Isnin, Disember 21, 2009

Kunjungan

(tukang masak import dari Tokyo...mahal ni...)

(miss tokyo dengan harley davidson nya...)

(gadis ku....seri mewangi...bagai...)
(Uncle Pet di sebelah kiri dan adik Uncle Pet disebelah kanan. Yang tengah tu aku tak berapa kenal pulak!)

(dua tag team WWF)

(towkay laksa dok kacau periuk)

Semalam aku mendapat kunjungan dari fellow blogger yang tersohor....heh3...kami tak pernah berjumpa, dan kenal pun melalui alam maya. Tapi semangat kami memang tetap utuh. Planning nya kami nak TT kat PAP, tapi memandangkan aku injured disebabkan oleh perlawanan dengan NZ All Blacks 2 hari lepas dan takut diserbu peminat-peminat rugby dunia, kami mengambil keputusan untuk berjumpa dirumah aku saja sambil makan laksa yang kami tempah dari Tokyo!

Uncle Pet talipon dan bagitahu yang dia ada kat Galaxy (bukan nama majalah..), jadi akupun terpa pergi kesana. Aku talipon dan bagitahu kereta aku kaler apa dan bila aku tanya dia ada kat mana, dia jawab yang dia ada kat belakang kereta aku! Pergh.....hebat sungguh Uncle Pet ni....memang sah dia ada "bela" nih....

Uncle Pet datang dan melepak kat rumah aku dengan adik dia. Banyak kami sembang merapu. Tengok album gambar aku sekejap sebelum UP mintak diri dengan maha sopannya untuk balik ke Shah Alam dan Sri Damansara. Kaya sungguh UP ni, sampai 2 tempat dia nak balik! Jadi to UP dan adik dia, aku nak ucapkan terimakasih sebab datang tengok orang sakit belakang! Heh3...

Petang tu pulak aku melepak dengan aunty kat depan rumah sambil tengok Marina dok mengekek-ngekek gelak main sorang-sorang...abang dengan yuya dok gigit jari belakang grill tengok kami main sebab teringin nak join tapi pasal "sports injury", tak berkesempatan nak horey-horey sama. Kesian kat depa....pi balik pi balik pakai kain pelikat. Tu lah sekali aku tengok depa pakai kain pelikat. Depa pun macam aku jugak, allergic pakai kain pelikat ni....bukannya pasal apa, selalunya bila bangun pagi, kami 3 beranak jadi kelam-kabut cari kain pelikat.....memang mimpi NGERI!

Luka abang dah kering dan dah bersih kecuali ada bengkak sikit lagi....luka yuya pun dah kering sekarang ni. Hari ni Yuya dah tak nangis jadi kesimpulannya, dia dah agak baik...marina pulak la ni dok melepak sama dengan abang-abang semua dok melangut tengok cerita "masam-masam manis". Bergelak sakan sungguh depa. Ini satu pembaharuan pada abnag dan yuya yang selalu tengok Tom and Jerry. Dah dewasa anak-anak aku!

Hari ni aku tak kemana. Cuma duduk rest kat rumah. Aunty pergi kerja dan aku pulak duduk rumah jaga anak-anak....dan tak lupa jaga mama sama sebab semalam mama datang ke rumah. Tadi dah buatkan minuman untuk mama dan suapkan nasi kat mama. Mama tiba-tiba bagitahu yang dia teringin nak makan pindang@singgang. Horey...mama nak makan....aku bawak nasi dan pindang dan suapkan kat mama pelan-pelan. Habis sepinggan dan mama mintak tambah lagi...Wah ni dah ada perubahan ni....Tadi aku berpesan kat pembantu aku..."Wiwit...jangan tinggikan suara kamu, jangan marahkan mama, jangan buat muka kat mama....jaga mama macam kamu jaga mak kamu sendiri...". Wiwit angguk....

26 ulasan:

My Life berkata...

salam..
dear unkel.. alhamdulillah uncle dan baik.. begitu juga dgn abg dan yuya.. mesti best untie masak..

jeles dengan uncle pet.. huuhuhuhuhu teringin gak nak jumpa uncel sekekeluarga..

Uncle berkata...

Dear ML.
Alhamdulillah dah baik sikit walaupun tak lah banyak sangat...bila2 ML free dan ada kat KL, just let me know!

mama ju, berkata...

Salam Sahrir.Sebenarnya nak juga panggil uncle tapi kerana jauh lebih tu..tak sampai hati pulak...Muga shahrir jadi anak,suami dan ayah terbaik.Satu hari citalah perkenalan dgn mrs tokyo tu..bye

ms.legolas berkata...

