(family aku dan mama)
(aku bawak mama breakfast kat Guoman dulu)
(mama yang dah tak ceria)
Mama aku sorang yang sangat cekal. Mama besarkan kami 6 beranak dan menjaga kami bagai menatang minyak yang penuh. Abang aku sorang namanya Anuar dan meninggal di Kelantan sebelum aku lahir. Sampai sekarang aku tak pernah tengok macamana rupa abang aku sorang tu. Gambar pun tak ada. Mungkin mama simpan dan tak bagi aku tengok. Mama agak strict orangnya tapi bertempat. Maklumlah arwah Bapak seperti yang aku cakap dulu tak selalu ada dengan kami. Posting ke Pulau Jerejak, posting ke Pulau Bidong, dan selalu pergi tempat lain kerja. Kadang-kadang kalau aku flash back balik, lebih kurang sama macam aku jugak la ni.
Masa aku balik KL tempohari, aku bawak Mama duduk dengan aku selama 2 bulan. Kadang-kadang aku baring dengan mama. Urut badan dia, picit kaki dia, sapu minyak kat tangan dia....dan selalu jugak mama baring kat paha aku dan peluk aku kuat-kuat dan mama kata, "Shah duduk dengan mama na....". Aku jadi sebak. Mama yang aku kenal memang tak macam ni. Mama sorang yang energetic dan sangat suka bersembang. Di KL kalau aku pergi office, Marina akan teman mama. Main-main dan tidur dengan mama waktu tengahari ataupun petang lepas makan.
Lately mama tak lalu makan. Ubat pun tak mahu makan. Mama sakit belakang, ostoeporosis, kata Doktor. Bila mama tak makan ubat, sakit dia datang balik dan mama akan mundar-mandir kat dalam rumah aku walaupun pukul 2 pagi. Aku suruh mama banyak-banyak mengucap, berdoa, sembahyang segala. Semua mama buat tapi sakit tak hilang jugak. Pagi-pagi aku kadang-kadang jalan kat depan rumah dengan mama 2-3 round lepas aku hantar Yuya pergi sekolah ugama dengan HD aku. Bila mama sakit, mama akan menangis, menjerit dan aku jadi sayu tengok mama. Mama jadi cepat marah, cepat merajuk malah cepat lupa. Aku selalu pesan kat Aunty dan anak-anak aku, bila jaga mama, jangan sekali-kali tinggikan suara, jangan sekali-kali muka berubah, aku jugak pesan kat Aunty suruh dia sendiri tanya kat mama kalau ada baju yang nak dicuci, apa nak makan...walaupun Wiwit ada dan boleh tolong. Masa aku balik sini tempohari aku jumpa mama dulu mintak izin, mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak diampunkan segala dosa aku pada mama sepanjang mama menjaga aku dari lahir sampai aku ada anak 3! Mama senyum dan angguk kepala. Aku faham....mama tanya aku lagi sebelum aku keluar dari rumah Kak Lit malam tu, "Bila nak tengok mama lagi..jangan lupa doa kat mama depan kaabah nanti naa..." Aku angguk, apa lagi yang lebih afdal selain daripada amal ibadat dan doa untuk mama dengan arwah bapak..
Semalam aku talipon Kak Anne bertanyakan hal mama. Kak Anne kata, mama sakit lagi kuat. Malam dok meraung sakit dan 2-3 hari lepas dah bawak mama jumpa Dr. Sakinah. Mungkin hari ni ada satu appointment lagi. Masa kat hospital pun mama berkeras dan meronta (kalau aku boleh guna perkataan ni..)dan ramai nurse yang datang tolong. Dalam perjalanan balik ke rumah Kak Anne pulak, mama jadi active dan nak jumpa doktor balik. Semua jadi kalut. Kak Anne ambik cuti untuk jaga mama. Perubahan mama sangat mendadak untuk kami sekeluarga. Kami risaukan kesihatan mama. Kami takut fikiran dia terganggu. Jadi kami adik-beradik bersepakat untuk jaga mama bergilir-gilir, kata Kak Anne semalam masa aku talipon.
Semalam kali kedua aku talipon mama. Anak-anak dan cucu-cucu semua duduk keliling mama. Sembang nak ceriakan mama tapi masa aku talipon, Kak Anne bagi aku dengar suara mama kat talipon tengah dok menangis...sekali lagi aku pun nak menangis...sebelum habis cakap dengan Kak Anne, aku mintak Kak Anne bagikan talipon kat mama. Dah lama aku nak cakap kat mama dan semalam aku dapat bagitahu mama..."...mama....Shah sayang kat mama..."
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Jumaat, Mac 27, 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
Dulu aku ada bagitahu yang aku sekarang ni teringin sangat nak membantu adik-adik yang tak pass periksa untuk berada didalam industri yang b...
12 ulasan:
Salam uncle,
saya doakan mama Uncle pulih sihat dan semua ahli keluarga bersabar..kepada Allah jua kita kembalikan semua urusan.
Tengah dok sabar ni...tapi tak tahu sampai bila....
Uncle
asmkum uncle, selama ni saya silent reader. tapi cerita mama uncle buat saya sedih. i hope u and your family will stay strong. masa² mcm ni Allah akan bagi kekuatan yang kita tak tau kita ada, insyaallah.
Dear BCC.
Thanks a lot. This is a true challenge to us adik-beradik! Thanks again.
Uncle
dilla jugak doakan semuga mama uncle diberikan kekuatan serta semangat. anakanak yang dikasihi yang mengerti. Semoga pengertian itew menjadikan mama lebih bahagia.....Amin
KN doakan semoga mama uncle akan sihat & uncle pula terus berdoa di depan Kaabah - minta dgn Allah supaya mama menjadi lebih sabar dlm menghadapi ujian2Nya.
Dear Dila.
Thanks for the words. Kami semua faham keperluan mama sekarang. In fact we are a very close knit family. Sentiasa bantu-membantu and that's what pushing us now.
Uncle
Dear KN.
Mama memang tak pernah macam ni dulu. She changed 100% and all of a sudden. It's sad to see her in this state now...kami semua adik-beradik tengah dok bincang what's best to do for mama..what ever it takes! She's the only mother that we have.
Uncle
sy doakan mama uncle cepat sihat, sembuh dan kembali ceria..amin
Thanks Siti Tanjung!
kami jg doakan agar mama Shahrin sembuh cepat.. I can imagine the feeling when u were with yr mom - the same way I took care of my mom until last ramadhan. hope 2 see u Shahrin at yr hotel inshaAllah..
Dear RH whenever you are here, please contact me. Bila date dah dekat alert me, I'll give you my tel number! Keep in touch!
Catat Ulasan