Rabu, Disember 23, 2009

Pesanan untuk adik-adik

(apa lah budak ni makan?)

(pun tak habis2 lagi)

(bila sihat sikit, selera pun bertambah)

(pesakit2 dok main game)

(sampai macam ni letih...)

Semalam aku ada appointment lagi. Berjumpa sorang lagi yang sangat penting. Appointment pada pukul 2.30 petang katanya dalam e-mail untuk aku. Macam biasa, aku tak mahu terlambat untuk appointment penting ni. Selalunya aku dah siap buat "homework" supaya aku tahu dimana aku nak cari depa nanti ataupun kat mana terletaknya tempat untuk aku berjumpa depa. Bila dah dapat arah, aku akan plan betul-betul supaya aku tak terlambat sampai untuk berjumpa depa. Ini sangat penting especially kepada adik-adik yang akan pergi interview selepas sekolah ataupun selepas universiti nanti. Pukul 12 tengahari aku dah bersiap. Pukul 1 petang aku dah keluar dari rumah. Pukul 1.30 aku dah tersilap masuk highway dan terus mengarah ke Sungai Buloh...Pukul 2 petang aku dah tersalah masuk office depa dan diarahkan ketempat lain. Pukul 2.20 aku masih melilau dok cari parking. Pukul 2.23 petang aku dah masuk parking betul-betul kat depan office oarang yang aku nak jumpa tadi. 2.25 petang aku dah duduk kat dalam pejabat dia. Pukul 2.30 petang, kami dok bersembang sakan...

Adik-adik yang Uncle sayang sekelian....apabila adik-adik nak pergi berjumpa dengan orang penting ataupun interview, Uncle sarankan agar adik-adik buatlah homework secukupnya. Study tentang "company profile" tadi. Study siapakah yang berada didalam "Board". Cari klip-klip berita terkini tentang syarikat tersebut melalui "archive" ataupun di internet. Ini penting supaya apabila adik-adik ditanya nanti, adik-adik mampu menjawab dan tahu keseluruhan struktur syarikat tersebut termasuklah matlamat" dan pengstrukturan syarikat.

Jangan ambik mudah tentang lokasi tempat pertemuan. Ambik contoh Uncle yang keluar rumah pukul 1 tengahari dan sampai ngam-ngam kat depan office depa. Itu sangatlah merbahaya. Kalau adik-adik terlambat, 20% markah adik pada mata depa akan berkurangan. Ini menyebabkan adik-adik akan kalah sebelum berperang dan ini amatlah merugikan masa depan adik-adik.

Apa yang berlaku pada Uncle semalam sehingga Uncle sampai ngam-ngam kat tempat pertemuan? Macam yang Uncle kata, Uncle tersilap masuk highway. Bila dah betul, cari jalan pulak tak jumpa.....bila dah jumpa, silap office pulak! Kan dah menyusahkan, walhal beberapa hari sebelum tu Uncle dah ada betul-betul kat depan office depa! Ni memang "unsangkareable!". Walaumacamanapun, Uncle tetap sampai awal kecuali agak tercungap-cungap. Ini tak bagus untuk pernafasan adik-adik dan ketenangan adik-adik sebelum melalui proses temuduga.

Pakaian adik-adik pulak mestilah kemas. Murah atau mahal tidak memberikan banyak impact tetapi cara berpakaian (sesuai dengan tempat dan kerja), penampilan, eagerness, knowledgeable dan sedikit berkenaan dengan ketepatan waktu amatlah penting. Bila adik-adik sampai lambat, ini menunjukkan yang adik-adik tidak mengambil pusing perkara-perkara penting. Kalau di Jepun, contract-contract adik semuanya akan dibatalkan dan kesemua peluang yang bernilai jutaan ringgit akan habis begitu sahaja.

Hari ni Uncle cuma teringat nak pesan sikit kat adik-adik semua sebagai panduan dimasa depan....sekali lagi Uncle nak summarise apa yang Uncle dok merepet kat atas tadi tu...

