(jangan jeles yea Mak Aji...)
(si Usop memanjang menyelit!)
(aku dan muniandy)
(muniandy dan aku!)
(pandangan dari belakang yang mengerikan!
Tu lagu Kris Dayanti yang aku dok nyanyi tiap-tiap hari masa tengah dok syampu rambut masa mandi...heh3...check list aku dah siap. Rambut dah gunting. Chat rambut? Alamak, masa aku tengah dok chat rambut tadi tiba-tiba aku dapat call dari Leman. Leman kata dia dah ada kat bawah...kalut aku cuci rambut balik. Jadinya rambut aku tak sempat nak chat lah jugak! Heh3...takpa-takpa, Leman punya pasal, biarlah rambut aku putih! Seronok kami dok bersembang tadi. Betuk tak jadi datang sebab aku pun tak tahu sebab apa, mungkin dia buat umrah kot...takpa yang tu lagi penting dari jumpa aku nih...si Bob pulak, wife dia tak sihat. Jadi yang sempat aku jumpa cuma si Leman dan isteri. Sekali lagi aku nak ucapkan terimakasih pada Leman dan isteri yang melawat aku tadi dan kami sempat dinner kat kedai kopi aku. Apa aku makan? Aku minum kopi saja untuk dinner aku. Gula tetap setengah sachet. Kalau si Adil tu dia tibai sampai 3 sachet! Patut perut bulat...amboi...nada sombong lagi bongkak tu...heh3...
Barang aku tak banyak. Sebab aku datang hari tu pun banyak dah barang yang tak penting aku tinggalkan kat KL. Bukan sebab aku dah tak nak datang lagi...tapi sebab semua barang tu aku boleh dapat kat sini. Jadi tak payahlah aku usung banyak-banyak datang sini. Cukuplah satu beg baju saja..macam nilah kehidupan aku selama berpuluh-puluh tahun ni. Dari umur 13 tahun aku dah duduk sendiri sampailah nak masuk umur 42 tahun pun serupa jugak. Tak habis-habis berkelana....(sambil nyanyi lagu Dhalan Zainuddin nih...). Malam tadi untuk menyemarakkan semangat aku nak balik, sekali lagi aku masuk kat youtube dengar lagu Alleycats...pergh....naik buluroma dengar lagu "Berita dari rantau", alamak, betul ke tajuk nih? Terbayang muka mama, terbayang muka arwah bapak...sayu aku...dulu masa kecik-kecik naik bas ke KL. Then masa remaja naik keretapi ke Seremban, lepas tu masa dewasa naik kereta pulak, sekarang ni balik kampung naik kapalterbang...huh, ambik kau...cuma tak sempat merasa naik Business Class saja. Bilalah nak dapat naik macam si Nyamuk ni....teringin jugak makan satay kat Business Class....heh3...
Masa time sekolah tak sabar nak balik Penang sebab nak jumpa mama dengan arwah bapak. Lepas tu tak sabar nak balik kampung sebab nak jumpa kawan-kawan....lepas tu tak sabar-sabar nak balik tokyo jumpa aunty....lepas tu tak sabar-sabar nak balik kampung jumpa anak-anak dan aunty...mungkin tak lama lagi bila dah umur 60 tahun dah tak sabar-sabar nak pergi rumah anak-anak jumpa cucu! What a life!
Hari ni aku last kerja. Esok pagi aku masuk office jugak sekejap untuk check e-mail dan jawab apa-apa yang patut kalau depa ada mintak apa-apa. Aku ingat sebelum zohor aku kena lari sekejap buat tawaf. Si Samir katanya akan ambik aku lepas zohor dan hantar aku ke airport di Jeddah. Hopefully kereta dia ok. Kalau tidak memang nak kena starlight lah si Samir nih...tak lupa aku nak jumpa budak-budak aku semua dan ucapkan terimakasih kat depa sebab kerja bertungkus-lumus sepanjang musim haji.
