Isnin, Mac 09, 2009

Men At Work

(part of lobby yang kami pecah untuk 400 pax dining area)

(cafetaria aku yang baru siap tapi tak cun lagi)

(aku tambah buat bilik untuk order taker aku)

(horey...meja aku dah besar sikit...then ada pulak almari!)

Aku la ni tengah duduk-duduk kat tepi tingkap bilik aku yang mengadap tempat Sa'e sambil minum hot chocolate, dengar lagu-lagu Jepun yang very nostalgic untuk aku (courtesy from Aunty) yang aku dok tunggu dah lama. Group nama "Tube" and masa lagu-lagu dia famous di Jepun circa 1992, aku masa tu tengah bekerja kat Tokyo Bay Hilton. Dan lagu-lagu Tube memang famous especially during summer season dan most of the advertisements memang pakai lagu dari group Tube ni. In fact kalau dengar lagu-lagu dia memang very refreshing...cerita pasal pergi vacation during summer....jumpa girlfriend masa summer etc....very nice. And guess what, that's when I met Aunty....heh3...gambar-gambar Tube memang penuh kat densha (keretapi)dengan chikatetsu(keretapi bawah tanah). Memang famous dan masa tu semua orang pakai Walkman yang "besaq nala" tu. Those were the days.....sat saja dah almost 20 years aku kenal Aunty!

So semalam aku pi ronda kat F&B Department aku. Banyak aku tengok yang masih tak kena lagi. Butcher aku bocor lagi. Jadi la ni contractor tengah hacking floor untuk tambahkan "water proofing". Leceh la buat kerja macam ni...budak-budak masih yang sama lagi. Depa peluk, depa cium, depa shake hand...amboi....aku rasa celebrity chef pun tak macam ni...kalau Anthony Bourdain ka Susur Lee ka tengok aku mesti tarik muka 44! Heh3....Jangan marah aku ya all celebrity chefs....Lepas ronda satu hotel, aku start buat appointment untuk jumpa semua managers aku, chefs aku, chief steward aku. By tomorrow habis, then baru aku nak pergi Finance Department sekejap sebab nak tengok all the past 2 months figures yang aku rasa ada yang tak kena....mmmmm....by next week I will start with my new training programs. Mainly topik-topik yang berkenaan dengan servis, courtesy dll untuk rank and file then different training for managerial levels. That includes doing a financial report etc. Ala...yang simple-simple je untuk depa ni...then baru start planning untuk summer, ramadhan and hajj....banyak la jugak nak buat!

Staff aku jumpa aku depa kata, apa yang tak kena dengan aku? Lepas belek sana belek sini baru depa nampak yang rambut aku dah hitam! Discount 10 tahun. Heh3...Aku rasa cerita Benjamin Button tu samalah dengan aku! Semalam aku pergi spot check kat cafetaria during breakfast and lunch. Alamak ada beriani kambing la masa lunch....tahan...tahan....control Uncle control.......aku pun dengan semangat waja yang berkobar-kobar, terus naik bilik, call Room Service, cakap kat Jashim suruh ambik buah kat bilik aku, potong and send back to me for my dinner at 7.30pm! Can you believe it? In fact aku sendiri hantuk-hantuk kepala kat dinding toilet, guling-guling kat corridor sebab tak percaya....heh3....masa aku balik 2 malam lepas aku timbang badan aku dah 76.8kg then semalam aku timbang dah turun sikit jadi 76.4kg aku tibai minum air banyak-banyak. Yesterday breakfast sebab aku dok round, aku terlupa nak makan. Then lunch aku makan arthichoke sikit as salad then pasta with cream sauce sikit for lunch and fruits for dinner...eh kalau Aizat boleh turun 41 kg takkanlah aku tak boleh.....gambarre Uncle......

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semangat!

Uncle berkata...

Dear Pinat.

Semangat giler ni....

Uncle

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

salam uncle
dah balik Mekah ke. mesti sedeh kan tinggalkan abang yuya a little princess tew jugak
tak ngapa nanti hujung tahun balik lagi......

Tanpa Nama berkata...

turun 400gram..ok la tu uncle..hehe ganbate kudasaii!! btw, lawa meja n lemari uncle :)

Uncle berkata...

Alahai....lawa ka tu? Style Arab ni semua. Uncle bukannya berkenan sangat, tapi bila balik mai sini tiba-tiba dah ada, rembat saja la Siti ooiii. Satgi depa tak bagi lagi haru

Uncle

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...