Sabtu, Disember 12, 2009

Aku dan Samir

(penyamun yang tak serik-serik)

(beg aku ada kat dalam trunk!)

(samir tengah ikat bumper dengan dawai!)

(bagus budak-budak ni semua..)

(penyamun aku semua dk drama buat2 muka sedih aku nak balik...padahal mesti horey2 tuh!)

Samir hantar aku balik semalam. Tapi macam dulu jugak, banyak sungguh cerita masa dia hantar aku balik tu. Masa tengah speeding nak ke airport tiba-tiba kereta dia jammed! Tayar bau terbakar dan steering bergoyang kuat...kami berhenti kat tepi jalan dan tengok yang bumper dia dah rebeh jatuh ke jalan dan terseret bersama-sama dengan kereta. Aku sempat ambik gambar dan Samir sempat posing kat tepi highway! Ni memang budak gila!

Lepas tu bila dah nak sampai kat airport pulak, paddle minyak dia jammed pulak....tekan bagai nak gila tapi tak jalan. Cuma bunyi saja kuat walhal kereta tak jalan...last-last kereta berhenti kat tengah jalan! Kami turun sorong kereta ke tepi (masa ni aku tak teringat nak snap gambar!). Samir tahan teksi dan suruh aku pergi dulu sebab dia takut aku terlambat ke airport. Kami berpelukan kat tepi highway sambil dok lambai tangan. Aku tinggalkan Samir kat highway dengan persetujuan dia...dalam hati aku tahu yang Samir akan selamat.

Pukul 6 dia talipon aku dari Mekah dan bagitahu yang kereta dia dah ok lepas dia jolok sana jolok sini...macam dulu jugak masa kami pergi umrah dulu! Memang gila betul si Samir ni.....

14 ulasan:

uncle pet..!! berkata...

dulu pn keta dia buat prngai dh.. mcm2 sgguh samir ni.. ahaksss..

ni uncle dok mesia dh la ek.. syoq jmpa marina ka @ auntie.. ahiksss..

rezeki berkata...

salam uncle,

hari ni mmg tepat sekali ucapan saya buat uncle "selamat berhari minggu dan horey2" jgn pulak pagi hari ni uncle pi kemas kitchen kat hotel concorde psl gian keje punya pasal he he he

tulah kete pak arab, nasib baik bumper, boleh juga ikat dgn tali, kalau enjin yg tercabut, nak ikat pakai apa ha ha ha

masa uncle nk balik , berpelukan dan bersalaman dgn penyamun2 tu, lps uncle beredar je , seraya penyamun2 lain pun berkata"

"horey, bapak penyamun dah cuti "
he he he

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

hahaha. teringat cerita samir yang dulu tuh. kalau tak silap time buat umrah kan? memang rambo betul samir neh. hahaha.. neway, selamat pulang dan insya allah kembali lagi.

Nek Rock berkata...

Yakkk yakk yehhhh, Uncle dah selamat sampai ke Ampang:))

Haaa lain kali Uncle siap2 lah roller blade kalau naik keta ngan dak Samir tu..ehhehehe

Megi gorengggggggggggggg satu!!

Salam from Phoenix, Az
NR

DadaIQ berkata...

Hi Uncle,
Welcome home. Risau jugak bila Uncle bagitau Samir yang hantar ke airport, takut tak sampai on time. Anyway, glad you had a safe trip back. Semalam kami menziarah our cousin Dr Azman and wife yang selamat balik hari khamis lepas. Seronok berbual pasal haji.

hajah zainab bt abdullah berkata...

Dear Uncle,

Nasib baik sampai airport akhirnyaaa...ni dah kat mesia la nih!!

Kelakarnya perjalanan uncle dgn si samir tu...leh senyum lagik kat tepi ketenya!!

Uncle berkata...

Dear UP.
Great to be back home with the beloved...activity memang pack gila! Ni nak ambik abang kat padang bola dan terus ke USJ sebab my sister buat kenduri...horey2 la...diet? Gulp!!!!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
This is the first morning we had breakfast together. Kami pergi Kayu for breakfast. Memang kayu sungguh sebab maggi goreng tak ada!

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Ingat kalau 3 kali naik mesti meletup kereta tu....NGERI!

Uncle berkata...

Dear NR.
Alamak.....pergi Kayu pagi tadi mintak maggi goreng mutek unei...dia cakap maggi goreng tak ada! Memang KAYU la dia.....

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.

Memang mimpi ngeri betullah cerita Samir ni....kat tengah highway lagi tu.....

Uncle berkata...

Dear KN.
Nasib baik bukan si Samir aka penyamun yang bawak kapalterbang...kalau tidak.....oooohhhhh....tidak.......

olive oyl berkata...

salam uncle

hahahhahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..lawak sungguh bila tgk beg uncle kat dalam bonet tu..takder kereta lain ke uncle selain kereta tompiang ni..tompiang ni bahasa utara kita....

Uncle berkata...

Dear Ton. Memang budak tu budak GILA!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...