Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, Oktober 02, 2008
Prince and Princess of UAE
Aku nak mintak maaf banyak-banyak kat semua sebab 2 hari raya tiba-tiba internet connection aku kong! Tak tahu sebab apa sebab aku pun bukannya savvy sangat. Dapat uploadkan gambar tu pun kira dah terror la tu! Anyway, aku memang busy giler masa the last 10 days of Ramadhan. Tak tahulah aku nak cakap macamana punya busy sampai nak tidur dan pergi toilet pun tak sempat. Mungkin pada hoteliers lain mungkin akan faham betapa sibuknya aku bila aku terpaksa siap dan hantarkan makanan berbuka puasa untuk 120 orang setiap malam dalam tempoh 45 minit berselang dan sahur aku ada 80 orang, dan semuanya dihantar ke bilik. Ini belum termasuk Prince, Princess, Ministers dan lain-lain yang datang menginap dan memerlukan special attention, special set-up selama 24 jam. Banyak multi vitamin dah aku telan sampaikan ada satu VIP tu tanya kat aku, "Eh Shahrir, you tak tidur ke?"
Walau macamana pun segala usaha aku selama sebulan tu berbaloi apabila satu persatu guest panggil dan ucapkan tahniah sebab dia orang terkejut yang ni merupakan Malaysian company yang run. Dia orang janji akan datang lagi lepas ni. Modal aku senang saja. Senyum, attention to detail, service dan senyum lagi dan lagi dan lagi.
The last day of Ramadhan, tepat jam satu pagi ada satu Royal Family from UAE panggil aku pergi bilik dia orang. Aku terkejut, habis lah aku....so aku pun turun bilik dia secepat mungkin. Princess came out dengan mak dia sekali. Prince dok kat dalam bilik. Aku tergamam sebab dia nak jumpa aku. Dia bukak pintu then senyum kat aku. Terus dia cakap terimakasih banyak-banyak sebab jaga dia selama sebulan bulan Ramadhan. Aku confuse, ada ka aku jaga dia sebab ramai sangat Royalties kat hotel aku. Anyway, lepas tu dia bagi aku small packet, kata dia as a thank you gift. Aku yang terkedu dari tadi pun cakap thank you. Bila balik bilik aku bukak lah gift tadi, ingatkan perfume, tapi rupa-rupanya jam tangan CERRUTI1 1881!!!!!!! Peh.....nak beli tie CERRUTI pun tak pernah ada duit. Aku bagitahu Wakana, dia kata kalau ada lebih, mintak lagi satu. Heh3X aku ingat kalau aku balik KL pakai jam ni dan bawak kapchai aku, orang sebelah aku kat traffic light mesti ingat dari Petaling Street! Heh3X.......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
6 ulasan:
Waduh uncle CERITTI tuh!!!
cayalah....prince lak yang bagi
memang rezeki lah uncle. Selalunya sikap manusia yang ikhlas mengerjakan sesuatu pasti ada balasannya. Tuhan itu maha pengasih begitu jugak sikap manusia dalam dunia ini yang tahu MENGHARGAI sesuatu. Moga bergembira dgn jam baru erk Uncle (he3)
** kalau dilla nampak uncle pakai kapcai pun dilla tak kan kata itu jam PS BOUTIQUe;-)
sebabnya dilla dah tahu ceritanya (hahahahaha)
Dear Dila.
Rezeki tu...tu lah dia, Uncle cakap nak beli tie CERRUTI pun takde duit. Infact CERRUTI tu dari UAE royalties, perfume kat sebelah pulak from VIP dari KL, minyak atar kat tepi from another VIP dari Riyadh and last but not least, cokelat dari 2 orang staff I yang kumpul duit bagai nak giler utk beli cokelat yang harga dia SR12 (RM10). Kesian tak?
Uncle
Adooooooiiiiiiiiiiiii! Bang,ni yg saya jeles tahap gaban ni.adoi mak,cerruti tu :-) wateverpun,i congrats u bro! u deserve that bro.actually,depa kena bagi more than that 4 ur excellent job! proud all of u from malaysian which made a great establishment of d only malaysian owned hotel.cayalah bro. congrats to en.azli & en.amir wt ur great team!best of luck to all of u :-)
Thanks Helmi.
In fact if we put our mind and soul, give 100% of commitment, think out of the box, be positive and always strive hard, insyAllah we'll be there. Pasai apa mat salleh semua boleh sedangkan kita pun ada kemampuan yang sama kalau tak pun lebih lagi? Things to ponder!
Uncle
wow!!! hubby lisa cukup suka brand tu..tapi cam uncle ckp le..rege dia jer mak aiiii!!!
Dear Alicia.
Memang mahal harga dia. What you can do is to save money and buy CERRUTI for his next birthday. That will be a big surprise for him. Uncle pun dok buat macam tu untuk Aunty Wakana tapi tak pernah cukup duit!
Uncle
Catat Ulasan