Slm.

Dear Uncle,

terliur tgk laksa jepang Wakana,
beruntung betul uncle pet..urayamashi.. naaaaa

tentu mama uncle happy,
anak kesayangan layan dia makan..
tu yg sampai tambah2 makan kan...

regards,
ms.legolas

rezeki berkata...

salam uncle

tu dia , 2 beranak berkain pelikat
krn bersunat, paknye kene tackel masa lawan all black kat dlm lif he he

sib baik uncle dh pulangkan tongkat hari tu, kalau tidak uncle dah boleh pinjam , pakai sekejap

nti i spi kl, i call u

kucingorengemok berkata...

ooo minah jepun uncle tu pandai buat laksa! i salute her!! :)

PINATBATE berkata...

Wah wah wahh..!
hensem abes UP adik beradik ni ..;)
semuga cepat sihat uncle..

hajah zainab bt abdullah berkata...

syukur uncle dah OK. boleh layan mama pulak, baguslah uncle, ambik peluang layan mak uncle tu.

Motivasi Kerja berkata...

Assalamualaikum Uncle. Wah seronok import tukang masak jauh tu. Skrg dah ada kat KL ke? Nampak macam kat Malaysia jer..

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
I am trying to be the best walaupun nampak gayanya payah...saya cuma berbekalkan lagu Robbie William..."To Be A Better Man..."

Uncle berkata...

Dear Ms L.
Mama doesn't understand and recognise anymore...she keeps on repeating herself every 1 minute. Right now she keeps on telling me, "Shah jangan tinggai mama naa..." every few seconds....OMG...please give me strength!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Correct...patutnya tongkat tu Uncle simpan dulu....heh3...

Uncle berkata...

Dear KOG.
Dia buat 2 sekali....satu laksa asam dan satu laksa penang....huh...ambik!!!!!!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Memang 2-2 tu lelaki melayu terakhir! Young, rich and famous lagi....heh3....

Uncle berkata...

Dear KN.
This is the most trying time....I just talked to someone yang mengalami experience yang serupa dengan mak dia....Ken told me about this website and I'm going to google it rightaway!

Uncle berkata...

Dear MK.
Memang la ni ada kat KL. Hari ni tak buat apa, cuma duduk dengan anak-anak dan mama kat rumah....tadi suap mama makan..

Carrie-Ma berkata...

SALAM,

WARNA RAMBUT UNCLE NI MCM BISKUT CHOC FUDGE EK, KEJAP PUTIH, KEJAP HITAM HIHI

Uncle berkata...

Dear Carrie-Ma.
That's why they call me "Uncle The Illusionist!" Hheh3......sama macam mentadak-mentadu yang buleh tukar kaler ikut persekitaran! Hheh3...

zainon berkata...

Salam,uncle,
Semoga cepat sihat & cergas utk melayan keluarga uncle.
Azlie nak buat gathering PDKM 10 Januari nti.
Apa kata uncle join sekali. Kami yg dr jauh ni boleh buat pertemuan 2+1. Jimat masa & wang,meriah lagi....

uncle pet..!! berkata...

trimas ankel.. laksa tu sedap oooo.. nnt blh p lg.. ahaksss..

sapa2 yg dok trliuq guk2 mmg rugi la xmerasa laksa auntie..
pndek crita cpt2 la p cri ankel smentara ankel dok mesia ni.. huahuahua..

Uncle berkata...

Dear Zainon.
During that time I might be in Penang and might not be able to attend....enjoy!

Uncle berkata...

Dear UP.
Thanks for the compliments. Nanti mai lagi, pasai dah tau rumah...bukan Galaxy na....yang tu panggung wayang! Heh3...

QaSeH berkata...

. ne aci cmni..
. UP dpt mkn laksa auntie dlu..
. x tnggu Q pn, uhukss..
. anyway, cayalah kt auntie!! ;)
. tke cre ankel..

dilaOHdila berkata...

salam uncle
untie masak apa tuh
seronok aa uncle dah ada tukang masak
(he he he)
apa favourite masakan unty ni
mesti unty pandai masak tempayaki kan uncle......

Uncle berkata...

Dear Q.
La...awat tak mai hari tu? Heh3...

Uncle berkata...

Dear Dila.
Aunty buat laksa....this weekend nak suruh buat lain pulak...heh3...tengah pikir ni...

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...