Selasa, Disember 08, 2009

Aku dan bola.

(aku berdiri nombor 2 dari kanan. masa ni aku form 4 dan yang lain-lain form 5)

(last meeting of the century....masa ni aku ucapkan terimaksih pada semua penyamun yang bertungkus-lumus menjadikan musim haji kami very successful)

(asar tadi)

(tadi asar)

( tongkat VIP yang tak boleh masuk beg...aku kena hand carry ni...)

Aku dulu gila bola jugak. Sama macam abang. Tapi gila aku cuma setakat dapat main untuk sekolah dan daerah masa sekolah menengah. Dari form 1 sampailah ke form 5 aku dok main bola. Dulu tak ada kelab macam sekarang ni dan tak ada facilities yang macam ni. Masa aku form 1 aku dah bernasib baik sebab dapat main untuk under 14 yang rata-rata budak-budak form 2. Aku rasa sebab aku badan besar dan ada sikit kebolehan main bola yang menyebabkan aku dapat main bola. Seluar aku masa tu bukannya Adidas ataupun Puma. Aku cukup berbangga sebab ada seluar Grand Sport dari Siam yang aku selalu beli kat satu lorong sempit kat depat stesyen bas lama Jalan Langgar dulu. Masa tu arwah bapak aku dah nak pencen dan dapat transfer ke Alor Setar. Jadi masa aku balik cuti sekolah, aku akan pergi kat lorong tu dan beli seluar dengan stokin GS tu. Aku suka sangat seluar tu sebab potongan dia ngam dengan peha aku yang besar. Selalunya aku payah nak cari seluar sebab peha aku...then dia ada pulak tali kat depan untuk bagi ketat dan poket kecik kat depan. Poket tu untuk apa, sampai la ni menjadi misteri kat aku...mungkin depa buat untuk simpan duit 20 sen. Lepas main bola boleh beli aiskrim Malaysia! Heh3...Macam-macam kaler aku beli. Ada merah, ada biru, ada putih dan ada hitam. Semua aku simpan elok-elok dalam locker masa balik ke sekolah. Tapi selalunya seluar aku tak tahan lama dalam jagaan aku sebab selalu sangat kena pinjam....budak-budak senior pulak yang selalu pinjam, jadi aku dah tak berani nak mintak balik....

2 tahun aku main untuk U14. Masa aku form 3 aku main untuk U15 pulak. Masa tu dah jadi kepala untuk team aku. Dah adat, ada menang dan ada kalah. Masa form 4 dan form 5 aku main untuk U18 pulak. Macam tu lah zaman horey-horey aku yang dekat-dekat nak sama dengan "summer camp" aku selama 5 tahun tu! Manager aku masa tu Cikgu Guffri. Dia ni mengajar Physics....aku punyalah letih nak dengar dia mengajar Physics...memanjang cari reason untuk masuk bilik sakit (sick bay). Macam-macam formula dia mengajar kat kelas...tapi yang aku ingat cuma formula 4-2-4 ataupun 5-3-2. Formula lain aku tak ingat....masa kelas Physics selalu kepala otak aku ke lain...otak aku melayang ke Barcelona lah....Real Madrid lah....busuk-busuk pun PKNS! Macam tu lah selalu kepala otak aku melayang selama 5 tahun aku kat sekolah tu. Ada aku cerita dulu yang Timmbalan Pengetua panggil aku mengadap dia dan suruh aku pindah sekolah beberapa bulan sebelum SPM sebab takutkan result aku. Depa takut kalau aku flunk, sekolah tak dapat 100%! Heh3...sampai macam tu sekali depa sayang kat aku...heh3...

Masa form 5, aku dah bersemangat main bola sebab nak dapatkan tempat untuk NS U18 dan pergi ke MSSM. Entah macamana, main bagai nak gila dan cikgu pun ada cakap yang aku ada chance untuk dapat selection, tiba-tiba nama aku tak keluar. Sebaliknya forward aku, Hazlan Hassan dan midfielder aku yang dapat call-up, si Fuad Mustadak! Aku sedih bagai nak gila...mengalahkan fail SPM! Budak-budak pun terkejut pasal apa aku tak dapat. Sedangkan masa tu kalau free kick, aku lah penyamun paling besar. Sebab selalunya free kick aku kalau tak kena tiang gol, terus masuk dalam gol....heh3...sebab yang aku nak sangat main untuk NS tu sebab abang aku main untuk Melaka, Piala Rahman dengan Piala Razak...kiranya aku nak lawan abang la tu...ingatkan bila tak dapat selection untuk NS, aku akan baca buku....rupanya jauh panggang dari api....aku lagi kuat main sukan! Aku concentrate kat rugby pulak! Lagi satu hal....

