Khamis, Disember 03, 2009

Old Boys

(dari kiri, bob, leman dan betuk!)

(dari kanan, betuk, leman dan bob!)
(sedara IQ yang datang jenguk aku. Thanks for visiting!)

Hari ni aku dikunjungi oleh beberapa orang sahabat lama dan sahabat baru. Sahabat lama aku bermaksud sama-sama masa kat Seremban dan dan sahabat baru pulak ialah sedara kepada IQ yang jugak rakan aku masa kat seremban dulu. Satu batch dari 81-85. Dah ramai jugak kawan-kawan aku yang dah bergelar haji diwaktu yang muda ni. Alhamdulillah...last week aku jumpa Nyamuk si Penghisap Darah tu. Nyamuk pun dah haji. Haji Nyamuk...kelllaaasss! Last year yang datang buat haji dari batch aku, si Chico, Amiri dan Chenet. Seronok sungguh depa bergelar haji ni...

Dulu ada aku cerita pasal si Betuk ni. Nama betul Raden Azlane Tukimin. Genius nak mampus pasal Maths ni. Aku pun heran...kat mana lah si betuk ni bertapa sampai pandai sangat jadi macam tu. Ada jugak aku tanya dia...apa pill dia telan? Pill kuda ka? Paracetamol ka? Dia tak jawab jugak...akupun cuba telan Pil Chi Kit Teck Aun sebotol...tak pandai-pandai jugak...asyik ke toilet adalah...heh3...

Betuk ni lah yang selalu bagi aku tiru Maths dia. Aku selit soalan kat celah partition papan, dia selit jawapan kot celah papan tu jugak...dia kat Set A dan aku yang pandai ni kat Set E! Masa form 4 tengah mid year exam, betuk selit kat aku..aku cilok...aku concentrate salin...cikgu heran sebab aku tiba-tiba mintak kertas extra...selalunya aku tak payah mintak kertas langsung tapi sekali ni aku pecah rekod. Mintak sampai 3 helai nak buat Add Maths...cikgu maths aku sampai juling bijik mata tengok aku...aku jeling dia dengan pandangan "kembang hidung" sambil menyilok jawapan betuk kat bawah kertas soalan aku...habis semua kertas aku tulis...pandainya aku!

Result keluar, aku dapat 96% sedangkan betuk dapat 98%. Pergh...aku dah setaraf dengan budak set A ni...Bila cikgu tanya, aku jawap aku selalu belajar sampai ke pagi. Cikgu senyum...heh3...lepas beberapa hari, cikgu panggil aku pergi bilik guru. Dia kata aku dah pandai sekarang. Dan budak pandai selalunya bila-bila masa pun pandai...aku bangga...kembang lagi hidung aku buat kali ke 3...cikgu suruh aku duduk sebelah dia masa kat dalam bilik guru tu...aku pun duduk lah...maklumlah, dah pandai....tiba-tiba dia keluarkan kertas soalan add maths yang serupa. Dia jeling aku tapi sekali ni aku dah tak berani nak jeling dia! Dia senyum dan bagi kertas soalan tu kat aku suruh aku buat sekali lagi...GEDEGANG........aku tersandar sambil tengok kipas yang dok pusing kat siling sambil lengan aku melintang kat atas dahi!

Bob pulak satu bilik dengan aku kalau tak salah, kat D7. Kuat baca buku. Selalu dia baca buku. Lain daripada aku yang selalu tak baca buku. Memang kami berbeza dari segi ke intelectual an kami. Tapi Bob tetap Bob yang dulu. Sangat baik dan prihatin dengan masalah kawan-kawan. Banyak jugak geng-geng lama berdebat kat dalam e-mail dan Bob selalu melontarkan jawapan-jawapan yang logic dan bernas...I salute you Bob. Bob ni pun brilliant jugak. Dari dulu lagi dia dah nampak ketokohan dan kepandaian dia. Bila aku tanya tadi Bob kerja kat mana, dia cakap SHELL. Bob suka berulang. Jadi Bob duduk JB dan kerja kat Singapore! Kelas.....

Leman pulak tak banyak cakap. Banyak diam dari cakap..si Leman ni pun terlebih kuat baca buku. Entah apa pill dia telan dengan si Betuk pun aku tak tahu...

Moral of the story is, aku bangga dengan kawan-kawan aku semua sebab depa dah tersangatlah berjaya. Dan depa masih lagi kawan aku dari dulu, kini dan selamanya....

16 ulasan:

zainon berkata...

Susah nak dpt rakan2 begitu. Betul ke cerita uncle 'meniru' ni.

kucingorengemok berkata...

eheheh... i wonder what they'll say about you, uncle, sbb pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain mesti tak sama kan :) - terlebih peluk bola ragbi? heheh

Mak Aji berkata...

