Khamis, Disember 03, 2009

Aku dan sardin

(pandangan dari bilik yang aku menumpang semalam...)

(pagi yang indah!)

(last photo sebelum aku kena hambat...heh3...)

Aku masih sibuk...apa dah jadi ni? Aku pun heran dengan kejadian alam ni. Tak habis berlari lagi ni. Berlari ke langit dah aku buat semalam...hari ni? Hari ni aku berlari pergi balik pulak. Mana tak berlarinya...habis bilik aku pun dah kena jual! Ngeri sungguh! Kelakar pun ada jugak...memang macam orang lari malam! Hentam sajalah labu...janji happy jemaah aku semua! heh3...

last VIP kita check out hari ni lepas asar. Banyak aku bergambar dengan depa dan aku akan jadikan gambar-gambar dengan depa tu semua sebagai koleksi peribadi aku masa tua nanti. Aku nak buat album special untuk tribute...macam aku cerita dulu, aku nak drama dengan anak-cucu aku nanti...."ni semua kawan Tok Wan nih..." Mesti tercengang anak-cucu aku nanti tengok gambar aku dengan VIP Malaysia semua...heh3...

Lepas aku jamu semua jemaah aku dengan makanan yang special beberapa hari ni, aku tarik handbrake sikit nak tengok apa reaksi depa. Masih lagi special, tapi aku selitkan lauk sardine goreng dengan cili potong serta bawang besar yang dollah potong bulat-bulat dan tabur kat atas. Aku tengok, sorang-sorang jemaah dok sengih...tour leader yang eksyen dengan aku tak nak makan, aku tengok dah cekau nasi 5 sendok! Vip kita yang tak nak makan jugak masa aku jumpa kat entrance sebab kenyang lunch bagitahu aku yang dia tak ada selera nak makan. Takpa-takpa....aku bisik kat telinga dia...."Dato', betul ke tak nak makan ni? Saya buat lauk sardin goreng hari ni..". Terbeliak bijik mata dia dan cakap, "Shahrir, kau ni memang tahulah apa I suka..." sambil dia toleh kat Datin dan sama-sama senyum. Aku bukan senyum lagi dah...aku dah sengih!

Hari ni depa dah check out. Tadi masa dalam perjalanan depa ke airport depa talipon aku. "Eh Shahrir, you lari pergi bilik I sekejap, I tertinggal tongkat la...nanti you balik kl bawak sekali. Then kita boleh pergi lunch sama...". Heh3....Dato'...Dato'.....nanti kalau aku dah jadi Atuk nanti, mungkin aku pun cepat lupa...heh3...

20 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle,

selamat berhari jumaat, penghulu bagi semua hari, rasa2 nya hari ni padat majidilharam

aikk, bilik uncle pun kene jual he he he

mmg kalau kena sardin sekali sekala , tak boleh cite nikmatnya, menaikkan selera makan , kene pulak telur dadar

dulu masa kami kat sana, seminggu dua, mkn ok, masuk minggu ke 3 , mulalah rasa nk ubah selera , then lps zohor makan kat hotel, tapi lps isyak , menyinggahlah kat hilton, pekena burger kings dan mcm2 ada kat foodcourt atas tu

semoga semua guest hotel uncle berpuashati dgn layan yg diberikan dan bersyukur atas segala nikmat Allah SWT.

Motivasi Kerja berkata...

Assalamualaikum Uncle. Lama tak singgah kat sini. Lucu pun ada baca kisah ni. Tapi apa yang saya seronok sebenarnya orang-orang yang kita rasa mungkin sedkit high level dari kita, sebenarnya bila cerita soal selera memang xleh nak tipu. Lidah mana leh tipu. Lauk-lauk cincai ni memanglah jadi kegemaran. Cuma kekadang yelah kita pon segan nak bagi lauk-lauk camni walaupun sebenarnya diorang mungkin hantu sardin..hehehe

Kak Lang berkata...

Uncle,

Sian uncle... bilik pon kene jual, nasib baik tak uncle2 skali kena jual. Janji semua hepi... Tumpang bilik CL sebelah ke?

Sardin tu masak apo-apo pon sodap.
My peberet tu... Dato' tu pun suka, sampai lupa tongkat.

