Selasa, Mac 10, 2009

Al Haram

(seronoknya makan beriani kambing...)

(tepi katil aku mesti ada family aku)

(dinner aku for the past 2 days...semangat nak kurus!)

Hari ni aku rasa lega sikit sebab dah bertambah relax berbanding dengan satu-dua hari yang lepas ataupun masa aku mula-mula bertolak balik sini dulu. Thanks to Aunty yang sentiasa bagi encouragement dan pada fellow bloggers yang sentiasa faham perasaan aku yang gundah-gulana hari tu. In fact tu bukanlah experience aku kali pertama macam tu. Dari kecik-kecik lagi aku dah tak duduk dengan family aku sama-sama sebab dari umur 13 aku dah duduk kat sekolah. Adik-beradik aku selama tu, kawan-kawan aku lah...sampai dah beranak-pinak ni pun aku macam tu jugak. Nomad betullah aku ni...walaupun dah ada experience berpuluh-puluh tahun tapi hati dan perasaan aku pada keluarga tetap tebal.

2 hari lepas masa aku first time pergi Haram lepas balik sini aku masuk ikut pintu tepi jejambat sebab hotel ni pun sebelah jejambat tu saja. Very close. Zam-Zam dengan Hilton lagi jauh dari location hotel ni...naik kat atas. Aku tengok banyak kawasan yang dia dah tutup untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Maklumlah sekarang masih low season lagi. Aku perasaan yang lantai marble dia dah tukar. Mungkin dia polish masa aku tengah cuti ataupun dia tukar, aku tak pasti tapi yang confirm, memang cantik dan berkilau-kilau. Aku sampai dah terus nak sembahyang jadi tak sempat nak belek yang lain-lain. Hajat hati nak masuk sebelah kanan dekat dengan tempat sa'e tapi area tu pun tutup. Aku suka sembahyang kat situ sebab aku boleh mengadap pintu kaabah walaupun dari jarak jauh. Keadaan masih lagi tenang. Tak sesibuk musim haji. Obviously....sembahyang agak cepat aku rasa. Bacaan-bacaan dia pendek. Tak se panjang Ramadan. Lepas bagi salam dan lepas berdoa untuk aku, ahli keluarga dan kawan-kawan yang sewaktu, aku pun bangun. Lama tak minum air zam-zam. Aku ambik segelas. Lega...to those who are here for the first time, ada 2 container untuk air zam-zam. Satu sejuk dan satu lagi room temperature yang ditulis merah kat tong dia. Jalan keluar was very smooth. Tak banyak traffic dan orang masih boleh dikira walaupun jangkaan aku adalah dalam belas-belas ribu, in which, this is still considered as very low!

Cuaca? Kalau tengahari dan petang panas tapi tak membakar lagi. It's around 33C but at night masa aku keluar jalan kat Bin Dawood (Mydin kat SJ), it was windy....nice...so kepada kawan-kawan aku yang teringin nak buat umrah, this is the best time lagipun next week dah cuti sekolah...mai lah...mai lah...sayang duit ka? Eh jangan macam tu...Singapore, Phuket boleh pi takkanlah sini tak boleh mai....my suggestion is datanglah masa muda dan masih bertenaga sebab nanti tak larat nak jalan baru nak mai, ala....susah sikit lah...aku ni pun dah sakit lutut, sakit belakang, apa lagi yang umur 65 atau 70 keatas....

4 ulasan:

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Salam Uncle, so dah ok lah agaknya..maklumlah dah syok2 dok kat umah dgn anak isteri, dah nak kena terbang jauh..tabahkan hati, kan uncle dah biasa berjauhan..
So dapatlah kak nab baca2 news dari Makkah.

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.

At least I felt much2 better today. Ada balance lagi sikit2. Oh yes I will definitely tell more about Mekah.

Uncle

Tanpa Nama berkata...

yes..sy pon nk bc cerita pasal mekah..sbb sy x penah pi dan teringin sgt2 nk pi..

Uncle berkata...

InsyAllah Siti sampai jugak nanti. Uncle doakan adik-adik Uncle ada rezeki mai sini nanti na.....

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...