Ahad, Mac 29, 2009

Dapat hadiah...

(tu kepala tengah cat kaler hitam tu!)

(ala...baru collect 3 cuff link...aku suka perfume CK Summer yang oren tu...)

(perfume baru guest bagi tadi..)

(horey...St Dupont!)

Selalu kita membantu orang sebab orang tu dalam kesusahan. Orang tu mungkin orang yang kita tak kenal. Tapi mungkin sifat kita yang sentiasa ingin membantu dengan ikhlas menyebabkan ada jugak orang yang nak membantu kita balik dengan ikhlas jugak. Selalunya apa yang aku buat adalah apa yang aku panggil "service". Dalam hal ni, aku nyatakan "service" didalam konteks positif dan didalam bidang pekerjaan aku.

2-3 hari lepas sewaktu tengah busy, aku ada turun sekali-sekala kat lobby untuk tengok keadaan Moroccan Tea Lounge aku. Memang busy sungguh keadaan kat situ. Macam marrket Chowrasta pun ada, macam marrket Tsukiji kat Tokyo pun ada! Dalam aku dok lalu celah-celah orang seramai konsert "Sure Heboh" aku terserempak dengan "partner in crime" aku, si Azli. Kalau tak silap aku, dia yang bagitahu aku ada satu guest Malaysia tak ada bilik. Guest tu booking kat tempat lain tapi agent dia hantar kat hotel aku. Ala....biasalah kat sini...kan aku dah cakap dulu, ulat memang banyak! Ni Mekah ni....bukan Puduraya tau! Aku tengok guest aku tu muka dah senget. Dalam ihram pulak tu! Aku approach dia, dia cakap ulat@agent hantar kat situ dan dia datang dengan isteri dan anak-anak. Aku approach dia tanya nak makan dulu ka? Dia kata anak-anak dia lapar. Aku bagi depa makan buffet. Aku bawak depa naik atas sementara Dak Li organise bilik dia. Dum dam dum dam lepas lamalah jugak berperang kat bawah tu, Dak Li dapat jugak bilik 16. Guess what? Dalam 30 minit Dak Li dah ubahkan bilik tu jadi bilik untuk satu family siap ada extra bed sekali. Kelas....number one in the world la Dak Li ni...

Depa happy sebab finally dapat bilik. Aku bawak guest tu pulak makan kat restaurant. Since dia nak buat umrah, aku bagi light meal kat dia. Chicken S/W, lapik perut sikit...then Dak Li buat surprise gila kat dia lagi. Dalam sibuk-sibuk tu Dak Li dapat pulak organise satu lagi bilik with Haram View! Dak Li transfer guest tadi and the family masuk bilik tadi dalam tak sampai 2 jam lepas check in...kelas....okay-okay....memang guest tadi bayar rate yang tinggi untuk tinggal kat hotel ni. Memang tinggi okay! Guest tu punyalah seronok tak terhingga....horey!

Tadi aku keluar pergi makan malam dengan Dak Li kat restoran kat belakang Zam-Zam tu. Aku macam biasa dah lupa nama dia! Balik kat bilik saja terus aku tengok you tube cerita jepun. Pergh.....memang syok cerita dia. Tajuk ngeri sikit lah...."1 litre of tears". Memang tear jerker giler ni....kalau Qasyah yang kat Jeddah tengok mesti guling-guling ni. Heh3...dalam dok lepak-lepak kat bilik, tiba-tiba Dak Li masuk bawak beg Ghazzaz. Eh sapa bagi jam ni, aku kata...Dak Li cakap guest Malaysia tu yang bagi. Hah? Bila aku bukak, bukannya jam but it's a bottle of perfume. Memang aku suka, I like........St Dupont, Paris lagi......kelas.....macam orang kaya-kaya!

8 ulasan:

PINATBATE berkata...

Alhamdulillah!Kadang-kadang,rezeki Allah datang dari arah yg kita tak sangka..

Buat baik dibalas baik..buat jahat jangan sekali..

siti berkata...

wah, uncle..
buat baik byk kali takpe buat jahat jgn sekali..best2..sy kat penang, blk kpg mengubat rindu..hehe

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Betul tu betul tu....rezeki, orang nak bagi, ambik sajalah kan...esok pagi pakai St. Dupont, tengahari pakai CK Summer dan petang pakai CK satu lagi tu. Memang carca-marba!

Uncle

Uncle berkata...

Dear Siti Tanjung.
Uncle kecik-kecik dulu pon dah pakai esen Charlie yang Uncle beli kat Penang Road. Masa tu RM12!Ala...yang nak masuk bazar PR tu....lepaih spray satu badan (kat situ jugak spray, la-la tu!) teruih pi makan coq udang kat kedai tepi tu jugak. Kelas....macam orang kaya-kaya!

Uncle

Unknown berkata...

Btul kata Pinat :D

Anyway, cerita one litre of tears tu memang terbaek! serius sedih. dari all rounded jadi impaired. tapi tak putus asa, walaupun dah on the verge of breaking down...

Uncle berkata...

Dear Akmal.
You follow too? Now in fact I'm watching another one, OSEN. About a young boy who wanted to become a Japanese Traditional Chef. Good acting with lil' bit of humor. I enjoy watching Japanese dramas because their acting is real. No Mak Datin and Datuk yang 24 hours dok kat meja makan. Heh3...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

uncle, knab nak tanya : url blog partner uncle tu - mr azli? dah lupa...

Uncle berkata...

Nanti Uncle tanya. Samalah kita, "melayu mudah lupa!" Heh3...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...