My Life berkata...

salam

dear unkel.. how r u? long time no see u.. hehhehhehe

keje2 juga.. kesihatan kena jaga gak.. dapatkan rehat secukupnya..

unkel balik malaysia berapa hb???

kucingorengemok berkata...

sejak uncle busy musim haji ni, lama kami tak dapat tgk gambar marina, yuya & abang...

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang kalau kita asyik makan yang serupa, selera pun dah tak ada...mjungkin akan jadi tambah tak selera. Hari tu saja nak break kan menu special dan alhamdulillah, semua dapat terima. Hari ni lunch, baru kejap bincang dengan dollah nak buat briani hari ni....tengok apa reaction depa pulak! Heh3...

Uncle berkata...

Dear MK.
Memang betul. Setinggi mana sekalipun kalau dihidangkan nasi panas, ulam, sambal dan mungkin ikan masin panas, mungkin depa akan makan 3 pinggan....heh3...

Uncle berkata...

Dear Kak Lang.
Macam ni lah nasib kami...keutamaan masih tetap kepada guests semuanya yang juga tetamu Allah. Depa bayar mahal dan mahukan keselesaan untuk beribadah....the goal is always "guests satisfaction.."

Uncle berkata...

Dear ML.
InsyAllah tak lama lagi akan balik selepas semua jemaah check out. InsyAllah tak lama lagi...boleh horey2!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Mintak maaf sebab Uncle langsung tak ada masa ni...tengoklah dulu gambar kat Mekah ni...nanti Jabatan Penerangan hantar gambar baru ok! Heh3...

ona berkata...

salam uncle,

tak sangka golongan atasan pun suke makan sardin, ingatkan kasta rendah macam kita jer suke...hehe..tapi sardin memang makanan tersedap...

Mak Aji berkata...

A'ssallamualaikum Uncle

Yeaaa kerja dah siap, boleh le singgah blog uncle & mengoogle sana sini heh3.

Huh sodap nya sardine. Lauk yang paling enak sedari kecik heh3.

Uncle, bagi tau Dollah, masak sambal sardin taruk belacan. Halia+bawang+bawang putih+cili kering mesin, tumis & masuk air asam jawa. Masya' Allahhhhhhhh warnanya merah berlinang, macam orang Penang masak curry heh3.

Uncle berkata...

Dear Ona.
Let's look at it from a different perspective...Sardin tu makanan untuk orang kaya-kaya sahaja.....jadi kalau kita selalu makan sardin, maksudnya kita tergolong dalam golongan orang kaya-kaya....yak-yak yay!

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Amboi, kira duit dah siap? Biar betul ni Mak Aji...itu kira duit sendiri tu kat BSN! Heh3...

Dollah tengah bersilat kat dapur prepare briani pulak. Ni nak pi rasa sat...horey!

Mak Aji berkata...

Uncle, Mak Aji pernah makan Nasi Mandi Kambing kat Hotel Farah sebelah Sofitel (dah history)... kambing dia rasa kambing heh3 .. yek!

Nasi Mandi kat TAZA sedap ... mmmm

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum ...

Dah 3 hari study blog uncle ni, sampai berpinar2 mataku... Anyway thanks for sharing your experience... Sesuai sangat dibaca waktu tengah blur & tension dengan keja... nak motivate diri sendiri ni..

Uncle berkata...

Pergh, nasib baik rasa kambing...kalau rasa itik?

Uncle berkata...

Dear Tanpa Nama.
Thanks for reading my blog. Seronok rasa bila ada new reader masuk rumah Uncle. Cerita Uncle untuk mereleasekan tension kerja dan untuk horey-horey...sebab Uncle pun orang yang jenis horey-horey!

hajah zainab bt abdullah berkata...

Dear Uncle,

"termiss" nak komen pasal sardin nih! kak nab pun masak sardin gak semalam..digandingkan dgn telor dadar --> my son punya peberet!! abis nasi 2 pinggan. stok sardin kena sentiasa ada kat umah...ish2, golongan orang2 kaya gitu...ahaks!! :)))

Uncle berkata...

Dear KN.
Sorry terlepas nak reply....memang makanan tulah yang menjadi idaman muda-mudi zaman ini.....

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...