Ahad, Disember 13, 2009

Domo Arigatou/Sunat

(i/c lagi besar dari marina..)

(aku baru beli kat GE Mall tadi..)

(boleh horey2 tengok dvd malam nanti..)

(muka2 lapar..)

(aku dan abang yang dah nak sama tinggi dengan aku!)

(aunty dah pakai baju abang sebab abang dah besar dan remaja!)

(aku geram sungguh kat budak ni..)

(kat GE Mall, tengahari tadi)

(posing maut!)

(tersengih sebab tak tahu macamana nak posing..)

Aku sangat terharu apabila mendapat satu sms penting dari sorang bekas pembesar negara yang aku pernah ceritakan tempohari. Aku bukan lah sama level dengan beliau tapi kebaikan beliau serta isteri dan keihklasan beliau membuatkan aku terpegun dengan pengalamam-pengalaman beliau. Dalam sms tersebut beliau ada memberitahu supaya aku membaca blognya. Anda semua juga boleh membaca tulisan-tulisan bernas beliau apabila melayari sanusijunid.blogspot.com dan dibawah ni merupakan petikan-petikan 2 paragraph terakhir daripada tulisan beliau didalam blognya....

39. Saya bernasib baik kerana diberi kesempatan oleh Haji Harun untuk bersama Menteri Belia Dato' Shabery Chik, Dato' Mohd Sharkar Shamsudin Ketua UMNO Bahagian Temerloh dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Pahang, Dato' Othman Yusof Wakil Rakyat Tanjung Piai Johor, Dato' Sharif Shamsudin tokoh politik Pahang yang sudah lama saya kenal yang kini menjadi tokoh korporat, dan Dato' Mohd Radzif Yunus Ketua Eksekutif Institut Jantung Negara. Mereka dan isteri mereka menjadi sahabat yang akrab kepada kami berdua. Kumpulan ini saya beri nama 'Sahabat Sesyurga' kerana seandainya kami mendapat haji yang mabrur maka syurgalah tempat di akhirat nanti. Insya Allah.

40. Pengalaman di Makkah di bulan puasa yang lalu dan pengalaman mengerjakan haji pada tahun ini telah mengenalkan saya kepada banyak kawan-kawan baru. Istimewa sekali ialah Tuan Haji Shahrir yang menjadi pengurus Food & Beverage ( Makanan dan Minuman ) dan House-keeping ( Urusan bilik ). Khidmat beliau begitu cemerlang sehingga ramai penghuni hotel-hotel berdekatan yang datang ke Al Safwah untuk makan tengahari dan malam. Menteri dari Nigeria begitu kagum dengan khimat di Al Safwah dan berjanji akan memindahkan rombongan rasmi negaranya dari hotel kelas tinggi berdekatan ke Al Safwah.


Terimaksih Tan Sri.

Semalam aku pergi Ampang Puteri Hospital nak tanyakan pasal "package bersunat". Aku pun parking kereta kat bawah. Nasib baik ada parking...selalunya tak ada. Aku tahu sangat lah hospital ni. Parking tak pernahnya cukup! Sebab tu aku suka pergi dengan motor sebab boleh parking kat celah-celah, kalau tak pun aku tibai saja kat atas divider...(talking about a good citizen!). Lepas parking, aku terus ke reception dan bertanya pada receptionist. Kami naik ke tingkat 4 untuk berjumpa doktor untuk buat appointment. Masa kat receptionist, aku dah tanya apa nama doktor tu. Depa bagitahu kat aku...aku terkejut dengar nama tu sebab yang aku tahu, abang dia pun kerja kat situ (abang dia tukang cucuk aunty bagi tak sedar masa bersalin dulu, ada aku cerita pasal Munas, sekarang Datuk Azhar Mohammad Nor, Ampang Puteri Hospital). Yang tu Munas Senior...tapi ni adik dia nama Dr. Muhammad Mohd Nor, kalau tak salah aku, dia ni Munas Junior. Munas Junior ni pulak dok main bola satu team dengan aku U18 masa kat seremban dulu. Dia form 5 dan aku form 4 tahun 85 dulu...kalau tengok gambar bola aku dalam entry yang baru-baru ni, Munas tu berdiri nombor 4 dari kanan....heh3...what a small world sungguh!

Masa aku sampai kat klinik dia di tingkat 4, nurse cakap klinik dah tutup. Tapi macam aku buat kat klinik Singh dulu, klinik ni pun serupa jugak. Aku cakap ni Uncle kepada Doktor....nurse masuk bilik dan cakapkan kat doktor yang Uncle dia datang....nurse keluar nak bagitahu aku tapi doktor dah nampak muka aku terus jerit, "Woi Uncle....masuk...masuk...", aku toleh kat receptionist dan bagitahu kat dia, "I told you...I'm his Uncle..." Receptionuist sengih dalam paksa.....kesian pulak aku kat dia.

Lama kami bersembang kat dalam klinik Munas sebab dah tak ada patient. Yang tinggal cuma kami saja. Since kami kenal dah berpuluh-puluh tahun, aku terus saja buat appointment bersunat...bukan untuk aku tapi untuk anak-anak aku! Heh3...nanti masa nak sunat, aku ambik gambar si Munas ni, heh3.....jadi tok mudim dia la ni yea......

