Rabu, Disember 02, 2009

Kenduri Mak Limah Part 2

(penuh nak ke tingkat atas masjid)

(atas jalan raya pun penuh)

(tepi terowong pun penuh)

(ramai lagi menghala ke masjid)


(34 kali aku mengajar si Shafiq tangkap gambar aku, last2 aku yang tangkap gambar penyamun ni...)

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...pergh...aku dah happy sambil nyanyi "Lenggang Kangkong" pagi tadi masa dok lambai kat jemaah dari Morocco, Egypt, Canada semua....baru dok nyanyi sambil skipping, aku diserang lagi oleh group dari Indonesia yang berjumlah 600 orang! Apa aku masak kat depa hari ni? Sebagai menyambut tetamu, aku buat Bakso....sebagai menyambut Pak Lurah, aku buat rendang ayam....sebagai menyambut pengantin aku buat Semur Daging dan sebagai menyambut diri aku sendiri aku goreng Tempe! Bagi depa makan...waduh Bapak-Bapak sama Ibu-Ibu ternyata tersengih selepas makan Bakso...Emilia Contessa pun kalau makan lepas tu mesti merdu suara dia....heh3...

Malam ni apa jadi kat aku? Lobby aku yang aku dah kemaskan daripada jemaah terpaksa aku bukak balik untuk esok pagi mula dengan breakfast sebab jemaah yang bertali arus masuk...pukul 5 petang ada group dari Pakistan datang jumpa aku. Tour Leader dia masuk office aku. Kami duduk dan bersembang. Dia cakap dia ada jemaah seramai 200 orang yang nak dinner pukul 6 nanti...huh? Pukul 6? Hari ni jugak? Sekarang ni dah pukul 5 petang! Biar betul dia ni! Aku kelam-kabut panggil Exec Chef aku, Assistant aku, Chief Steward aku dan meeting 2.5 minit depan dia. Aku tanya kat Executive Chef aku, boleh siap tambahan makanan untuk 200 orang lagi dalam masa 45 minit? Chef Nashat angguk....aku tanya Chief Steward aku, boleh siapkan equipments untuk 200 orang lagi dalam masa 45 minit? Delwar mengangguk....aku tanya Assistant F&B Manager aku, boleh arrange kan tempat untuk depa makan dalam masa 45 minit lagi? Yaser mengangguk....aku tengok muka Tour Leader tu, aku angguk! Tour Leader tengok aku, aku tengok Tour Leader, kami sengih macam kerang busuk! Settle....

Lepas Pakistan keluar, Indonesia pulak masuk...dari 150 orang, dia kata naik jadi 300 orang? Huh? Biar betul sorang lagi ni? Hmmmm...aku garu siku yang tak gatal....30 saat aku pikir.....aku cakap elok-elok kat dia, macam nilah...apa kata kalau kita split kan jadi 2 group. Satu masuk lepas maghrib dan satu lagi masuk lepas isyak? Dia senyum, aku senyum...settle....

Sementara tu budak-budak aku terpaksa set kan balik lobby untuk jadi restaurant. Baru pagi tadi lepas breakfast aku dah kemaskan semua, tapi sekarang aku terpaksa re-setkan balik untuk group lain pulak pagi esok.

Macam nilah kerja aku. Nak bagi semua jemaah happy. Nak pastikan semuanya dapat makan secukupnya dan semuanya selesa...ok aku letih sangat dah ni. Esok aku akan sambung lagi cerita!

24 ulasan:

ediannuar berkata...

dengar citer uncle, 2-3 hari nie memang sibuk giler. lepas satu keluar, satu group masuk....

hajah zainab bt abdullah berkata...

Dear Uncle,

Bila agaknya kenduri mak limah ni berakhir!
Terkezut kak nab...dlm masa 45 minit uncle & gang boleh settlekan makan-minum utk group 200 org tu...perrgh! mantop..mantop!!

Mak Aji berkata...

A'ssallamualaikum uncle, pagi2 lagi Mak Aji dah baca blog uncle. Kang takut tak sempat. Macamana le agaknya Exec Chef uncle membuat anggaran masak untuk 200 orang dalam tempoh 45 minit. Huh memang excellent uncle & the team.

Dulu ada le arwah mak ajar, 1 pot tin susu beras boleh makan 2 orang, 1 ekor ayam boleh makan 10 orang, 1 kg daging rendang boleh le untuk 10 orang. Itu perut orang dulu2 tak kuat makan. Kalau orang Pakistan mesti lebih nih

Ibu n Abah berkata...

Uncle,
sibuk betul uncle musim haji ni.. tapi syukurlah dengan pengalaman yang luas uncle berjaya mengharungi badai dan taufan jemaah...
tahniah uncle...
(lepas ni cuti dah boleh jumpa aunty & anak2...)

rezeki berkata...

salam uncle,

jenis main serbu2 ni bahaya, check in tanpa warning, mau bersilat nk sediakan semuanya, namun bahan mentah ada dalam stok, takde hal punya , semua dh siap siaga
anak buah angguk, boss pun angguk
semua setel , alhamdulillah

uncle dh lama dlm F&B , dh boleh baca selera mrk , dtg indonisia, masak cara indonisia, datang dr europe , masak ikut selera mrk
jadi mrk pun beseleralah nak makan.
apabila apa yg disediakan utk mrk habis kena belasah, kita yg menyediakan dan merancang rasa puas hati. Objektif tercapai , mission in complete

kepuasan walaupun dalam kepenatan

cuba kita pergi kedai nk makan mee goreng mamak, tetiba bila spi makanan tu , rasa mee goreng arab, tentu kita rasa hampakan

tapi uncle pandai menari ikut rentak, alhamdulillah .

penen berkata...

salam uncle,
betul ker Banjir di Jeddah buruk dari yg dilapur. Kurban harta dan jiwa besar sekali?

