Ahad, Disember 27, 2009

Banyaknya appointment!

(marina kat 1Utama)

(x'mas kat malaysia..)

(marina kelabu mata pilih selipar!)

(RB's tiny lobby area)

(di curve)

(di zoo)

(di jeddah)

(abang tunggu roti canai "groovy" masa breakfast di RB)

(muka-muka puas!)

2-3 hari aku tak sempat menulis. Badan jadi sangat letih dan aku dok berlari kesana-kemari. Bila dah malam, mata aku dah tuned in sampai juling-juling itik. Tapi orang kata, juling itik ni comel...orang lah yang kata...aku tak kata!

Macam aku bagitahu last week, lepas aku duduk kat Royal Bintang, the following day pulak aku ada lunch kat Plaza Damas. Jumpa kawan lama aku yang bukak Japanese Fashion Boutique. Lama sungguh kami duduk bercerita sebab dah bertahun tak jumpa. Aunty dan anak-anak pun ikut sama. Aku suka usung semua sekali jumpa kawan-kawan aku. Baru aunty tahu dan kenal sapa yang aku dok jumpa selalu. Jadi dia pun taklah suspicious sangat. In fact sekarang ni aku rasa aunty pun dah kenal semua kawan-kawan aku macam si IQ, Katak, Apam, Jawer, Abul, Nyamuk, Haq, Mat Bo, Kiss, Ayam, Cicak, Munas, dan lain-lain lagi. Kalau aunty tak jumpa depa, aunty kenal depa daripada cerita-cerita dongeng aku selama ni...ala-ala hikayat merong mahawangsa nih!

Malam tu pulak aku ada satu special invitation dari geng-geng old boys untuk makan malam kat Carcosa Sri Negara. Actually tempat ni aku tak pernah pun sampai. Jadi nak mencari hotel ni pun satu hal lah jugak walaupun almost tiap-tiap hari aku dok lalu kat tepi Mahameru tu...kami tak ramai, cuma 7-8 orang berserta spouse masing-masing. Yang lelaki dok cerita pasal dulu-dulu manakala yang pompuan pulak dok cerita apa nak masak esok! Pukul 10.30 malam, we bid farewell to each other dan berjanji yang esok malam kami akan jumpa lagi...heh3....bukannya lama pun...esok malam ja....reunion kat Putrajaya lah...

Dalam perjalanan balik aku singgah rumah kak anne kat DJ dulu sebab anak-anak aku semuanya ada kat sana for a bbq party. Horey-horey sungguh depa. Lama aku dok bersembang dengan kakak aku dan abang aku. Sambil lepak-lepak kat luar minum kopi sampai pukul 1 pagi! By the time aku sampai rumah dah 1.30 pagi. Anak-anak aku seronok sebab ramai sepupu sebaya ada kat situ sekali. Main games la...main kejar-kejar lah...main sorok-sorok lah...Malam tu kami tidur pukul 2 pagi! Heh3....BAHAGIA!

Tengah sedap terlelap, aku rasa dalam pukul 3.30 pagi, mama dah ketuk pintu bilik aku cakap dia lapar. Aku gosok mata aunty dan terus bangun. Buatkan susu kat mama, hantar dia ke bilik, bagi mama minum susu segelas, tanya kot-kot dia nak roti, baringkan mama atas katil, gosok-gosok kepala sikit, cium dahi sikit, aku keluar bilik dan tutup lampu. Aku masuk bilik dan nak terlelap bila mama ketuk bilik aku lagi. Sekali ni aku gosok mata marina pulak dan tengok jam, alamak...4.30 pagi. Mama cakap dia lapar lagi. Aku bawak dia ke bilik dan bagitahu yang next meal is at 7 am dan bukannya setiap jam. Mama lupa...dan setiap jam mama cari aku dan bagitahu yang dia lapar...tolong jangan tinggalkan dia...dan macam-macam lagi. Aku tarik nafas panjang-panjang dan beristigfar banyak-banyak semoga kami sekeluarga diberikan kekuatan untuk menjaga mama....jadi kepada pembaca yang masih ada mak dan bapak, aku nak pesan semoga tolong lah jaga depa sebaik mungkin. Selalunya "kita" ni, bila mak-bapak dah tak dak, masa tu lah baru nak cerita macam-macam....sama macam anugerah kat artist pulak bunyinya....aku nak berpesan kepada pembaca dan jugak untuk diri aku sendiri....macam mana kita dok jaga mak-bapak kita masa depa tua, macam tu lah anak-anak kita akan jaga kita masa kita tua nanti.....so guys, think about it!

18 ulasan:

mama ju berkata...

Wah sibok,sibok...kalau tak jumpa nanti balik sana terkenang pulak...

Fida berkata...

I like this one!!
(tanda "Thumbs up" macam fb)

Ibu n Abah berkata...