Pada adik-adik di Mekah macam Lotfi, Asnawi, Rashid, Tuan Bad, Haji Arshad, Halim Residence dan lain-lain yang aku tak sempat nak sebut, anda semua tetap di hati Uncle....sampai kita jumpa lagi samada di Mekah ataupun di KL, aku nak mohon berbanyak-banyak ampun dan maaf kalau ada tersalah kata...ish....aku datang balik...aku datang balik....jangan panic yea! Dan kalau aku tak sempat nak update blog dalam masa 2-3 hari ni, faham-faham sajalah....Marina yang dok kacau...heh3...
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
40 ulasan:
Assalamu'alaikum wbt!
Uncle,
enjoyed reading yr stories, esp the much 'santai' versions as compared to the earlier entries which were more 'jiwang karatz'.. ahaksS!
i really missed Makkah (& Madinah).. and seeing the pics just made me wish more and more that I cud be a resident there, one fine day.. :I
hope u'll hv a safe journey back home and return safely to d Holy Land, insya-Allah!
best wishes..
-azYda-
Dear Azyda.
Thanks for reading...dan Uncle sekarang rasa lebih selesa dengan bahasa yang santai macam ni...thanks again for reading and insyAllah kalau ada rezeki mungkin Azyda pun akan berkesempatan to reside here...sedar tak sedar Uncle dah almost 3 years here!
. uncle dh nk lik KL eh..?
. nk ikt.. uhukss..
. x pe.. end of jan Q munye turn lak.. =)
. hv a nice+safe flt uncle..!
Wow uncle menghitung hari nak balek Malaya...sebelum balek jangan lupa jumpa kami belanja tea tarek dulu....
salam uncle,
saya pun nak nyanyi lagu sudirman utk uncle , "balik kg, ho ho ho balik kg , ops kene tukar lirik psl uncle balik kl, kl kan bandar hi hi hi
itulah gayanya hidup berkelana , hati sering melonjak2 dan kegembiraan apabila saat utk pulang bertemu anak isteri dan keluarga yg lama tak jumpa
berkelana uncle kali ini sungguh bertuah, berkelana di bumi yg penuh keberkatan dan sentiasa rapat dan hampir dgn rumah Allah yg didanbakan oleh setipa org muslim
semoga Allah mempermudahkan perjalanan pulang uncle nanti
tentu yg paling istimewa, nk tinggalkan makah ialah tawaf wada
mana ada tempat dimuka bumi ni kalau nak tinggalkannya kena tawaf, hanya di makkah sahaja , masa uncle dulu tinggalkan swiss pun takda tawaf, itulah keistimewaan kota suci makkah
uncle sungguh beruntung, dunia dapat dan akhirat pun dapat
see u in kl and have a safe journey
Dear Uncle,
Welcome home! Ye ke Marina yg kacau...hiks!!
selamat bercuti!
Assalamualaikum uncle,
Selamat kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak... cuti sekolah pun dah tinggal sikit ajer lagi... selamat bergumriba dan hoyey..hoyey bersama keluarga....
Hi Uncle,
Have a safe trip back home. Kalau Uncle and family free, kita breakfast next friday, Awal Muharram OK.
Dear Q.
Bila nak balik KL? Kalau Uncle tak sempat jumpa Q, Uncle jumpa Pet sajalah....whooohoooo tak sabar nak balik nih....Q, you take care yea...be a good girl! Heh3...
Dear Haji.
Takde hal punya.....kalau ada kat sini, bagitahu....kita pekena teyy!
Dear Rezeki.
Macam tu lah kehidupan Uncle yang tak tentu haluan dan tanpa arah tuju ni....macam lagu alleycats pulak bunyi....heh3...tapi macam kata rezeki, Uncle bertuah sebab dapat datang sini dan mencari sikit bekalan....
Dear KN.
Bila KN nak ke KL? Shah Alam? Boleh kita jumpa nanti...
Dear KOG.
Thanks KOG....and regards to Deris...you both take care....hope to meet up in kl.
Dear Ibu dan Ayah.
Memang nak horey-horey ni....tak ingat dunia....nak skipping satu ampang!
Dear DadaIQ
InsyAllah akan diusahakan...
salam dear uncle...
bestnya nk blk kl...
uncle...have a nice journey yea...welcome back...
hope kereta samir tak meragam laa kat tgh padang pasir...hehe...
seronok dpt kenal uncle..wlpn baru kenal tp rasa mcm dah kenai lama....
salam uncle,
Uncle jangan lupe singgah berita harian ....
Dear Ton.
That is what we call technology...it's amzing isn't it? Kalau Ton pi KL talipon Uncle nanti, ok?
Dear Ona.
I've already logged in my organiser...Next week i'll call you...kita pekena teyy sampai kembong perut...heh3...errr...by the way, motor nak parking kat mana?
salam uncle..
uncle kira ni entry last uncle masa kat mekahlah ye...
ton nk pi kl 16dec...pi kedutaan amerika..interview for visa...tp blk haritu jugak....
rest puas puas ye uncle masa atas flight nti..mesti marina tak sabar tunggu papa pulang....
salam uncle..
rasanya time utk uncle berangkat dah tiba..selamat gi airport yer uncle..check brg2 semua(tongkat)hehehe...bestnya time ni...leh bayangkan how ur feeling right now uncle...
ucapan dari kami bertiga (rosid shahwali, don asnawi dan penyamun besar si lotpi ) :
"marina ke aunty yang kacau?" wakakakaka
salam uncle,
lagi satu, timbang berat kat arab tu tak boleh aci, mengelat
cuba uncle tgk betul2
724 kg (bayangkan titik tu takde)
he he he
Dear Ton.
Good luck for the interview. Uncle dah masuk embassy tu dulu. Mak aiii...macam kat Guan....mo Bay! InsyAllah will find some time kalau berkesempatan! Let me know!
Dear Ton.
Yes, ready to go. Dah last briefing of the century tadi dan dah tawaf sekejap taditongkat magic dah siap letak atas beg!
Dear Lotfi.
Marina.............heh3...
Dear Rezeki.
eh betullah....724! Heh3...
safe journey home, uncle
Salam Uncle...
saye seronok sgt bace uncle punyer story nie......mcm2 ader....sblm nie sayer dok bacer jerk (silent reader)....coz segan nk bg komen....tp becoz uncle dh nak balik ke malaysia, saye nak ucap welcome back....
apepun salam ukhwah dr saye...
-Azrin-
A'ssallamualaikum Uncle
72.4kg ...mmmm. Mak Aji rasa timbang tu rosak le heh3.
Selamat kembali ke M'sia Uncle. Semoga bergembira di samping keluarga. Kat M'sia kena update blog hari-hari tau. Kalau tak update, kita orang tau le sebab dia apa! heh3.
Peluk cium untuk Mama Uncle, semoga dia cepat sembuh dan kembali seperti sediakala ... Aminnnnn
Yooo Uncle dear,
Selamat pulang ke tanah air tercinta:)
Pstttt nanti kalau Uncle pi kat area Tmn Kosas tolong jerit kat tepi jalan tu, Nek kirim salam eh
Take care and have fun, salam kat auntie too.
Salam dari Phoenix, Az
NR
salam uncle
selamat kembali ke tanah air,
minta maaf bebanyak krn mengganggu tidur uncle semlm dgn panggilan tel. hope hari ni , uncle dah recovery kepenatan mengharungi penerbangan semalam dan boleh horey horey bersama keluarga
salam Uncle
dah ada kat Malaysia ka?
Dear Fida.
Thanks...memang safe and sound!
Dear Amz.
Thanks for reading my blog. Ni lepas ni lagi merepek! Heh3...
Dear Mak Aji.
Memang sah Mak Aji jelez...heh3....saya happy sebab berjaya memesongkan semanat makan Mak Aji! Heh3...ni tengah horey2 nih sambil skipping kat dalam rumah!
Dear Nek Rock.
Budak2 kat 7-11 Taman Kosas tanya, mana NR pergi? Saya cakap NR tengah buat concert bergerak @ US Tour dengan Zee Avi.......heh3....keeellllaaassss!
Dear Rezeki.
Not a problem at all. Tapi hari ni rasa macam nak demam pulak sebab anak-anak semua demam ni! Aduh...parah!
Dear Dila.
Yes i am here in KL now. Mata tak boleh nak lelap lah pulak! Ish....haru-biru nih! Bila nak pekena teyy? Let me know at shahrir_a29@hotmail.com
Catat Ulasan