1) Plan your route
2) Do your homework
3) Research sikit on the job that you are applying for
4) Research sikit pasal company tu dan siapa yang duduk didalam "Board" depa...
5) Study sikit apa depa punya "mission statement"
6) Jangan lambat ke tempat yang dijanjikan
7) Berpakaian kemas dan sopan, sesuai dengan pekerjaan yang dimintak dan mahal tak semestinya kemas!
8) Buatlah semua persiapan dengan baik i.e. resume, sijil-sijil dan surat-surat yang dirasakan relevant dan mampu membantu sewaktu temuduga

Uncle rasa dipagi yang syahdu ni, cukuplah dulu setakat ni. Uncle nak sembahyang subuh dulu naa....actually, Uncle pi jumpa kawan dan kami dok bercerita pasal interview ni yang selalunya kami tengok adik-adik gagal untuk menepati piawaian. Jadi kami sedikit frustrated. Kami pikir dan pikir macamana kami mampu membantu. Jadi Uncle ambik kesempatan ni untuk cerita sikit kat dalam blog merapu ni supaya adik-adik tahu apa tugas adik-adik nanti dan apa yang kawan-kawan Uncle yang dulunya "penyamun" lihat apabila adik-adik pergi interview. By the way, semoga "Bahagia..." heh3...

26 ulasan:

Mak Aji berkata...

As'sallamualaikum Uncle

Baru le hari ni dapek masuk blog uncle nih. Jam 7:00pagi Mak Aji dah sampai ofis. Jam 8:00 malam baru sampai rumah. Huh!

Nasihat uncle amat berguna sekali untuk panduan kita semua, bukan saje kepada adik2, kdp kita juga yang bekerja nih.

Uncle, Mak Aji nak tambah sikit ye, sebelum gi interview, bangkit subuh2, mandi bersih2, kumur mulut ngan lestrine, pakai deodrant, pakai singlet atau yang seumpamanya lah supaya peluh tak melekat kat baju kemeja, biar nampak kemas & bersih :)

mama ju, berkata...

Terimakasih atas nasihat ,Mamaju akan minta anak2 baca blog berguna ni.Bye

Fida berkata...

Good reminder, uncle.

I guess "Bahagia" will be your tagline from now on, ya? :-)

Masih sakit belakang lagi ke?

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Ooomak aiii....lamo eh raso tak dongar khoba Mak Aji...rhindu lak raso eh....boto tu Mak Aji....mandi sebolom poiiiii nanti NGORHI!

Uncle berkata...

Dear Mama Ju.
Bagilah depa baca kalau Mama Ju rasa ianya dapat membantu....Uncle masih berusaha untuk merealisasikan impian untuk membantu adik-adik. InsyAllah malam ni waktu dinner, Uncle cuba bentangkan proposal Uncle pada orang penting tu....

Uncle berkata...

Dear Fida.
New tagline? Heh3.....sakit belakang tu ada lagi kalau duduk lama-lama. Anyway petang ni ada appointment dengan dr sunat....

azieazah berkata...

Salam kenal SHAHRIR... (mcm nama kawan saya)

Terimakasih info yg sangat berguna. Tentang persediaan menghadapi temuduga. Saya rasa amat berguna untuk anak-anak saya soon....

My Life berkata...

salam

dear uncle

moga dipermudahkan segalanya..

Yattisa Roslan berkata...

Dear Uncle;

bagus la checklist uncle ni..boleh refresh balik makumlah saya dah 12 tahun x pergi interview... nampaknya ini satu permulaan yg baik...

not to0 late : Salam Maal Hijrah.

Tanpa Nama berkata...

askum uncle....ni adik pet...trima kaseh ats nasihat uncle...sya akn cuba kn yg terbaik....

uncle pet..!! berkata...

thnx ankel.. good guidance..

Mak Aji berkata...

kelakar nya uncle,loghat penang tukar jadi negeri sembilan heh3. kita orang duduk kat Hulu Langat, so cakap sikit2 loghat minang lah, wp kita orang bukan minang ..heh3.