Uncle berkata...

Dear Edi.
Memang macam nilah kerja Uncle. Ni dengan jemaah...dulu dengan VIP lah dengan Head of Government la....memang seronok jaga depa....nilah kerja Uncle nak bagi anak-anak dan isteri makan!

Uncle berkata...

Dear KN.
Saya selalu boleh buat "split second decision". Memang decision yang macam tu sangat penting. It's a big gamble. Tapi bila jemaah semua ucapkan terimakasih kat saya, itu dah lebih dari wang ringgit!

Kak Lang berkata...

Salam Uncle,

Tahniah ... sekali lagi dapat menghadapi situasi last minute. Alah bisa tegal biasa, kan. Bukan calang2 org boleh jadi F&B director mcm uncle nih.

Seronok jugak tengok suasana kat Haram, dah mula sesak semula. Sayu rasa hati tengok kesungguhan mrk ingin berjemaah ,wp sampai kat jalan raya.

Ok uncle, take care. Uncle hepi, kami pun tumpang hepi

CATZ berkata...

uncle,
interesting job..
rasa nak keje mcm ni lah..bestnyaa

ms.legolas berkata...

Slm.

Wow Uncle & the Geng hebat betul dlm masa 45min leh siapkan hidangan utk 200org...tsugoi desune

sy ry korban hari tu, mak mertua suruh masak soto utk kenduri dlm 50org... pun tak berani..takut tak terbuat. dok tender buat karipap je..itu pun inti nya org lain dah sediakan..

terasa tul kekurangan diri...

Pak Zawi berkata...

Dengan team yang mantap segala kerja dapat dilaksanakan dengan baik. Syabas bro.

Uncle berkata...

Dear Kak Lang.
Memang saya happy. Lebih-lebih lagi kalau jemaah saya happy..last minute situation macam tu memang saya dah faham sangat dah. Kalau tak buat, kesian kat jemaah yang nak makan. Kalau buat, saya pulak kelam-kabut....takpalah biarlah saya kelam kabut dan jangan jemaah kelam kabut! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Catz.
Catz ni biar betul....nanti lari tengah malam nanti....heh3...tapi ada ramai jugak GM yang berjaya asalnya dari golongan wanita. Moral of the story is, nothing is impossible!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Kadang2 kiraan lama tu masih boleh diguna pakai. Pakai ajelah Mak Aji....sebab yang tu yang kita faham...heh3...

Uncle seronok kerja dengan team ni. Amazing...kami tak pernah kata tak boleh untuk mana-mana guests kecuali kalau depa suruh kami terjun tingkap! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ibu and Abah.
Memang tak sabar rasanya nak bercuti. Memang nak rehat habis-habis. Malam tadi pun tidur tak cukup. Hari ni hantar VIP balik. Esok ada lagi VIP kita yang akan check out. Bertambah sibuklah esok...sabar...sabar...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Your word "menari ikut rentak" kalau nak di terjemahkan bermaksud, "flexible". Flexible ni sangat penting untuk kami di hotel..memang Uncle paham sangat karenah depa ni. Sampaikan menu depa pun Uncle boleh sebut masa ngigau....heh3...

Uncle berkata...

Dear Penen.
So far yang keluar paper, kat Jeddah dah 106 meninggal. Harta benda tu biasalah, macam kitalah jugak...tempat2 lain tak ada pulak jadi macam tu!.

cikgu_math berkata...

salam uncle
tersinggah blog uncle secara tak sengaja...
tetapi sempat baca telenovela hingga ke akhir!
interesting... dan boleh memotivasikan diri!

Uncle berkata...

Dear Ms L.
Sebenarnya Ms L boleh buat jugak cuma 50 orang tu datang sekali sekala, tu yang rasa kekok...cuba kalau tiap2 hari macam tu, mesti dah biasa...samalah macam Uncle, tiap2 hari ada ribu2 nak makan, jadi dah terbiasa....hentam sajalah labu! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Pak Zawi.
Thanks for the kind words....saya berterimaksih sangat pada team saya. Susah nak dapat team macam ni...

Uncle berkata...

Dear Cikgu Math.
Pergh...what a coincident. Uncle memang tak suka Math...ingatkan masa sekolah dulu dah habis Math, rupa2nya bila sambung belajar, ada jugak Math! Core subject lagi...padan muka! Heh3...

Hafitah berkata...

Salam Uncle,

wah makin dasyat la kerja uncle sekarang, kenalan-kenalan pun dah makin hebat-hebat. Syabas to you.
Kalau saya la tetiba ada tetamu 2o orang nak makan kat dining hall TKC tu dah gelabah tak tau nak buat apa dah hahaha

Uncle berkata...

Dear Fitah.
Dah Uncle jaga makan-minum depa tiap2 hari dari breakfast, lunch sampailah ke dinner...jadi muka Uncle lah yang dok jumpa tiap2 hari...tu yang kenal tu...heh3...

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...