Salam uncle,
akak memang tak putus membaca coretan uncle.. tapi selalunya lepas baca taklah akak nak mengomen apa-papa. Cumanya bila menyentuh ttg mak... mmg akak ada pengalaman dengan mak akak yg pada malam dia akan meninggal, puas dia mengajak akak berbual tapi mata akak pada malam itu punyalah ngantuk. Esok paginya sebaik bangun akak lihat mak sudah nazak dah tak boleh ebrcakap lagi. Menyesal tak terhingga kerana pada malam sebelumnya dia ajak sama-sama menonton gusti dan nak berbual itu ini tak kesampaian.... Mudah-mudahan tidaklah jadi seperti ini pada mama uncle....
Selalunya beginilah... malam terakhirnya memang arwah nak spend masa dgn kita tapi kita tak faham... banyak kawan akak kena bagini...

Tanpa Nama berkata...

btui3.. thnx ankel..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle...
uncle seorang anak yang baik. Unty jugak mempunyai pengorbanan yang sungguh besar menjaga ibu mertua. Moga payung syurga untuknya

DadaIQ berkata...

Hi Uncle
Semalam kita orang tercari2 Uncle and Family dekat Pelita tapi you guys dah balik.

Sedih baca cerita Uncle about Mama. Banyakkan bersabar Uncle. Teringat masa jaga Tok waktu kerjakan umrah hari tu...memang perlukan banyak kesabaran dan pengorbanan. InsyaAllah, banyak ganjarannya.

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Harapan Uncle semoga mama ju sekeluarga sihat walafiat..

Uncle berkata...

Dear Fida.
Thanks yea...

Uncle berkata...

Dear Ibu N Abah.
Memang menyedihkan...especially kalau kita yang dok jaga depa...

Uncle berkata...

Dear Pet.
Pou are most welcome..

Uncle berkata...

Dear Dila.
Masih jauh lagi untuk menjadi anak yang baik....

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.

Semalam tunggu jugak but then IQ kata you and the rest pergi cari buku so I thought tak apa lah...kita boleh jumpa lain kali...

azieazah berkata...

Salam UNCLE..
saya sungguh kagum melihat Uncle sekeluarga menjaga ibu... dgn tabah tanpa keluhan. Bukan semua orang mendapat peluang sebegitu. Saya sendiri tidak merasai peluang indah sebegitu..

Saya sentiasa percaya, lelaki yang menjaga ibunya dgn baik, akan juga menjaga isteri dan anak-anak perempuannya dengan baik..

ms.legolas berkata...

Dear Uncle & Wakana San,

Ms.L berdoa agar bisa miliki hati semurni u all, masih tetap sedia memberi khidmat pada Mama walaupun telah ada Era(wah glamor nama maid uncle ni ye) .


BTW, Blhkah uncle berikan tip2 macamana untuk menyemai rasa sabar..
lebih-lebih lagi di dlm waktu keletihan dimana kita cepat bertindak di luar pemikiran yg wajar, cepat melenting dan hilang focus...

Ms. L rasa lately Ms.L selalu tak sabar melayan kerenah anak2..

Mak Aji berkata...

As'sallamualaikum Uncleeeeeeeee

Tak sompek langsung nak "benternet" kat umah. Mak Aji dapek cucu kedua WAN AISYAH KHADIJAH .. Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah mama uncle sihat, mudah-mudahan uncle & aunty murah rezeki, bahagia ke akhir hayat kerana menjaga mama dengan baik. Ini lah anak yang soleh, sanggup bersusah di masa senang & susah.

** Mak Aji dah lalui semuanya :)

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Bayangkan macamana kita menatang anak-anak kita masa Aziezah lahirkan dan besarkan depa. Apa rasa Aziezah pada waktu tu? Seronok? Gumbira? Sayu? Bahagia? Complete? Semuanya ada...dan macam tu jugaklah mak-bapak dok jaga kita masa kecik dulu. Makanya, mana boleh kita abaikan tanggungjawab kita? Berdosa besar! Semoga kita semua diberikan kesabaran...

Uncle berkata...

Dear Ms. L.
Kadang-kadang Uncle pun tak sabar jugak...anyhow, anak-anak ni adalah anugerah Allah pada kita. Uncle banyak membaca. Selain daripada majalah Ujang, Apo, GG dll, Uncle jugak baca buku2 mengenai penjagaan anak-anak yang sedang membesar, macamana nak handle teenagers dll. Banyak membantu...selain tu ada jugaklah cilok sikit majalah Wanita, Harmoni, Jelita, Galaxie, URTV, Mangga dll heh3...

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Tahniah sebab dapat cucu nombor 2. Saya doakan semuanya sihat-walafiat. Saya masih didalam proses "trial and error" didalam bab penjagaan mama. Kawan-kawan doktor pun ramai yang membantu untuk saya lebih memahami pesakit dan penyakit mama. Selain daripada tu saya rajin membaca....semoga kita semua diberikan Allah kesabaran....saya paling takut kalau saya tertinggi suara kat mama, cepat marah kat mama, bersikap kasar kat mama dll. Semoga Allah mengampunkan dosa saya pada mama...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...