Uncle, Mak Aji tertanya2 kenapa tak ada gambar penimbang badan dalam blog ni sejak uncle balik M'sia! heh3. Ke dahhhhh 76kg heh3.

Sakit belakang dah OK ka uncle :)

dilaOHdila berkata...

salam Uncle..
wah abang & yuya dah sehat tuh
lepas ni boleh main bola sepak erk....

alahai Tukang reporter tertidur nyenyak tu
mesti penaat dok buat press conference semaalam..alahai comel lah marina nih.

Uncle berkata...

Dear Azieazah.
Thanks for visiting. Kalau ok, pakailah....

Uncle berkata...

Dear ML.
Untuk dipermudahkan, kita masih perlu berusaha dan berusaha......heh3...

Uncle berkata...

Dear Yatt.
La...apasal lama sangat tak pergi interview ni? Pergilah interview....heh3...tak elok kerja kat satu tempat tu lama2....heh3...

Uncle berkata...

Dear Adik Pet.
Thanks for visiting my blog and thanks for visiting me last few days in Paris!!!! Heh3...

Uncle berkata...

Dear UP.
Good guidance ke tu? Ala...merapu sana sikit...merapu sini sikit....biasalah....orang takdak hala tuju lagu tu lah....heh3...

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Kelakar sungguh....nak tengok ka weighing scale tu? Takut Mak Aji terkejut jelez nanti....la ni dah turun lagi!!!!! Heh3...nanti malam kami duduk kat Royale Bintang the Curve dan Uncle akan beli penimbang baru....yay!

Uncle berkata...

Dear Dila.
Alhamdulillah. Semuanya sihat. Semalam petang Uncle bawak depa jumpa Dr. Jawi (adik beradik Dr Jisim). Dr Jawi kata, "All's Well Ends Well" (macam cerita cina). Marina pulak Uncle usung satu hari semalam. Sampai pi meeting pun bawak sekali!

Mak Aji berkata...

As'ssallamualaikum uncle, Ohayo gozaimas.

kalau nak timbang badan, guna yang macam kat hospital tu ... lebih tepat. Kalau penimbang kecik !!! ... hehe3 ... tipu aje hehh3.

Oooo uncle hari ini kat Royale Bintang ye! mmmm ... Mak Aji nak gi sana lah ... skodeng heh3.

Uncle berkata...

Dear Mak Aji.
Don't worry...saya dah order penimbang LOMBU yang kek pasar Chow Kit tu.....PUAS!!!!! Heh3...

If you are free, drop by at Royal Bintang Curve, PJ. Boleh kita minum Iced Cappucino segelas share 6 orang......heh3...I should be there by 5.30 pm...let me know if you happen to be in that vicinity....kami nak horey2!

olive oyl berkata...

salam uncle..

kenapa marina mkn icecream pegang mangkuk....hahaha..ton dok fikir ni apa fungsi mangkuk bulat tu...cute sungguh..nak kata utk alas icecream dari tumpah,nmpk mangkuk tu bukan hala kat icecreampun...

bagus ni klu baca before ton pi interview aritu tu..thanks ya uncle.entry ni sungguh bagus...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Bowl tu pasai Marina makan lambat sangat. Jadi, dia menitik tit...tit...tit...

Bila nak mai KL?

Lotfi Lokman a.k.a kamitaken berkata...

terima kasih banyak2 ankel. jazakumullah.. atas info yang sangat berguna kesan dari pengalaman yang hebat!

hari ini saya start bekerja dengan THTS. eh, ankel sorang jer baru tahu nih. isteri saya pon tak tahu lagi. penyamun mesti kena bagitahu bos penyamun dulu. hahaha

sampai awal, sebab bos tak bangun tido lagi. wakakaka

doakan agar berterusan dan saya dapat bertahan. amin.. wassalam.

Uncle berkata...

Dear Lotfi.

Enjoy working...

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...