha Uncle..
salam uncle,
selamat hari raya aidil adha
ni , tgh layan cite p ramlee,3 abdul. yg tak tahan ketawa , dia guna perkataan "penyamun" pd abg2 nya, teringat kat uncle
bekas PM kita ada kt sana, depa stay kt hotel sahwah ?
Dear Rezeki.
La...P Ramlee pon pakai "penyamun?". Dia tiru Uncle la tu....ni tengah dok tunggu VIP kita nak ke arafah...10 mins lagi depa turun. Tadi dah breakfast dengan depa sat...take care and have a nice long break!
Dear Pinat.
Salam aidil adha to you and family too...
Dear KN.
Guests semua tak check out lagi. Depa keluar buat haji saja. Bilik masih simpan kat depa pasal package sampai 14 Zulhijjah...hari ni masih ada yang tak keluar lagi. Kejap lagi depa keluar terus pergi arafah...
KN jangan tinggalkan abang kat kedai kopi yea...kesian kat abang...
Dear Catz.
Memang penyamun dok horey2 nih...tengah dok plan nak menyamun kat mana pulak lepas nih...heh3...kepala penyamun akan kayuh basikal masuk gua!
Dear Mak Aji.
Thanks for the "pesanan penaja". Saya akan ingat pesanan Mak Aji. Mak Aji masak apa bagi Pak Aji makan hari ni? Spesel ka? Esok Raya Haji. Selamat Hari2 Raya Haji untuk Mak Aji dan Pak Aji...heh3...
dari
Haji Shahrir....
Dear Ton.
La...cheq dah bangun tidoq ka? Uncle terjaga tadi pasai VIP talipon tanya pasai breakfast nak take away. Since dah terjaga, bangun, mandi, tukaq baju, celapak teruih turun breakfast dengan depa. Ni dok tunggu depa nak pi Arafah...lari sat check e-mail dulu...pon ada penyamun macam nih...ok nak lari turun pi tengok depa sat!
salam uncle
how are u uncle...
ton bgn kul 12..arini cuti raya....hehe..uncle betoika kat jeddah banjir?dgr kata mcm teruk je...
Dear Ton.
Banjir tu adalah sikit..ala-ala manja gitu...sini biasalah sebab sistem perparitan depa tak bagueh...hujan 5 minit dah banjir 5 jam...
Pak Aji Uncle heh3.
Mabroooook kerana berjaya menempuhi segala dugaan.
Lontong Daun Pisang order, kuah kacang order, sambal ikan bilis order, daging masak hitam order. Hanyak masak kuah lontong ngan nasi lemak heh3 ... senang kan?
Dear Mak Aji.
Memang la ni semuanya senang. Tak payah nak susah-susah masak. Memang memenatkan kalau nak buat semuanya sendiri. Yang nak masak Mak Aji, yang nak kemas Mak Aji...yang nak tergolek, Mak Aji...pergh...pengsan jadinya...
OK Pak Aji Uncle, nak balik kampong ni. Esok Raya, nak kenduri 10 hidangan. Surau betul2 kat depan pintu rumah. Korban hari Sabtu sebab esok takut tak sempat. Orang lelaki kena Solat Jumaat. Mak Aji & biras2 perempuan hanya nengok aje. Dia orang lelaki yang kena melapah daging lembu.
Pak Aji Uncle, jangan lupa makan ye! Guest2 dah gi Arafah & Mina, uncle isi lah perut. Nexium tu hanya sejenis dadah yang melegakan aje bukan membaikkan .. heh3
Dear Mak Aji.
Selamat perjalanan pergi dan balik serta "Selamat Horey-Horey!"
salam uncle....
dgr tu...apa mak aji kata...
Nexium tu hanya sejenis dadah yang melegakan aje bukan membaikkan..
dengar tu...
salam uncle...
apa khbr?...
sodehnya bc tragedi buah epal..ni la dia toleransi dlm rtangga n hdup..
selamat hari n selamt mengerjakan haji..semoga mendapat haji yg mabrur
Shahril,
Memang selalu berlaku dugaan Allah kepada kita apabila menunaikan Haji di Mekah. Semuanya adalah satu pemgajaran bagi kita.
Selamat Hari Raya Iduladha.
Dear Hayati.
Memang sedih rasanya. Dan memang tragedi buah epal tu terjadi kat depan mata Uncle pulak tu! Uncle akan ingat sampai bila2...tsk...tsk...
Dear Ton.
Baik cikgu Ton...saya dengar cakap ni...ni pon baru lepaih makan sikit....
Dear Pak Zawi.
Selamat Hari Raya Aidiladha to you too...
salam..
dear unkel.. selamat hari raya unkel.. kuatkan semangatmu...
Dear ML.
Semangat Uncle masih kuat. Tambah bersemangat bila nak bagi jemaah makan...heh3...
Catat Ulasan