A'ssallamualaikum Uncle

Wah, uncle dah relax hari ni ke! Dah habis kenduri Mak Limah heh3. Alhamdulillah geng2 uncle semua berjaya. Uncle pun berjaya dengan cemerlang nye. Tak le macam Mak Aji ni, hari2 asyik kira duit orang aje, duit sendiri tak dak heheh3

Kelakar kisah uncle ngan Cikgu Math. Nasib baik tak kena cubit. Cikgu Mak Aji dulu kuat mencubit .. aduss.

DadaIQ berkata...

Salam Uncle,
Maaf sebab lama tak komen posting Uncle. Tak berkesempatan tapi masih sempat baca and gelak sorang2.

Thank you from IQ and me sebab sudi menerima kunjungan sepupu kami, Abg Man dan Kak Ani ke Al Safwah.

InsyaAllah kalau ada rezeki, kami pun teringin nak terima jemputan untuk menunaikan haji tahun depan. Harap2, Uncle masih ada lagi di sana.

cikgu_math berkata...

ha..ha..
CM pun buat begitu pada students yang meniru..
daripada 37/40.. dia hanya dapat 9/40. Lepas tu dah tak ada yang berani tiru 100%. Sikit-sikit tu adalah..

Uncle berkata...

Dear Zainon.
Memang Uncle sangat bernasib baik didalam soal berkawan ni...didalam soal cerita pulak, Uncle lebih suka bercerita kisah benar dan sebab tulah Uncle masukkan gambar2 depa sebagai bukti. Contohnya cerita gigi yang hilang tempohari....begitu jugak cerita meniru maths tu dari betuk. Semoga Zainon suka membaca cerita Uncle!

Uncle berkata...

Dear KOG.
Oh...we had fun yesterday...cerita pasal meniru, cerita pasal kawan-kawan lama yang suka meminjam barang, cerita pasal cikgu dll....insyAllah kami jumpa lagi di kl nanti...

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Sebenarnya belum relax lagi ni...masih lagi berlari ke langit...nampak gayanya hari sabtu lepas breakfast baru sempat relax...

Mak Aji, apa kata tolong kira duit saya pulak...heh3...

Uncle berkata...

Dear DadaIQ.
Ala.....sedara kau sedara aku jugak........ala.....duit kau duit aku jugak......heh3....boleh ke?

Uncle berkata...

Dear Cikgu_Math.
It's nice to have you here...memang Uncle takada good relation langsung dengan Math dulu...heh3...buku Jati tu tebal betul...tu yang malas nak bukak. Kalau nipis mungkin dah hafal formula! Reason...reason...

My Life berkata...

salam

dear unkel..

sihat ke? keje2 jugak.. but kena dapatkan rehat secukupnya....
dah confim ke berapa hb nak balik??

Uncle berkata...

Dear ML.
Tiket dah ada dan date pun insyAllah dah cfm. Unless kalau ada last minute change nanti...mintak2 tak ada lah...heh3...in fact sekarang masih belunm sempat berehat lagi ni...memang dah longlai rasa..

rezeki berkata...

salam uncle,

alhamdulillah , uncle bertemu dgn kawan atau lebih tepat sahabat dlm satu suasana yg istimewa krn berlaku di tanah suci makkah, tentu suatu yg menyeronokan setelah sekian lama terpisah krn kerjaya masing2. Sahabat dulu kini dan insyallah selamanya

cite bab maths, mmg saya pun mcm uncle juga, failed masa spm dulu, tak minat langsung, tapi itulah, saya rasa kita sekarang mmg cekap membuat perkiraan walaupun dulu madang je dapat 6 terbalik keh,keh,keh

semoga persahabatan uncle dgn kekawan uncle berpanjangan dgn penuh keikhlasan , insyallah.

kawan ketawa senang di cari, kawan menangis sukar . namun jika kita ikhlas berkawan, insyallah.

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Tu lah yang seronok nya bila berkawan ni. Ni semua kawan nangis sesama nih...heh3...Uncle lebih senang jumpa depa kat sini dari kat KL. Heran sungguh, padahal semuanya taklah jauh sangat errr...kecuali betuk yang masih gila duduk kat Tanjong Malim!

ms.legolas berkata...

Uncle,
cite la camne diorg ni leh dapat nama gelaran masing2..

knp ye di panggil Nyamuk,betuk n so on..
musykil lak....

Uncle berkata...

Dear Ms Legolas.
Pergh...panjang cerita ni....si betuk ni main rugby dengan Uncle dulu. Badan punyalah keras...ni kalau kena tackle dengan dia, mahu parah jadinya, Uncle pun tak terkecuali walaupun kami training, si betuk ni belasah betul2...tapi actually tu bukan sebab apa dia dapat nama betuk...heh3...

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya) Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientian...