Jumaat, Disember 04, 2009

Seram-sejuk!

(suasana dibalik tingkap masa khutbah jumaat tadi)

(aku dengar khutbah dari kedai kopi...)

(ramai jugak yang joint aku rupanya...berderet2...)

(last jumaat yang padat untuk tahun ni)

Amboi...satu dua hari ni aku memang dah naik seram-sejuk. Sebab air-cond, tak jugak...sebab jemaah ramai, tak jugak...sebab nak balik, tak jugak...sekali lagi aku garu tapak kaki yang tak gatal! Aku lari pergi bilik sekejap tadi sebelum sembahyang asar. Capai benda yang check suhu badan tu. Ala...yang aku cerita dulu, made in china tu...aku tekan punat dia, selit celah ketiak aku...teet...teet...teet...dia tunjuk 36*. Aik...tak demam pulak...satu hari berlari, aku tak sempat nak makan walaupun si dollah dah kenyit-kenyit mata kat aku sebab dia masak briyani hari ni. Aku cuma rasa briyani dia 2-3 sudu. Memang sedap!

Lepas sembahyang jumaat tadi, aku didtangi sekumpulan jemaah yang nak kata asian tak asian, european tak european...check punya check, rupanya depa ni dari Bosnia Herzegovina. Adalah dalam 50 orang. Macamana nama depa? Halilovic Muderris...pergh...terbelit jugak lidah aku nak sebut. Depa ambik tempat makan yang mengadap masjid. Ala tempat yang selalu aku ambik gambar masjid tu. Seronok sungguh depa makan sambil depa tengok masjid. Tak habis-habis berdoa...alhamdulillah. Kalau tak salah aku, bukan senang orang sana nak datang haji kalau tak ada duit. Maksudnya, mungkin depa ni banyak duit.

Petang pulak lepas asar, aku jumpa 3 orang penyamun mekah...depa sekarang dah jadi tokay kambing. Memang power berniaga kambing ni. Mengikut cerita salah sorang penyamun tu, tahun lepas ada lagi sorang penyamun beli Mercedes pakai duit kambing...dia bayar cash....ni bukan bayar cash beli kambing, ni bayar cash beli merc...bersemangat aku dengar. Dan menurut cerita sorang lagi pulak penyamun, dia kata, kambing untuk korban tahun depan dah mula masuk ke Saudi sekarang ni untuk dibela. Ini penting dilakukan dari sekarang sebab bila sampai musim korban tahun depan, kambing-kambing tu semua dah boleh cakap ARAB! Heh3...Jadi kawan-kawan penyamun aku tu sekarang tengah dok berkira-kira macamana depa nak menyamun tahun depan...heh3...

Kejadian banjir di Jeddah pada 8 hb zulhijjah tempohari memang dahsyat. Maklumlah sini tak pernahnya jadi bencana alam yang seteruk tu. Hari ni aku baca paper yang mengatakan, kerugian mencecah berjuta-juta Riyal dan setiap keluarga yang kehilangan ahli keluarga akan diberi sejuta riyal. Duit tu memang lah banyak bunyinya tapi mana nak sama dengan nyawa orang tersayang! Banyak kedai-kedai yang masih ditutup dan sekolah yang terpaksa bercuti. Perniagaan semuanya terbengkalai dan tuntutan-tuntutan insurans akan bernilai berbillion-billion ringgit. Sapa jadi lawyer, aku rasa masa ni memang pening kepala nak melayan...mungkin lebih pening daripada aku yang hanya menjaga jemaah makan!

Tadi aku jumpa tour leader dari sebuah negara Asia. Kami bersembang sambil menghirup kopi sorang secewen...dia cerita kat aku yang dia nak pergi Jepun. Aku kalau dengar orang cakap nak pergi Jepun, aku pulak yang jadi excited lebih....apa program dia? Katanya dia nak bawak jemaah SEA untuk berkunjung ke Jepun dalam pakej Islam. Meaning, semuanya halal dari segi pemakanan jemaah kat sana. Bagus jugak tu. Selalunya Apple Holiday ada buat macam tu tapi aku tak sure samada dia concentrate on muslim package ataupun tidak? Mungkin ada kot...but anyhow, aku rasa kalau nak pergi mana-mana pun, makanan selalunya tak ada masalah untuk aku. Takkan nak usung pergi mana-mana...makanan aku selalu akan menjadi bertambah simple kalau pergi mana-mana. Roti pun ok....cicah kopi pun ok......boleh diet sekali! Heh3...ok, aku nak pergi sembahyang maghrib sekejap dan lepas tu berperang lagi sikit. Semoga seram-sejuk aku akan beransur baik esok...