Sekarang ni abang bernasib baik sebab semua kelengkapan ada. Masa main untuk club pulak berkesempatan pergi Singapore dan masa tu baru darjah 3. Panic gila aku...aunty relax habis...tiap-tiap hari aku talipon aunty tanya kot-kot coach ada talipon ke tidak...tadi aunty ada sms aku dan bagitahu yang abang sekarang ni dah besar sangat. Aunty cakap aku akan terkejut bila balik nanti sebab ketinggian abang dah mencapai 165cm dan umur baru 11 tahun sekarang ni! Huh? Biar betul ni...aku sekarang pun baru 170cm...Bila la nak 171cm.....

Cepat sungguh abang besar. Mungkin ikut aku kot...masa kecik-kecik dulu, akulah yang paling besar...dan masa besar-besar ni pulak, aku lah salah sorang yang paling kecik....heh3...

28 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle,

alhamdulillah, beg dh siap, tunggu nak terbang balik je.

uncle cite pasal seluar GS , masa tu mmg top , tapi saya suka beli brand Foot Ball Thai (FBT) , rasanya dh takde brand GS dgn FBT tu lagi, kita serupa uncle, bab peha keh,keh,keh

peha tu besar rasanya psl banyak buat latihan atau kita salah teknik kot ngeh,ngeh,ngeh

mmg bdn besar satu advantage bagi sportmen masa tu, saya pun sama mcm uncle, umur 14 dh main under 18 wakil negeri ke MSSM dlm takraw umur 16 dan main wakil negeri utk johor dlm piala khir johari, piala mas utusan malaysia piala zon selatan dn banyak lagi, tu yg sekolah masa tu madang cuti je krn ikut latihan dan pertandingan , tapi last sekali saya terlibat dlm tournamet tahun 1997, injured dlm semi final, ligamen lutut koyak dan terus dikejarkan ke hospital , salah landing punya psl, sampai laa ni masih menanggung kecederaan tu, kalau nk buat apa2 pun kena berhati2 .

ediannuar berkata...

zaman dah berubah, budadk-budak sekarang nie, makin cepat membesar. saya ingatkan badan saya nie dah cukup tinggi dah tapi bila ukur dengan budak sekolah menengah, rasa macam pendeknya saya nie.

Dulu saya minat nak main bola tapi mak ayah tak galakkan, iyelah kat malaysia nie main bola tak boleh pergi jauh!

Laalaa berkata...

uncle dah siap dengan begnyee... jeng..jeng..

Welcome home..

catz berkata...

wah dah packing balik Malaysia..
selamat pulang dan bercuti...
:)

kucingorengemok berkata...

tu diaaa, uncle dah keluar gambar pakai sluar katok ;)

ona berkata...

salam uncle,

nanti kalau balik ke tanah air, singgahlah di Berita Harian, jalan Riong bangsar, doket jo...boleh lah berkenalan dengan cikgu usup dan kami di unit agama...apa2 call..

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Nanti kalau Uncle balik Alor Setar Uncle akan cuba cari GS dengan FBT tu....lama tak pakai!

Pergh...memang Rezeki ni kaki libas lah yea...mungkin kita tak jumpa dalam mana-mana pertandingan takraw sebab Uncle dah kurangkan aktiviti tu masa sekolah menengah...masa tu dapat main dalam MSSM dah kembang-kuncup lubang hidung! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Edi.
Dulu mak bapak kita tak nampak prospect sukan ni disebabkan masa tu prasarana dan kekuatannya kurang. Tapi sekarang ni bila anak-anak Uncle nak main bola, Uncle bagi sokongan penuh...tiap2 minggu hantar pergi kelab practise...sabtu dan ahad, tak pernah miss...Uncle pernah tak diberi sokongan jadi sekali ni Uncle nak bagi sokongan penuh yang berpada pada anak-anak semua...

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
Memang dah siapkan tapi beg kosong...heh3...Uncle tak suka bawak beg berat2 sebab takut sakit belakang...ni pun entah apa tersalah semalam lower back dah terpeleot sikit ni...

Uncle berkata...

Dear Catz.
Thanks...memang nak bercuti sesangat....letih gila...kalau nampak senyum pun memang sah senyum paksa! Heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Seluaq katoq no....KOG pun pakai ayat serupa ka? Heh3...masa tu berat dalam lingkungan 70 kilo tu...lari pun macam Eto.....heh3...remaja.....la ni jiwa saja remaja!

Uncle berkata...

Dear Ona.
That will be good. Then kita pekena teyy...amacam? Later I'll e-mail you my number in KL. Errrr...actually Berita Harian Jalan Riong tu pun Uncle familiar sangat2 sebab my 2 sisters pun kerja situ! Heh3...

Aunty W berkata...

Hahaha! I will show this postiong to Abang & Yuya. They will be fun coz Papa pakai seluar kecik macam "Sponge Bob Square Pants" !!
Jgn lupa tongkat tu ya...

