Selasa, Mac 17, 2009

Marhabah...marhabah...

(dia nak bagi kacang masuk angin)

(dia keluarkan kacang fresh dalam almari)

(siap posing lepas tawar cuff link)

(aku suruh dia tunggu esok!)

Semalam aku teringin nak makan cashew nut. Aku dan Siti Tanjong panggil kacang janggueh. Aku ada kedai aku sendiri kat sini. Bila dia tengok muka aku, memang benda lain aku tak mintak, asyik-asyik kacang tu saja. Lepas makan berkilo-kilo, pagi ni aku tengok muka aku dah ada jerawat satu...maklumlah remaja...heh3...actually petang semalam masa aku tengah ronda tu aku terperasan yang aku dok ronda pusing-pusing dah 3-4 kali. Eh mamun kot..since tengah dok ronda, aku pun jalan sekali kat shopping complex kat bawah hotel ni. Banyaknya kedai jual kain. Tapi macam biasa, jangan suruh aku beli sebab aku memang tak reti nak beli hadiah-hadiah ni. Kena pulak benda-benda perempuan, lagi lah....present kat Aunty pun aku kena tanya specifically, kalau tak memang aku tak tahu nak beli apa kat dia.

Aku turun terus kat kedai bawah sekali pergi kedai cashew nut. Aku tahu dia simpan kacang fresh kat dalam cabinet. Heh3...jangan nak kelentong aku Mohd ooiii...aku siap bukak sendiri almari dia. Dia sengeh, aku pun sengeh...macam biasa, SR10. Aku makan boleh tahan 3 hari. Sebelum tu aku makan dulu kacang-kacang kat kedai dia yang dia display. Ada la dalam SR3 kot. Aku cakap " halal...halal...ya Mohd...". Dia pun cakap "Halal...halal...ya Sheikh...". Since dia halalkan, aku pun khalaskan kacang dia SR3! Heh3...Steven Covey cakap "Win Win Situation!". Aku tak salah...aku tak salah...

Dulu masa sebelum aku balik KL, kat kedai ni lah aku beli kacang, chocolates dan Yemeni Honey. Price berbaloi. Memang aku rasa murah kat kedai dia sebab aku tak pernah pergi kedai lain...heh3...macam-macam ada kat sini. Sebut saja kurma apa nak, semua ada. Tapi kurma ayam dengan kurma kambing dia tak jual kat sini!

Lepas tu aku ronda lagi pergi kedai lain pulak. Sekali ni aku pergi kedai yang jual cincin sebab aku nak cari cuff link. Aku la ni suka pakai baju ada cuff link pulak dah...rasa kemas semacam pulak! So aku tanya si penyamun tarbus tu, dia cakap SR80...aku cakap SR15. Dia cakap SR60, aku cakap SR15....dia cakap SR30, aku cakap SR15 jugak. Dia cakap SR15, aku cakap esok aku datang!

8 ulasan:

PINATBATE berkata...

Salam uncle..
syioknya kat kedai halawiyyat tu..macam-macam benda!gula-gula arab ni besar bagak tak muat mulut..tapi kacang-kacang dia memang best..
err..mata saya asyik nampak handbag jer kat sebelah tasbih-tasbih tu..

Uncle berkata...

Dear Pinat...kalau dah nampak beg tu, buat-buat tak nampak je...ala...bukan orang perasan pun!

Uncle

Ghazali berkata...

Waaahhh banyak discount tuh ... dari SAR 80 ke SR 15!!!!

Tapi ayat yang paling buat saya sengih sorang sorang ialah

Sebut saja kurma apa nak, semua ada. Tapi kurma ayam dengan kurma kambing dia tak jual kat sini!

Hahahahahahahahahahaha

Uncle berkata...

Dear Ghazaaz.
Apa khabar? Hah3...kedai tu nak tipu bagi cashew nut masuk angin...apa punya penyamun la Arab ni...

Uncle

Unknown berkata...

SR80 --> SR15???
Huih. Sampai macam tu diorang nak samun?

Uncle berkata...

Dear Akmal.
Macam tu lah penyamun.....kalau kat KL mungkin dah kena tembak!

Uncle

Tanpa Nama berkata...

wah, mahai cekik darah..mmg kena tawaq smp mcm tu ka uncle??

Uncle berkata...

Memang lagu tu la siti oooiii...depa ni semua penyamun besaq.....kalau dak, memang kita kena sembeleh la...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...