28 ulasan:

dilaOHdila berkata...

salam uncle
alahamdulillah dah sampai rumah akhirnya
mesti seronok anak2 uncle nih
marina pandai Posink...
dah ada gaya tuh. schedule uncle mesti full kan. Kim salam kat aunty erk

hajah zainab bt abdullah berkata...

Salam Uncle..

Wow...dah penuh jadual uncle bila tiba kat mesia. have a very nice time with your loved ones..

Laalaa berkata...

Suspen giler baca, pasal Sunat.. huhuhu..Nasib baik anak uncle..

Macam ku tahu, Ampang Puteri itu..
memori indah kat sana, semalamat melahirkan putera & puteri di sana.

Zaifera berkata...

Hi Beb.. Berapa lama cuti ni...

Uncle berkata...

Dear Dila.
Memang penuh sampai December 2013....show merata-rata...tak larat nak layan...heh3....(dengan nada sombong lagi bongkak!)

Esok hantar aunty pergi kerja....lepas tu pergi hantar tongkat VIP....lepas tu tengok "Princess and the Frog", lepas tu ronda2 lah...horey2 lah....pergh...malaysia meriah!

Uncle berkata...

Dear KN.
Memang penuh...mengalahkan M Daud Kilau busynya nih....janji bahagia!

Uncle berkata...

Dear Laalaa.

Ni kalau uncle yang sunat, mahu pengsan satu hospital nanti!

Uncle berkata...

Dear Zaifera.

Ok lah...adalah sebulan lebih cuti...

rezeki berkata...

salam uncle,

terpancar wajah keriangan di muka anak2 dan auntie setelah lama berjauhan, alhamdulillah

he he he show spi 2013

esok2 cuba uncle timbang berat uncle hi hi hi

PINATBATE berkata...

yahoo!! seronoknya Uncle..happy holiday!

Hafitah berkata...

Uncle,

welcome home!

uncle pet..!! berkata...

saing2 uncle sgguh yuya.. ahikss..
pa2 pn eppi2 ek uncle.. nnt ada rezeki lh pekena tey sesama..

Mak Aji berkata...

A'ssallamualaikum Uncle

Alhamdulillah Uncle dah selamat sampai M'sia. Wah berseri-seri semuanya ye! Aunty, Abang, Yuya, Marina, apatah lebih2 lagi Uncle yang dah 72.4kg tu heh3 yang tak lama lagi akan jadi 76kg heh3.

Memang Mak Aji jelez betul ngan uncle nih. Macamana boleh tahan nafsu makan, sedangkan keja dikelilingi oleh makanan! Kena bagi tips ni uncle :)

Dato' Seri Sanusi Junid memang baik uncle, down to earth dan dia bijak. Mengetahui lebih dari 10 bahasa. Isterinya Datin Seri Inang, dulu lecturer kat UITM Jalan Semarak. Pernah jadi lecturer kawan Mak Aji. Memang baik, bagai ibu-ibu kita. Semoga mereka mendapat haji mabrur. Insya'Allah.

mama ju, berkata...

Selamat bercuti,jgn bercuti menulis pulak...

kucingorengemok berkata...

yahoo, kementrian penerangan dah keluarkan gambar terbaru marina! :)

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

Dear Uncle...

uncle bila nak pi minum teh tarik...kalau nak pekena kt pelita ampang sgt sesuai bcoz..my office nearby..hehe..lama tak jumpa uncle since last mac..

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

ankel, malam ni kem salam kat adik saya yer kalo jadi jumpa.. hahaha..

tahniah utk belog tan sri sanusi. Memang pencapaian yang besar. Tahniah sekali lagi!

jangan ankel pegi besunat sudahlah yer.. hati2.. wakakaka

kem salam pada aunty dan anak2. semoga bahagia selalu. amin.

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
3-4 hari ni Uncle masih dapat mengekalkan kerampingan badan Uncle. Mungkin 1-2 hari ni Uncle akan register kat nearby gym untuk mengekalkan keremajaan.....heh3...

Uncle berkata...

Dear Pinat.
You bet...I'm the happiest person on earth!

Uncle berkata...

Dear Fitah.
By the way, now Uncle dah ada 10 pokok cili...horey!

Uncle berkata...

Dear Pet.
Bila nak teyy ni? This weekend still free....Pelita Ampang Point is ok..

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Memang depa baik dalam dunia...insyAllah 1-2 hari ni kami akan berjumpa lagi...pasal makan tu, Uncle memang tak ada masalah langsung..."it's mind over matters!" Letak lah apa-apa pun depan mata, kalau Uncle dah tuned tak boleh makan, Uncle akan tak makan....setakat ni ok alhamdulillah...discipline Mak Aji......tapi once in a while memang terbabas jugak....like 2 night ago when my sister buat kenduri.....

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
I will still continue writing...itu dah hobby!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Banyak lagi gambar2 yang tengah menunggu giliran...heh3...

Uncle berkata...

Dear Hussin..
Tak dak hal punya...let me know, anytime...you have my number?

Uncle berkata...

Dear Lotfi.
Depa ok...nanti Uncle hantar bukti yang depa dah datang dan dah ambik benda tu!

uncle pet..!! berkata...

weekend ni pn chek free gk.. uncle gv a cll ja..

Uncle berkata...

Dear UP.
Ok set...I call you...

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6

( cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10 ) Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa ...