Sabtu, Disember 05, 2009

Dah kurang sikit!

(lepas asar tadi)

(nama kedai kopi aku, ala-ala Bunga Tanjong...!)

(special service....on wheels...)

(penyamun semua hilang!)

(masih lagi lepas asar tadi)

Malam tadi tekak aku dah rasa perit. Nak telan susah, nak luah susah...bak kata pepatah.......hmmmm, aku tiba-tiba lupa pulak! Alah...ada pepatah yang main luah-luah tuh! Jadi malam tadi sebelum tidur, aku telan antibiotics aku 2 botol dan panadol 3 papan...PUAS! Malam tadi jugak si Mainul dah buat aku air halia campur honey campur mint segala. Pedas-pedas sikit rasa tapi melegakan tekaklah..oooh tak lupa masukkan cardamon sekali! Hasil daripada minum air tu, 4 kali aku pergi toilet buang air kecik malam tadi...pagi ni bangun dah senoneng pulak aku jadinya sebab tak cukup tidur...sedar-sedar dah pukul 7.30 pagi. Alamak, dah lambat ni...macamana jemaah aku dok breakfast ni? Aku dah risau. Kelam-kabut mandi, tukar baju tapi takl sempat nak shave. Terus lari turun bawah...

Keadaan hari ni agak lengang sebab ada a few groups yang dah check out dan ada yang akan check out tadi lepas lunch. Anyhow, aku masih ada 1000 orang jugak nak makan. Sekali lagi aku heran. Masuk 500 dan keluar 500. Kalau ikut calculator CASIO aku, dia kata 0! Heh3....beranganlah nak 0!

Esok ada a few groups lagi yang akan check out. Jadinya 1-2 hari ni aku akan sedikit lengang. Tadi aku dapat sms dari Bob. Katanya nak jumpa geng semua on the 9th. Aku ok saja.....tak ada hal punya...minumlah teyy sampai kembung perut.

Hari tu masa kami jumpa, macam-macam cerita keluar. Cerita yang paling best sekali mestilah pasal cikgu kami...gelak mengekek-ngekek kami dok bercerita. Cikgu Khalil lah....(aku pun dah terlupa pasal cikgu ni..) dan semestinya cikgu Bio kesayangan aku, cikgu Arathy Bardhan...apalah jadi kat dia sekarang ni? Mungkin dah nak masuk 70tahun kot...

Dalam last comment, ada Rezeki (fellow blogger) cakap pasal nak pekena teyy sama-sama bila aku balik nanti. Aku tak ada masalah langsung kalau segala jadual mengizinkan. Maklumlah balik 7 tahun sekali...so to Rezeki, like I mentioned, memang tak ada masalah dan aku pun tak sabar nak jumpa Rezeki agar terbukaklah pintu Rezeki aku...heh3...

Malam ni aku nak tunggu satu lagi group dari Indonesia nak sampai. Taklah ramai...cuma 100 orang saja...tapi masalahnya pukul berapa depa nak sampai ni? Aduh...part tu aku memang letih nak menunggu. Tunggu salah, tak tunggu lagilah salah! Serba-salah ni aku dibuatnya...tapi makanan dah siap. Ni tekak aku dok gatal lagi ni. Bukan gatal pasal nak makan tempura.....tapi gatal pasal sakit! Adohai....bila lah nak baik ni...nak suruh si Mainul buatkan air, nanti aku tak tidur malam pulak...parah ni...

22 ulasan:

uncle pet..!! berkata...

salam uncle..
sian uncle xsehat.. xpa2.. t blik ada awek jepun tlg ubtkn uncle.. ahiksss..

uncle.. kwn chek org paki tp ddk u.k tu ada p jmpa uncle dk..?? dia xmsg mai pn.. tp aritu dia kata dia nk p jmpa uncle..

ni bila uncle nk blik mai mesia ni..?? nk dgaq cita ni.. huahuahua..

Uncle berkata...

Dear Pet.
Tak nampak batang hidung pun...Actually depa semua tu letih lagi dan penuh activity beribadat bila dah ada kat sini. Semuanya berfaedah...jumpa Uncle tak berfaedah....so lagi baiklah kalau tak jumpa....tsk...tsk...tsk...ok nak balik bilik istirehat...malam ni cepat sikit habis...dah tinggal 900 jemaah! Horey-horey la...malam minggu...apa lagi!

ediannuar berkata...

bila dah tiba hari ahad nie, dapat lah uncle berehat dan insya-allah sakit uncle akan hilang....

rezeki berkata...

salam uncle,

baru balik PT, ikan ada banyak tapi harga pun boleh tahan, kurau 1 kg rm80, sayur2an pun semua naik rega, psl musim tengkujuh ,

dulu masa kat sana, saya terkena jangkitan batuk setelah 3 minggu di sana, antibodi tak boleh bertahan, beli ubat kat farmasi pun tak jalan, spi balik batuk, akhirnya pegi klinik minta satu suntikan , jemaah ramai dr pelbagai pelusuk dunia, apa nak buat, terima jelah.

