Rabu, Disember 16, 2009

Santai gila!

(dari kanan, cikgu yusuf, aku, norazlina dan mona masa aku melawat depa kat Berita Harian, Jalan Riong)

(marina terpegun tengok barang make-up! Aku terpegun tengok dia terpegun!!!)

(klcc malam ni)

(3 orang budak yang tak tentu arah!)

(posing kaku anak-anak aku)

Masih dengan aktiviti horey-horey aku pada hari ni. Sama macam hari-hari yang sebelumnya jugak. Pagi ni aku bangun awal lagi sikit. Selalunya pukul 5 pagi aku dah terpacak kat Mekah. Jadi kebiasaan tu masih lagi menghantui aku walaupun aku tengah cuti la ni. System aku masih lagi on dengan time yang lama...pukul 5 pagi tadi aku dah terbeliak bijik mata. Kiri-kanan, kiri-kanan aku tergolek kat atas katil dan last sekali aku terus bangun. Habis cerita...mata pun dah tak boleh nak lelap lagi dah!

Pagi ni aku ada appointment dengan BH. Pukul 9 terpacak aku dah ada kat kedai kopi sebelah tu sambil menikmati kesegaran teyy tarik pagi dan roti canai banjir yang tersangat "groovy". Mula-mula sekali jumpa cikgu yusuf. Seorang yang sangat banyak pengalaman. Suka mengambil gambar termasuk gambar ikan! Lepas tu aku jumpa 2 orang gadis manis, Mona dan Azlina. Kami sambung minum di cafe BH. Minum lagi dan lagi dan lagi...depa ni semualah orang-orang kuat Berita Harian dan aku sangat berterimakasih dengan kepercayaan yang depa bagi kat aku walaupun aku tahu yang depa cuma separa percaya! Heh3...Kami bergambar sakan dan bercerita sakan....macam dah bertahun-tahun tak jumpa. Dan yang sebetulnya memang kami tak pernah pun jumpa...heh3...

Lepas dari jalan riong aku memandu macam alex yoong pun ada (ni pasal 2-3 hari lepas aku jumpa dia) ke Mont Kiara pulak. Berjumpa pulak dengan kawan lama aku kat situ for lunch...makan-makan dan minum-minum sambil menikmati keindahan orang dok main golf....(actually sampai la ni aku tak paham pasal apa orang suka main golf...sama macam orang tak paham pasal apa aku suka main rugby!). Banyak renovation yang KLGCC dah buat pada restaurant depa dan katanya depa akan bukak Japanese, Fine Dining, Piano Lounge dan Karaoke kat situ. Mesti meriah suasana....lama kami bersembang dan dia tanya aku nak makan apa? Aku cakap aku dah makan "canai groovy" pagi tadi...lunch aku skip je lah lagipun teyy tarik aku dah berapa ribu calories....dia angguk dan dengan muka sedih lagi sayu, dia order mixed fruit untuk dia sendiri....walaupun satu hari sebelum tu ada dia cerita yang daging salai kat situ, "out of this world!"

Masa dok bersembang dan minum dengan dia, kepala otak aku dah dok teringat kat anak-anak. Apalah depa dok buat kat rumah la ni? Mungkin dok melangut tengok awan pikirkan yang esok nak kena "potong...". Aku mintak diri kat kawan aku. Aku rasa guilty of the first degree. Terus aku naik buggy ke parking lot dan pecut macam si Fairuz our 3rd driver balik ke ampang. Sampai kat selekoh nak masuk rumah sebelah kiri, aku cilok sebelah kanan. Naik kat atas Galaxy. Beli tiket cerita "Princess and the Frog". Sampai rumah aku tengok depa tengah main game. Lega rasa....aku cakap malam nanti nak tengok wayang. Semua horey! Sebelum tengok wayang, aku suapkan depa makan dulu. Semuanya makan sampai habis bila aku suapkan. Off we go tengok wayang....aku tersalah ambik seat. Tapi bila orang yang patut duduk kat seat tu datang dan tanya seat dia, aku kata seat dia kat opposite sebelah sana dengan nada confident...orang tu pun pergi lah duduk sebelah sana dengan family dia. Habis tengok wayang dan lampu menyala, aku tengok nombor seat aku, orang tadi tengok nombor seat dia.....dahi dia berkerut......aku pegang tangan anak-anak aku, larik......

Sebelum malam melabuhkan tirai, aku sempat naik elevated highway tanpa tujuan dan masuk ke KLCC parking lot. Park kereta, naik, minum air longan, turun, masuk parking, naik kereta, balik ampang.......amboih...macam orang kaya-kaya....heh3...

24 ulasan:

My Life berkata...

salam.. dear unkel...


