Khamis, Mac 12, 2009

Kerja jangan tak kerja..

(tengah check sebelum naik bilik)

(beratur macam nak pi kawad!)

(hot box ready? Yes, ready Sir!)

Kepada followers aku yang tak cukup 1 jari nak dijadikan 10, aku susun 10 jari pohon ampun dan maaf sebab tiba-tiba followers aku hilang dari blog aku. Magic sungguh. Sat ada, sat tak dak...aku tak perasan sampailah Vy hantar message kat aku petang tadi (mungkin malam kat KL). Nanti aku off day, aku repair balik apa-apa yang patut sebab currently aku jadi ter busy pulak. Ni dah pukul 11.05 malam dan aku baru balik ke bilik. Semalam ok lagi, pukul 9 malam dah sempat balik. Busy dengan set-up untuk esok. Meeting dengan chef aku dan chief steward aku pasal breakfast esok, lunch dan dinner for the next couple of days. Maklumlah sini weekend....so takut tak sempat nak buat entry esok, aku fast forward kan entry esok pada hari ni.

Berapa ramai breakfast aku esok? Ala...tak lah ramai sangat, cuma 700 pax ja....ala-ala kenduri kahwin anak Pak Menteri ja....cuma yang lainnya aku tak dak kompang segala kat sini. Aku bukak 3 full buffet counter. Aku ready? Mesti....kalau tak ready pun mesti cakap ready sebab budak-budak kalau tengok aku tak confident, depa lagilah tak confident! Fruit basket aku hari ni? Tak banyak cuma 150 saja.....sampai la ni budak-budak aku dok hantar lagi, tak habis-habis. Masa aku check pukul 10 malam tadi, ada lagi 50 bilik! Habis kalau budak-budak aku dok bertungkus-lumus buat kerja, aku nak balik????

Welcome drink aku untuk Kuwaiti Group pun tak habis serve lagi kat Lobby. Ada yang sampai terus buat umrah, ada yang sampai terus masuk bilik ada yang sampai terus nak tidur...macam-macam ada....tapi aku suka kalau busy macam ni. Badan penat, otak penat, tutup mata tidur terus....ala...macam aku kat sekolah dulu....kelas siang tidur, prep petang tidur, prep malam pun tidur. Heh3...

10 ulasan:

PINATBATE berkata...

adoyai uncle ni...
berapa round tidur satu hari daa..

Tanpa Nama berkata...

uncle...reading your story nampak sangat u really enjoy 'ur work, mengujakan.....tahniah


siti payung the silent reader.

Uncle berkata...

Tidur? Tak tahulah pasal apa, bila bukak buku je ngantuk! Tell me Pinat, are you a teacher?


Uncle

Uncle berkata...

Siti Tanjong ooiii...

Apa habaq la ni? Orang Perak Road ok ka? About my work? Yes I love every second.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Cewah!! Very2 busy...tak pe kann??

Hafitah berkata...

Dah balik mekah rupanya...lama sgt fitah tak buka blog uncle. tersangat lah sibuknya kat sekolah tu...
well, all the best in your work..lepas dah lama cuti memang patut pun uncle penuh bersemangat buat kerja.
bukan budak sekolah je ngantuk baca buku..cikgu sekolah pun sama hahaha

Uncle berkata...

Dear Kak Nab.

Memang busy. Ingatkan 700 pax pagi ni rupanya 970 pax..... Ni baru lepas round floor and waiting for dinner period pulak!

Uncle

Uncle berkata...

Hey Fitah....amboi lama tak dengaq cerita noo...cikgu mestilah busy...eh Sunday Inspection Fitah check tang mana? Cuba tengok belakang tangki air kat toilet tu, ada jumpa apa2 tak? Tak pun cuba bukak buku Add Maths Jati (pakai lagi ka?), Buleh simpan sekotak kat dalam tu! Guess what? Tilam pun Uncle tebuk kat tengah2, 2-3 cartoon boleh simpan!

Uncle

Hafitah berkata...

Uncle, zaman sekarang dah tak check dah benda cartoon-cartoon tu...girls tak de pun mende tu. Zaman skrg inspection for handphones la pulak...barang paling terlarang...tapi masih guna lagi taktik tebuk buku tu!
now dah cuti sekolah boleh la nak buka blog balik....mine pun dah lama tak update..hehehe.
U have been busy yourself..masa kaki nyut-nyut tu kalau dapat org picitkan mesti best kan?

Uncle berkata...

Dear Fitah, how time flies....memang sah Uncle dah ketinggalan zaman! Hand phone? Tak boleh ka? Memang betul la Fitah, masa dok nyut-nyut tu, adoi......ni pun rasa lagi.
You take care, ok!

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...