Uncle berkata...

Dear Aunty W.
I laugh and laugh reading your comment on "sponge bob square pants" tu. Masa tu 84' seluar semua kecik2....heh3....sekarang semua seluar dah besar.....

Tongkat tu of course i have to bring back and send to him. He said it cost him a fortune!

cikgu_math berkata...

student CM pun ramai yg lebih tumpuan kepada sports dri akademik.. akhirnya result KO. Tapi sekarang dah banyak private college yang dia orang boleh masuk...
CM pernah berjumpa dengan bekas student yang jarang-jarang masuk kelas sbb main bola. dan dia dah ada kehidupan sendiri sekarang... Kerja di Singapura dengan gaji yang lebih besar daripada rakan sebayanya selepas masuk kolej swasta ( IPTA tak dapat sbb result KO)
one thing.. budak sukan ni sebenarnya pandai, tetapi they all tak pandai nak manage masa.. betul tak uncle?
btw, selamat balik ke malaysia!

Uncle berkata...

Dear CM.
Saya setuju dengan pendapat CM. Depa perlukan mentor yang boleh membimbing depa dalam pengurusan masa dan kepentingan masa depan. Sukan sekarang ni merupakan satu kareer professional sama macam kerja-kerja lain tapi kita mesti tahu macamana nak mencapai ke tahap tu. Macam Nicol David...it's a full time job for her...Orang yang macam tulah yang patut dijadikan mentor...Uncle teringin sangat nak membimbing adik-adik yang tak pass periksa tapi berkebolehan supaya dapat disalurkan kepandaian depa tu kearah/jalan yang berfaedah tapi Uncle masih belum berpeluang lagi...

ona berkata...

salam uncle,

yeke ke uncle ada sedara mara keje kat nstp...keciknya dunia...sape namer ek n department mana..mana tau kenal ....hehe

Uncle berkata...

Dear Ona.

Kak Anne dan Kak Lit kerja sana dah lama. Depa pun orang lama dan pasal depa orang lama dan kerja sana lama, depa pun pencenlah....tapi depa masih bergerak aktif didalam dunia masing2....kalau sebut nama mungkin Ona kenal kot....depa tu pemalu orangnya....sama macam Uncle jugak...heh3...what a small world kan?

hajah zainab bt abdullah berkata...

Dear Uncle,

Wah! dah ready bag besar tu...menghitung hari tu...

olive oyl berkata...

salam uncle..

wah beg semua dah ready.tongkatpun dah ready...tinggai nak angkat ja..bisness class bkn leh 35 kg kan uncle...

stressla uncle..kerja byk..pening nak handle...

rezeki berkata...

salam uncle,

kaki libas a.k.a kaki belasah sampai terpeleot lutut he he he

mmg masa tu kalau dpt spi ke mssm dh glamour habis , masa tu zaman saya dgn Ku halim ku musa, md noor sulaiman, ramli ayob , kami hampir sebaya kalau match peringkat kebangsaan yg tak kira umur tu ,selalu jumpa dgn raziman kassim, subari said , ramlan yusuf dan banyak lagi

tapi kami masa tu remaja lagi belum cukup 18 tahun pun , lawan ttp lawan, kalah belakang kira

ok uncle, selamat bercuti , nti saya contact uncle

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang tengah dok menyanyi lagu Kris Dayanti la ni...sambil dok skipping kat dalam bilik! Heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Cheq penin pasai apa? Tu Perdana Menteri kita lagi penin nak pikiaq pasai 25-26 juta rakyat....heh3...besalah kerja...dulu masa Uncle lari panjat pagaq sekolah dulu pon Uncle penin nak pikiaq kot pagaq mana pulak nak panjat masuk....salah panjat, cikgu sabaruddin dok tunggu dengan rotan...penin...penin...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Wah kalau dah sampai level Ku Halim tu, memang power lah tu....itu libas pari pon boleh...Uncle cuma feeder saja...heh3...

Can't wait to go back...ok i'll wait...let's meet up!

olive oyl berkata...

salam uncle

uncle comella uncle masa remaja...

hahaha...uncle mmg suka panjat pagaqka??wah leh jd spiderman...

uncle arini birthday tuan hj rezeki ....

ediannuar berkata...

uncle,

tgk ramai yang nak jumpa uncle kat dlm blog nie.... ahahha.. orang popular lah katakan....

Uncle berkata...

Dear Edi.
Ini yang dinamakan berkawan. Kalau kita lama tak jumpa kawan, mestilah kita nak jumpa bila kawan kita balik kampung....bukannya pasal pop ular!

Uncle pun seronok jumpa kawan.....dulu kita ada "pen-pal" yang dapat alamat dari newspaper tu...la ni ada cyber pals.....heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Tadi dah pi rumah dia....ziarah....heh3...

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...