tu yg batuk mcm ayam berkokok kat dlm Masjidil Haram, bersahut-sahutan

sekrg ni pun saya batuk, susah betul nk baik, yg tak tahan , mata baru nk terlelap, tekak itu jam gatal dan terbatuk, last semalam , saya tgk ada sedikit stok air zam2 , baca doa dan minum, alhamdulillah semlm dan hari ni nmpk ok, harap sembuh sepenuhnya.

insyallah, nti saya calling uncle, kita pekena tt or kopi kat mana2, boleh mengeratkan silaturahim dan borak2 panjang.

ok uncle, nk pi basuh keta , dh tak rupa keta keh,keh,keh
saya suka basuh sendiri je, dpt excersise sikit, keluarkan peluh

rasanya dh lama uncle tak memandu di sana, dan tentu uncle rindu dgn cub cai uncle he he heh

Tanpa Nama berkata...

salam uncle....kat sana xde asam jawa ke...hehehe...xpn g farmasi minta decodian..atau ubat sakit tekak....arap2 uncle cepat sembuh....tk cr


-faradia-

My Life berkata...

salam..

minta cuti ler unkel.. dapatkan rehat secukupnya.. keje kuat sangat tu yg tak sihat tu....

Uncle berkata...

Dear Edi.
Tak semudah itu Uncle nak cuti...ni dah masuk minggu ke 6 Uncle tak ambik off day...memang sangat meletihkan tapi bila tengok muka jemaah, hilang letih semua!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Apa kata kalau kita makan roti dengan sayur saja? Selain daripada mengurangkan belanja dapat jugak kuruskan badan....heh3....pagi ni Uncle timbang, dah turun ke 73.7kg! Pergh...mesti marina tak kenal nanti! Tapi berapa lama dapat bertahan kalau kat kl? Pergh...ngeri!

Semalam pun Uncle telan ubat batuk jugak. Dapat tidur sikit. Kalau tidak, memang kung-kang kung-kang sampai ke pagi!

Ok Rezeki selamat berhari minggu...

Uncle berkata...

Dear Faradia.
Thanks for visiting. Uncle rasa ni first time Faradia comment. Asam jawa banyak kat sini. Si Dollah dan Ika tu pun jawa jugak!

Uncle dah telan ubat batuk 6 botol semalam sebelum tidur...heh3...

Uncle berkata...

Dear ML.
Uncle rasa masih boleh bertahan lagi 1-2 hari ni...insyAllah ok kot...kalau duduk kat bilik pun fikiran asyik teringat kat jemaah pulak, apa depa makan? Cukup ka depa makan? Makcik dengan pakcik yang tak sihat makan apa? Apa special request depa? Hati Uncle pulak tak sedap....jadi, kena kerja jugak!

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

salam uncle,

uncle telah terjebak satu penyakit yang bernama workholic. betul ke eja macam tuh? wakakaka.. semoga cepat sembuh!~ teyy!

My Life berkata...

salam

dear unkle.. moga apa yg dilakukan oleh unkel dalam redha ilahi..

Tanpa Nama berkata...

salam uncle...nie dah 2kali saya comment..saya rase baik uncle wat air asam jawa dari dok telan ubat batuk...kang stone semcm....susah lak...hehehehe...hope u getting better....

-faradia-

ediannuar berkata...

apa kata bila balik kl, nanti, aku advertise hari apa nak jumpa dengan sapa-sapa yang baca blog uncle nanti?

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Kalau ikutkan kamus dewan dari Vanuatu, ejaan tu betul...tapi kalau ikut ejaan kamus dewan dari Oxford ataupun Roget Thesaurus, anda ternyata salah....kalau ikutkan ejaan kamus dewan PENYAMUN...ejaan TEYY tu memang sah-sah betul!!!Heh3...

Uncle berkata...

Sear ML>
InsyAllah....

Saya yang menurut perintah!

Uncle berkata...

Dear Faradia.
You are absolutely right! On the spot! Tapi semalam telan ubat batuk, tu yang pukul 11 malam dah terbongkang sampai 7 pagi....kira tidur satu shift tuh...11-7!

olive oyl berkata...

salam uncle...

kesian uncle sakit...arini dah ok ker???klu still tak ok..gi jumpa doctor k..tu laa kerja teruk..mana ada org kerja tk cuti smp 6week...

takper nti rest masa kt mlysia ok..........

olive oyl berkata...

salam uncle
ni petua utk ilangkan demam...
uncle gi airport jeddah..naik flight ke klia...bila flight tu dah touch down klia....and bila turun ke arrival..nmpk je aunty,marina,yuya dgn abg..terus kebah demam semua........

Uncle berkata...

Dear Edi.
Jangan salah advertise kat obituary sudah lah....heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Ni memang Uncle pecah rekod ni. Non stop kerja for 6 weeks dari pagi sampai malam! Tak pernah lagi Uncle buat lagu ni...tu yang turun sikit berat badan tuh...yak-yak yay!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Petua tu memang selalunya mujarab. Tapi selalunya depa tak tunggu kat airport. Lagi lebih suka ambik taxi balik sendiri!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...