Isnin, Mac 30, 2009

Husin dah mandi...

(Husin dan Azli baru nak mandi!)

(ni lah styye dia....pergh...kelas...)

Heh3....saja aku letak tajuk yang suspense tu. Bukannya si Husin tak pernah mandi tapi hari ni aku, Azli dengan Husin makan nasi mandi. Semalam aku ajak Husin pergi dinner tapi maklumlah kalau mai umrah, programnya memang banyak. Selain ke Haram dan berceramah, depa ada program ziarah ke tempat-tempat bersejarah yang sampai la ni aku tak sampai-sampai lagi!. Since semalam aku dah boring sebab seminggu tak keluar hotel langsung, aku dengan partner in crime decided to have dinner elsewhere. A decent food, bukannya makanan hotel. Kami masuk Zam-Zam Ala Kazam kat sebelah, pergi kat restoran Citarasa. Nak makan tapi yang ada cuma untuk group saja. Walk-in counter dah ditutup. Kami jalan lagi dan jumpa pulak restoran Indonesia. Bila tanya dia kata SR30 sorang. Tak berbaloi kalau tengok makanan dia. Sedih....Kampung Baru lagi best. Memang sah lauk tengahari yang depa perangat! Aku ingat nak makan Burger King (penuh BK!), tapi pikir-pikir balik, dari aku makan BK kat ZZ, baik aku order RS saja. So kami pun jalan lah lagi keluar dan nak masuk Restaurant India kat belakang ZZ. Alamak, penuh jugak. Azli cakap ada satu lagi tempat makan. Kami pun pergi kat situ. Kami makan nasi putih, kari ayam, kari kambing, dhall dengan potato, teh satu, air mineral 2. Baru SR31. Siap cakap Melayu pekat lagi orang tu! So sebelum tu lah aku talipon Husin tapi rupa-rupanya Husin ada aktiviti panjat gunung. Husin pergi Gua Hira'. Aku tanya, amacam ok ka? Dia cakap penat sungguh! Nasib baik dia panjat malam-malam...kalau siang? Masa aku talipon aku ada tanya esok after zohor buat apa? Dia kata dia free. Ok set, tunggu kat tiang jam depan Haram lepas zohor....

So tadi since aku off, after 2 weeks, aku pergi Haram. Ramai orang lagi. Esok kalau sempat, aku postkan gambar-gambar kat sana pulak. Aku jumpa Husin. Dia tak perasan aku sebab aku pakai mask. Sekali tengok, aku memang macam Antonio Banderas! Aku bawak Husin pergi Hilton beli mandi. Then balik bilik aku. Bentang sapra (actually it's an arabic word, pandai orang Penang panggey sapra nooooo...) Aku dengan gelojoh makan sampai tak ingat dunia. Husin sorang yang bersopan-santun. Makan dengan slow. Mungkin Husin segan kot...cuba letak nasi kandaq tengok, mesti Husin nombor 1! Makan sambil duduk bersila ni memang sungguh menyegarkan. Tokak pulak cabai hijau 2-3 biji. Mmmmmm heaven....

Lepas makan kami sembang-sembang kosong. Cerita tu cerita ni...macam-macam ada. Dari duduk kat kerusi, kami duduk kat lantai. Dari duduk kat lantai, kami ambil bantal pulak baring-baring....hah...ni semua punca la ni! Mata makin lama makin kecik! Wah kacau ni kacau...tak boleh buat selalu ni! Satgi carca-marba! Husin sempat layan e-mail sekejap. Update sana update sini. Pukul 3.30pm Husin mintak diri nak balik sebab dia nak pergi Haram untuk solat Asar. Aku ucapkan terimakasih kat Husin sebab meluangkan masa datang jumpa aku. Aku cakap kalau ada masa kita jumpa lagi. Alhamdulillah, dari tak kenal Husin, dari dok berhubung melalui blog, of all the places, kami jumpa kat Mekah. Kalau kat KL bukannya tak boleh jumpa sebab Husin kat Kelana Jaya dan Kak Anne aku kat DJ. Kalau nak jumpa kat pasar malam Taman Saadon kat Penang pun boleh jumpa, kalau nak, tapi tak jumpa-jumpa jugak! Bukan ka dekat tu kalau nak jumpa? Tapi ni semua kuasa Allah...kami jumpa di Haram...dibumi Allah...to brother Husin, please keep in touch even when you are in KL. Take care and have a nice trip back home. Enjoy nasi lemak, enjoy roti canai banjir........slurp...slurp!

13 ulasan:

Kassim Selamat berkata...

Perghh! selera tengok nasik tuu! kenapa ada 2 jenis nasik tu bro?

Cabai hijau tu sambil makan gigit gitu tuu jer...mcm makan nasik kandaq! feveret hussin tuu...hehehe.
Kat KL nasik kandaq dkt jln TAR terkenal...Restoran Yassin.

Ingat lagi masa sy gi umrah dua tahun lalu...beli nasik dgn ayam sebelah...cuma SR10 jer....nasik boleh makan berempat...hehehe

Tanpa Nama berkata...

uncle, boleh cerite sikit tak clear maksud nasi mandi tu ape ye, nasi campur2 macam nasi kandar tu ker?
Atau memang sejenis nasi seperti nasi bukhari @ nasi beriani ker?

ct payung

PINATBATE berkata...

saya jugak yang belum mandi lagi...errmmm

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

terliur nasi mandi! sedaap...

Uncle berkata...

Dear KS.
Memang sedap...tu yang mata kami jadi kuyu lepas makan! Heh3...

Uncle

Uncle berkata...

Dear CT Payung.
CT Payung dengan CT Tanjung sama orang ka? Uncle confuse macam nasi mandi dengan nasi kabsah! Anyway, nasi bila-bila Uncle cerita pasal nasi Mandi, Kabsah, Bukhari, Kandar, Lemak dll ok! Selamat makan nasi...

Uncle

Uncle berkata...

La...Pinat tak mandi lagi ka? Awat lagu tu? Husin dah confirm kat belakang Crown Princess tu sedap!

Uncle berkata...

KN.
Mai lah sini, nanti Uncle belanja mandi. Abang lalu pun mesti tak kenai!

HUSSAIN BIN TAHIR berkata...

salam

touch down at klia smlm kul 1.45 petang

thank you very much for the treat hehe

sedap makan sampai kenyang...

tu yang sampai terlelap kt bantai..hehe

Uncle berkata...

we wish you all the best...take care and keep in touch...

Uncle berkata...

Dear KN, you can read abot azli at manzlie-makkah.blogspot.com

sorry for the late reply

siti tanjung berkata...

wah, terliuq jugak lah sy tgk nasik mandi tu.dgn fresh orange..cabai lg kat sebelah..waa..mmg tergolek abis lps mkn nih

Uncle berkata...

Cabai tu jangan gigit CT, CT kena tokak! Lepaih tu sah mata layu!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...