Ahad, Disember 06, 2009

Sleep walking

(aku teringin nak pergi Dubai 7)

(ni last group yang sampai semalam)

(tengah bertungkus-lumus mop sebelum jemaah datang makan)

(masa depa kecik dulu...masuk arab news tuh!)

Aku dapat bilik baru yang agak terkebelakang sikit. Itu aku tak kisah langsung sebab main point, aku masih dapat tidur dengan nyenyak. Tapi challengenya sebab bilik tu tak ada view kecuali menampakkan ruang dalaman blok-blok hotel. Jadi, nak tak nak aku terpaksalah tutupkan curtain dia. Bila dah tutup curtain, bilik akan jadi gelap-gelita bila aku tutup lampu. Bila dah gelap gelita, aku bertambah nyenyak tidur dan payah nak jaga bila dah pagi...tu yang 2-3 hari aku asyik terbabas sampai ke pukul 7.30 pagi! Itu masalah besar tu sebab aku selalunya dah jaga lebih awal dari tu walaupun aku tidur pukul 1 atau 2 pagi. Aku sebenarnya tak payah pakai alarm clock untuk kejutkan aku. Aku akan terbangun sendiri tepat pada jam yang aku nak dan dah plan malam sebelumnya. Mula-mula aku pun heran macamana boleh jadi macam ni? Tapi lama-kelamaan aku dah terbiasa terjaga tepat pada waktu yang dirancang dalam kepala otak aku yang berserabut ni....heh3...part tu aunty pun tak boleh chelen aku...walaupun aku tidur terbongkang bagai nak gila, part bangun sendiri tu memang "one in a million!"

Hari tu masa tengah busy, ada satu guest cerita kat aku yang anak dia jalan masa tidur...orang putih kata "sleep walking". Ni memang masalah besar dan aku sampai sekarang tak dapat jawapan lagi walaupun puas aku cari kat dalam majalah "Galaxie". Ada jugak aku bertanya kat Doktor yang merawat hamster Yuya dulu dan doktor tu cakap, "you salah doktor nih...". Sebenarnya bila perkara tu tak berlaku pada kita ataupun pada ahli keluarga kita, kita akan ambil mudah penyakit tu. Macam aku jugak dulu. Masa tak ada orang dalam family aku ada penyakit AD, aku tak pernah ambik pusing....then suddenly aku ada menonton satu movie dari Hollywood pasal Mathematics professor ni yang selalu dengar dan hallucinate benda-benda pelik masa mengajar Maths dan akhirnya diberikan rawatan dan lastly berjaya dibaik pulihkan. Dari situ aku mula interested nak tahu pasal penyakit ni. Then bila mama didiagnosekan dengan AD, aku mula banyak membaca pasal ni.

Berbalik kepada sleep walking tadi, guest aku bercerita yang depa ada pergi ke satu amusement park diluar negara dan menginap disalah sebuah hotel yang terletak kat dalam amusement park tu. Lepas bagi anak-anak dia tidur kat bilik sebelah, dia pun baliklah ke bilik dia. Tiba-tiba dalam pukul3 pagi dia dapat panggilan dari guest hotel tu jugak suruh check bilik anak dia samada anak dia masih tidur kat bilik ataupun tidak. Dia lari ke bilik sebelah yang nasib baik is connected. Tengok-tengok anak dia dah tak ada. Kalut dia berlari ke bilik guests tu tadi dan cari anak dia. Masa sampai kat bilik orang lain tu, dia tengok anak dia ada kat situ, duduk atas sofa sambil minum air, muka blurr. Dia terkejut dan tanya kat mana jumpa budak tu. Guest tu cakap dia jumpa kat dalam lif masa budak tu nak keluar dan dia nak balik ke bilik. Dia heran pasal apa tengah malam budak tu jalan sorang-sorang...dia bawak budak tu balik bilik dan terjumpa key card holder dalam poket pyjama budak tu dan terus hubungi pihak hotel. It's a happy ending.....bagi aku pulak yang melopong dengar cerita dia, nasib baik jumpa...kalau tak jumpa? Kalaulah perkara tu terjadi kat aku? Mahu aku meraung cari anak-anak aku...dan lepas ni aku nak cari information pasal "sleep walking" ni sebab penyakit ni mungkin boleh terjadi kepada orang-orang yang kita sayang!