11 ulasan:

hajah zainab bt abdullah berkata...

Dear Uncle,
Bila peperangan akan berakhir? Take care...makan jangan tak makan, nanti sakit sape susah...:((

ediannuar berkata...

dah tiga hari tak msuk blog uncle, rindu lah... dari rasa sedih terus rasa happy... hehehhe... bila uncle target nak balik mesia?

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.
Ni perang saya yamg teramat dahsyat abad ni KN ooiii...semuanya tengah sakit ni....takpalah...esok habis la kot..

Uncle berkata...

Dear Edi.
InsyAllah Uncle akan balik tak lama lagi. Saja tak nak bagitahu date sebab anak-anak pun tak tahu lagi nak balik ni...heh3...

ediannuar berkata...

biasanya hari ahad, uncle buat apa kalau off day? jalan2

Uncle berkata...

Dear Edi.
Hari Ahad di Mekah, Uncle akan breakfast kat bilik, pergi masjid then lunch kat bilik, baca buku, baca newspaper dan layari internet. Watch japanese movies etc sampai malam...

Hari Ahad di KL, Uncle akan keluar breakfast dengan family, tengok wayang, petang hantar abang main bola, lepas tu hantar yuya main bola kat club, then bawak aunty dgn marina jalan2 kat situ sementara tunggu abang dan yuya habis main bola.....activity sentiasa full!

rezeki berkata...

salam uncle,

selamat berhari minggu (in advance) utk uncle esok he he he

esok dpt off day tak ?

saya dh merasai 2 kali banjir besar yg melanda KT , penghujung tahun 2006 dan awal 2007, habis musnah , tapi redhalah dgn ketentuan Allah,
Yg tak tahan melurut jatuh terduduk kat tangga dari atas akibat licin semasa mencuci rumah, sakitnya tapi diakhiri dgn gelak ketawa.hampir 8 kaki dlm rumah dinaiki banjir.

saya pun 2-3 hari ni sibuk sikit, perancangan ke SA utk WC2010 alhamdulillah berjalan lancar , semua tiket dh confirm ,kalut juga hari tu psl kebanyakkan hotel semua depa dh block , terpaksa ubah tarikh fly 2-3 kali , kalau tak, tido kat kaki 5 le ngeh,ngeh,ngeh

tapi alhamdulillah, sekrg dunia tanpa sempadan, semua uruskan sendiri secara online, DIY

cuma tiket games je belum confirm krn FIFA pakai system poll utk mengelakkan penyelewengan, lagi 3-4 hari baru tahu , jika berjaya , mrk akn emailkan.
uncle tolong doakan agar segala perancangan saya berjalan lancar, kita hanya merancang, Allah yg menentukan

uncle kalau balik kl, boley kita pekena teh tarik kat mana2, kalau sudi dan berkelapangan , uncle emailkan tarikh pulang ke kl dan no hp psl saya ada kat KL dari 23-27 , kalau takde aral melintang dan diizinkan Allah.

umah mak mentua pun kat cheras je .
dh dkt dgn umah uncle .

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
Memang rezeki sungguhlah kalau dapat ke SA untuk WC2010....tapi kalau Uncle pergi mungkin Uncle pergi tengok Springboks pasal depa tengah top chart la ni...

Pasal jumpa dalam tempoh tu, insyallah kita boleh pekena teyy kalau tak ada aral melintang. Cantik sangat tu...i'll let you know my departure date and my hp number.

E-mail me at: shahrir_a29@hotmail.com

olive oyl berkata...

salam uncle


jgn percaya dgn alat suhu badan yg modern mcmtu..baik beli yg dok kulum bawah lidah tu uncle..kesian uncle demam..tu laa kerja teruk sgt tu...........

hope today uncle dah ok..mkn ubat ikut dos tau...ambik towel..basahkan..perah pastu letak kat dahi ok..

nti klu sakit..mcmna nak hoorey horeey dgn aunty,marina,yuya dgn abg ..

Uncle berkata...

Dear Ton.
Jangka suhu tu boleh letak kat mulut sama tapi tak taolah pasai apa Uncle pi letak kat ketiak! Heh3...mamun kot!

hamba berkata...

salam ziarah... bestnyee tempat keje uncle dekat dgn masjidil haram.. suka ngan gambar2 yang uncle tepekkan dalam blog nie...teruskan pertepekkan gambar2.. hehe

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...