Selasa, Disember 15, 2009

Action packed!

(aku puas bila marina tidur dalam dakapan aku)

(entah pasal apa, muka senget pulak sekali ni..)

(dua budak jepun terlepas..)

(anjuran fifa)

(jejaka tampan bersama budak jepun..)

(budak jepun yang dah besar)

(kakak yang selalu main dengan marina)

(pandangan padang MSN)

(abang baru nak start warm up)

(kesian marina, berpanas hari ni..)

Semalam aku dapat satu panggilan dari Mrs. Amita. Mrs. Amita ni merupakan isteri kepada coach bola anak aku. Amita akan pastikan yang jadual latihan dan semuanya berkenaan dengan bolasepak Kelab Bintang Muda berjalan lancar. Jadi bila dia call dan bagitahu yang abang dikehendaki berada di MSN untuk ujian kepantasan dan ketangkasan bolasepak anjuran FAM dan FIFA, aku tahu kalau aku bagitahu abang dan walaupun dia demam, dia tetap akan pergi jugak. Nak tak nak aku bagitahu jugak kat abang. Abang terus makan ubat sebab takut tak dapat beraksi esoknya. Bukannya senang nak dapat kesempatan untuk bermain didepan coach-coach terlatih daripada FIFA. Abang bangga...aku lagilah bangga....walaupun aku tahu yang abang tak main macam Wong Hung Nung tapi kalau dapat macam Rio Ferdinand pun jadilah...heh3...

Abang suka sangat dengan bola tapi kecergasan dan ketangkasan masih di bawah par...aku berbual panjang dengan coach Radha iaitu bekas coach pasukan remaja negara satu masa dulu dan itulah luahan coach. Kalau abang dapat mengatasi kedua-dua masalah itu, abang akan menjadi pemain pertahanan yang sangat baik dan mempunyai harapan yang sangat cerah dimasa depan nanti. Ini berdasarkan pengamatan daripada coach Radha berdasarkan saiz abang dan bentuk badan yang sangat baik...sangat baik? samalah macam aku dulu...heh3...

Aku sempat bersembang dengan salah sorang mak yang datang dan dia bagitahu aku yang dia risaukan standard anak dia dan bercadang untuk hantar ke UK untuk main bola sebab husband dia orang sana. Kalau biar kat sini mungkin cuma dapat main untuk local teams saja...sedangkan bola ni macam aku cakap dulu dah jadi career dinegara-negara maju yang lain.

Masa aku kat padang MSN tadi aku dapat panggilan dari kawan lama aku di KL. Katanya dia akan ada di kawasan kiara esok dan kami janji akan berjumpa di KLGCC untuk lunch. Itu pun kalau malam ni tak ada panggilan-panggilan last minute yang suruh aku buat apa-apa yang last minute...macam ni lah minggu pertama aku kat KL. Penuh dengan aktiviti berjumpa rakan-rakan dan ahli keluarga.

Pagi tadi sebelum aku keluar, kakak aku datang melawat bersama-sama 2 orang anak dara dia. Dah besar budak-budak tu...dulu selalu dok main dan pakai "bedak sejuk" penuh muka! Sekarang dah dewasa dan berlumba-lumba memajukan diri masing-masing. Yang sulung akan melanjutkan pelajaran ke NY pada malam tahun baru nanti. Buat Masters dan adik pulak akan akan melanjutkan pelajaran ke tempat yang sama pada musim panas tahun depan. Aku sayangkan anak-anak buah aku dan aku doakan yang depa akan berjaya. Cepat masa berlalu. Depa dah masuk usia 20-an...sedangkan dulu masih berlari kesana kemari cuma dengan pampers...aku nampak yang masa depan depa sangat cerah. Depa pun passionate dengan apa yang depa buat. Sekali lagi Paksu doakan yang terbaik untuk Kakak dan Adik....

Balik dari MSN tadi aku terus ambik aunty dari tempat kerja dia. Kami sampai dekat rumah pukul 5 petang. Aunty sempat talipon cikgu sekolah ugama dan aku sempat bayar yuran setengah tahun untuk tahun depan. Lega, selesai satu....lusa bawak depa bersunat pulak....ingat yea...yang bersunat depa...bukannya aku...lepas tu lega lagi satu....baru sekejap tadi aku dapat call dari kawan aku yang nak ke Mekah hari Khamis atau Jumaat nanti. Aku ucapkan selamat menunaikan umrah...

Bila lah pulak aku nak pergi dating ni? Mana aku nak pergi? Tahun lepas dah melepak kat Pavillion seharian. Dah lunch kat Madam Kwan dan lepak kat kedai kopi...sekali ni? Hmmm...aku tengah pikir lagi ni...

20 ulasan:

Ibu n Abah berkata...

Uncle,
seronok kan bila berkumpul semula dengan keluarga tercinta...
Selamat bercuti dan berhibur bersama keluarga.....
p.s. sampaikan salam buat aunty dan anak-anak yang begitu tabah di tinggalkan....

Uncle berkata...

Dear Ibu n Abah.
Memang Uncle category kan dalam category bahagia...seronok sungguh especially to those yang selalu tinggalkan keluarga...you take care and regards to Abah!

uncle pet..!! berkata...

byk sgguh xtvt uncle.. ahiksss..

rezeki berkata...

salam uncle

jadual uncle utk sebulan ni tentu penuh, dan yg paling menggembirakan tentulah dengan anak2 dan isteri

uncle nampak mudalah, apa rahsianya he he he

Uncle berkata...

Dear UP.
Memang aktiviti tak pernahnya habis..what about ours? Let me know whether this saturday afternoon or sunday afternoon you are available or not?

Uncle berkata...

Dear Rezeki.

Uncle lebih merasa nikmatnya bersama anak-anak dan isteri sebab selalu depa ditinggalkan....

Rahsia nampak muda? Ala...senang saja....pergi aja chat rambut!!!! Heh3...btw, jangan lupa plan kita!

Mak Aji berkata...

A'ssallamualaikum Uncle, Ohayo Gozaimasssssita'

Wah abang & Yuya dah nak masuk jawi. Wah dan nak dewasa nih. bagitau depa lepas potong heh3 jangan makan telor, nanti lambat baik. Ini pengalaman tau.

Rambut putih tu!"cahaya yang unik" .. macam Pak Aji heh3.

Nak lepak kat mana! ikut Pak Aji gi Jalan Pasar cari spare part letrik & hardware. Kat Makkah pun Pak Aji sempat gi kedai hardware kat Al Gazzah heh3.

kucingorengemok berkata...

wah uncle lepas cat rambut mcm budak 19 tahun uhuk uhuk (sambil terbatuk²)... apa kata try putrajaya? jauh sikit, tapi ada boat ride ke apa tah, macam best je

rezeki berkata...

uncle,

set . insyallah dari 22-27 ada kat kl, 23 hb anak nak daftar semester 2 . nanti kita pekena tey tarik perasa kapuchino he he he

QaSeH berkata...

. wahhhh.. padatnye xtvt uncle..
. Q pn dh x sbr nk lik sne.. =)
. home sweet home.. tke cre uncle!

Unbranded berkata...

Uncle,

Jgn lupa tey tarik d'saji.....

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Abang tu lepas sunat lagilah besar...berapalah tinggi dia nanti! Yuya masih lagi horey-horey walaupun appointment besok pukul 8.30am...masih sengeh2....saya pulak yang dok risau! Heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Heh3...samalah kita, baru 19 tahun! Cuti sekolah ni KOG buat apa? Tak kan dok rumah saja ni?

Uncle berkata...

Dear Rezeki.

Takpa...settlekan hal anak dulu, yang tu lagi penting....lain2 tu kita urus kemudian!

Uncle berkata...

Dear Q.
Bila nak balik sini? Let me know kalau coincide dengan cuti Uncle...

Uncle berkata...

Dear Unbranded.
InsyAllah tak kan lupa teyy tarik tu...entah apa dia jampi, memang sedap pulak teyy tarik dia....ada bela kot....

Laalaa berkata...

Uncle, comelnye.. marina ni. Nak booking buat memantu.. hehehehe

siti tanjung berkata...

wah, hopefuly abg jd player yg bejaye suatu hr nnt. tu dia aih, blk cuti. tp aktiviti padat bkn main..fuh..ok, uncle take care dgn femly terkawaii

Uncle berkata...

Dear Laalaa.
Kalau Papa dia comey, anak dia mestilah comey....heh3...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Activity yang tak kan habis selagi Uncle disini....tapi Uncle enjoy duduk dengan family...

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...