32 ulasan:

olive oyl berkata...

salam uncle...

uncle..ton ni..
apa khbr uncle...lamanya tak lawat uncle....ton baru blk dari png ni uncle.....uncle..jiran uncle ada tak nama cik munah???

Uncle berkata...

Dear Ton.
Amboih lama cheq tak mai melawat Uncle no...cheq lupa ka.......ni, Ton tanya pasai cik munah? Ni jiran Uncle masa kat tokyo ka? Munah Kamimura? Munah Tachibana? Ka Noriko Munah? Heh3...

rezeki berkata...

salam uncle,

kalau "sleping walking" uncle yg tidur, aleh2 bangun kat umah uncle di kl kan best he he he

sekrg rasanya uncle dh nk masuk free gear , jemaah mula balik

bolehlah uncle tarik nafas pjg2 dan lepaskan huuuuuu

keje setahun dan bertungkuslumus pada musim haji, memberi perkhidmatan yg sebaik mungkin pada jemaah, alhamdulilah

lps ni boleh relax, horey horey

olive oyl berkata...

salam uncle...

mana boleh ton lupa uncle...cuma last week busy teruk uncle...amboi uncle byknya jiran nama cik munah....cik munah ni duduk dekat umah pintu pagar bismillah....

olive oyl berkata...

salam uncle

kenapa dgn bilik lama uncle?kenapa uncle kena pindah ke bilik baru??
ton ni dah ketinggalan keretaapi..ni nk kena baca semula ni..

olive oyl berkata...

salam uncle

alangkah bestnya klu walking sleep..tidok kat katil bilik...jaga jaga dah dok ada kat klia..

mama uncle sakit AD..tak cuba bawa gi berubat kat hospital Lam Wah ee?now mama uncle ada kat kl ke??ton lalu semlm gelap je...

olive oyl berkata...

salam uncle

uncle...AD ni... Alzheimer's Disease ka uncle???

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Kalau sleep walking macam tu lagilah tak sampai....ni bukan merentas desa lagi dah ni...ni dah merentas gurun!

Memang dah tarik brake sikit dah la ni. 2 buffet kat lobby dah tutup semalam. 1 buffet lagi akan tutup lepas lunch nanti. Ada lagi 5 lagi to go...perlahan-lahan akan dikurangkan esok atau lusa....

Badan masih tak sedap lagi rasa...batuk dok "kung-kang...kung-kang...". Preparation to go back dah start. 3 hari lepas dah hantar barang sikit balik kl, adalah 20 kilo....sekilo SR13! Kopak sikit! Bila dah clear barang, nanti balik bolehlah nyanyi lagu "lenggang kangkong" sambil dok "skipping" kat KLIA! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Mak Munah dok sebelah Bismillah? Kalau Uncle kenai pon mungkin dia tak kenai Uncle pasai masa Uncle dok curi buah cherry kat depan rumah bismillah tu, Uncle kecik macam Yuya lagi...memang sah Mak Munah pon selalu dok halau Uncle masa tu....."Hang mai lagi siap hang....anak sapa la yang jahat sangat nih..." heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.

Bilik lama tu (805) terpaksa Uncle let go pada jemaah yang datang. La ni Uncle kat 333.....sampailah Uncle balik nanti...tak lama lagi pon...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Uncle kalau lagu tu nak pi NZ lah....sedaq2 dok tengok NZ All Blacks tengah training. Uncle tengok depa terkejut...depa tengok Uncle lagilah terkejut pasai Uncle pi pakai kain peleykat saja tak pon seluaq katoq sambey usung bantai busuk! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
You are absolutely right. It's Alzheimer Disease and there is no cure so far....

olive oyl berkata...

salam uncle...
hahahaa..uncle buat lawak,walking sleep selalunya tak dan nk bawak bantai busuk.....

uncle ni nak balik teruskan????tak pi sana dah kan????hahaha...opss...