"Sebelum tengok wayang, aku suapkan depa makan dulu"


beruntungnya anak2 uncle suap mereka.. kenangan manis yg pasti akan jadi ingatan anak2 uncle

Kuey-san berkata...

Salam Uncle,

eh eh, sama lah. saya pun tgk cerita katak tuh. tket plak murah on wed. penuh hall dgn bdk2.

sy pun terasa cm bdk2

:P

rezeki berkata...

salam uncle,

walaupun pun tak pernah jumpa, namun kemesraan terserlah ,
uncle nmpk happy lah
satu hari nanti gambr uncle pulak ada kat situ (gambar no 1) he he he

hari ni tentu uncle sibuk psl nak pegi "potong"

PINATBATE berkata...

Salam uncle..
suka tengok marina terpegun depan makeup tu..hahah!harus dijaga berhati-hati tu uncle..dahlah cute,manja pulak tu..esok besar sure ramai peminat jepun..;)

Laalaa berkata...

Uncle..
Seronok betul, baca blog uncle gie jalan-jalan. Bilalah boleh jumpa uncle?

ona berkata...

salam uncle,

bukan norazlina tapi norliza abdullah, reporter pendidikan...seronok gak dapat kongsi cerita dengan uncle..kami pun naik opis citer lak kekawan yang turut melayari blog uncle...depa pun suke...tima kasih...jangan serik datang nstp ek...

@xiM berkata...

salam ziarah..

amboi marina..kecik kecik dah terpegun tengok alat solek..bahaya tuh..hehe

uncle pet..!! berkata...

syoq sgguh ankel jnjln ngn depa no.. nnt dpn2 marina msg ankel tektiap mgu la, nk beli mekap.. ahiksss..

chek ptg sbtu ngn ahad ni xdk buat apa.. duk umah ja.. ankel ada lg kn no. tepon chek.. ankel cll ja.. chek g jmpa ankel..

siti tanjung berkata...

ohaiyo uncle!
la dah smp cuti2 msia ka..
seronok n horey2 je uncle yek
cuti lama ka..biaq lama skit xpa, bg depa lepaih rindu kat ottosan :D

ediannuar berkata...

wah uncle.....

seronoknya dapat balik malaysia. saya yang baca nie terpegun sampai mulut ternganga. eheheheh

Uncle berkata...

Dear ML.
Macam tu lah mak-bapak kita dok suap kita makan dulu....sekarang turn Uncle pulak...nanti turn ML pulak....."it's just another cycle of life.."

Uncle berkata...

Dear Kuey San.
Nombor seat KS tu betul tak? Tengok betul2 yea....the kids enjoyed the movie very much especially marina...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Seronok jumpa depa kat BH yang banyak memberi laluan pada Uncle selama ni...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Tu yang Uncle risau tu...insyAllah akan dijaga dengan baik macamana mak-bapak kita dok jaga kita dulu.

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
Just let me know whenever you are here in KL or Ampang, I'll go and visit you. No problem...

Uncle berkata...

Dear Ona.
Apologise to Norliza yang Uncle tersilap tulis nama. Thanks to the 3 of you. Akan Uncle singgah lagi nanti especially untuk program UPSR tu....

Uncle berkata...

Dear @XIM
Memang seronok tengok keletah anak-anak. Hilang rasa letih Uncle selama ni...24 jam asyik pandang muka depa!

Uncle berkata...

Dear UP.
That sounds good...i'll give you a call then kita jumpa kat ampang...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Anak menakan Uncle baru lepaih interview kat US Embassy for her study visa. Semua dah ok tunggu nak berangkat ke NY saja nanti. How's yours? You take care!

Uncle berkata...

Dear Edi.
Biar mulut ternganga tak pa...jangan lupa sembahyang sudah! Heh3...

olive oyl berkata...

salam uncle..


terkejut bila nmpk uncle tulis dear ton..mula ingat uncle dah ada blogger baru nama ton...hahahaha..rupanya ton tu ton yg asal..hehehe..tq yer uncle,ambil berat ttg ton ni....mama uncle apa khabar?

comelnya marina...pandai marina posing...suka tgk rambut marina.cantik...leh masuk iklan shampoo...hehe

mata marina ni bulat.....

lani ton dah lapang dah uncle..before ni serabut dgn kerja...bila uncle nak dtg belah utara bawa aunty dan anak anak??

olive oyl berkata...

salam uncle

ruginyaa..mlm rabu tu ton mmg ada kt klcc dari kul 8 smp 11 mlm...klu tk..ton leh jmp marina...

Uncle berkata...

Dear Ton...
mana la ada orang lain selain daripada cheq....cheq la satu2nya Ton yang ada tang ni!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Tu la...awat tak habaq? Kalau tidak dah jumpa kita kat KLCC pasal dalam time tu memang Uncle ada kat situ!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...