umah uncle belah atas...umah aunty town belah bawah...ton dah tunjuk artikel uncle dlm BH kat penduduk taman brown...

olive oyl berkata...

salam uncle...

jgn giveup uncle...byk ikhtiar yg boleh kita usahakan..Td ton tanya doctor..doctor tu ckp..now everyday uncle bg mama uncle mkn kismis dgn air zam zam ...
try yer uncle...uncle beli kismis byk2 ok...
kita juga leh ikhtiar cara tradisional...
sorry uncle..ton baru tahu yg mama uncle sakit AD...after baca entry uncle yg ahad 29 nov...

olive oyl berkata...

salam uncle..

last week mmg ton busy smp tak dan nk masuk sini..ari sabtu lak pi png..semlm before blk..pi lalu taman brown..cari pokok ceri..cari anjing mak nya..cari masjid..umah lama unclepun ton dah jmp..cuma tak dpt snap gmbr sbb mlm..gelap..takpa nti ton pi lg...haha...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Rezeki tu ada kat mana-mana. Kalau rezeki Uncle masih lagi kat Mekah, Uncle mai balik...so far belum ada lagi kat tempat lain....rasanya lah.....syyyy!

Memang rumah Uncle kat belah ataih. Kaler kunin, nombor 25 Lintang Permai 2. Sebelah kanan rumah Pakcik Rabu anak dia nama Rizal, la ni kat Golden Palace Hotel dan sebelah kiri pulak rumah Mak Nya yang anjin dok menyalak hambat Uncle dulu!

Uncle berkata...

Dear Ton.
Banyak dah kami usahakan dan masih lagi berusaha tapi nampak gayanya keadaan mama bertambah deteriorate. I'll see what I can do to ease the pain bila balik nanti..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Dah jumpa rumah Uncle yea....heh3...rumah tu lah yang Uncle dok terejun dulu dari ataih bumbung sampai ke bawah....masa tu baru lepaih tengok cerita TARZAN! La ni berkunci pasai mama ada kat rumah kak anne kat kl. Cuma abang yang kat penang dok pi tengok rumah tu seminggu sekali....baik2 pi rumah tu nanti anjin mak nya tokak betih nanti!

olive oyl berkata...

salam uncle..

mmg berkunci..ton dah bawa buah apple,pear,orange utk mama uncle..sbb semlm before ton blk..mmg hajat nak singgah bg buah kat mama uncle....menilau cari number 25..dulukan uncle dah bg alamat kt ton...tp umah uncle takder org....

uncle semlm cheq dah jmp cucu lembu yg tanduk uncle dulu dulu tu..depa ni(lembu) mai dari padang kg rawa tu ka uncle??mlm mlmpun ada lembu..

olive oyl berkata...

salam uncle...

post brg guna kargo ka uncle...jgn lupa tongkat vip .....hehehe....
hehe...
tak apa uncle..sekarang ni..1st sekali..uncle try happykan mama...bawa mama uncle jalan jalan so that leh refresh memory....

uncle..nanti takleh dahler tgk view haram from bilik uncle...nanti takleh dah tgk masakan ..dollah...adil...samir..sedih pula...

olive oyl berkata...

salam uncle...

kan ton besa kata..ton akan cari makcik che soo...so semlm semuanya dah tercapai.dapat tgk umah..tak perasan kuning..maklumla mlm.... frust sbb pi mlm..gelap..hahhaa..

biasala la uncle..bila pi png..susah nak curi masa..sat mak sedara panggil pi umah depa..masak sebelanga gulai..pastu mak sedara ni lak panggil..masak setalam pulut kacau..pastu sepupu lak panggil.masak dalca pisang...klu dok png lama lama,mmg leh gemuk..asyik mkn ja..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang rumah tu berkunci la ni...tapi tu lah rumah yang Uncle dok horey2 dulu...tahun 75! Naik bas Achit, kena tanduk lembu, kencin kat longkang depan rumah...main bunga api dengan noni, tata, anwar dan abang depa nasyup, padang depan rumah tu lah Uncle simpan duit 2 kupang dalam tanah then esok cari tak jumpa sebab tanah dah roboh pasai hujan semalam, depan rumah tu lah Uncle beli ice cream potong sekupang kat rumah Mak Limah Pak Tahir...main takraw, anjin rumah mak nya tu lah Uncle baling mercun sebab selalu dok menyalak kat Uncle walaupun kami berjiran dan tiap2 hari dok bertegoq sapa...

Rumah tu banyak kenangan....thanks for visiting the house...sayu Uncle rasa...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Uncle hantaq pakai cargo mas sebab uncle tumpang kargo Tan Sri yang Uncle tolong hantar balik. But of course I paid my share which was SR13 per kilo....katanya akan sampai in 2 weeks time...Uncle dah ada kat sana masa tu...heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang Uncle ngeri kalau balik Penang. Sebabnya terpaksa makan...24 jam makan...part tu yang tak tahan tu. Dekat 8 bulan Uncle nak turunkan 4 kilo ni...tapi kalau balik Penang memang sah 2 hari naik4.5 kilo! Heh3...

Tongkat tu tak buleh masuk beg la pulak!!!!! letak melintang pun tak boleh jugak...angin tak habih ni...kena hand carry...nanti Uncle ambik gambar tongkat tu...

olive oyl berkata...

salam uncle

next time nak gi masa siang..ton dok ingat taman brown ni kecik..tu dia aihh besar....boleh sesat oo...hehe...

yg umah lama tu senang cari..yg bumbung hijau tu...napa uncle pindah dari umah lama tu???umah lama tu depan playgroundkan uncle..

hahaha hand carry.ala uncle time ni laa nak bergaya dgn tongkat dato...mesti bergaya uncle time sampai klia..cari curut uncle..klu bawa tongkat,tgn mesti kena ada curut..baru terserlah keanggunan uncle...hehe..

bestnya dah nak blk kl....klu ton jadi uncle..mmg time ni time yg paling bahagia........

dulu mama ton besa post carpet guna kargo mas..karpet yg mcm kat masjidil haram tu..kena mahai gak..tp dalam seminggu lebih dah sampai carpet tu..pastu ada lorry besar mai antar sampai ke pintu umah...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Kawasan tu memang besaq. Dah buleh pi Minden Height la...ikot jalan belakang buleh pi USM la....nasi kandaq pelita la....kampong kastam la....seronok dok tang tuh...tapi la ni geng horey2 dah tak dak!

olive oyl berkata...

salam uncle

betoi..leh tembus ke minden hight..
pastu leh masuk usm ikut gate tepi...besar...leh sesat...hehe

Uncle berkata...

Dear Ton.
Uncle rasa macam nak tereyak bila cerita pasai rumah tuh...very nostalgic....Ton tao dak dulu mama dengan arwah bapak beli rumah tu RM19,000 tu pon bergolok-gadai...la ni value dah naik sampai RM600,000! Sayang nak juai walaupon tak dak orang dok situ. Kalau kami balik Penang, kami giliaq2 ambik kunci dan duduk 2-3 hari. Kemaih apa yang patut dan kerusi dul;u masih ada lagi...how time flies...

[S]itie [B]Um [B]Um berkata...

mak nk gi umrah minggu depan. moga selamat pergi dan selamat pulang

Uncle berkata...

Dear Siti.
Bagus kalau datang time-time macam ni sebab mekah dah kosong nanti minggu depan. Cuma temperaturenya nanti bertambah nyaman. Kalau kat Mekah siang dalam 30C dan berangin manakala subuh akan turun ke 22C berangin manakala Madinah pulak, sekarang dah mula sejuk dalam lingkungan 20C-25C berangin manakala subuh mungkin 10C. Jadi pada mak, ubat dan baju sejuk jangan lupa! Uncle doakan semuanya selamat!

MohdArshad berkata...

Salam ...Selamat pulang ketanah tumpah darah ku...Malaya..bila ya.

Uncle berkata...

Dear Haji Arshad.
Salam dari saya Haji...ni nak tanya sikit, saya confuse nih...Haji dok mana la ni? Cerita macam kat KLIA tapi baru 2 hari lepas jumpa kat Mekah? Habaq mai sat...kalau kat KL nanti kita jumpa!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...